Video hudud BFM cetus kemarahan

Pengajaran dari satu penonjolan satu klip video dgn mempersendakan 'Hudud' oleh BFM Kupas yang menampilkan seorang pelakon wanita, mengundang padah bila ada ugutan serta ancaman terhadap pelakonnya yang dikenali sebagai Aisyah Tajuddin  BFM kecewa ancaman bunuh, rogol penyampainya dan ia turut dikongsi sedih oleh keluarga sendiri ( baca luahan sedih bapanyaBapa sedih Aisyah diancam 'bakar, rogol'  ).

Perlakuan dan lakonan dalam video berkenaan dilihat lebih kepada cubaan 'menghina' dan 'merendahkan' serta 'mempersendakan' hukum Hudud itu sendiri, itu sebenarnya..dan inilah yang ditanggapi oleh masyarakat Islam secara umum ! sebab itu ia mengundang pelbagai kecaman masyarakat yang cintakan Islam.





Video hudud 
BFM cetus kemarahan

Satu video terbitan stesen radio BFM yang mengulas mengenai usaha kerajaan Kelantan untuk melaksana hudud negeri itu menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna Internet.

Kalangan pengguna Internet tersebut antara lainnya mempersoalkan sikap wartawan BFM, Aisyah Tajuddin yang didakwa "mengutuk" hudud dalam video tersebut.



@hencekHAIKAL: “Mentaliti yang rendah. Bercakap mengenai hudud tanpa ilmu.”

‏@alfaqir_ilalloh: “Kalaulah hudud tu hukum manusia, boleh la kamu nak buat main-main.”

@hanifsabri: “Mengutuk hudud adalah sama seperti mengutuk agama Islam dan hukum Allah.”

‏@ErahSoo: "Bukan masuk Kelantan je kena tutup aurat, awak duduk kat bumi Allah ni memang kena tutup aurat #AisyahSekilas."

Dalam video berkenaan, Aishah antara lain menyampaikan mesej bahawa kerajaan negeri Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat untuk isu yang penting,” katanya lagi dalam rakaman video sepanjang hampir dua minit itu.

Dengan sinis, Aisyah dalam video bertajuk “Hudud isi periuk nasi?” turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.




Video hudud BFM cetus kemarahan
Published on 20 March 2015
Satu video terbitan stesen radio BFM yang mengulas mengenai usaha kerajaan Kelantan untuk melaksana hudud negeri itu menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna Internet.

Kalangan pengguna Internet tersebut antara lainnya mempersoalkan sikap wartawan BFM, Aisyah Tajuddin yang didakwa "mengutuk" hudud dalam video tersebut..kinitv


Video berkenaan yang ditonton oleh lebih 3,000 orang itu diterbitkan tidak lama selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.

BFM menyatakan kekesalan atas ancaman yang timbul ke atas penyampainya itu, dan memohon maaf serta memadamkan video berkenaan..mkini -
(Video hudud BFM cetus kemarahan)



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]