Masihkah PAS Dapat Dokongan Bukan Islam?

Pas For All nampaknya dah tak berapa kesampaian bro ! PAS perlukan Presiden yang baru dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia dan menguasai Putrajaya! kalau tidak? just forget it bro ! biarkan saja Pas jadi wadah untuk usrahkan ahli yang mahukan demikian saja bro !



'Sokongan 
bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Kempen PRU 13 yg lepas bro !
PRU 14 nanti apa macam?
Boleh lagikah jumpa macam ini?

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.


Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.


Agak2 PRU 14 nanti.
ada kelibat begini lagikah?

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar.  Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.


Adakah mereka masih
tertarik dengan Pas sekarang ini?

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Masihkah mereka tertarik lagi 
dengan Pas sekarang ini ?

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara..Mkini






Comments

  1. Masihkah PAS Dapat Dokongan Bukan Islam?
    -tidak releven n tidak penting

    soalan yang perlu anda risau ialah- Masihkah pkr dapat dokongan pas?
    awak adalah makhluk sejenis dengan spesies musang berbulu ayam
    iaitu awaklah penganut pkr yang berbulu pas. heh! heh! heh!

    kita semua bukan tak tahu cara politik ex-umno@pkr
    didepan berlakon baik tetapi di belakang main tikam belakang sama macam umno juga.

    para pemimpin pas perlu di tikam dari belakang untuk jatuhkan reputasinya,
    kerana pemimpin pas adalah 'rival' anwar bagi jawatan perdana menteri dan jawatan menteri-menteri kabinet sekiranya pr berjaya bentuk kerajaan pusat.

    pemimpin pas juga perlu di tikam belakang kerana pkr dan dap tak berminat dengan hudud.
    itu agenda minda bodo dan agenda kerja bodo korang.

    last-last.... anuar kena jel...hahahaaaaa... padan dengan muka korang!!!!
    calon perdana menteri maksum ciptaan korang sekarang dah tak ada, nak harap siapa pula?
    azmin?saifudin? tak cukup karisma nak pegang dap,pkr,pas dalam satu bendera pr.
    setakat kerajaan negeri boleh, tapi pusat no, no no.............
    kerajaan negeri pun mungkin bergoyang kuat di pru depan terutama negeri selangor andai pas lebih banyak kerusi lagi.

    itu lah, lain kali jangan lah main tikam-tikam belakang kawan walaupun atas dasar politik, nanti tuhan marah........hah! hah! hah!

    kalau rasa panas hati dengan komen yang sinis ini, delete!
    cam bro delete komen dari Cik.S..... hah hah hah.... simple n sempit

    zahid

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?