Pakatan belum mati, hanya PAS yang tandatangani sijil matinya - [VIDEO]
Selepas PAS membuat usul untuk memutuskan hububgan dengan DAP , kini PAS mengesahkan parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat. Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat. “Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. “PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. apa punya turrr laa PAS nie..U-turn tak habih2,, Betulkah Ahli PAS mula keluar parti? kalau tidak banyak pun..tentu ada sikit2 di sana sini bro Khabar angin anggota PAS meletakkan jawatan, kerana meragui hala tuju parti Islam itu selepas kumpulan progresif kalah besar dalam pemilihan minggu lalu, mula tersebar meluas. Selepas kes dikatakan di Kedah, PAS Sarawak juga dikatakan berdepan keadaan sama. Setelah di...