Dr Wahbah al Zuhaily - Sebutir Permata yang Hilang {VIDEO]
Pada hari Ahad lepas, dunia Islam terkedu sebentar, dan ramai yang menangisi permergian seorang ulama yang cekal bertaraf dunia, telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 83 tahun di Damsyik pada hari Sabtu lepas. Beliau ialah As-Shiekh Dr Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) - Beliau adalah seorang ulama terkemuka di Syria dan rantau ini, kitab dan tulisan beliau berkaitan ilmu Islam dalam berbagai disiplin amat banyak..Beliau adalah Ahli Majlis Fiqh dan pakar dalam perundangan Islam. Beliau menerima sijil dalam Undang-Undang Islam dari Fakulti Syariah Al-Azhar dgn capaian 'Cemerlang' pada tahun 1956, dan meninggalkan pengajaran pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab Al-Azhar pada tahun 1957, mendapat ijazah dalam bidang undang-undang dari Universiti Ain Shams pada tahun 1957 dan pada tahun 1959 memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang Islam, dan kemudian merakam tesisnya dalam ijazah kedoktoran di kolej yang sama, yang bertajuk "Kesan p...