PAS Kian Bengang Dengan GHB - Kah Kah Kah

PAS kian bengang dengan GHB hingga sekarang ini sejak diisyhtiharkan sedikit masa lalu dalam bulan Ramadan lepas, dan akan menunggu 100 hari hingga september ini, untuk berikan ruang bernafas buat PASChai moga ada 'perubahan'?

PasChai nak bengang apasal? dah hangpa halau baru nie dgn senjata 'Chai' masa muktamar 61, kat Johor pula, PASChai boo Mat Sabu yang berucap atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden, hangpa langsung tak hormat dia atas kapasitinya tu, hangpa UG baca 'doa laknat' lagi kat dia? apa nie? Akhlak 'gila' apa nie? ucapan MS pun hangpa boikot? hangpa keluaq ramai2 (nak pi solat) alasan hangpa? macam orang lain tak tau 'niat' hangpa? Dia orang No.2 Parti laa bro? awat dia tunggoi ke? Tapi MS tetap bersabar dgn perangai huduh hangpa tu..dia masih 'berseloroh' lagi dgn hangpa? Benci sungguh hangpa UG kat dia ! Kah Kah Kah

Laa nie hangpa UGs kata, dia khianat parti pula? Jenis apa hangpa nie? Kalo hangpa yg 'khianat' pada Tim. Presiden ! samalah hangpa GU/UGs khianat pada parti, pada PAS !

Sekarang, nak tunjuk bengang, nak marah kat mereka? nak marah G18, nak berang kat GHB? konon hangpalah parti Islam? tapi perangai sebijik macam Umno? Baru tau dek untung sekarang nie yer bro UGs sakalian? 

Pasai apa hangpa 'terlajak', hangpa 'berani' sangat buat perangai hodoh yang Islam tak ajar tu? kerana ada 'kepala' hangpa dua tiga kerat di atas tu ! seolah 'merestui' kerja buat haprak hangpa tu ! ada paham ke? 'Kepala' atas tu pun tak ada 'stand', tak ada 'istiqamah' perjuangkan parti ! kerap pusing2 'round about' lebih kepada 'mengikut' sukusakat sendiri yang maukan agenda UG berkobar2! kah kah kah
Padan muka semua hangpa UGs, konon parti Islam tapi dah sama macam UMNO?...
kasihan kat hangpa Pas...sudah tidak ada sokongan....sudah menjadi Pas Sdn Bhd...Kah Kah Kah..


Bengang 1


Sayap PAS K'tan desak hukum tokoh tubuh GHB




Tiga Dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri itu mendesak kepimpinan parti menjalankan satu prosiding tindakan tatatertib kepada pemimpin PAS susulan rancangan mereka manubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Mereka berkata tindakan perlu ekoran penglibatan beberapa tokoh PAS masih berjawatan dalam parti termasuk wakil rakyat PAS dalam ceramah pengisytiharan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kota Bharu baru-baru ini.
Dalam kenyataan bersama mereka, keempat-empat sayap PAS itu menganggap tindakan kumpulan pemimpin PAS itu sebagai "terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti."
"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.
"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka.
Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Lim Guan Seng..Mkini

Tak payah susah2 nak hukum depa ? depa akan terhukum ! hukumannya? Depa dah lari dari PASchai ! Kalo nak hukum ? Hukumlah ! No hal punya bagi depa semua tu ! Depa dah lama 'terhukum' oleh 'Chai' sekeping dulu tu? lebih dari tu pun? depa semua dah pernah rasa, cuma yg dok suruh tu, yg belum ! belum pernah rasa susah apa pun? hanya susah nak pikiaq nak 'tenyeh' depa saja sampai 'terpelanting' habis !Kah Kah Kah


Bengang 2


Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP




Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan kesediaanya memberi penerangan kepada anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) berhubung agenda politik DAP, lapor Sinar Harian..Read more » <
Sini pun boleh baca bro - 

Mustafa minta GHB jangan terperangkap dengan agenda DAP



Tok Pa nak bagi khidmat nasihat? nak terang pasai agenda DAP kat GHB? apasal bengang nie ? Kah Kah Kah
PAS sendiri pun sudah terperangkap dengan agenda UmnoBN..ada hati nak bagi khidmat nasihat? Rentikanlah bro ! Macam laa bro tak tau, sapa depa dlm GHB tu? Mat Sabu dan yg lain macam Khalid Samad, macam Hanipa, macam Dr Dzul tu sapa? kalo nak banding ngan bro dlm hieraki PAS dulu? awat depa bangang sangat ke pasai yg bro nak habaq tu? Kah Kah Kah

Pas dah putuskan hubungan dgn DAP tu..putuslah ! pasai tu laa juga antara sebab GHB tak mau lagi dok dgn entapa semua dlm PAS tu..entapa dlm PAS dan PasChai sakaliannya tak reti nak 'berkawan'..Main dlm 'khemah seniri' saja..dakwah PAS tak ke mana pun !
Bro bagi nasihat laa kat puak2 Chai yg rata2 terperangkap ngan 'game' Umno tu dari dok kalut macam nie? Depa geng GHB tu lebih kenai DAP dari enta sendiri laa bro ! pelan pelan kayuh bro ! Kah Kah Kah


Bengang 3

Gerakan Harapan Baru - Komen Paling Bodoh Dari Seorang Timbalan Menteri Besar Parti Islam


'Silap-silap mati dalam kandungan, keluar cacat'

PAS akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu," katanya sinis.   

Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.  

"(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi...siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi," katanya.  

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baru pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Anwar, yang juga ketua umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang bakal ditubuhkan.

Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.

-Bernama
Sumber nukilanBloglist Malaysia


Kah Kah Kah..
sedap sungguh dia nie berleter bro !
tu bukan apanya ! sampai bagi tamsil yg bernada 'menghina'
sampai macam tu! Bengang laa tu ! Bengang dgn sambutan
vs GHB oleh ramai ahli Pas dan rakyat ramai ! Dah ada berita
esoknya (hari ini) yg beberapa ADUN Pas Selangor mau 'berpindah' parti? sekarang nie, buta kare saja GHB dapat publisiti sakan kerana ada orang2 macam nie dok tolong canang sama! Kah Kah Kah


Bengang 4

GHB - Hadi Makin Gelisah, Umpamakan DAP Seperti Wali



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.
Beliau berkata hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini..baca selengapnya di SH Jangan anggap DAP seperti wali, kata Hadi


Komen pembaca

Komen 1


Komen 2

Komen 3


Hadi Awang atau Mustapa Ali nak kata gajah rimau ke DAP pun, tak apalah..... Bila tiba pilihanraya, Hadi bertanding di Dun Rhu Rendang dan parlimen Marang..... penyokong DAP tak sampai 3 orang.... Mustapa Ali, habis kuat pun bertanding di Dun Pengkalan Berangan, Takdok DAP langsung..... Begitu juga dengan Nik Abduh dan Mohd Amar di Kelantan.
Tapi orang PAS di Selangor, Perak, Johor, N.Sembilan janganlah jadi bodoh... Mu pergi ikut ustaz Terengganu dengan Kelantan tu pasal apa...? Di pantai barat, kalau undi orang Melayu sahaja diambil-kira, semua kawasan PAS kalah dengan UMNO..... undi bukan Melayu memainkan peranan memenangkan calon PAS..... Mu buat kira Hadi Awang, berat lah.... dia tu selfish, hanya pentingkan diri sendiri.... dia tahu kawasan dia 99% Melayu, dia nak mencarut ke DAP pun, dia peduli apa..Abe Awang Malaya




KHULASAH

Semua yg dipaparkan di atas tu menampakan PAS kian bengang dengan GHB bro ! 
Apa bahasa depa PASChai tak guna bro ? Nak berkawan boleh tapi Jngn jadi wali kat DAP umpamanya ? 
Sedap juga ayat depa pakai bro? Dulu 'susuk' nie laa juga kata kat Umno macam2, jngn cenderung kpd mereka yg zalim, nanti kamu disambar api neraka' umpamanya !, Umno Thagut laa dan macam2 lagi? Berbuih mulut depa dok 'ceramah' rata pentas, dok jaja ayat2 tadi ? Laa nie? Umno dan BN dah jadi wali depa bro ? Kan ke kalo cenderung kat Umno tu? sama laa juga dgn 'cenderung' kat sekutu Umno yg lain ? Sekutu kuat Umno kan? Jadi sapa berwalikan sapa dalam Kes PAS UG nie? Ohhh ! PAS ber 'walikan' Umno tak nampak?  kah kah kah

Awat dia tak perasan ke? lain kali jangan keluarkan segala 'ilmu' untuk ejas bagi laba sendiri bro ! Dulu, 'Amanat' dia yg popular tu, dah makan bubuk ke? dah himbau ke parit ke? atau dah buat 'pekasam' ke? ! Berapa banyak orang PAS yg 'terpesona' dgn 'Amanat' tu ! Bunyinya, Jihad' bro?..Sekarang? jihad ghanimah ke macam kata Nakhaie Ahmad yg dah tinggalkan Pas tu bro! Kah Kah Kah

Jangan rendahkan kemampuan GHB !depa tu pun faham Islam aih! tah2 lebih lagi dari ayam yg dok rajin 'berkokok' tu? jngn dok 'sombong' dok 'mengaku' kita sorang saja lebih 'alim' ilmu dari yg lain ! Ustaz Ahmad Awang pun tidak bercakap 'merapu' macam nie? lebih tenang dan faham perangai yg dok 'bersimpang siur' tak habis2 tu? Kah Kah Kah

Bagi aku, GHB tahu di mana 'posisi' mereka? dan di mana 'posisi' DAP ? GHB akan membentuk sebuah 'parti Islam' baru yg tidak sama manhaj dan risalahnya macam Pas sekarang, PAS sepatutnya dulu yg ada DHPP itu perlu kuatkan 'dakwah' dgn lebih tersusun dan mengembangkan 'PAS' yg membawa Islam itu sebagai teras dan dasar partinya dan bukan membiarkan PasChai UGnya melencong agendanya untuk bersama Umno? Inilah titik tolak mengapa PAS ditolak oleh ahlinya sendiri, lebih2 lagi DAP dan bukan Islam lain yg tidak mau PAS ada kaitan dengan Umno? So sapa yang 'berwalikan' Umno? Jangan buat sebarang tuduhan laa bro ! GHB masih tau 'limit' dan 'boundry' nya bro ! Depa pun mengaji Islam mcm mung gak? Kalo PAS sokong 'Pemsempadanan Semula Pilihanraya' yg di bawa BN tu? tak kira jadi 'wali' ke? Kah Kah Kah


Depa GHB tu ilmuan profesional bro ! berbagai latar belakang ilmu depa ada, semuanya disatukan kepada 'ILMU ISLAM' bro ! Tu pasai depa semuanya dulu 'teknokrat PAS' sekian lama, dah masak dengan segala mehnah dan nabluah (ujian) di kala senang dan susah! mereka dah cukup teruji ..kalo tidak sanggupkah depa bertahan begitu lama? menjulang PAS sampai masyhur saentero Malaysia dek kerana mereka 'arif' kehendak semasa untuk jalinkan hubungan di samping 'berdakwah kpd non-Islam dan 'mencairkan' Islam untuk difahami oleh mereka bukan Islam tadi ! Hasilnya, sokongan kpd PAS bak 'tsunami' yg meredah pantai dan segala yg dilaluinya pada PRU 2008 lalu ! yg hampir2 'melemaskan' dan 'meneggelamkan' Umno dan sekutunya? 

Tiba2..setelah kemenangan besar dgn memperolehi Kedah (yang sebelum ini tobat tak mimpi nak perintah), Terengganu, Kelantan (maintain atas kapisiti Almarhum Tgna), P.Pinang (DAP dan satu kerusi PAS), Selangor (berjaya dikekalkan sehingga dua penggal) sampai sekarang, juga Perak yg sebelum ini sama seperti halnya Kedah (sulit untuk direbut) hinggakan Kerajaan Pusat terkapai2 memikirkan nasib mereka akan datang? 

Ketika inilah PAS begitu 'berharga', 'bernilai' di mata UMNO bro ! Berlangsunglah 'perjumpaan' demi 'perjumpaan' dalam gelap dan terang bagi 'mengambil hati' pemimpin besarnya agar suatu usaha 'perpaduang' dapat direalisasikan? pendek cerita, Umno mampu 'menggegarka' PAS? dan ujudlah 'UGs Team' oleh pimpinan besarnya dan lebih jelas setelah kembalinya TGNA ke alam baqa'...

UGs inilah yg 'mainkan' wayang mempersenda, melekehkan kumpulan progresif sejak sebelum muktamar ke 60 dan 61 lepas..hasilnya, ujudlah CHAI untuk jadikan 'tool' menyingkirkan barisan progresif secara 'pukal'..habis dikorbankan kecuali si Mazlan Aliman saja yg kekal dan kemundian turut sama melepaskan jawatan yg dimenangi itu ! mungkin ada 'udang besar' di sebalik itu? Tokeh besar pun dah kata, Muktamar ke 61 itu adalh 'Medan untuk singkirkan golongan Sekular' tentunya 'maksud tadi' ialah semua yang tersingkir itu?  

Jadi tak payahlah nak marahkan depa bro ! tak payah laa nak bengang ! Itu dah kira 'macam halau lah' mafhumnya? dah hangpa UGs tak berkehendakan lagi profesional aka progresif ini? apa yang hangpa semua dok bengang dok bangang? biaq laa depa nak berbergerak sendiri mencari 'alternatif' baru mereka sendiri? Adios..



Kan ini yg anda mahu?Masihkah kau ingat bro..? Inilah yang kamu mahukan dari kami dahulu... kaaaaaaan..! Tak payah bengang laa...Ustaz Ahmad Awang Supporters



Comments


  1. Sesiapa

    Sesiapa yg bnar7INGIN pasrah spasrah7Nya kpd ALLAH

    Yg bnar7SURRENDER = bnar7PASRAH = bnar7ISLAM/Muslim kpd ALLAH

    Yg bnar7BERHAJAT = bnar7CINTA = bnar7KHUSYUK kpd sterang7CAHAYA-ALLAH


    Ssungguhnya..

    Islam itu sgt7SIMPLE skali...ia terbit dr dasar HATI yg kudus suci..murni

    Islam itu sgt7MUDAH skali...ibarat CAHAYA yg maha7LURUS..maha7TERANG tepat mnyinari

    Islam itu sgt7MELAPANGkan...mmberi ruang & pluang kpd sgl masaalah2 utk diatasi

    Islam itu bnar7mnDEWASAkan...bukan mnjd budak2-HINGUSAN yg gila-NOBAT-haloba pntingDIRI

    Islam itu smutlak7KBNARAN..sgl2 RAHSIA gelap-khianat-ONAR-FITNAH-rasuah dpt dbongkar



    Ddlm

    Ddlm surah Al-Fatehah...disebut jln:"JALAN-yg-maha7LURUS"..dpt mlihat onar-BENGKOK-konar-putar

    Ddlm Al-Baqaroh...disebut: "BACAAN-yg-bnar7TEPAT"..dpt mncungkil sgl khianat-LICIK-songlap-ksumat

    Ddlm An-Nuur...disebut: "CAHAYA-mnyinari-CAHAYA-keatas-CAHAYA"..spot'LIGHT yg sgt7POWER

    Ddlm As-Shaft...disebut: "BARISAN-bangunan-SYSTEM"..yg halus-TELTI-bnar7brINTEGRITY-transparency yg tggi

    Ddlm Al-Ikhlas...disebut: "AHAD-AHAD-AHAD"..mnjd smutlak7HAKIKAT, tiada SATU pon yg trsmbunyi



    Nabi SAW..

    Mengajar sbnr7ERTI 'baiah' kdasar HATI yg bnar7LURUS dan bnar7KUDUS skali..

    'Baiah' nabi SAW itu adalah dbwh spot'LIGHT-CAHAYA yg maha7TERANG yg tak wujud sklumitpon ksangsian

    TIADA sbarang syarat ddlm 'baiah'itu..slain syarat sbnr7KJUJURAN demi sbnr7HAQ dr TUHAN

    'Baiah' smaskali bukan & bukan utk onar-konar-PUTAR-FITNAH-ponteng-rasuah yg mngeliru mnjahanamkan umah

    'Baiah' smaskali bukan & bukan utk parti & utk khianat-haloba-NOBAT-gelap-songlap-glamor budak2-HINGUSAN yg pentingkanDIRI..



    NOTA:

    'Baiah' itu demi smutlak7HAQ-KESUCIAN dsisi ALLAH, utk mmberi sbnr7DAMAI-KSEJAHTERAAN kpd ummah..

    'Baiah' itu utk mnumbangkan KEZALIMAN..bobrok..BEJAT..PENINDASAN angkara2 putar-konar-FITNAH-ponteng-rasuah dkalangan ummah

    ReplyDelete
  2. Marilah sama-sama kita TALKINKAN PAS bersama-sama KAMAK ATTATURK. Kamal pakai sekular lawan Islam, PAS pakai JUBAH kelakuan macam Abu Jahal.

    ReplyDelete
  3. aku tak tau nak komen pa,pasai admin dah tulaih panjang berjela2 semuanya tepat kena ataih muka UG/UG.apa yg aku harapkan semuga ALLAH swt permudahkan akan segala urusan kepada para2 pencentus idea GHB untuk menamakan parti baharu mendapat 'laluan mudah' dari pihak ROS. pa yg aku harapkan haji hadi n the geng jgn duk meraban sgt.malu kat 'budak2'

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapan sdr tu 1 harapan sume kita juga...
      biaq Pas tanggung sindiri akibatnya...
      dah tak nampk jalan nak lendit balik dah..

      kah kah kah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]