Sekilas Pandang ! '

Ingin menjadi jutawan? 
Menurut Ku Li, anda boleh jika anda seorang ketua bahagian Umno selama dua tahun!?
Adakah itu benar?


Benarkah Ketua Umno bahagian 
dapat lebih setengah juta ringgit setahun?



oleh Mike Tan
SEKILAS PANDANG: Mari buat kira-kira mudah. Menurut satu laporan berita, tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa “Ketua Bahagian Umno serta Ahli Parlimennya mempunyai pendapatan mencecah RM50,000 sebulan”. Jika ia benar, setiap pemimpin bertuah ini mendapat sekurang-kurangnya RM600,000 setahun, pendapatan tahunan yang melebihi setengah juta ringgit!

Darabkannya dengan 191 bahagian maka jumlah keseluruhannya adalah RM114.6 juta, dan itu belum masuk apa yang mereka perolehi melalui kontrak kerajaan, yang boleh bernilai jutaan ringgit.

Namun sebelum kita mempertimbangkan untuk menyertai Umno, Ku Li tidak menjelaskan dengan terperinci dakwaannya, mahu pun menentukan apa-apa kontrak kerajaan yang dikaitkan dengan mana-mana ketua bahagian. Namun, dakwaannya tidak terlepas daripada pemerhati yang mengatakan, ironinya Ku Li sendiri adalah ketua Umno bahagian (maka, layak mendapat RM50,000) dan mencetuskan persoalan, bagaimana beliau boleh hadir dengan angka RM50,000 itu.

Dakwaannya, walaupun tanpa asas, berkemungkinan besar akan dianggap sebagai pengesahan tentang apa yang telah diketahui rakyat sekian lama – bahawa poltik, terutama sebagai politikus Umno, mempunyai pulangan ‘istimewa’ tersendiri. Hakikat bahawa tiada seorang yang membantah Ku Li selepas kenyataan itu, ataupun mencabar kebenaran dakwaan tentulah mempunyai makna tertentu.

Justeru adakah politik wang sebenarnya dibenarkan? Tiada apakah yang boleh dilakukan untuk membendungnya? Atau adakah rakyat akan terus menutup sebelah mata, dan berpura-pura tidak mengapa untuk politikus menggunakan alasan “berkhidmat demi rakyat” untuk mengkayakan diri sendiri secara terang-terangan?

Barangkali rakyat telah diprogram untuk patuh kepada sistem ini, dan mengharapkan secebis daripada pai RM50,000 itu, atau untuk mendaki sendiri tangga politik dan mendapat akses kelab eksklusif politikus separa jutawan.

Namun, mendapat untung daripada politik bukanlah eksklusif kepada politikus Umno dan Barisan Nasional sahaja. Tsunami politik 2008 bukan sahaja mendedahkan betapa lemahnya BN, namun sesiapa sahaja – bukan mereka yang berada di sekeliling BN sahaja – boleh menjadi wakil rakyat. Sejak itu, ramai yang menunjukkan minat terhadap politik, dengan matlamat yang tetap untuk menjadi calon pilihanraya.

Kebanyakan mereka bukannya didasari dengan niat mulia untuk menambahbaik negara dan warga, namun dipandu oleh ketamakan dan cita-cita peribadi.

Jika ini benar, maka tidak peliklah ramai yang tidak segan silu meminta untuk menjadi calon pada beberapa tahun kebelakangan, sama ada untuk BN dan juga Pakatan Rakyat. Tsunami politik menonjolkan banyak muka baru. Berapa ramai di antara mereka yang masih aktif dalam politik pada hari ini? Di mana mereka menghilang, dan apa yang mereka buat sekarang?

Dan lebih penting, berapa ramai lagi politikus yang tamak dan pentingkan diri sendiri yang boleh ‘dihadapi’ negara kita ini, sebelum ia menjadi kering kontang dan hancur?


SumberTheantdaily







Comments

  1. Sesiapa jadi Ketua UMNO Bahagian dapat jadi kaya no.

    ReplyDelete
  2. Sesiapa jadi Ketua UMNO Bahagian dapat jadi kaya no.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]