Rafizi sempat beri ceramah GST semasa dalam tahanan

Rafizi sempat beri 
ceramah GST semasa dalam tahanan
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 31 MAR 2015

Foto - MalaysiaGazette



Sepanjang tiga hari ditahan dilokap polis kerana dakwaan dibawah Akta Hasutan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa sempat memberi ceramah mengenai keburukan GST kepada kelompok-kelompok kecil anggota polis.

"Sepanjang tahanan tiga hari, saya sempat memberi beberapa ceramah kelompok kecil kepada anggota-anggota polis mengenai GST. Saya faham mereka juga mangsa kepada kerakusan pimpinan atasan yang tamakkan kedudukan seperti mana rakyat Malaysia yang lainnya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, penahanannya dan beberapa pimpinan PR lain seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais dibuat semata-mata mengelak mereka menyertai perhimpunan #kitalawan pada 28 Mac lalu.

"Penahanan kami bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan berkenaan pekeliling yang saya keluarkan itu hanyalah satu alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara yang tidak dipercayai sesiapa pun.

Menurut Rafizi, pasukan polis datang ke rumah saya pada jam 2 pagi hari Jumaat 27 Mac 2015 untuk menahannya.

"Bagaimanapun, saya yang mengalami serangan gastrik dan demam pada ketika itu tidak mendengar pintu diketuk. Mereka akhirnya menahan saya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan sejurus selepas solat Jumaat," ujarnya dalam sau kenyataan sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin di sini hari ini.

Rafizi dakwa kerajaan dan BN melihat dirinya sebagai duri yang perlu dibuang kerana sering kali mendedahkan pelbagai penyelewengan mereka.

"Setiap kali pendedahan sebegini berlaku, pimpinan UMNO/BN tidak mempunyai jawapan kerana ia memang benar-benar berlaku.
"Akibatnya, pimpinan UMNO/BN terpaksa menggunakan Ketua Polis Negara untuk menutup penyelewengan-penyelewengan ini dengan menahan saya dengan harapan ia akan menutup mulut saya," jelasnya.

Menurut Rafizi, tidak ada lokap, penjara atau mahkamah yang boleh menutup mulutnya.

"Di mana ada pembaziran dan rasuah UMNO/BN, di situ saya menunggu. Sebab itu, hari ini saya tampil untuk menyambung pendedahan mengenai skandal pembelian jet peribadi oleh Perdana Menteri," katanya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada kakitangan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang banyak bertimbang rasa.

Kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin semalam.--MalaysiaGazette



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]