Cerita Semalam - Cerita Insaf Imbauan Ramadan !

Cerita begini jarang kita jumpa bro ! Ini cerita benar bro ! 

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita, sayu rasa. Belum tentu semua orang berpeluang bertemu Ramadan akan datang ! Berdoalah moga kita diketemukan lagi dgn 'Penghulu' segala bulan yg penuh 'Barakah' ini.

Cerita di bawah mengimbaukan kita kpd Ramadan yg lepas, adakah kita sempat memenuhkan 'piawaian' dan tuntutan ibadah yang dituntut oleh Allah dan RasulNya sepanjang Ramadan tadi? sama2 kita renungi cerita menarik ini.

Tulisan Dan cerita ini dikongsikan oleh Tuan Edifice, seorang anggota Polis yg menceritakan pengalamannya ketika bertugas di lapangan. Sememangnya Tuan Edifice mempunyai hati yang mulia, menjalankan amanahnya dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. TABIK... Baca lagi


Gambar Hiasan

CERITA SEMALAM

Semalam kerja tahan... orang...(road block). ada brader dalam lingkungan 30an..bawa anak 3 orang. umur 10,7 dan 4 tahun dan isteri beliau...lima orang satu motor.. 

saya tanya nak pegi mana? bahaya bawa ramai2 macam ni. bawalah kereta. 
brother tu terus bg i.c dan lesen dan hp dia..tapi dia cakap ..." encik ambik semua ni dulu.. kami memang tak ada kereta.. nanti lepas terawih saya call dan ambik surat saman dari encik..saya bukan rasuah.. tapi cagaran sementara..sebab kami nak pergi masjid..encik...malam ni last terawih..tolonglah kami untuk kami habiskan terawih terakhir tahun ni... " ..terkedu aku dengar jawapan brother ni.. lantas aku suruh isteri dan anak2 beliau turun dari motor tu naik kereta kerajaan yg ada lampu kat atas. aku hantar mereka ke masjid. aku serah balik barang2 brother tu. aku menangis peluk brother tu...

balik ke opis jam 1 pagi. aku masuk kereta inspira aku dan.. berfikir..' Ya Allah .. aku terlepas terawih ramadhan terakhir... aku ada inspira. tapi aku seorang yg naik.. brother tadi????.. aduss.. anak bini aku kat rumah sibuk dengan pakaian baru.. 

RUGINYA AKU.. TAK BAWA ANAK BINI AKU PERGI TERAWIH DENGAN INSPIRA AKU... SEBULAN TAK PERNAH PERGI... Ya Allah ampunkanlah aku.... engkau tunjukkanlah petunjuk pada aku sekeluarga.. Amin.....Edifice Casiolis


#INSANLEMAH




Allahumma, Ya Allah !Sungguhnya Engkau Maha PengampunSuka memberi keampunan (yang dipohon)Maka maafkanlah kami (atas segala dosa yg kami lakukan, Amin Ya Rabb Al-Alamin.



Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO