Jom Makan Udang Galah Besar !! Hmmmm ! Sedap !

Udang Galah, puyuh, ketam goreng, memang kat sini pun ada bro ! tapi jenuh melilau laa nak pi cari...apa kata kita bertandang ke Thailand..sempadan aja bro ! ke Hadyai..pi cari segala makneka ini untuk puaskan selera yang lama dah kemarau dengan udang, dan masakan sikit berbeza dari orang2 di sini !

Tapi yang jarang ada kat sini ialah Roti Kukus Hadyai
yang dijual secara santai tepi2 jalan..tapi beringat sikit status halal haramnya, kerana ia dijual oleh penduduk Thai bukan Islam..lain2 makanan laut, puyuh dan ayam goreng tu dijual oleh orang Islam Malaysia yang berhijrah ke sana !

Harga tak adalah mahal sangat..boleh makan laa bro ! bawa laa pitih banyak sikit ! Kah Kah Kah


Udang besar goreng Hadyai 


Menyelerakan bro !
Udang Galah siap goreng yg diual di Hadyai



Kalau bercerita tentang Hadyai, Thailand antara yang sering disentuh adalah pusat peranginan, budaya dan kehidupan harian penduduknya selain makanan.

Memang bagi mereka yang gemar melancong, Hadyai memang menarik untuk dikunjungi kerana bandar yang sering dikaitkan dengan serangan bom itu cukup ‘hidup’ selepas matahari tenggelam.

Pergilah ke mana-mana di bandar ini sehingga lima pagi, kemeriahannya dapat dirasakan lebih-lebih lagi dengan penjualan barangan buatan Thailand yang begitu menarik dan murah.

Makanan yang dijual boleh dilihat di merata tempat dan kalau dulu agak susah untuk mendapatkan makanan halal yang dijual oleh orang Islam, tetapi hari ini semuanya ada di depan mata.



Peniaga beragama Islam kini ramai di Hadyai.

Lebih menarik lagi, hampir semua peniaga makanan di Hadyai yang beragama Islam boleh bertutur dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan mereka berasal dari selatan Thailand seperti Patani, Naratiwat dan Golok yang begitu dekat dengan Malaysia.

Bercakap tentang makanan, antara yang cukup popular selain nasi goreng makanan laut, gorengan udang, ayam dan ketam adalah jualan yang cukup laris buat pelancong yang hanya dijual di tepi jalan tanpa kerusi dan meja makan.

Semuanya mencuit selera tetapi jangan terkejut dengan harga yang dijual!
Udang separuh goreng sebelum ada yang mahu membeli.

Bagai khusus untuk pelancong, gorengan yang dijual memang tidak mungkin akan dibeli oleh rakyat tempatan kerana terlalu mahal!

Apa tidaknya, udang galah saiz besar yang jarang boleh dijumpa dijual pada harga 400 bath (RM40) seekor. Udang galah paling kecil pula dijual pada harga 200 bath (RM20).

Menurut penduduk tempatan, harga udang galah besar mentah yang dijual di pasar adalah sekitar 300 bath (RM30) satu kilogram dan berat seekor udang galah besar biasanya sekitar 200 gram.

Disebabkan udang goreng yang dijual nampak cukup memikat rasa, penulis tidak teragak-agak membeli seekor untuk dimakan di bilik hotel.

Ketepikan masalah kolestrol dalam badan sebab udang galah sebesar ini bukan senang nak dapat, apa lagi digoreng segar!

Jujurnya, udang sebesar itu boleh dimakan tiga orang lelaki dewasa!

Selain udang, ketam bersaiz besar juga digoreng dan dijual bersama udang galah besar di warung yang sama.

Harga ketam siap digoreng memang mahal iaitu sekitar 300 bath (RM30) seekor berbanding harga mentah yang dijual di pasar pada harga 180 bath (RM18) satu kilo.

Ketam goreng yang menyelerakan.

Namun, disebabkan ingin mencuba, nafsu makan mengepikan soal bayaran kerana yang penting adalah dapat menikmati gorengan makanan laut segar sebesar itu yang jarang dijual di Malaysia kecuali di restoran-restoran mewah.

Selain udang dan ketam, warung bersaiz kecil itu turut menjual ayam dan puyuh goreng yang mesti dicuba oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Thailand.

Tak tahu nak diceritakan keenakannya tetapi secara peribadi, ayam dan puyuh goreng yang dijual ada kelainannya. Sedap dan menyelerakan. Hanya itu yang boleh dinyatakan.

Rasa ayam goreng Hadyai amat berlainan.

Apa pun, bagi mereka yang tersedia dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis, janganlah terlalu diikutkan nafsu seperti orang sihat.

Sekadar nak rasa, bolehlah dicubit sedikit untuk mengelak ‘kempunan’ kata orang kampung. Tetapi jika tak cuba, tak siapa tahu keenakkan udang galah besar dan ketam yang dijual  di Hadyai.

Satu lagi yang mungkin boleh menaikkan selera pengunjung Hadyai adalah hidangan roti kukus yang juga dijual di tepi jalan menggunakan kenderaan bergerak seperti motor.

Roti kukus amat menarik dan menyelerakan.

Amatlah menyelerakan tetapi tidak sempat dicuba kerana kesuntukan masa selain tidak yakin dengan status halalnya kerana ia dijual oleh rakyat Thailand yang bukan Islam.

Cuma yang pasti, ia disertai kaya dan keju hiris dan dikukus dalam susunan yang cukup menarik. - MalaysiaGazette




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]