Hadi Diasak Betulkan Kemelut PAS - [VIDEO]

PAS Batu 
berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi





Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan berkenaan 

"Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR)..The Malaysian Insider


PAS Batu isytihar 
mufarakah dari kepimpinan Hadi

Published on Mar 15, 2015
Kecewa dan kesal terhadap sikap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS Batu hari ini mengistiharkan untuk bermufarakah dari kepimpinan pusat parti serta meletakkan jawatan mereka.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan masing-masing selepas hubungan PAS dengan parti anggota Pakatan Rakyat yang lain kembali pulih..Kinitv

Ishak berkata, selepas pengumuman berkenaan juga diharapkan Hadi dapat mengukuhkan hubungan tahaluf siasi dengan PR kerana dalam banyak perkara PAS dilihat menjadi pemain tegar mengeruhkan keadaan..The Malaysian Insider 


Ishak berkata yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Ishak berkata peletakan jawatan mereka akan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS Pusat dalam masa terdekat.- The Rakyat Post


Khulasah

Cikgu Ishak Surin dalam sidang medianya telah bermufaraqah dengan kepimpinan PAS Pusat dan dilihat bagai satu asakan kpd Presiden untuk mengubah dan membetulkan semula keadaan parti siasah Islam ini yang kian dimomokan oleh akar umbi sendiri..

Semua ini adalah bahana 'broker' dan 'baruah' yang pernah diungkapkan oleh sang presiden sendiri semasa muktamar lepas..tidak termasuk lagi yg anak buah bawahan dok 'jebon'kan orang itu ini? dok 'babi'kan, 'syaithankan' dan lain lagi kpd orang2 yg tak disukai mereka? - Bahana ini semua tidak 'dibetulkan' oleh sang presiden? bila diamkan? ulama juga kata, itu petanda redha dan setuju? 

Cantik juga analogi Cikgu Ishak tu bro ! beliau umpamakan seorang imam yg bila buat salah dalam salatnya, makmum di belakang wajib 'mufaraqah' dari imam itu..kalau tidak dengan makmum sekali 'batal' sembahyang tadi.



Comments

  1. Moga Pas menemui calon President Pas yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Moga Pas menemui calon President Pas yang lebih baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Kabinet 'Musang Berjanggut' - [Video]