Kenali muka baru PAS dan "Hala tuju mereka?" ! [VIDEO HEBAT]

Kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya.

Konservatif lawan Progresif !
Walhasilnya, Konservatif sukses di medan laga Muktamar PAS ke 61 lepas...maka bermulalah era dominasi 'ulama' yang sekian lama begitu kepingin menjadi 'somebody' dalam hieraki parti bro ! Kah Kah kah

Pada 'anggapan' mereka, depa telah berjaya menyapu bersih segala 'kotoran' Progresif yg bersarang kukuh dalam parti kesayangan melayu itu..yg dianggap 'duri dan onak' yg boleh membantutkan segala impian, segala rancangan, segala cita-cita segala 'ulama' PAS dari tokeh besar, hinggalah sampai anak seridin di bawah.. 

Apakah hala tuju puak2 nie?
hala tuju depa nampak mudah saja bro..kalo selidik sikit, jumpa laa apa yang depa nak canang nak dendang nak perendang ! 

Sejak Tgna meninggal sikit masa dulu..'de true color' atawa wajah sebenar puak2 nie cukup serlah bro ! sebab tu, UFN (Ustaz Fadhil Nor) pernah ingatkan, kalau musuh cenderung memuji kita ! sokong kita tak pepasai ! tentu ada yg tak kena ! dan memang tak kena pun sekarang ini...PAS dah berbau Umno, tengok PAS pun dah sebijik macam Umno? cuma nama saja yg lain ! ada saja yg depa ejas, depa belit, depa putaq !!!!

UFN juga tidak pernah menentang kumpulan progresif, malah sentiasa mendekati mereka, mendidik mereka, sebab itu PAS dilihat cukup gemilang di era almarhum kiranya mereka 'layak' menduduki kerusi nombor satu PAS ! dan sebab itu kiranya PAS/PR menang ke Putra jaya, maka Anwar dilantik sebagai PM ! kenapa Anwar? tidak Hadi? atau dirinya sendiri (sewaktu beliau UFN masih bersama kita), kenapa? Orang yg berjiwa besar seperti UFN cukup mengenali diri Anwar yg miliki 'karisma' besar politik di peringkat dalam dan luar negara dan cukup mengenali UMNO lebih dari orang2 lain..masak dgn segala 'game' Umno...masakan tidak bro ? lama  Anwar tu bersarang dlm Umno..inilah yg ditakuti Umno sebenarnya, Anwar bersih dari salah guna kuasa dan lainnya..maka pengganti UFN tidak mampu bersaing dgn Anwar ! untuk itu 'satu rekayasa' perlu dikarang dan dihidang oleh Umno? dan ianya sukses ! maka pengganti UFN pun 'nampak' lega dan lapang dada ! tak tau laa dia percaya ke tidak? hangpa pikiaq ambik seniri laaa...tu pasai sejak bersama PR..pengganti UFN nie nampak sikit 'liar' dgn Anwar ? tetapi cukup jinak dgn Umnuuuu? ... Kah Kah Kah

Bila anwar masuk 'dalam' ! yg tinggal, sebagai rakan PR tentunya, PAS mengambil peluang ini 'mendekati' dan cukup bermesra dgn parti cap kerih nie ! keluarlah perkataan2 bodekisme yg nak termuntah kalo dengaq bro ! Mursyidul Am kata, 'Berjiwa Besar'..Tok Ayah Besar pula kata, "Umno tak seburuk firaun" Umno cukup ikhlas laa bla bla bla..Amboi ! cukup manis lemak berkrim ayat2 depa bro !.. Kah Kah Kah

UFN juga pernah beri amaran - 


adakah pro ulama ambil ingatan? setengah mereka cukup kerap keluarkan kenyataan di akhbar milik Umno ! cukup pantas 'autasan' misalnya 'smash' dlm 'pujian' bila bola tangung diangkat oleh puak2 olamak nie bro ! dan puak2 olamak nie 'tak sedarkan diri' pula tu? cukup seronok bila kenyataan dan ulasan mereka digarap dgn 'seribu helah' oleh media perdana tu! Kah Kah Kah
Kah Kah Kah..semua telah almaklum kenapa begitu bro?

2 Video Hebat - Wajib dengar hingga selesai


Jamilah Ibrahim: Jangan Takut! Jangan Takut! Kita Berada Jalan Yang Benar
Published on Jun 15, 2015
Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat



Jamilah Ibrahim: Kak Wan Seorang Ahli Politik Yang Berjaya Memahami Jiwa Rakyat
Published on May 4, 2015
Permatang Pasir 03/05/2015..
mediarakyat


Inikah orang kuat 
yg nak tentukan HALA TUJU PAS bro !??


Mengenali 6 tokoh dalam menentukan hala tuju PAS
OLEH ZULKIFLI SULONG


Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemimpin konservatif menyapu bersih semua jawatan tertinggi, menyingkirkan mereka yang dikatakan daripada "puak profesional" dalam satu pemilihan yang penuh kontroversi.


Pemilihan itu diadakan di tengah-tengah perselisihan dalaman terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketidaktentuan hala tuju PAS dalam mengimbangi antara agenda Islamnya dengan pragmatisme politik.


Ramai yang terpilih mengisi barisan kepimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi sesi 2015-2017 ini merupakan muka baharu.


The Malaysian Insider menilai 6 muka utama dalam kumpulan baharu ini yang selama ini tidak berapa dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana mereka naik secara tiba-tiba dalam parti Islam itu.


1. Datuk Takiyudin Hassan 
– setiausaha agung


Takiyudin (gambar kiri) adalah tokoh yang dilantik menjadi setiausaha agung PAS oleh kepimpinan baharu PAS. Pernah menjadi majistret selepas tamat pengajian di Universiti Malaya (UM) di mana beliau merupakan presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM). Selepas tamat belajar beliau berkhidmat sebagai majistret di Kota Bharu dan kemudiannya aktif sebagai peguam di negeri itu walaupun berasal dari Kedah.

Takiyudin, sekarang ahli Parlimen Kota Baru, sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong dan exco kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga aktif dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam sesi lalu, beliau adalah penolong setiausaha agung PAS dan dicadangkan menjadi setiausaha agung sejak 2013 oleh Hadi, namun ditolak kumpulan progresif kerana mereka mahu Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai ketua pentadbir parti Islam itu.

Sebagai penolong setiausaha agung, Takiyudin membuat dua pengumuman penting bagi pihak PAS kepada media. Yang pertama, pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baharu dan yang kedua baru-baru ini mengesahkan beliau dilantik setiausaha agung PAS yang baharu ketika PAS memutuskan ia hanya akan diumumkan 21 Jun ini.

Sebagai setiausaha agung, Takiyudin adalah orang kanan presiden PAS. Sebelum ini, beliau pernah membantu Hadi dalam menguruskan pemfailan permohonan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negara ini, namun sehingga kini ia belum berjaya dibentangkan di Parlimen.

2. Nasrudin Hassan 
– ketua penerangan

Nasrudin dipilih oleh pimpinan baharu PAS sebagai jurucakap rasmi mereka apabila dilantik sebagai ketua penerangan PAS yang baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tewas.

Bekas ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen Temerloh ini adalah pemimpin gerakan ulama muda dalam PAS. Beliau sangat berpengaruh di kalangan mereka selepas memimpin Pemuda PAS selama dua penggal sebelum diambil alih Suhaizan Kaiat pada 2013 lalu.

Berasal dari Besut, Terengganu tetapi membesar di kawasan Felda di Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, di Tantar, Mesir dan aktif dalam PAS sebaik saja pulang dari sana dengan menjadi pimpinan Pemuda PAS di Pahang.

Dalam satu forum "Pasca muktamar PAS" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, kenyataan Nasrudin "kita masih ada siku dan lutut dalam jubah" yang ditujukan kepada DAP menjadi kenyataan yang paling "trendy" dan lebih 10 kali diulang para ahli panel.

Kini imej PAS kepada media dan awam akan ditentukan oleh sejauh mana perancangan dan strategi media yang dirancangkan oleh At Tantawi (nama sempena tempat belajar beliau di Tantar, Mesir) ini.

3. Mohd Zuhdi Marzuki – strategis


Zuhdi (gambar kiri) ialah pensyarah kanan di UM. Beliau dijangka dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), menggantikan Dr Dzulkefly Ahmad, yang akan menjadi perancang strategi untuk kepimpinan baharu PAS ini. Sebelum ini Zuhdi merupakan pengarah operasi PPP.

Sebelum tragedi "print skrin" aplikasi Whatapps dalam telefon bimbit beliau yang bocor, Zuhdi antara pemimpin PAS yang diterima kedua-dua pihak dalam PAS, sama ada kumpulan profesional atau ulama.

Namun sejak tersebarnya print skrin yang menunjukkan beliau membuat justifikasi kenapa PAS perlu bersama Umno di Selangor, Zuhdi bertukar sikap dan memihak secara terbuka kepada ulama dalam segala gerakerja dan tulisannya. Beliau mula menyerang rakannya daripada kumpulan profesional dan rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) di samping memberi justifikasi ke atas segala tindakan Hadi selaku presiden.

Kini, PAS bergantung harap sepenuhnya kepada beliau sebagai strategis parti selepas para strategis lain dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar lalu.


4. Zaharudin Mohamad – pakar ekonomi


Zaharudin (gambar, kiri) ialah ketua jabatan agama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, beliau yang menerima pendidikan tinggi di Jordan dan Mesir, pernah bertugas sebagai penasihat syariah dengan syarikat kewangan. Berdasarkan latar belakang pelajaran dan kerjaya itu, beliau dianggap pakar ekonomi Islam bagi PAS dan orang harapan untuk bercakap mengenai ekonomi di mana peranan itu selama ini dimainkan Datuk Husam Musa dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai menantu kepada Hadi dan ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin mendapat tempat yang agak istimewa dalam parti. Di peringkat kawasan, beliau berjaya mengalahkan penyandang yang dipertua PAS Subang pada mesyuarat agung mereka Mei lalu.

Beliau dan pasukannya juga berjaya menang dalam Dewan Pemuda sebagai exco di samping menang sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar baru-baru ini.

Pemimpin muda yang meminati motor besar dan berkereta BMW ini bakal menentukan hala tuju PAS dalam menangani isu-isu ekonomi dari perspektif Islam, sesuai dengan imejnya sebagai sebuah parti Islam.

5. Mokhtar Senik 
– pakar perang saraf

Mokhtar (gambar, kiri) juga adalah ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Beliau mengendalikan pondok An Nur di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai murid di sana. Isteri beliau adalah antara pelajar di pondok beliau sebelum ini.

Ketika pertembungan antara kumpulan pro ulama dan profesional dalam PAS, Mokhtar merupakan jeneral perang utama kumpulan ulama. Beliau berjaya mengalahkan kumpulan progresif melalui sistem "cai" yang diedarkan ketika pengundian berjalan.

Sebelum itu, menggunakan media sosial, beliau menjadi penyerang utama dan didakwa mempunyai kaitan dengan pengendali laman Facebook hantu, termasuk "Tuc Tok Usin Ceroi" yang banyak menyerang pimpinan PAS yang lain.

Mokhtar antara ahli PAS yang menyertai demonstrasi di depan ibu pejabat parti itu dan mendakwa, sebahagian pemimpin yang diketuai Dr Mohd Hatta Ramli, terlibat dalam usaha menggulingkan Hadi melalui kumpulan Whatsapp "Hawaii-Five-O". Mereka menuntut Hatta disiasat namun selepas 2 kali dipanggil jawatankuasa penyiasat, ketua kumpulan itu Fadli Ibrahim enggan memberi kerjasama, menyebabkan kes itu ditolak begitu sahaja.

Mokhtar pernah ditahan kerana penglibatannya dengan kumpulan Al Maunah namun dibebaskan kemudiannya. Ketika muktamar Dewan Ulama baru-baru ini, Mokhtar merupakan individu yang membentangkan usul mendesak PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan diluluskan tanpa bahas kemudiannya. Sehingga kini, ia menjadi bebanan besar untuk diuruskan oleh pimpinan baru parti itu.

Mokhtar kini menjadi taruhan PAS untuk menyerang Umno dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana beliau berjaya menyerang habis-habisan kumpulan progresif pada pemilihan baru-baru ini.

6. Norazli Musa 
– presiden geng ulama

Norazli (gambar, kiri) sebelum ini adalah ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak. Beliau juga terkenal dengan panggilan "Ustaz Taliban" kerana janggutnya yang panjang umpama anggota kumpulan itu di Afghanistan.

Norazli dan rakan-rakannya, yang sering mengajar di masjid-masjid, menubuhkan Geng Ustaz (GU) di mana beliau merupakan pengerusinya.

GU memainkan peranan yang besar dalam kempen mengetepikan kumpulan profesional dalam PAS sehingga hampir kesemua kumpulan konservatif memenangi jawatan utama dalam parti itu-TMI


     Khulasah !    

Kalau figura yg dipapar oleh bro Zulkifli Sulong di atas tu..langsung tidak boleh lagi memikat melayu Islam di akar umbi bro ! rata2 yang aku tanya, jawapannya, mereka berkata,."Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya..."..aku sendiri bro ! langsung tak dak 'selera' kat depa-depa nie !!! Kah Kah Kah
Kalau melayu akar umbi dan pemimpin melayu PAS yg hidup matinya dulu beriltizam dgn PAS ! lebih mengenali PAS dari 'budak2 nakal' aka 'ulama segera' yg telah muncul tanpa kelibat dan keringat juang yg teruji dgn pelbagai kesulitan. susah payah, naik turun rumah pasung umpamanya? dipukul, dihina, dicaci, dimaki dan pelbagai lagi mehnah yg mereka hadapi? rasanya ada yang masih dapat bersabar lagi bro !


Tetapi bila nakhoda dan 'krew' bahtera' besar PAS ini tidak lagi 'menjiwai' peranan Islam yg dibawa PAS sekian lama ! ditambah lagi dgn muflisnya adab dan budi yg menjadi 'pakaian' dan 'paksi' perjuangan 'ulama' dulu dlm partai ini.. maka muatan kapal besar ini dulunya, sudah dipunggah keluar, kononnya untuk meringankan bebanan kapal yg sarat muatan itu ! Kan ke 'perasan' namanya tu? Kah Kah Kah
Ia ditokok lagi dgn perangai seghondoi dan menagih simpati dari 'musuh tradisi' nya Umno ? Inilah 'PUNCAK' kepada hilangnya 'maruah' dan 'jati diri' PAS sebagai organizasi ' alternatif ' melayu yg cintakan ISLAM bila mana sang nakhoda dan awak2 'ulama'  bahtera ini begitu 'mesra' begitu 'intim' begitu 'hemoi' tanpa malu dan segan lagi memuji memuja 'musuhnya' itu ? sehingga terkeluar berbagai kenyataan 'pelik' dan 'asing' dari mulut2 mereka ! sanggup kalah pilihanraya misalnya ! Umno tu ikhlas dan sebagainya? Kah kah Kah.. semua ini semacam 'drama' katun dan hilang pertimbangan dari mereka yg punya kuasa eksekutif dlm kepimpinan parti bro !

Akibatnya, akar umbi dan ahli, lebih2 lagi pimpinan progresif serta mereka yang ikhlas memperkasakan PAS dari tidak dikenali sampai dpt diterima oleh semua, Islam dan Non-Muslim (ertinya dakwah PAS telah mula diterima)..hanyut begitu saja akibat ghairah dan gelojoh dgn ungkapan dan bahasa buruk, yg tidak diguna pakai kpd Umno, tetapi dihala kpd rakan seagama dalam organizasi sendiri ! Orang yg tidak walak kd Hadi, digelar binatang?, jebon malah iblis (lihat
 fenditazkirah.blogspot.com ) dan siapakah yg diumpamakan anjing dan serigala oleh sang nakhoda PAS? Siapa? lihat juga (Saya tak hormat 'ulama' maki hamun (dan melabel )

yongsukakuning.blogspot.com

Mereka tidak lagi bercakap pasal rasuah, ketirisan, pasal salahguna kuasa, pasal riba, pasal segala 'kezaliman' umno?, mereka sudah lupa itu semua? walaupun bibir mereka beriya2 bertutur 'membenci' perkara itu? tapi, bila sudah 'bersedap tatang' dgn Umno? mereka jadi kelu seribu bahasa, malah berpusing2 'memuji' umno !! berjiwa besarlah, berilah peluang selesai masalah dan sebagainya ! Kah Kah Kah.

www.guanoboh.com


Rentetan dari ini - memang muktamar lepas sudah berjaya singkirkan pimpinan mereka yg dicop 'sekular' tu bro !

tetapi 'sekular' yg depa singkir inilah yg pernah memperkasakan PAS tu bro !..dan bila dah habis 'tersingkir' hingga pupus bro ! baru depa sedaq yg depa so called olamak nie pakat kelam kabut? Kah Kah Kah 

mulalah depa tawar balik 'jawatan' kat segala 'sekular' yg dah depa singkirkan nie..lihat tawaran  ini  di (penpasksgb.blogspot.com ) kononnya untuk 'memperkasakan' PAS semula ! ...memang muka tak tau malu ! dah hangpa kata muktamar tu 'medan' untuk singkirkan ahli sekular? tak payahlah 'seghondoi' dan temonyeh balik..kan ke misi hangpa para olamark tersohor juga yg mahukan? Kan Kan Kan? Gayung tidak bersambut bro ! bila tak bersambut? mulalah 'pecat' orang tu orang nie ! Mahfuz dipecat dari PJ Kedah ! yg ditunjuk gantinya pun 'menolak' bro ! kalo aku pun? tobat lahum aku nak pi balik ! kah kah kah


Nampaknya PAS semakin menggelabah tak karuan bila ada ura-ura akan tertubuhnya satu parti baru. 

Apakah mereka anggap parti baru ini serupa dengan Hamim dan Berjasa yang pro-Umno/BN?
Ternyata bahawa parti yang baru ini kelak adalah terdiri dari mereka yang kuat menentang Umno.Mereka adalah tokoh-tokoh yang tegas  menentang sikap PAS yang mahu bermesra, berkamiaq dengan Umno. Mereka adalah proPakatan Rakyat dan mereka inilah yang sering membangkitkan isu-isu rakyat di negara ini..Olamak? depa nak bangkit isu hapenya? dah kautim baik punya dgn Umnuuuu !? Kah Kah Kah


 "Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya..."





Inilah yang menyebabkan PAS mengelupurrrr sekarang ini bro ! PAS akan ada 'rival' baru yang akan menyesakan dada mereka yg bergelar 'ulama' konservatif bro ! So kita nak taulah 'hala tuju' depa? maklumlah baru rasa pegang jawatan2 penting tu?...

Ini kerana Pakatan baharu akan diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu 
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.,tmi
selanjutnya - 

Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu




Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO