Himpunan #Mansuh GST - Foto dan Video Menarik
02 April 2016 Selepas setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 lalu, yang menyaksikan kenaikan barangan dan perkhidmatan di negara ini, hari ini rakyat Malaysia berkumpul lagi bagi membantahnya.. Tapi masih ada manusia yang ditemui wartawan yang membuat liputan himpunan itu di sekitar SOGO tidak menyedari dan tidak tahu adanya himpunan bantah GST hari ini 02 April 2016. Bahkan seorang wanita Melayu berusia awal 50an mendakwa "bodoh Melayu yang turun demonstrasi. Bayar 20 sen je GST ni, katanya. Cina memang marah sebab dia orang berniaga tak suka cukai. Terdapat penerangan tentang GST diletakkan di motosikal di parkir antara pusat membeli belah Sogo dan Kompleks Pertama ( SINI ).... Ramai pemimpin Pakatan Harapan antaranya Mohd Sabu, Nizar Jamaluddin, Khalid Samad, Dr. Dzul, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Ronnie Liu dan ram...