Datuk Bandar Pertama Pulau Pinang



Apa pun..tahniah dulu dari aku atas pilihan ini. Datuk Patahiyah Ismail akan tercatat sebagai Datuk Bandar Georgetown Pertama untuk kesekian kalinya. Tahniah.

Datuk bandar pertama 
George Town hadapi pelbagai cabaran

Datuk Patahiyah Ismail


 oleh Ian McIntyre

KOMEN: Minggu ini datuk bandar pertama George Town – bandar terbaru yang mendapat status bandaraya di Malaysia, akan diperkenalkan.

Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Patahiyah Ismail, presiden yang tidak begitu dikenali Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).



Bukan lagi rahsia bahawa Patahiyah merupakan pilihan terbaik, kerana beliau merupakan presiden majlis itu, walaupun ada pihak mungkin mengehendaki seorang tokoh Pulau Pinang yang lebih dikenali bagi mengisi jawatan itu.

Lagipun, Pulau Pinang merupakan rumah kepada pelbagai pertubuhan-pertubuhan sivil, dan negeri ini telah menghasilkan ramai tokoh sosial, sukan dan cendekiawan dalam sejarah negara.


Pesta durian Pulau Pinang

Dengan tiada niat untuk merendah-rendahkan Patahiyah, tiada mana-mana pemegang jawatan awam mengetahui pencapaiannya di Pulau Pinang, kerana beliau memilih gaya kepimpinan yang senyap dan tidak banyak kata.

Beliau jarang menulis di Twitter dan media sosial.

Patahiyah, 56 tahun, akan memimpin Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), apabila bandar ini diumumkan sebagai sebuah bandaraya oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Warga Pulau Pinang berharap yang Patahiyah akan mampu menggalas tanggungjawab dan meningkatkan nilai George Town, dan merubah pulau ini kepada sebuah bandaraya yang sesuai untuk didiami.

Beliau seharusnya berkongsi wawasan yang sama dengan ketua-ketua politiknya.

“Sesuai didiami” adalah sesuatu yang sukar dibayangkan, kerana ia adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang dirasakan baik oleh sesetengah orang, mungkin belum cukup baik untuk orang yang lain.

Patahiyah dilantik menjadi Datuk Bandar sebuah bandar yang dibelenggu dengan isu-isu sosio-ekonomi dan oleh kebingungan politik.




Beliau mesti menangani lalu lintas dan kesesakan orang ramai, kos sara hidup, perumahan mampu milik, tekanan politik dan yang paling penting bagi sebuah ekosistem rapuh seperti sebuah pulau, alam sekitar.

Ia juga diharapkan yang Patahiyah boleh melibatkan pertubuhan-pertubuhan awam secara berkesan, dan mencari jalan untuk mengguna pakai cadangan-cadangan mereka ke dalam tadbir urus.

Hampir setiap minggu, beberapa organisasi akan menghantar kenyataan atau mengadakan sidang akhbar mengenai isu-isu di Pulau Pinang, daripada kurangnya penguatkuasaan dalam kawasan warisan kepada pelesenan dan kesesakan.

Tahniah harus diucapkan kepada Patahiyah, tetapi beliau mempunyai banyak tanggungjawab sebagai Datuk Bandar pertama Pulau Pinang, selepas zaman penjajah.. Theantdaily



Sumber lain: www.thestar.com.my




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video