Tok Usin Ceroi Si Pemburu Jebon Vs Tok Pa

Kemelut 'membenci' Mat Sabu ? yg dilihat mesra PR termasuk dengan DAP kurang disenangi oleh kumpulan lain dalam Pas..mudah kalam, puak UG dan GU yg tidak mau Hj Hadi dicabar dan mau ulama mendominasi Pas seterusnya..kemelut ini terus panas bila siasatan ke atas Mat Sabu tidak dijalankan oleh JK Siasatan PAS yg dipengerusikan oleh Cikgu Pa atau Mustafa Ali selaku SU Agung PAS sendiri. 

Jadi, siapa TUC nie yg dok boleh 'arahkan' Mustafa Ali supaya panggil Mat Sabu dahulu sebelum panggil 'dia' Tuc nie sendiri? ..Serabut dan krosottt laa bro? Kah Kah Kah

Mat Sabu dan UG - cerita menarik bro

UG PENANG KANTOI
Mula kononnya PasUG Pulau Pinang nak ugut Abg Mat Sabu buat sidang media putuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
Akhirnya semua senyap apabila Abg Mat Sabu mencadangkan agar mereka semua lepaskan jawatan masing-masing didalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana mereka juga perlu putuskan hubungan dengan pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.
Langkah Abg Mat Sabu ternyata menkantoikan kerja bodoh puak UG yang cuba mengheret PAS berkerjasama dengan Umno yang kononnya Umno sudah menyokong Hudud di Kelantan baru-baru ini.
Kalau nak putuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR eloklah semua Pimpinan Pas yang berjawatan di dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor letak jawatan secara berjemaah. Awak menumpang dalam kerajaan PR saja..

Ader branie ke..? - ~‪#‎Rakyat_Bangkit‬



Tok Usin vs Tok Pa


Dalam reaksi segera terhadap kenyataan Mustafa Ali (kanan) semalam yang mengalu-alukkannya kesediannya tampil memberi keterangan, pengendali akaun Facebook 'Tuc Tok Usin Ceroi' hari ini menetapkan syarat supaya Mat Sabu dipanggil terlebih dahulu.

Panggil Mat Sabu dulu – syarat Tok Usin Ceroi kepada Jawatankuasa Siasatan Khas PAS


KUALA LUMPUR, 2 April:
Pengendali akaun Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ bersetuju tampil memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Siasatan (Khas) PAS berhubung aduan terhadap rakaman klip audio yang didakwa bukti Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mendalangi komplot untuk menggulingkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun beliau menetapkan syarat hanya akan berbuat demikian jika Jawatankuasa Siasatan (Khas) itu membuka fail siasatan dan memanggil Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu untuk mendapatkan penjelasannya.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan (Khas) PAS itu, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan mengalu-alukan kesudian pengendali ‘Tok Usin’ untuk tampil memberi kenyataan berhubung dakwaan dalam klip audio yang disebarkan melalui laman Facebook berkenaan.

Setiausaha Agung PAS itu yang dipanggil ‘Tok Pa’ oleh ‘Tok Usin’ berkata, beliau menunggu kedatangan individu berkenaan ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.
“Tok sahut cabaran Tok Pa itu dengan syarat Jawatankuasa buka fail dan panggil Mat Sabu datang dahulu, kemudian tanya dia tentang rakaman audio berkenaan samada betul suara dia atau bukan.

“Jika Mat Sabu menafikan dirinya terlibat dalam rakaman itu, maka Tok Pa (Mustafa Ali) boleh panggil tok untuk memberikan keterangan,” katanya dalam posting status terbaru di Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ pagi ini.
Menurutnya, dia juga akan membawa Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahudin Ayub sebagai saksi kes berkenaan.

Tok Usin berkata demikian bagi membalas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan kes itu, Datuk Mustafa Ali yang mengalu-alukan kesudiannya untuk tampil memberi kenyataan berhubung aduan terhadap klip audio membabitkan Mat Sabu yang tersebar di media sosial pada Februari lalu.
Mustafa dalam kenyataan ringkas semalam berkata, ‘Tok Usin’ boleh menghubungi beliau sendiri atau Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Setiausaha Jawatankuasa Siasatan (Khas) Khairul Faizi, untuk menentukan masa yang sesuai untuk beliau menghadirkan diri.

Kredit imej - Fb Rakyat Bangkit

Dalam pada itu, ‘Tok Usin’ turut mendakwa kenyataan ringkas yang dikeluarkan lewat malam semalam bukan ditulis oleh Mustafa kerana ia kelihatan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan terpaksa disunting semula.

“Nampak sangat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, kelupoq (menggelupur) dan menggigil ketakutan dengan bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa disunting semula bagi mencantikkan ayat,” katanya sampil mengepilkan laporan kenyataan media Harakah Daily.

Presiden manjang tak tahu apa-apa... Kalau orang no 2 parti kena tangkap pun dia tak tahu...
APA LA nasib orang bawahan macam kita. Tak hairanlah la nak masuk penjara ke apa ke. .
Rakyat kat bawah berjuang mati-matian.. Pemimpin bersedap melancung rata negara.
Nasiblah penyokong punya pemimpin yang tak mahu ambil tahu..
Rakyat Bangkit

Kenyataan Mustafa pada Rabu malam hadir setelah dua hari dikritik keras oleh ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ di laman Facebooknya.
Kelmarin kenyataan Mustafa bahawa tiada siasatan dijalankan terhadap Mat Sabu atas alasan tiada sebarang aduan dibuat dibidas ‘Tok usin’.

Sebelum itu, pada 30 Mac Tok Usin menegur PAS Pusat yang disifatkan ‘lembab’ dalam menjalankan siasatan terhadap kes komplot menggulingkan Hadi dan menjatuhkan kepimpinan ulama yang didedahkannya serta beberapa pihak lain.

Mustafa dalam reaksi segera ketika kes itu mula didedahkan pada Februari lalu memberi jaminan Mat Sabu akan disiasat.
Namun sehingga kini, orang nombor dua PAS itu masih belum dipanggil untuk memberi penjelasan meskipun bukti rakaman audio itu sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Siasatan (Khas) berkenaan..The Rakyat Post




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video