Posts

Showing posts with the label Al-Quran

Saya Baru Belajar Alif, Ba, Ta – Rosyam Nor

Image
Langkah Rosyam Nor ini patut dibanggakan bro ! Beliau tidak malu lagi sekali pun sebelumnya cukup malu hendak berterus terang tidak tahu mengaji Al-Quran. Aku tabik kepada orang seperti Rosyam Nor ini bro ! Bukan senang bagi seorang yang dah berumur mahu kedepan menjelaskan sedemikian. Bukan senang kerana terlalu ramai orang seperti Rosyam yang turut belajar Al-Quran sepertinya pun begitu bro !  Belajar dan kemundian bila mahir, kita pula bertugas untuk mengajarnya al-quran itu kepada yang belum pelajarinya. Ini adalah tugas paling mulia bagi seseorang Islam sepertimana disifatkan oleh Rasulullah s.a.w seperti hadis berikut:   (( عَنْ عُثْمَانَ رَضِي اللَّهم عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ )) (صحيح البخاري) ~ Lihat ~ SINI Mafhumnya, Dari Uthman ra dari Nabi s.a.w, Baginda bersabda - "Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan kemundian mengajar semula Al-Quran itu" [ S...

Mimbar Jumaat - Sümeyye Eddeb - Qariah Wanita Turki [VIDEO]

Image
Pengajian Al-Quran sekarang ini begitu meluas di kalangan kanak-kanak Islam di negara kita. Tidak dinafikan betapa ramai ibu bapa menghantar anak -anak mereka mempelajari al-Quran dengan lebih tersusun di merata kelas pengajian al-Quran di seluruh negara terutama di berbagai Maahad Tahfiz dan Qiraat bak cendawan tumbuh selepas hujan layaknya. Mimbar Jumaat kali ini, marilah kita menghayati bacaan qariah terkenal Turki yang begitu merdu suaranya melagukan al-quran dengan penuh syahdu. Qariah ini adalah Sümeyye Eddeb kelahiran Turki . Sumeyye Eddeb merupakan seorang Qori` wanita keturunan Turki, yang pada usia yang teramat muda telah memperagakan keindahan suaranya dalam melantunkan ayat ayat suci al quran dan sudah mendapat pengakuan antarabangsa dengan merangkul beberapa penghargaan. Sumeyye Eddeb mulai dikenal sebagai Qoriah kecil pada 11 April 2007 setelah video keindahan lantunan suaranya dimuatnak di youtube. Sumeyye Eddeb kerap kali tampil dalam berbagai acara tv di Turki dan ...