Sekitar Himpunan #TangkapMO1 di KL - Foto dan Video menarik
Himpunan #TangkapMO1 menjadi riuh apabila peserta-peserta yang hadir di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman untuk berarak ke Dataran Merdeka. Perhimpunan hari ini bertujuan mendesak tindakan diambil terhadap “Malaysian Official 1”, sosok misteri yang didakwa mendapat AS$731 juta wang “curi” yang berpunca daripada 1MDB? Bermula pada jam 2 petang, beberapa titik pertemuan ditetapkan, iaitu pusat beli belah Sogo yang dipimpin mahasiswa dan aktivis serta Masjid Negara (dipimpin ahli politik). Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara. Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq. "Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," kelu...