FOKUS PULAU PINANG: Prk Permatang Pauh
PRK Permatang Pauh bakal jadi referendum terhadap GST?
Pada pagi Ahad, keadaan di Jalan Tanah Liat di Bukit Mertajam biasanya tenang.
Tetapi pada 12 April lalu, jalan tersebut di kedua-dua arah menuju Wisma Transformasi Umno Permatang Pauh bertukar sesak.
Kereta penuh di kedua-dua arah ekoran polis bertugas yang mengawal lalu lintas.
Bangunan Umno Permatang Pauh riuh-rendah disebabkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin bagi sesi bertemu rakyat dan mesyuarat dengan pemimpin Umno tempatan.
Keadaan tersebut – lalu lintas sesak dan orang yang ramai – membayangkan keadaan Umno yang lebih cerah untuk merampas kerusi parlimen di situ daripada PKR dalam Pilihanraya Kecil (PRK) 25 Mei ini.
Ini merupakan PRK ketiga di sana sejak 1998, barangkali adalah satu rekod.
PRK kali pertama diadakan selepas Anwar Ibrahim dipenjara buat kali pertama atas kesalahan salah guna kuasa dan liwat.
Pekan Permatang Pauh, SPU |
Kali kedua apabila Anwar dibebaskan dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di situ, bagi membuka jalan untuk Anwar kembali ke Parlimen.
Kini, ia diadakan sekali lagi ekoran pemenjaraan kali kedua Anwar atas kesalahan liwat.
Jika dilihat dengan lebih teliti keadaan di situ, kebanyakan kereta daripada luar atau pun dengan pendaftaran kerajaan.
Ini menimbulkan dakwaan bahawa kebanyakan hadirin “diimport” dan ia bukanlah sesi bertemu rakyat dalam erti kata sebenarnya, sebaliknya satu lagi sesi “syok sendiri”.
Dari sisi penduduk tempatan, selepas berhadapan dua PRK dan tiga PRU sejak 1998, mereka sudah menjadi “pakar” dalam membuat keputusan politik.
Berikut adalah respon tentang keadaan di bangunan Umno oleh seorang penduduk kampung berusia 70-an ketika ditemui di sebuah warung: “Mestilah, menteri GST datang.”
Maka, hadirin di bangunan Umno tersebut pastinya tidak boleh menjadi petunjuk tahap sokongan sebenar warga tempatan.
Jawapan sarkastik pak cik tersebut dapat membayangkan perasaan sebenar penduduk kampung.
Apabila isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berada dalam fikiran penduduk kampung, jelas menunjukkan ia bukanlah hal kecil. Pengusaha warung itu pula berkata: “Tentulah kita semua terima kesan. Harga barang naik banyak. Dan ini beri kesan kepada perniagaan dan pelanggan.”
Namun, Muhyiddin memberi jawapan tepat ketika ditanya dalam sidang media selepas pertemuan degan pemimpin Umno Permatang Pauh, tentang sama ada GST akan menjadi isu utama dalam PRK itu.
“Seperti setiap pilihanraya, sama ada PRK atau pun PRU, isu akan dibangkitkan dan Umno akan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat.
“GST sudah dilaksanakan di Indonesia lebih sedekad lalu, dan cukainya 10 peratus. Ia baru sahaja dikenakan di sini dengan hanya 6 peratus.
“Kita perlu jelaskan kepada rakyat, mengapa GST perlu dilaksanakan untuk kemajuan negara.”
Malah, beliau nampak bersedia untuk menjawab soalan berhubung pertelingkahan Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Namun seorang pembantu secara kurang ajar memotong sebelum Muhyiddin sempat memberi penjelasan dengan berkata, “soalan seterusnya”.
Menurut Muhyiddin, naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein telah ditugaskan untuk membantunya dalam persedian PRK Permatang Pauh dan Rompin.
“Kami bersedia menghadapi PRK ini. Kami tahu bahawa kami adalah ‘underdog’ di sini, namun dalam politik tiada yang mustahil,” katanya.
PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei dan Rompin pula 5 Mei. Hari penamaan calon bagi Permatang Pauh dan Rompin adalah 25 dan 22 April.
Kata-kata Muhyiddin memang tepat bahawa Umno adalah ‘underdog’ dalam PRK itu. Namun jika keputusannya terlalu teruk, ia juga mencerminkan kemarahan rakyat terhadap GST dan banyak lagi isu nasional, seperti hutang persekutuan yang besar yang telah melemahkan nilai ringgit..Theantdaily
Comments
Post a Comment