Inilah PAS


Mat Sabu Kunci Mulut

“Tak nak komen pasal isu presiden. I reserve. No comment apa-apa lagi.
 “Akan ada penyelesaian,” katanya ringkas di Shah Alam selepas merasmikan muktamar tahunan PAS kawasan itu.


Khalid Samad bidas MB Kelantan

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan di jawatannya didakwa hanya “memudaratkan” presiden PAS itu sendiri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata kenyataan Ahmad itu menunjukkan seolah-olah Hadi tidak mendapat sokongan daripada ahli PAS..MkiniKhalid: Sokongan pada Hadi bawah rebah

Sementara itu Pas Kawasan Shah Alam yng bermesyuarat hari ini mengambil keputusan mengekalkan mereka yg terpilih sebelum ini bro ! PAS Shah Alam mahu status quo kekal
7
************


Kata Hj. Hadi: Ahli PAS Dah Sejuta..

“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang..Hadi Awang'Kata macam-macam, tapi ahli PAS sudah sejuta' )
Adakah ini 'sindrom' syok sendiri? ada nada 'syomb' dlm ayat atas tu? Banyak sikit ahli bukan ukuran bro! Mcm ramainya umat Islam sekarang, tapi 'buih' bro ! buih..aku bawa satu cerita yang aku nukil dari greenboc ! moga ada guna bro !

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak. 

Kemudian Hasan berbisik dalam hati, 
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!". 

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam. 

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan. 

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang". 

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak". 

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan". 

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak..greenboc - Continue Reading


Tun Erdogan
In sya Allah, we are on track to Putrajaya.
Tell PAS, they can go to UMNO. We in PR not need you anymore. The betrayal is unacceptable. Go to hell

ulasan - 
Ini adalah 'suara-suara' yang mewakili kumpulan dan penyokong RR bro ! mereka nampak macam dah 'desprate' sangat dgn Pas ? kerana hasil 'kerenah' Pas sendiri mutakhir ini? tu nampak macam marah sangat tu? Pas mendakwa ahli mereka ada sejuta..tetapi undi lepas (2013) mereka raih 1.6 juta lebih untuk mendapatkan 21 kerusi Parliament bro ! Kerenah dalaman Pas sekarang ini banyak dicetuskan oleh Pro-Ulamak yang sedikit sebanyak 'mencacatkan' reputasi Pas sendiri ! yg lebih undi sampai setengah juta (kalau semua 1 juta ahli Pas mengundi) tu mai dari sapa? Kah Kah Kah



Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka, dikecam dan disifatkan tidak wajar.

Malah, Mohamed Hanipa juga dilihat bersikap angkuh, kerana apabila ditegur berhubung perkara itu, Ahli Parlimen Sepang itu seolah-olah memberi reaksi “acuh tak acuh”.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, perbuatan Mohamed Hanipa mengkritik Presiden parti tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli PAS, kerana tindakan itu boleh memperluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan ahli.

“Sepatutnya tidak perlu berbuat begitu, kita ada saluran dalaman parti untuk mengkritik mahupun menegur..NewMalaysianPost.com


Suhaizan Kaiat 
pun kena 'terkam' juga ngan El-Haraki !
El-Haraki nie pun satu juga bro !
keroja 'label' orang saja?
Kah kah Kah..


Khulasah ! 

3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung, ketiga-tiganya mencalonkan orang lain selain Haji Hadi sebagai Presiden PAS..mStar
Mafhumnya - Pas Kota Tinggi misalnya, tidak wala' pada Presiden bro ? kerana mencalonkan Husam?   begitu juga dua kawasan lagi ! 3 PAS Kawasan Mesyuarat, A/Hadi Belum Dicalon Presiden.


Tetapi, bila PAS Shah Alam calonkan Hadi pertahan jawatan Presiden dan seluruh yang terpilih dahulu..dicalonkan kembali ! ertinya Shah Alam cuba kekalkan 'status quo' ini bagi elakan beberapa perkara yg dilihat kalut mutakhir ini ? 

Selain itu, ada yang kata belum ada 'muka' yg setanding dengan Hadi ? Pas Selangor hari ini membuat dakwaan demikian ? Belum ada yang layak ganti Abdul Hadi
Tapi rasanya, Ustaz Ahmad Awang, bekas PJ Perak itu cukup layak untuk dicalonkan ? Harap ada kawasan yang mencalonkan beliau bro ! Amacam? 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]