Bertanding Dulu Laa Baru Ejas - Baru laa demokrasi ? [VIDEO]

Kiasan yang DTITM sebut bila beliau menolak pencalonan Kota Bharu sebagai calon alternatif yg dikemukakan oleh Pas KB untuk jawatan Presiden PAS di Muktamar June nanti bro ! tak berapa ngam sangat kiasan tu.

Tasybih yang diutarakan , rasanya tak berapa sesuai sangat, kera tidak berapa hampir 'perbandingan' itu? tidak begitu ( طرفي التشبيه ) dalam ilmu bayan bro ! bahasa mudahnya, membanding ilmu saja? tidak 'leadership'?cuba baca iniالفصل الثاني ـ علم البيان ـ (ب) في التشبيه  hanya sekadar melihat kesesuaian perbandingan sahaja..

Soal padan tidak padan ilmu dgn Hadi itu, satu cerita lain bro, yang orang nak lihat soal 'leadership' ! soal kepimpinan Hadi itu ! Orang Pas mau 'change' ini adalah kerana faktor 'kepimpinan' beliau yang semakin mundur ?..itu saja bro ! bukan sangat pasai ilmu yg dimiliki ! Kes Dr Hatta dan Dr Dzul, setakat ini Hadi dilihat 'no say' bro ? Ini faktor 'leadership' ! Nampak sangat seolah PAS kemarau 'leadership' bro ! sedangkan PAS ramai teknokrat politik yang hebat, Dr Dzul, Husam, Khalid Samad, Mat Sabu, Dr Hatta, Hanipa Maidin, Mujahid dan ramai lagi (sekadar sebut beberapa nama) kalau misalnya Husam bersaing untuk jawatan presiden ? Apa kurangnya beliau? Husam pun bukanlah lekeh sangat 'ilmu Islamnya' ? Kita tunggu kut ada kawasan lain yang calonkan beliau atau yang lainnya? 

'Kepimpinan' dan 'leadership' dari kumpulan profesional ini sudah diakui bro ! fikrah dan kematangan mereka menengahkan isu2 semasa yang memabitkan kepentingan rakyat begitu terserlah..Cuba baca ulasan terbaru Dr Dzul 1-MDB: ‘Rompakan’ Paling Dahsyat Kurun ini! yang dikira tidak ada dari kalangan pro ulama atawa UG mampu menulis dan huraikan ? 

Tak apalah bab 'fardhu ain' kita serahkanlah kat grombolan ustaz yang ramai tu?  Itu kemahiran mereka, cuma jangan label orang tu orang nie dgn bahasa kesat dan tidak beradab ! kerana tinggi rendah nilai seorang diukur dari akhlaknya termasuk cara dia berhujah dan berkata2 bro !




Memang kita akui PAS sebuah badan siasah bertunjangkan Islam ! tetapi bukan bermakna so called ulama yang 'kemarau' aspek kepimpinan yang mencakup duniawi dan ukhrawi sahaja yg layak dinobatkan dipersada sebagai presiden PAS umpamanya ? Al Marhum Ust Fadzil Noor pernah ungkapkan dalam satu ucapan beliau, bahawa tidak semestinya yang bukan 'ulama' tidak boleh jadi Presiden PAS bila dia ada kelayakan dan mendapat kepercayaan ahli? Erdogan di Turki pun bukannya 'ulama' bro !?





Tuan Ibrahim 
ikrar sokong Hadi sebagai presiden
Published on 11 March 2015 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lewat petang semalam menolak pencalonan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan ikrarnya untuk terus mendukung kepimpinan Hadi..kinitv

********************

Ustaz Ahmad Awang, seorang ulama yg disegani, hari ini meminta TITM menarik balik penolakan yang dibuatnya setelah Kota Bharu mencalonkan beliau..



Yang mahukan perubahan tu ialah akar umbi dalam Pas bro ! Jadi tak eloklah hasrat akar umbi nak diketepikan..hanya kerana nak 'jaga hati' seseorang ?


"Nasihat saya, eloklah jangan menolak. Beliau kena fikir (kepentingan) jamaah. PAS ada lebih 100 kawasan. (Mesyuarat) ini baru bermula"..Ahmad Awang.

"Jangan terus berkata 'tidak layak'. Kalau (menolak) macam itu, (pencalonan) naib presiden pun tidak payah (ambil). Naib-naib presiden atau timbalan presiden - mereka ini pemimpin yang layak jadi presiden," kata Ahmad Awang menambah.



kredit imej - Kelab Greenboc via Kameel Abuya
Dia rasa rumah PAS 
dah bergenuak dgn manusia sangat kot?
Main halau2 gitue? 
Kalo ini stail 'leadership' 
bawaan orang tersohor Pas? 
Tak kan Bro Subky Latif nak bersuara?

"Tetapi kalau setengah yang berada dalam PAS disuruh keluar pula daripada PAS, maka tidak dapatlah kita menggantikan Umno. Saya tahu susahnya untuk dapat seorang dua ahli, tidaklah wajar setelah ada sejuta, disuruh pula setengahnya tingalkan PAS.
Secara halus, Subky semacam mahu Haji Hadi dicabar di dalam pemilihan nanti walaupun beliau rasa sukar untuk mencari seorang Sulaiman Palestine yang sanggup mencabar Hussein Onn seperti senario di dalam parti UMNO..Continue Reading

itu yang kita kata, bertanding dululah bro ! pelan2 laa ejas kemundiannya. baru namanya kita suburkan demokrasi ! Kah Kah Kah

Buat sementara waktu pro ulamak menarik nafas lega bro ! lega pasai TITM menarik diri ! Mana boleh lawan ? satu kapal bro ? nanti tak subur pula demokrasi? Kah Kah Kah

"Jika benar dakwaan bahawa pertandingan bakal memecah belahkan parti, maka lebih baik parti jangan mengadakan sebarang pertandingan. Pinda perlembagaan yang sedia ada dan serahkan mandat kepada presiden untuk melantik sesiapa sahaja bagi setiap jawatan parti mengikut budi bicaranya sendiri.
Baca selengkapnyaTuan Ibrahim tolak pencalonan sebagai presiden PAS



FBRakyat Bangkit

FB Awang Al Kenit

PRINSIP WALA DALAM DEMOKRASI GENG USTAZ ,
KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG SEDANG DIHAYATI

TIDAK SEMUA ANAK2 DIAJAK KE MANA AYAH PERGI ....
TIDAK SEMUA ANAK2 DIBERI MAKAN MAKANAN YANG SAMA
TIDAK SEMUA ANAK2 DIANGGAP ANAK KANDUNG ..
TETAPI RAMAI YANG DIANAK TIRI ..

DIMANA AYAH DATUK ASRI MUDA
NAMUN ANAK2 TIRI TIDAK AKAN LUPA...

SEKIAN
Awang Al Kenit


FBAwang Al Kenit
Saya pun sayang ulama ..
Anda bagaimana ?

Pendapat berbeza tak mengapa . jangan hina ulama..jangan hina sesiapa pun walau bukan ulama ....
p/s : YANG PANGKAH MERAH TU PERLU UBAH SIKAP DAHULU




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]