Kotak Angpau Kena Kebas Daa

Ini cerita kenduri kahwin orang Cina bro ! Cekap juga warga luar yang buat keroja tu, sampai tuan rumah pun tak sedar, leka dengan majlis kendurinya .

Orang Cina, kalau bagi ang pau masa kenduri depa! bukan sikit2 bro ! boleh beli, boleh buat rumah baru bro ! bukan macam kita, senggit pun huloq juga..pasai masuk dalam sampul ! meriah macam mana pun kenduri kita, cekak lurut depa kira juga ! kah kah kah




Kotak angpau RM100,000 lesap

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada pengantin lelaki pening kepala apabila kotak berisi angpau yang dianggarkan berjumlah RM100,000 hilang pada majlis perkahwinan anaknya di sebuah restoran di Taman Sutera Utama, Skudai di sini pada pertengahan bulan lalu.

Wang angpau itu disumbangkan oleh kira-kira 120 orang tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Ekoran kehilangan kotak itu, Lim Swee Kheng kini kebingungan untuk melangsaikan baki hutang RM50,000 kepada pemilik restoran yang menganjurkan kenduri kahwin anaknya.

Swee Kheng, 60-an, semasa dihubungi berkata, dia dan keluarga mengesyaki kotak berisi wang dikebas kumpulan tiga lelaki Peru yang berlagak seperti pengawal keselamatan pada majlis 14 Februari lalu.

kredit foto - www.kosmo.com.my
Lelaki Peru (gambar kiri dan gambar atas kanan) 
yang ditangkap di KLIA2 manakala lelaki (gambar bawah kanan) 
yang dicari kerana kes curi duit dalam kotak angpau di Skudai, 
Johor Bahru pada Februari lalu.

“Saya menyedari kehadiran kumpulan lelaki Peru yang memakai vest tetapi saya menyangka mereka adalah pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga majlis perkahwinan anak saya,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketika majlis sampai kemuncaknya seorang saudaranya kecoh kerana kotak angpau lesap dari bawah meja pendaftaran tetamu.

“Kami menyemak semula rakaman video majlis perkahwinan itu dan baru sedar tiga lelaki warga Peru itu bukan pengawal keselamatan sebaliknya pencuri yang melarikan kotak angpau,” cerita Swee Kheng.

Menurut bapa pengantin itu, orang yang ditugaskan mengawasi kotak ang­pau itu juga tidak menyedari ketika salah seorang pencuri itu mengambil kotak tersebut kerana ketika itu dia leka menyaksikan acara kemuncak iaitu perarakan masuk pasangan pengantin ke dewan.

“Pencuri-pencuri ini pandai kerana mereka melarikan kotak angpau berkenaan ketika suasana kemuncak pada waktu para tetamu menyaksikan pasangan pengantin,” kata Swee Kheng yang merupakan seorang ahli perniagaan.


Sumber Kosmo Online




    Comments

    Popular posts from this blog

    Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

    Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

    UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]