GHB untungkan UMNO? Ini Jawabannya

Kalut sunguh beberapa susuk dari PAS bila #harapanbaru aka GHB mula mendapat perhatian rakyat ramai, depa macam 'menari ronggeng' tak berhenti bro ! GHB pukul gendang, depa meronggeng menonggeng, tapi 'ronggeng depa tu sumbang sumbing bro ! naik semak aku tengok ! Kah Kah Kah

Alkisah, maka tersebutlah bahawa PAS yg dok berkawan, berkepit dgn Umno Umnuuu ke hulu ke hilir sekarang ini bro ! rasa tercabar sangat kut2 Umno melamar 'awek' baru yg bernama GHB tu jadikan 'bini muda' nya bro ? maka bertempiklah depa di sebuah negeri Selangor namanya yang gerakan baru nie hanya akan untungkan BN dan Umno ? maka bersoraklah juak2nya saentero malaya lebih2 lagi di negeri che siti wan kembang dan negeri Taring Anu (nama lama Terengganu) [kalo kurang yakin, boleh tanya Abe Awang Malaya  yang pernah sekejap jadi 'jebon' sepurnama dua lepas ! Kah Kah Kah

Syahdan ! tersebutlah kalam dari seorang 'munshi kerja' yg depa panggil setiausaha dewasa ini, dari GHB melontarkan semula tuduhan PAS tu bro ! Bukan untungkan dan beri laba pada Umno, sebaliknya Umno yg gelisah dan resah dgn lahirnya GHB bak lahirnya 'awang sulung merah muda' yg 'berperang' dgn 'Mambang Saujana' tu..dan akhirnya GHB dikatakan sebagai watak si 'Megat Alam Sengketa' yg sebenarnya PAS tu laa yg memulakan 'sengketa' di sana dan disinun dgn hukum dan peranan para 'CHAI'nya?. 
Jawaban 1
dari Setiausah GHB
Dr Dzulkefli Ahmad
S,Usaha GHB

SHAH ALAM – Kehadiran Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam lanskap politik negara sebagai parti Islam alternatif kepada Pas tidak sesekali menguntungkan Umno dan BN dalam memenangkan parti pemerintah itu pada PRU14 akan datang.

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan kehadiran parti baharu itu hanya menambahkan kegelisahan Umno dan BN susulan mereka masih membawa agenda sama dalam gabungan parti pembangkang dalam PR sebelum ini.

“Macam mana pula menguntungkan Umno.....dulu Umno satu-satunya musuh dan lawan yakni Pas...sekarang Umno ada dua musuh...lagi beratlah Umno nak mendepaninya...itu pun kalau Pas masih nak lawan Umno.

“Kalau Pas terus menyerang Umno dan kami (GHB) menyerang Umno, maknanya dua kali serang, apa untungnya Umno dari segi itu? Jadi Umno tidak akan rasa selesa dengan kami, Umno tidak akan dapat keuntungan dengan kami,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dalam satu kenyataan pada Ahad mendakwa kemunculan GHB dalam lanskap politik negara hanya akan menguntungkan BN.

Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad..terus klik bawah sini bro !..
PAS: Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN'

Katanya, ini kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli Pas dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

 Mengulas lanjut, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu turut menasihatkan Exco Selangor dari Pas itu supaya tidak bimbang dengan kerusi dan undi yang telah dimenangi Pas pada PRU13 lalu dan masih terlalu awal untuk menyalahkan GHB.

“Kalau kita betul-betul nak berbincang tentang politik, tunggu pilihan raya, kita bincang, kalau betul-betul ada keterbukaan dan keprihatinan untuk tidak mengizinkan Umno mendapat untung, datang waktu itu, kita bincang.

“Tetapi sekarang ini, yang jelasnya bagi kami ialah serangan dua penjuru dari Pas dan GHB itu, saya kira akan memperkukuhkan serangan terhadap kerajaan BN dan menjadi dua kali kuat pukulan itu kepada BN,” katanya lagi..Sinar Harian


Jawaban 2 dari Rafizi Ramli

Muafakat Baru Menumbangkan Umno/Barisan Nasional



Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional. 

Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain. 

Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional. Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). 

Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri. Saya yakin pelancaran Gerakan Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang PRU14. 

RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN 


Disalin dari Fb Rafizi Ramli

Mutakhir !


Anwar: Muafakat politik baru selamatkan Malaysia

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia....
Read more » 

Umno Lines
bila dlm gambar tu, gambar potong kek, selalunya bila acara sebegini upacara sambut ulang tahun, atau kalau pengantin yang dalam acara program majlis kahwin... tak ada pulak potong kek sempena nak bersunat ,.... 

Bagi pada mulanya masuk dlm FB kerana aku sedih juga, bila terbaca  dan juga terpandang dalam berita di TV 3....Manjung Mari





Apa cerita ni,, kalau waktu banjir dulu, ketika Najib di tunjuk tgh main golf dgn Obama,  aku pun turut rasa tak puas hati... 

Tiba-tiba time nak raya,,, lebih kurang sama... di ketika ada rakyat di negeri yang Pas tadbir berlaku sesuatu yang tak sepatutnya berlaku,,, ada pula pimpinan tertinggi Pas boleh pakai lawa. potong kek tunjuk kat public... apa cerita...




akhir kalam 
Sepai Malaya bermadah mesra
Nik Abduh punya ' lipur dan lara'


Selamat Hari Raya, untuk semua likers ku..... 
ahak ahak.... auw!!!Abe Awang Malaya


Sm349
Coba teka siapa saya.?
===================
Saya ada sepuluh jari..
Lidah cuma satu diberi..
Kerna itu jemari ini galak menari..
Dari bercakap mengupas isu terkini..
Coba teka apa kerjaya saya ini..
Jawaban : Wartawan ,Penulis atau Drebar lori.
KAH KAH KAH

Saya mahu dikenali sebagai kurang bercakap..
Biarlah dipentas ini jemari sepuloh lentik diterap..
Tak perlu nak bersuara berbahas berucap..
Sekadar lentikan jemari mengikut irama disuap..
Coba teka apa kerjaya yang saya garap.
Jawaban : Pemusik atau penari gelek arab.
KAH KAH KAH

Saya mahu dikenali sebagai seorang pendengar..
Lalu menaip dikeyboard catatan terlakar..
Suara yang ada tidak perlu dikeluar..
Sekadar memasang telinga segalanya ditebar..
Coba teka apa kerjaya saya yang sebenar..
Jawaban : Operator talipon atau penghantar surat khabar..
KAH KAH KAH

Mengapakah jawaban kalian semuanya salah..
Bagaikan pada saya kalian memandang rendah..
Sebenarnya jawatan Ahli parlimen saya telah pun diamanah..
Dasar negara mahu digubal dibahas diolah..
Suara dan rintihan rakyat turut dibawa ketengah..
Hanya dengan jemari sepuloh dan satu lidah..
Di media maya terpapar catatan yang saya terjemah..
Jawaban : Pii Rahhhh...Statemen MP berminda rendah.
KAH KAH KAH


Sepai MalayaAzman Yusoff )


Khulasah 

Bila Pas kata penubuhan GHB untungkan Umno? ada laa tara pepatah arab kata, 'hang pukul aku, hang teriak melolong, patutnya aku (GHB) yg sakit dan menangis, Nie hang pula yg melolong melilau sakan? apasal? Kah Kah Kah

Yang sebenaqnya dia, Pas nie nak habaq, dia tak dak kena mengena dgn Umno? tapi puak kepala UG tu dok pertahan 'orang2 besaq' Umno tu hape? siap habaq Umno tu tak seteruk firaun laa, bagi peluang baiki diri laa, berjiwa besar laa dan entah berbagai serbaneka lagi? dah jadi macam 'manikoran' atau mcam2 barang dok usung dok jaja dlm satu bakul ! Kah Kah Kah


alhusseyn51.blogspot.com


Ini ulasan dari 



PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno. Almarhum TGNA, sosok tubuh yang merupakan penentang utama ’perpaduang’ pernah menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebagai 'Barua dan sampah' kerana berusaha untuk bersama Umno.


Dia Pas yg begitu tegar 'pertahan' Umno? GHB pula yg dikatakan 'untungkan Umno' ? Cukup sighu haghu bighu puak2 nie? macam laa orang tak boleh nak pikiaq siapa yg 'cinta kasih' sangat dgn Umno tu? Kah Kah

PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno PAS nak apa lagi? Nak sangat-sangat kan?? Dari berpura-pura-pura selama ini, eloklah PAS berterus terang dengan mengambil pendirian tegas yang sebenar untuk mahu bersama Umno.   PAS patut gembira sekarang ini kerana lontaran idea Hj Hadi mengenai Unity Goverment  semakin di terima oleh ramai.  


PAS bukan sahaja boleh jentik Pakatan Rakyat, malah boleh mendabik dada dengan lebih bertenaga. Inilah kerjabuat PAS yang sering kita lihat selama ini. PAS, sebaliknya dilihat lebih cenderung untuk memperkasakan Umno/BN supaya dapat  meneruskan kelangsungan pemerintahan mereka. 

Hj Hadi telah menyatakan persetujuannya untuk persempadanan semula kawasan pilihanraya. Beliau juga membantah bagi mengadakan pilihanraya PBT atas alasan boleh mengancam keselamatan negara persis terjadinya tragedi 13 Mei 1969 dulu. Tidakkah itu semua merupakan kerjabuat PAS untuk bantu Umno/BN?.. alhusseyn 


Comments

  1. Pas munafik, ahli ahli kaki politik tipu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video