Mengembara Seorang Diri, Bertemu Jodoh Di Rusia
Jauh berjalan, banyak pandangan, itulah antara pepatah pepitih orang2 tua dulu. Pengalaman berharga sudah tentu ditimba. Bertuah saudara Aizat Othman mendapat jodohnya seorang gadis Rusia jelita setelah mengembara seorang diri di sana. Ikan di laut asam di darat, dalam belanga mereka bersatu. Apa pun tahniah kepada usahawan muda ini kerana bukan senang bak dikata untuk mendapat gadis Rusia jelita sebegini. Moga bahagia ke anak cucu. Islam anjurkan untuk manusia saling kenal mengenal satu sama lain, Islam juga anjurkan umat Islam untuk berjalan ke serata muka bumi agar mencapai dan melihat bagaimana kekuasan Allah yang Maha Hebat dalam menciptakan sesuatu, ( قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُجْرِمِينَ) - Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa..( QS. An-Naml [27] : 69 ) Lain2 ayat lihat di sini .