'Ustaz' Pilihan Abby ? kahwin ke Belum? [VIDEO]

Aku bukan minat sangat ngan artis2 baru begini..kecuali ada laa sikit minat di era 50an dan 60an..lepas tu aku dah tak ambik kisah sangat dah dengan dunia artis nie bro ! Kah Kah Kah

Dulu jangan mimpi laa artis2 nak kahwini ustaz bro ! ustaz ngan artis tak boleh berlaga langsung...tak ngam gitue ! coba ingat ayat di bawah nie bro ! inilah ayat Mak Dara kat Sabariah Mansur yang tergila2kan 'Kasim Selamat' dlm 'Ibu Mertuaku' ...kah kah kah

Siapa dia Kasim Selamat? Lawyer? Majestrate?Ahli muzik !Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik !Anak tidak mengenang jasa !





ANTARA khabar paling hangat diperkatakan kini adalah bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dipercayai sudah mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei tahun lalu.

Sebelum bersama Farhan, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim sebelum berpisah pada Disember 2008.

Khabarnya pilihan hati Abby kali ini tak lain tak bukan, seorang ustaz yang pernah digambarkan Abby rapat dengan keluarganya sejak sekian lama sebagai guru mengaji anak-anaknya, dikenali sebagai Ustaz Khairul Azli





Abby sebelum ini sememangnya pernah memberi ‘hint’ seolah-olah akan berkahwin di laman Instagram namun apabila ditanya peminat dia tidak pernah mengiyakannya secara jelas.

Tup-tup menerusi posting Instagram Ustaz Khairul Azli sendiri, ia seakan-akan mengesahkan mereka kini sudah pun bergelar suami isteri beberapa hari lalu.


Menerusi status akaun Instagram yang kini tersebar, rasanya agak mustahil jika seorang ‘ustaz’ mengeluarkan kata-kata di bawah jika bukan ditujukan kepada isterinya bukan?




Cuma yang kurang difahami, mengapa agaknya perkara ini disorokkan daripada pengetahuan umum?

Bukannya apa, jika perkara baik begini tidak dikongsikan dibimbangi boleh pula tercetus fitnah.

Apa pun, selamat pengantin baru buat Abby dan suami jika benar sudah mendirikan rumah tangga.

Semoga pilihan hati Abby kali ini benar-benar tepat, serasi dan membawa kebahagiaan serta ketenangan buatnya hingga ke akhir hayat.


Lelaki Muda Tidak Matang 
- Abby Abadi


SumberMYNEWSHUB

Abby belum kawin bro..




Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]