Penang Dah 'Hilang' Jiwa ? 2 [VIDEO]

Ini penilaian orang luar, orang Jerman, pelancong bro ! beliau ialah seorang pakar, pakar teknologi hidrologi...

Memang P.Pinang sudah tidak lagi mengundang keunikan seperti dahulu..sekurang2nya dalam era '60an dan '70an yang menyaksikan keaslian Pulau ini seperti dalam suatu 'lukisan' dan 'igauan' pelancong..

P.Pg terlalu sesak sekarang..dua jambatan penghubung serta feri yg berulang alik saban jam menjadikan pulau ini sudah tidak menarik lagi? sudah tiada 'jiwa'? Kah Kah Kah

Pengangkutan awam seperti 'kereta galah' atawa 'tram' sudah lama pupus..Hin Bus, Yellow Bus pun kurang beroperasi lagi..Abang beca pun dok lena saja? kah kah kah

Perkampungan melayu tradisi seperti Tanjong Tokong, Kg. Pisang Awak di Jelutong, Kg. Melayu Batu Uban, Kg. Melayu Sungai Gelugor dan Kg. Kastam juga di Klawai berhampiran Pulau Tikus..hanya tinggal nama saja..begitu juga Kg. Melayu di Sg. Nibong dan Batu Ferenghi kian pupus bro ! Kg. Dodol di Jln Perak tinggal tak berapa biji rumah melayu tradisi lagi? 

Suatu ketika dulu, Jalan P.Ramlee (Counter Hall) dipenuhi rumah tradisi melayu..sekarang semua tinggal di flat kos sederhana, sebelahnya ialah Jalan Sungai Pinang,  juga banyak kampung2 melayu termasuk di Jalan Che Ros bersebelahan Kg. Rawa yang terkenal itu..sekarang tinggal nostalgia saja bro ! memang betullah P.Pg sudah hilang 'jiwanya' !!!






Pulau Pinang 
makin hilang ‘jiwa’?


PULAU PINANG, 28 Mac:
Keindahan pantai, keenakan makanan serta keunikan seni bina rumah lama yang digazetkan sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), seolah-olah berada di set filem.
Demikian pandangan Georger Hoerman, 58, dari Jerman mengenai keunikan Pulau Pinang yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara.

Mana ada lagi perkampungan melayu?

Bagaimanapun, selepas dua hari berada di pulau itu, pakar teknologi hidrologi itu meluahkan kekecewaannya, dengan menyifatkan Pulau Mutiara itu sekadar sebuah lagi Disneyland.
Menjelaskan maksudnya, Hoerman berkata, berdasarkan pemerhatiannya, terlalu banyak pembangunan, manakala rumah warisan yang dilawatinya bukan lagi satu ‘warisan’ dalam erti kata sebenar.

Pantai Teluk Bahang
airnya tidak seindah sebersih dahulu
Bot nelayan pun kian terpinggir

“Saya datang ke sini untuk melihat sendiri keunikan seni bina itu dan untuk menikmati keindahan di Pantai Batu Ferringhi, namun saya kecewa.
“Batu Ferringhi seolah-olah mati di siang hari dan pantai di sana tidak seperti yang digambarkan. Ia kotor dan airnya terlalu keruh untuk berenang.
“Di George Town pula, saya dapati banyak bangunan dengan seni bina indah, tetapi banyak yang kosong, tiada kehidupan sebenar,” katanya.
Menurutnya, banyak bangunan dibiarkan terabai dan jumlah pelancong lebih ramai daripada penduduk tempatan.
“Terdapat banyak rumah dan kedai-kedai yang unik, tetapi saya dapati ia kosong dan terbengkalai.

Suatu contoh bangunan usang dan terbiar
di Phee Choon Road, Georgetown, Penang
Banyak lagi seperti ini..
lalulah di Jalan C Y Choy umpamanya !

“Saya merakam gambar dan berasa sedih dengan situasi ini. Mengapa ini boleh berlaku?” soalnya.
Malah, katanya, berdasarkan pemerhatiannya, berlaku ketidakseimbangan di tempat yang menjadi tarikan pelancong.
“Di satu sisi, anda mempunyai tempat yang penuh dengan kehidupan, dipanggil Acheh Street dan Armenian Street, tetapi setelah berjalan lebih jauh, kami dapati banyak bangunan kosong dibiarkan reput dan ini menyakitkan mata.
“Saya membayangkan bagaimana keseluruhan kawasan warisan ini tidak ‘tulen’ seperti mini Disneyland,” katanya.
Bagaimanapun, Hoerman gembira untuk melihat kedai-kedai gunting rambut dan pembuat perabot menjalankan perniagaan di kedai-kedai lama.

Acheen Street, Georgetown, Penang
Di belakang tu ialah menara Mesjid Acheh
Penempatan di sekitar dulunya ialah keluarga Aceh,
Rawa dan Melayu
Anda Kenal Tn. Hj. Yusof Rawa ?
Beliau menjadi YDP PAS sebelum
AlMarhum Ustz. Fadhil Noor..
Percetakan Ar-Rawi dulunya di sini -
milik keluara Pak Haji Yusof..

“Ini adalah perkara yang saya mahu rakamkan dan menunjukkan kepada rakan-rakan saya, apabila pulang ke Frankfurt,” katanya.
Apa yang dikatakan Hoerman itu turut diakui Presiden Penang Heritage Trust, Khoo Salma Nasution yang memberitahu The Rakyat Post baru-baru ini, keadaan itu akan menyebabkan negeri yang penuh dengan warisan itu kehilangan ‘jiwa’, jika ia dibiarkan begitu saja.
Beliau berkata, satu kajian menunjukkan, George Town kini hanya didiami 9,000 penduduk asal, berbanding 50,000 penduduk sebelum ini.
“Ini telah berlaku kepada banyak tapak warisan dunia, di mana terdapat lebih ramai pelancong daripada penduduk tempatan, supaya pelancong akhirnya datang ke sini untuk melihat lebih ramai pelancong,” kata Khoo Salma.


Sementara itu, rakan Hoerman, Sophia Dazert berpendapat, dia tidak menjumpai pantai yang cukup bersih untuk berenang.
“Saya agak kecewa dengan pantai yang keruh, manakala zon warisan pula menjadi lebih daripada sebuah bandar pelancongan berbanding kawasan yang kaya dengan warisan.
“Walaupun saya agak gembira berada di sini, aspek-aspek alam sekitar dan kebersihan pantai perlu diteliti. Saya telah ke Phuket dan Bali, ia begitu indah,” katanya.

HEAVY 
Traffic Jam In Penang, Malaysia

Bagi pelancong dari Britain, Mark Hayes, 61, Pulau Pinang sudah berubah daripada sebuah destinasi santai kepada sebuah bandar.
Biking dangerous 
roads in Penang Malaysia

“Sepuluh tahun lalu, ketika saya di sini, kesesakan lalu lintas tidak begitu teruk. Kini, ia makin teruk dan entah bagaimana, berjalan-jalan di George Town, saya melihat ia telah berubah, begitu banyak keburukan berbanding kebaikan.
“Sekarang, di mana-mana saja, saya nampak kereta dan lebih banyak kereta dan lebih ramai pelancong,” kata Hayes..The Rakyat Post


www.themalaysiantimes.com.my
Dulu tempat ini dikenali 'Kota Giam' Bro
Di sebalik kepesatan pembangunan Pulau Pinang yang terkenal dengan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, terdapat sebuah perkampungan di atas kawasan paya yang ketinggalan, tanpa sistem pembuangan sampah yang sempurna.

Kawasan perkampungan di Jalan Kota Giam, Jelutong di sini yang terletak di tengah-tengah bandar George Town itu dihuni 40 keluarga daripada kalangan berpendapatan rendah.

Mengikut sejarah, Jalan Kota Giam dahulunya merupakan kawasan perkampungan nelayan serta pernah menjadi tempat persinggahan kapal dan tongkang pedagang sebelum bertukar menjadi paya cetek lebih 40 tahun lepas.

Sekarang, kg atas air di Kota Giam, Jelutong sudah pupus bro! di sinilah naiknya berpuluh2 flat dan apartment mewah di tapak ini serta laut yg ditambak bersebelahan jambatan pertama P.Pg.



Inilah tapak asal rumah melayu atas air 
di Jelutong tu bro !
sekarang dah jadi kondo, apartment dan flat
memenuhi kawasan tepi laut di Jelutong !
'aku dok sinilah bro' Kah Kah Kah
Tapi sekarang aku sewakan daa..
balik duduk SP bro !



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]