Jika Husam Jadi Presiden PAS ?

Husam sebenarnya adalah 'Permata PAS' yang tersembunyi bro ! Permata selalunya 'mahal' dan tentunya dari jenis yang berkualiti dan bermutu tinggi ! Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah mendapat 2 pencalonan, melayakkan dirinya mencabar jawatan presiden PAS, yang kini disandang oleh Abdul Hadi Awang.




TERBAIKKK...DAN MENJADI KETAKUTAN UMNO DAN GOLONGAN UG (AGENDA PERPADUAN).
JIKA JAWATAN INI MENYEBELAHI HUSAM ..BERMAKNA BEKALAN UDARA PADA UMNO.. AKAN TERHENTI.

TAHNIAH KEPADA YANG MENCALONKAN 

Sebelum ini, bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara pemimpin PAS yang sering berkata, Husam antara pemimpin PAS yang layak menjadi calon perdana menteri.



Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini," kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.
Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri..The Malaysian Insider


    Pencabar Terbaik !   

Kumpulan pro-Hadi, yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata beliau belum menemui calon yang benar layak bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu, lihat Malaysiakini -  'Pencabar mesti lebih baik daripada Hadi' ! 

Sekarang kita telah temui bro ! Husam dikira memiliki 'karisma' dan kualiti terbaik setakat ini ! cuma beliau bukan dari 'class' ulama yang diiktiraf ! itu saja ! tetapi kemampuan politik dalaman dan antarabangsa beliau melangkaui jangkauan setakat ini? Lulusan ekonomi dari Univarsiti Malaya ini telah teruji begitu lama ! Akhlaknya cukup baik..Anak didik TGNA dan bukan setakat Presiden PAS..PM pun layak kata TGNA.

Seorang wartawan veteran, A.Shukur Harun, menulis...
Pada zaman Allahyarham Fadzil Mohd Noor memimpin PAS, hubungan ulama dan bukan ulama, khususnya profesional sangat erat.
Mereka bekerjasama sejak puluhan tahun, justeru Allahyarham berjaya ‘mengulamakkan’ profesional dan memprofesionalkan ulama.

Semua ahli PAS mendukung kepimpinan ulama. Apa yang sebenarnya berlaku ialah ada segelintir ustaz yang berasa dirinya ulama, yang melemparkan pelbagai tuduhan dan label yang tidak elok terhadap golongan bukan ulama, khususnya golongan profesional.
Golongan profesional ini terpaksa mempertahankan diri mereka apabila dicabar dan difitnah, kerana mereka juga mempunyai maruah dan harga diri.
Inilah yang terjadi, tetapi malangnya ada yang menganggap menentang sesetengah ustaz ini seolah-olah menentang kepimpinan ulama. Tanggapan ini tidak benar sama sekali dan amat mengelirukan...Continue Reading


   Sanjata Makan Tuan ?   

Kredit imejThe Sniper


    Husam Di Cempaka mlm tadi   







Husam terus memukau dalam ceramah di Cempaka semalam ! Penangan awal yang buatkan setengah orang Pas naik pening ? Kah Kah Kah
 MB Swasta sedang beraksi !!!

Gambar Sekitar Ceramah Pentas 1MDB Di UPU Pengkalan Nangka, Chempaka, Pengkalan Chepa Kota Bharu Malam Tadi Oleh Ketua Penerangan DPP PAS Kuala Kedah, YB Dato Husam Musa, YB Rafizi Ramli Serta Calon PRK N.06 Chempaka.

Pemimpin2 Pakatan Akan Terus Berkempen Di Chempaka Dan Berharap Agar Memberi Kemenangan Pada PAS. Ini Yg Kita Mahukan, Bukan Penyokong Yang Hanya Menjebonkan Orang. Hentikan Saja Niat Kotor Kalu Kita Tak Mahu Chempaka Di Rampas Parti Lain.
Kredit fbAbe Is

   Janji Husam   



Husam Janji Bantu Keluarga 
Mangsa Rampasan Kuasa Kerajaan Perak

Akhir Kalam

Untuk memahami jalan fikir Husam, bacalah Ucapan Perbahasan Datok Husam Musa di Sidang DUN Kelantan baru2 ini semasa membahaskan Enakmen Jenayah Syariah 2015..

Aku kira ia satu ucapan yang cukup baik untuk melihat kesungguhan Umno dalam isu ini..


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ (5:50)
5:50 Apakah hukum Jahiliah yang menjadi pilihan mereka, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang benar-benar yakin?...Continue Reading


Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac 2015
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor 
Datuk Husam Musa berkata rang undang-undang hudud lebih 
mudah disokong jika menteri yang bentang di Parlimen..www.themalaysianinsider.com







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]