Tembelang Hadi Terdedah ?

Indahnya akhlak ? akhlak sapa tu bro? itu rungutan dan kekesalan bro Saif ! teman setia Anwar Ibrahim, yg dalam bahasa mudah telah dikasari oleh Hadi Awang? Sang Presiden Parti Islam PAS dgn bahasa yg cukup kasar ! Sesuaikah begitu? orang datang nak bincang dgn baik..dia 'bahasakan' orang begitu? aku tak boleh nak pikiaq bro ! apakah jenis 'individu' begini ?! bagi aku 'dia' yg 'membahasakan' tetamu yg mengunjunginya sebegitu memang tidak layak langsung berada dipuncak jawatan sebegitu ! terlalu hina bro ! Hina.Nokhtah.


Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu. Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika more »

Demikianlah keangkuhan seorang Presiden sebuah parti Islam. 
DSAI datang dengan cara baik, tetapi disambut dengan herdikan melampau.
Rupa-rupanya selain membenci DAP, Presiden PAS itu sudah lama juga membenci DSAI, Ketua Umum PKR.
Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Ia akan menghukum orang yang menghina orang lain dengan kadar yang serupa atau dengan cara lebih dasyat sebagai pengajaran untuknya. 

GB juga pernah mengulas sebelum ini.. petikan:


Di dalam ilmu jiwa (psikologi dan psikatri) orang yang menuturkan perkataan-perkataan jelek seperti di atas sebenarnya orang yang mengalami mental disorder atau sakit jiwa. Di dalam ilmu hakikat pula, orang yang suka menuturkan kata-kata sedemikian adalah disebabkan oleh kewujudan "penyakit" di dalam hatinya. Diantara penyakit hati termasuklah angkuh, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya. 
Penyakit di hati akan menyebabkan akhirnya akan berlaku penyakit fizikal. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Maka tidak hairan angkara kalbu kotor, maka ramai yang terlantar di hospital, menderita pelbagai penyakit fizikal. Kerana semua penyakit di zahir itu bermula penyakit di batin. Apakah Tuan Presiden tidak menyedari hal ini?.


Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor




Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.

Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu





Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.

"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook milik beliau hari ini.‎



Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Saifuddin berkata, pertemuan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana individu itu beredar kerana kurang sihat implikasi pengambilan ubat.

"Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang juga turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka.

"Aku dan Datuk Seri Anwar kemudian meminta diri. Indahnya akhlak," katanya sinis.

Bekas ahli Parlimen Machang itu berkata, dirinya menyaksikan sendiri Anwar dihina dan menganggap individu itu "bukan malaikat" yang perlu dipertahankan.

Beliau turut menggambarkan individu tersebut semasa pertemuan itu‎ sebagai "amat kasar" dan Anwar pula bersikap "amat lemah lembut".

"Yang hadir di situ saya. Yang tengok dan dengar sendiri kata penghinaan itu saya.

"Yang dok cerita lebih-lebih kata dia lebih tahu pula sebenarnya tak ada di situ pun. Tapi pertahan gila-gila... 'dia bukan malaikat'," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu, namun beberapa sumber dalaman parti mendakwa perbincangan itu gagal mencapai kata penyelesaian.

Anwar dilaporkan enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa... kita baru dalam proses perbincangan... bincang banyak isu... hasilnya macam biasa," kata Anwar dipetik Astro Awani ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 12 Ogos lalu. – 9 Julai, 2015..www.themalaysianinsider.com



Sementara itu bro, 
PKR menyebut bahawa Anwar masih relevan, kata PKR kepada PAS...Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Datuk Mustafa Ali hari ini yang mengatakan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) kukuh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan....

Saifuddin berkata, PAS tidak harus menafikan perkara tersebut dan membuat perbandingan dengan keputusan diperoleh PR pada 2008 dan 2013 selepas Anwar dibebaskan.

"Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur.

"Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular.”..






"Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan untuk alternatif rakyat, maka keputusan mahkamah nanti tetap sangat penting.

"Anwar adalah seorang personaliti yang kuat, beliau (Mustafa) tidak boleh keluarkan kenyataan simplistik sedemikian," katanya.
Selaku pemimpin kanan, Saifuddin juga membidas Mustafa yang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak bijaksana.

"Sebagai pemimpin senior, beliau (Mustafa) perlu keluar kenyataan yang lebih bijaksana," katanya.

Jika PAS enggan mengiktiraf peranan ketua umum PKR itu, Saifuddin berkata, biarlah rakyat sendiri yang menilai dan mengiktiraf signifikan Anwar dalam arena politik negara..
.Continue Reading


*************************************
Bila pendedahan seperti ini telah terselak..telah jelas sikit demi sikit 'kejujuran' PAS dlm hubungannya dgn rakan PR terutama dari PKR dan DAP ! 




Memang PAS tak boleh berkerjasama dgn rakannya dlm PR? tetapi mampu kerjasama dengan baik dengan Umno?

Kehebatan Anwar dlm merangka strategi politik sewaktu bersama PR ! dicemburui oleh PAS sebenarnya ? Kenapa bro ? Menurut Bro Saif, Anwar 'amat berlemah lembut' manakala  individu tersebut semasa pertemuan itu sebagai "amat kasar"..kenapa kasar? sebab itu 'projek 16 September' menemui jalan buntu ! (layari di http://www.malaysiawaves.net/2010/03/september-16-bukan-anwar-yang-akan.html  )

Dah lama sangat PAS menjadi 'duri dlm daging' sewaktu bersama PR..hanya wadah baru selepas aidilfitri ini berkemungkinan boleh mengubah rasa 'ego dan sombong' PAS selama ini..Kah Kah Kah



Taniah&Syabas GHB!!
***LAWAN TETAP LAWAN***
Terkini...
4MP & 4 Adun dari Kelantan akan join nanti insya Allah...See More


PARTI BAHARU DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA, PAS PERAK PASTI TIDUR TAK LENAOleh JOHARI JAAFAR Bekas Ketua Biro Harakah Perak...Continue Reading



Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang tenggelam dalam pilihanraya umum ke 14 nanti...Kah Kah Kah

Akhir kalam

Mohd Bob Burhanudin


BILA KETUA PEMUDA PAS
BERCAKAP MAKA MAKIN TERSELAH
LA KEBODOHAN DIA..AKU PN HERAN
DENGAN PENYOKONG CAI..SUDAH TERANG LAGI BERSULUH SEMUA PIMPINAN PAS YANG MENANG TEMPOH HARI MESRA UMNO TP
MASIH LAGI PENYOKONG CAI MENAFIKAN BENDA INI.




Comments



  1. Akhlak?

    AKIDAH??

    Akhlak & AKIDAH-'FITNAH wal-Rasuah!?



    Fakta..

    FAKTA nya..

    Very2 fundamental

    POINT yg sgt7PENTING skali

    Apb..Nakhaei sebut pasal "GHONIMAH"?


    Yess!

    "GHONIMAH" = RASUAH

    "GHONIMAH" = songlap hak rkyat ddlm GELAP

    "GHONIMAH" = sbb itu khianat-FITNAH kliru kan ummah

    "GHONIMAH" = sbb itu PONTENG putar langgar sgl amanah

    "GHONIMAH" = brp? brp?? brp??? puloh/RATUS juta kah????


    KERANA..

    Krn "GHONIMAH" = RASUAH itu dia sgt7ALERGIK dgn Anwar sama sprt umno yg ALERGIK serta sggup buat FITNAH trhdp Anwar!

    Krn "GHONIMAH" = dia rasa bnyk DUIT(ratus2 juta?) sbb tu jd sgt2SOMBONG!?

    Krn "GHONIMAH" = dia boleh BELI perwakilan muktamar dgn 'CHAI'!?

    Krn "GHONIMAH" = dia satu REJIM/daulah dgn umno & wajib onar/FITNAH!

    Krn "GHONIMAH" = dia WAJIB ikut "skrip" arahan-SETAN jd gunting dlm Pakatan

    Krn "GHONIMAH" = dia sgt7TAKUT kpd sbnr7KBNARAN & keadilan-CAHAYA maha7TERANG

    Krn "GHONIMAH" = sgl onar-FITNAH-kliru agar rkyat sesat -GELAP-buntu


    Sekelip

    Sekelip mata shj manusia itu brubah krn "GHONIMAH"!?..RASUAH!!

    Tup-tup manusia itu jd sombong/ANGKUH krn RASUAH, juta2 songlap duit ummah!?

    Tiba2 jd sgt benci & sgt7MARAH dendam dgn Anwar adalah krn RASUAH,,sgt7TAKUT klu rahsia songlap itu pecah!?


    OBAT

    OBATnya..

    Org yg makan bangkai-RASUAH wajiblah di"HUDUD" dgn sbnr7HUDUD ALLAH!

    Klu yg mencuri wajib diPOTONG tangan..maka yg curi JUTA2 bgmn???...yg brbuat FITNAH!????

    Krn RASUAH lah dia sggup buat FITNAH..dan FITNAH adalah sbejat7KJAHATAN ddlm ummah yg mnjd songsang-GELAP-tonggang-LANGGANG-sesat-lg-MURTAD!?


    INGAT

    Ingatlah bhw sbb sgl FITNAH adalah kerana RASUAH

    Dibelakang dajjal FITNAH adalah krn umpan bangkai-RASUAH

    ingat "POINT"/fundamental drp Nakhaei diatas.."GHONIMAH" = RASUAH!!!


    SESAT

    MURTAD

    SYIRIK kan..

    "..wa SYARRIK hum fil AMWALli wal awlad.." --Quran Al-Isra'(17:64)

    "..SYIRIKKAN mrk dgn umpan bangkai-HARTA & kuasa(anak2 Adam).."

    Nota:

    Alangkah mudahnya mnjd "SYRIK"/sesat/MURTAD diperdaya oleh Iblis dgn HARTA & kuasa..

    Wsalamm..





    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]