Hala tuju politik negara dilihat kalut – Dr Mohammad Agus

Mat Sabu dengan Hatta akan disiasat dan nak ambil tindakan? kalau kononnya benar seperti dakwaan kumpulan pro-ulamak tu?- mudah kalam, kenapa penularan gejala 'samseng' dlm 'ulamak PAS' ini pula tidak disebut langsung untuk diambil tindakan? hanya kerana mereka pro-ulama? Tengok demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS sikit masa lalu? Tengok apa yang berlaku di Muktamar? Sapa punya kerja nie? ada tindakan? hanya setakat teguran biasa oleh Hj. Hadi dan Mustafa Ali kpd mereka ! takat tu laa saja ?


Sikit tak ubah mcm Umno..pro ulamak nie..main borong buat tuduhan, fitnah, lepas tu guna bahasa yg tak wajar ulamak gunakan - mencarut, makidan bahasa2 jelik jijik lain? Tu yang kalut tu..Adiosssss .





Hala tuju politik negara dilihat kalut – Dr Mohammad Agus



KUALA LUMPUR: Rakyat perlu bangkit menentukan hala tuju politik negara yang dilihat semakin kalut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata selepas berlakunya gerakan ‘Reformasi 1998′ dan tsunami politik 2008, masih ada yang tidak belajar daripada pengalaman tersebut.

Menurut Agus, politik negara masih lagi terikat kepada tiga isu utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, agama dan Melayu.

“Biarpun Anwar telah dihukum penjara, masih ada pihak yang mengadakan roadshow untuk menambahkan aib beliau.

“Di pihak lain pula, masih ada demonstrasi dan bakar lilin untuk mencari keadilan untuk Anwar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Jelas Agus, kecelaruan politik negara juga ditambah dengan PAS dengan dakwaan partinya sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam.

“Sokongan kepada parti selain PAS dianggap menolak Islam, seolah-olah hanya PAS sahaja yang mempedulikan Islam,” katanya lagi.

Malah, Agus berpandangan UMNO pula berterusan ghairah dengan agenda Melayu susulan penganjuran pertemuan Renaisans Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

“Maka, diulang-ulanglah sumpah pemimpin untuk menjadikan Melayu hebat.

“Memerhatikan ucapan pemimpin ini, ia hanya retorik semata kerana saya tidak melihat produk baru yang ditawarkan untuk menjadikan Melayu hebat,” jelasnya lagi.

Agus juga menjelaskan sudah pasti pandangannya mungkin akan mengundang pelbagai reaksi yang beremosi, namun perbincangan itu harus bersifat rasional.

“Yang saya mahukan ialah kita membincangkan caranya untuk menjadikan Islam hebat, Melayu hebat dan Malaysia hebat,” ujarnya. – bm.therakyatpost.com


    Yang Haru Bercelaru Kalut Melalut !    


    Kalut Besaq?    


Ulamak Besar Pas Ini Kata 
Tiada Yang Layak Dan Ikhlas Ganti Hadi?
Kah Kah Kah


     Galak Bercakap     


Nik Abduh Semakin Galak 
Dengan Teori Konspirasi Baruanya..

Kah Kah Kah
Teruskan baca di Astro Awani
atau terus ke sini Nik Abduh Semakin Galak


      Menantu Punya Hal      


Sampai bilakah senario ini akan berterusan apabila 
melibatkan keputusan yang cuba di pengaruhi oleh Menantu..? 
Terpadamkah keputusan 
Jawatan Kuasa Pas Pusat apabila bertembung 
dengan keinginan yang lain dari 
kehendak menantu Presiden...??
Masa akan menyaksikannya. 
Kita tunggu dan lihat adegan seterusnya...!

***************

    Budaya ulama PAS tidak boleh ditegur    


Ulamak Dalam Pas 
Boleh Menegur Tetapi Tak Boleh Ditegur

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang..www.themalaysianinsider.com 

Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur


Baca juga

Akhirkalam

PAS sudah matang, jangan kembali 
menjadi seperti budak-budak hingusan.

Aku tertarik dengan satu artikel yg dimuat dalam blog.limkitsiang.com/ tulisan Huzaifah Ahmad Yamani dalam The Malaysian Insider bertajuk PAS, ‘GU’ dan politik realistik  sangat elok direnung dan difikirkan terutama bilamana senario politik PAS yang kian kalut melalut dengan berbagai isu jelik bagai yang disebut oleh Dr Mohammad Agus seperti di atas ! aku nukil sikit tulisan itu di bawah


 apakah ‘status quo’ PAS yang sebenarnya? Bagi saya, ‘status quo’ PAS ialah, sebuah parti Islam yang dasarnya Al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Empat elemen itulah dasar PAS dan itu jugalah ‘status quo’ PAS. Kempimpinan dalam PAS bukanlah ‘status quo’. Dulu, yang memimpin PAS bukanlah ulama, namun dasarnya sama. Jika ulama sekali pun memimpin PAS, namun melanggar 4 dasar dan ‘status quo’ PAS, maka dia akan terkeluar dari PAS..Huzaifah Ahmad Yamani  


Pecah Berita !


Dr Dzulkefly ditumbuk di muka dan dahi.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi, 
Dr Dzulkefly yang pulang selepas menunaikan solat subuh, diserang oleh dua lelaki bermotosikal yang tidak dikenali di depan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam..Malaysiakini

Dr Dzul sambut tumbukan dengan takbir



Dr Dzulkefly Ahmad dibelasah selepas solat subuh
Published on 05 March 2015 
Harakahdaily melaporkan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul dan ditumbuk oleh individu yang tidak dikenali selepas balik daripada solat subuh pagi tadi.

Portal rasmi PAS itu memetik Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat berkata selepas memukul Dr Dzulkefly, individu berkenaan berkata kenapa kurang ajar sangat.

Katanya, Dr Dzulkefly memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan..kinitv

*********

Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam. 

Laa nie..kalo nak suruh orang hormat ulama..kena main bantai balun ke? Kah Kah Kah...

Betapa murni Dr Dzul yg minta ahli2 PAS jngan buat apa2 spekulasi atas kejadian yang menimpanya ! Apa macam? Ada ulama sinun boleh pikior ke?


Kah Kah Kah



Comments

  1. Better to light a candle than to curse the darkness

    ReplyDelete
  2. Perangai hampir macam BN(UMNO). Dah menyampah dengan UG/GU. Tak dapat ekspresi lagi .

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?