Papatuk ! Foto Menarik DSAI Di Mahkamah Syariah Hari Ini {VIDEO]

Hilang rindu yg terpendam...
Bersama papatuk
DSAI memeluk cucu2nya







Slogan “Reformasi” dan “Lawan tetap lawan” seringkali dilaungkan di acara yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini, slogan tersebut dilaungkan oleh seorang anak kecil, cucu kepada ketua pembangkang itu.

Anwar tidak dapat menahan senyum apabila mendengar laungan slogan tersebut lantas mendukung cucunya itu.

Anak kecil itu meneruskan laungannya dalam pelukan datuknya itu, yang diperhatikan dengan penuh minat oleh individu yang hadir di luar bilik mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, berkata beliau banyak memenuhi masanya dengan membaca.

"Saya khatam al-Quran dua kali. Saya juga membaca karya William Shakespeare dan 'A History of Western Philosophy' oleh Bertrand Russel',” katanya sebelum diiring keluar oleh pihak berkuasa penjara.

Ini merupakan kemunculan kedua Anwar di mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes Liwat II pada 10 Februari.

Beliau kelihatan bersemangat ketika bertemu dengan anggota keluarganya, termasuk isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar sempat berbuat-bual selama kira-kira 10 minit bersama mereka.

Ketua pembangkang itu diiringi oleh kira-kira 10 orang pegawai Jabatan Penjara...mkini-Cucu Anwar laung 'Reformasi' di mahkamah


Cucu Anwar 
laung 'Reformasi' di mahkamah
Published on 25 March 2015 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menaikkan visual 
cucu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sempat melaungkan slogan “Reformasi” dan 
“Lawan tetap lawan” di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur semalam.

Anwar tidak dapat menahan senyum apabila mendengar laungan 
slogan tersebut lantas mendukung cucunya itu..kinitv








Cucu DSAI bersama DSWA serta ibunya Nurul Izzah
Mau jumpa papa atuknya,










Cucu papatuk menjadi tumpuan orang ramai yang hadir .














DSAI tetap menguntum senyuman..melambai penyokong..walaupun kawalan ketat setiap kali ke mahkamah.

















Bila papatuk nak balik? Dah lama tak gurau2..dah lama tak makan dengan papatuk..Sabarlah sayang..insya Allah ada rezeki papatuk balik nanti..










Senyum dalam duka
Bersama papatuk tercinta


Dari Fb - Megat Cartoonist Kki

DSAI masih sempat bermain2 
dengan cucu2nya ! 
Ketabahan seorang 'pejuang rakyat' yg sukar digambarkan.










Kesempatan yang tidak disesiakan oleh DSWA..
Kami derita dipisahkan oleh tirai besi..namun tiada siapa yang mampu memisahkan kebahagiaan kami..








Sumber foto : Facebook - Dr Wan Azizah Wan Ismail









Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$