Rumah Mewah Pendatang Indon ! Jangan Cemburulah !

Kebanjiran warga asing dan kemakmuran yg mereka kecapi di sini, patutnya 'membuka' mata warga tempatan untuk lebih berkerja keras lagi - kadang tu seorang 'pegawai' tempataan yang bergaji lumayan pun belum tentu mampu miliki rumah agam seperti halnya sesetengah warga asing seperti warga Indon di Johor yang 'pandai' mengubahsuai' rumah kos murah menjadi rumah 'agam' yang mencecah ratusan ribu ringgit atawa hampir setengah juta? 

Ini satu 'motivasi' terbaik sebenarnya untuk lebih 'mengujakan' warga tempatan belajar bagaimana mereka juga boleh jadi seperti dan persis warga Indon yang asalnya hanya pekerja buruh di pelbagai sektor di tempat dan di bandar2 utama di Malaysia...Jangan cemburulah.

Warga Indonesia 
mewah di Malaysia salah kita ?
 OLEH HAMDAN OTHMAN DI JOHOR BAHRU - 27 MAR 2015 


RUMAH mewah warga Indonesia 
hasil kerja keras selama di Malaysia.


Orang tempatan tidak seharusnya cemburu atau iri hati apabila terbinanya beberapa rumah mewah dalam kawasan taman perumahan kos rendah di Taman Masai, Johor Bahru.

Itu hak pemiliknya yang membeli rumah tepi tersebut pada harga RM25,000 sebelum melakukan ubah suai sehingga menjadi sebuah rumah mewah yang bertaraf lebih RM500,000.

Di kawasan taman perumahan tersebut, terdapat hampir lima buah rumah lot tepi yang telah diubah suai sedemikian rupa malah siap dengan pagar elektrik sekali! Siapa pemiliknya yang jika dilihat pada kemampuan mengubah suai rumah tersebut bukanlah golongan yang layak tinggal di kawasan tersebut? 

Sebenarnya, mereka adalah warga Indonesia yang telah berjaya menjana pendapatan tinggi setelah lama tinggal di negara ini. Kebanyakannya telah pun mendapat taraf penduduk tetap dan memilik syarikat sendiri malah ada yang menjadi majikan kepada rakyat tempatan! 



KEMEWAHAN yang dikecapi menjatuhkan maruah rakyat tempatan.

Bukan sesuatu yang baharu tetapi apa yang dikecapi warga Indonesia inilah yang menjadikan bahan cerita penduduk tempatan lebih-lebih lagi jiran-jiran yang tinggal berdekatan dalam keadaan rumah yang masih sempit berbentuk asal.

Umpama pipit dan enggang, itulah kedudukan rakyat tempatan dengan warga Indonesia yang tidak sepatutnya berlaku. Rakyat tempatan asyik mengata sesama sendiri bila melihat kekayaan warga Indonesia tetapi sedar atau tidak, apa yang dicapai oleh warga Indonesia itu adalah hasil kerja keras yang tidak pernah putus.

Paling memalukan, penduduk setempat kini ramai yang menjadi kuli warga Indonesia untuk mendapatkan belanja saran hidup. Mungkin ada yang menimbulkan persoalan bagaimana warga Indonesia boleh memilik rumah sendiri di Malaysia apa lagi rumah kos rendah yang pada hakikatnya dibina untuk rakyat tempatan yang miskin.


DIKELILINGI 
jiran rakyat tempatan yang hidup serba miskin.

Dari satu sudut, itu boleh dipersoalkan tetapi itu bukan perkara pokok untuk dibincangkan sebaliknya kenapa warga Indonesia boleh mengatasi rakyat tempatan sehingga kita pula yang terhegeh-hegeh menumpang kejayaan mereka?

Apa kesilapan rakyat tempatan yang selama ini dibantu kerajaan dengan pelbagai kemudahan termasuk memberi pelbagai jenis sabsidi barangan? Di mana silapnya rakyat tempatan yang kini sibuk berbalah tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan kerajaan (GST) yang kononnya bakal memberi bebanan kepada rakyat?

Nak bercakap panjang lebar pun tak guna sebab warga Indonesia tak pernah sentuh pasal GST. Malah beruntungnya mereka juga tak perlu membayar cukai pendapatan kecuali levi yang dikenakan untuk mendapatkan permit kerja.

Cuma yang perlu dilihat secara positif, mereka berjuang untuk hidup sehingga mengecapi kejayaan yang secara jujurnya telah menjatuhkan maruah rakyat tempatan.

Tepuk dada tanya selera. Kalau terus berbalah tentang GST, rakyat tempatan akan terus ketinggalan di belakang warga Indonesia.--MalaysiaGazette

*********************

Sementara itu bro ? Bernama melaporkan pekerja asing di negara kita sudah melebihi 2 juta orang ? Banyak tu...tak sesak nafas ke warga tempatan? masalah sosial? jangan tanya laa...macam2 dok mai dok ada? Kah Kah Kah


Lebih dua juta 
pekerja asing sah bekerja di M'sia




Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara direkodkan berada di negara ini setakat 31 Disember tahun lepas, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata kemasukan warga asing itu khususnya didorong kebergantungan negara terhadap pekerja asing bagi sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal.

"Kekurangan minat pekerja tempatan menceburi sektor pekerjaan yang tiada nilai komersial dan kebolehtahanan pekerja tempatan yang tidak kekal juga menyebabkan tenaga kerja asing menjadi sandaran pelbagai sektor di negara ini," katanya - Bernama

Baca selengkapnya - Lebih dua juta pekerja asing sah bekerja di M'sia




     Ù…Ù†  Ø¬Ø¯  ÙˆØ¬Ø¯    

"Siapa Bersungguh-sungguh Berusaha !!
Dia Akan Peroleh Apa Yang Diusahakan Itu


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]