Harapan Baru - Parti Islam Baru Diumum - [VIDEO]

Syabbas bro G18 ! 
Penubuhan parti baru telah menjadi realiti sekarang ini bro ! Mohamad Sabu telah pun umumkannya hari ini (kenyataan media penuh) boleh baca di bawah bro !

Parti baru itu, berteraskan Islam ke arah mewujudkan Pakatan 2.0. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja parti baru yang belum dinamakan berkata, parti itu akan mendokong Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli  rakyat. “Kami komited untuk membawa tawaran Islam sebenarnya rahmat untuk semua dalam membela rakyat.



Harapan Baru isytihar tubuh parti Islam baru


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang,  bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PASSuhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.


Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu.

Ditanya sama ada Harapan Baru akan didaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), pemimpin PAS yang mesra dipanggil Mat Sabu tidak menjawab soalan itu,  sebaliknya hanya berkata semua masih dalam proses.


Bekas yang telah bergelumang dalam PAS lebih 30 tahun berkata, semua ahli jawatankuasa penaja kumpulan itu masih ahli PAS.

Manakala ahli jawatankuasa penaja Asmuni Awi turut berkata kepada Malaysiakini bahawa Harapan Baru bukan sebuah NGO sebaliknya hanya sebagai wadah kepada kumpulan profesional PAS memperjuangkan penubuhan parti baru.

Sementara itu, Mat Sabu berkata Harapan Baru mendapat sokongan pelbagai NGO termasuk Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

MOHAMAD Sabu (baju kuning) mengumumkan penubuhan parti baru

Ditanya pandangannya Harapan Baru berhubung isu hudud, Mat Sabu berkata:

"Undang-undang Islam itu adalah sebahagian daripada syariat Islam dan kumpulan ini akan meletakkan perjuangannya melalui demokrasi berparlimen dan konsultasi."


Mengenai keahlian parti baru yang bakal ditubuhkan itu, Mat Sabu sekali lagi tidak ingin menjawab dengan hanya berkata semua masih dalam perbincangan.

Namun, ahli jawatankuasa penaja Dzulkefly Ahmad berkata keahlian parti mempunyai dua kategori iaitu ahli penuh dan ahli bersekutu yang terbuka kepada semua kaum, termasuk Islam dan bukan Islam.

"Keahlian bersekutu juga terbuka kepada Islam dan juga bukan Islam. Mereka ini tidak daftar sebagai ahli penuh kerana beberapa hal tertentu seperti mereka mahu mendukung perjuangan parti tetapi tidak mahu memberi komitmen untuk mengundi atau memegang jawatan," katanya..Malaysiakini 



Layan Video bro !!
Sidang Media 
Gerakan Harapan Baharu 13 Julai 2015



KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015 
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu. 

1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'. 

2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman. 

3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional. 

4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara. 

5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut. 

6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. 

7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara. 

8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0. 

Sekian. Wassalam. 

Mohamad Bin Sabu 

Pengerusi 
GERAKAN HARAPAN BARU





Harapan Baru Tawar Parti Islam Baharu
Published on Jul 13, 2015Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang ditubuhkan bersama oleh bekas-bekas pemimpin Pas mengumumkan akan menubuhkan parti Islam baharu..Sinartv 



Pas telah pun 'bercerai' dan memutuskan hubungan dgn DAP ! itulah yg mereka mahu di kala bukan Islam telah berjinak2 dgn PAS sedikit waktu dulu, peluang terbaik ini tidak digunakan dgn bijak oleh beberapa individu utama dlm PAS ! dan kini mereka teruja menjalinkan kemesraan dgn cukup intim dgn Umno yg dilihat oleh kumpulan progresif (Kumpulan yg menubuhkan Harapan Baru atau GHB) sebagai musuh utama yg perlu ditumpaskan melalui Pilihanraya..dan inilah yg pernah diperingatkan oleh TGNA dulunya, kenapa bila Umno dah hampir lemas, kita pulak yg berikannya pelampong? berikannya talian hayat? Kah Kah Kah 

Biarlah segala luncai dlm Pas tu terjun dgn pelampong labunya ! tekad kita akan meneruskan dgn matlamat baru dgn perjuangan baru yg lebih ikhlas dan penuh dinamik serta berteraskan amanah, progresif  dan peduli  rakyat yg menjadi 'motto' perjuangan baru ini Insya' Allah ! sambil mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yg lebih inklusif bro !

Inilah sebenarnya yg dinanti2kan oleh rakyat ramai terutama ahli2 PAS sendiri yg dah bosan dan menyampah dengan gelagat pejuang baru UGs bro ! yg sudah 'tersasar' jauh dlm membawa PAS ke hadapan akibat tingkah laku dan akhlak beberapa kepimpinanya yg tidak selaras dgn adab Islam sebenarnya, juga tidak selari dgn wadah Islam yg menjadi pakaian 'ulama' lebih2 lagi mereka telah 'diperalatkan' dgn mudah oleh Umno 
misalnya ? Kah Kah Kah

Sementara itu bro, PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.,! PAS Selangor: Penggerak parti baru gugur ahli ..Kah Kah Kah..

Woitt ! Pas Selangor ! tak payah habaq laa..memang depa semua nie dah 'patah arang' dgn Pas Pusat bro ! banyak lagi nak 'migrate' lepas raya nie ! akan susut akan timpaih habih lepas raya nie? tunggu.





Welcome the New Party of Islam. People are waiting for a new Islamic party that can unite all people and interchangeable cooperate with former PR component parties, PKR and DAP that agenda in de 'Buku Jingga' fulfilled and implemented...amacam bro?






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?