Terbaru ! Isu2 Sakit Kepala [Video]
Banyak sangat isu2 baru, terbaru dalam negara bro ! sampai tak sempat, tak dan, kata oghang utagha ! tak sempat nak hadam baca..masuk lagi isu2 baru ! sarat bro ! sarat !
Aku rangkum yang penting dan utama saja bro ! ini mungkin tak masuk dalam 'head line' media prima (mainstream media) yang ada bro !
1. PM Britain
bimbangkan Anwar, kata Azmin
“Ini termasuk kebimbangan berkaitan Anwar, dan Cemeron berkata beliau (Anwar) harus diberikan rawatan perubatan, capaian kepada buku-buku dan rawatan sesuai,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke sebuah acara di Kuala Lumpur malam ini.Cameron juga mengadakan pertemuan peribadi dengan Azmin..Mkini - PM Britain bimbangkan Anwar, kata Azmin
2. Banyaknya isu !
Ibrahim Ali tak gembira ?
3. Ahmad Maslan
Jadi Bahan Sendaan Netizen Lagi
“Orang tanya BN boleh menang esok?
KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.
Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, ‘esok’ hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.
“Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.
“Esok ialah persiapan untuk pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM)..NewMalaysianPost.com
4. Aziz Bari
umum jadi ahli DAP
5. GERAKAN HARAPAN
BARU MENDAPAT SAMBUTAN
MERIAH DAN HANGAT DI IPOH
Gerakan Harapan Baru sedang bergerak dari negeri ke negeri. Wakilnya di P.Pinang ialah DR Mujahid Yusuf Rawa, Di Perak Ir Nizar mantan Menteri Besar Perak dan Ustaz Ahmad Awang, Di Selangor Dr Dzulkifli, Peguam Hanifa Mydin, Ir Khalid Samad, Dr Siti Mariah, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mat Taib, Johor dengan tokohnya Sallehuddn Ayob, Kelantan dipimpin oleh Datuk Husam Musa dan Datuk Kamarudin Jaafar. Kedah , Perlis, NS dan Terengganu sedang diisi dengan pemimpin berwibawa dan akan muncul tidak berapa lama lagi. Selamat maju jaya semoga Islam membawa rahmat kepada ummat dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia..Daulah Rakyat
6. Hadi Awang - YB PAS
Sokong Undi Tak Percaya Najib Akan Dipecat
masdar -
Terkini -
Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian
Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.
Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
Disertakan pautan temuramah tersebut :
Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am
Aku rangkum yang penting dan utama saja bro ! ini mungkin tak masuk dalam 'head line' media prima (mainstream media) yang ada bro !
1. PM Britain
bimbangkan Anwar, kata Azmin
Perdana Menteri Britain David Cameron menyatakan kebimbangan terhadap keadaan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Cameron juga menyatakan perkara itu dan kebimbangan lain kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Cameron (foto kiri) beritahu saya bahawa beliau telah bangkitkan beberapa isu kepada Najib dalam pertemuan mereka hari ini.
***********
Dunia sebenarnya telah mengiktiraf 'kemampuan' DSAI bro ! ertinya beliau DSAI adalah contoh dan susuk yang berkualiti dari sudut ilmu dan tindakan sebagai orang yang tidak mudah menyerah kalah dalam menegakan 'keadilan' untuk rakyat, sekalipun jasadnya terkurung jauh di balik jeriji besi ! Kebimbangan PM Britain atas 'kesihatan' anwar sangat kita hargai bro ! malu kita kerana jarang bertanya khabar 'kesihatn' anwar bro! lama dah kita 'sakit kepala' atas perlakuan 'depa' dekat bro anwar nie bro ! cuma kita mampu 'doa'kan yg terbaik untuk beliau bro !!!
2. Banyaknya isu !
Ibrahim Ali tak gembira ?
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberitahu, beliau tidak gembira dengan pelbagai isu yang melanda negara ketika ini.
Tanpa mengkhususkan kepada mana-mana isu, Ibrahim berharap agar segala masalah yang melanda negara kini dapat diselesaikan.
"Secara keseluruhan terhadap negara ini sekarang, saya tak gembira. Sebab terlalu banyak masalah.
"Dengan (masalah) hubungan kaum, ekonomi, mata wang ringgit jatuh, perubahan kabinet berlaku tiba-tiba. Isu selepas isu. Saya tak gembira..Mkini - Pelbagai isu buat Ibrahim Ali tak gembiraIbrahim Ali tak gembira dengan pelbagai isuPublished on 30 July 2015Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberitahu, beliau tidak gembira dengan pelbagai isu yang melanda negara ketika ini. Tanpa mengkhususkan kepada mana-mana isu, Ibrahim berharap agar segala masalah yang melanda negara kini dapat diselesaikan..kinitv
**************
apasal nak pening bro ? pelan2 laa kautim sama itu 'orang' yg bikin 'prob' bro ! satu2 laa mau kautim sama depa ! Hang nie saja tak tau ke? atawa buat2 tak tau bro? Hang ingat orang lain semua tu gumbira ke bro ? Kalo mau 'gumbira' saja ! pelan2 tengok cerita hindi bro ! hindi lama lagi best bro ! mau tengok 'Hathi Mere Sathi' ! gajah pun ada 'hati perut' bro ! yang tak ada 'hati perut' manusia jer bro ! hati ngan perut pun depa bantai? Selagi negara tak bebas dari Rasuah, dari rompakan duit rakyat? tak kira laa oleh sapa pun ? selagi tu laa nanah busuk akan meleleh keluar dan bisul baru akan tumbuh bro ! Jangan lupa Che Det bro ? dia yg mulakan semua ini? sekarang subur membiak jadinya? rakyat? apa jadi dgn rakyat? Pi mai pi mai dok tang tu juga ! habis sangat? brim broomm ! tu jer yg boleh depa buat ? Kah Kah Kah
3. Ahmad Maslan
Jadi Bahan Sendaan Netizen Lagi
“Orang tanya BN boleh menang esok?
Saya kata esok bukan PRU” – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.
Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, ‘esok’ hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.
“Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.
“Esok ialah persiapan untuk pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM)..NewMalaysianPost.com
**************
Ramainya netizen 'melontar' komen mereka ! sedap juga baca tu bro ? aku? cuma satu aku nak sebut, 'better mat maslan keep his mouth shut' bro ! itu lebih baik dari cakap 'hoyong hayang macam nie? nampak 'dol' sangat kalo rajin buka mulut...Kah Kah Kah
4. Aziz Bari
umum jadi ahli DAP
KUALA LUMPUR: Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, yang terkenal dengan pandangan berani berhubung hal-ehwal kuasa dan pemerintahan negara, menyertai DAP hari ini.
Portal Roketkini melaporkan Dr Abdul Aziz berkata, beliau memilih DAP sebagai wadah politik untuk menyumbang khidmat dan kepakarannya.
“Ini bukan sesuatu yang baru. Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudi melantik saya sebagai felo Penang Institute, saya melihat sendiri bagaimana pentadbiran negeri dilaksanakan dengan baik.
“Saya lihat DAP begitu cekap dan saya tertarik dengan prinsip dan amalan terbuka, telus dan meritokratik,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Abdul Aziz sebelum ini merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011 berhubung pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.
Walaupun penggantungan tugas itu ditarik balik berikutan bantahan daripada pelajar dan kakitangan akademik, Dr Abdul Aziz memilih untuk bersara dari UIA..The Rakyat Post
***************
Dah ramai cerdik pandai melayu menyertai DAP bro ! Mau tanya sikit pasai apa? ramai kata DAP 'chauvinist'? depa tau ke hape tu? bantai cakap saja? yang dok kata 'chauvinist' tu sapa? puak totok umno ngan pak lebai PAS saja...dgn cina tanjong nie, besa ke depa pi 'berkawan' ajak jadi muslim ke? ada? tak ada bro ! pakai dok sumpit dari atas saja? Dap dok tengok 'akhlak' dan kelaku pak lebai Chai Pas hari2 dok 'sumpit' depa 'gelak' jer bro ! kalo tak yakin? mai tanjong tengok ! Kah Kah Kah
5. GERAKAN HARAPAN
BARU MENDAPAT SAMBUTAN
MERIAH DAN HANGAT DI IPOH
Gerakan Harapan Baru sedang bergerak dari negeri ke negeri. Wakilnya di P.Pinang ialah DR Mujahid Yusuf Rawa, Di Perak Ir Nizar mantan Menteri Besar Perak dan Ustaz Ahmad Awang, Di Selangor Dr Dzulkifli, Peguam Hanifa Mydin, Ir Khalid Samad, Dr Siti Mariah, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mat Taib, Johor dengan tokohnya Sallehuddn Ayob, Kelantan dipimpin oleh Datuk Husam Musa dan Datuk Kamarudin Jaafar. Kedah , Perlis, NS dan Terengganu sedang diisi dengan pemimpin berwibawa dan akan muncul tidak berapa lama lagi. Selamat maju jaya semoga Islam membawa rahmat kepada ummat dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia..Daulah Rakyat
**************
#harapanbaru mulakan siri jelajahnya, ia adalah untuk pilihan rakyat Malaysia berbilang kaum, kerana sebelum ini Umno dgn 'ketuanan melayunya' dan Pas dgn kepimpinan ulamanya yg jumud dan gagal memenuhkan tanggungjawabnya memimpin rakyat menuju kesejahteraan.
Siri jelajah #Harapanbaru, baru bermula bro ! GHB ini menggabungkan perjuangan berganda bro ! Perjuangkan Agama, Bangsa dan Negara..Kepedulian, progresif dan yg terpenting adalah amanah terhadap rakyat. Rakyat berada di tahap 'keperitan', 'kesakitan' yg melampau sekarang ini dgn pelbagai beban cukai, dan kehadiran #harapanbaru diharap dapat memperimbangkan semula derita rakyat ini.
Isu nie tak laa sakit kepala bro ! Cuma Paschai saja yg sakit2 badan dgn adanya GHB yang baru muncul nie ! Kah Kah Kah
6. Hadi Awang - YB PAS
Sokong Undi Tak Percaya Najib Akan Dipecat
masdar -
Terkini -
Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian
Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.
Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
Disertakan pautan temuramah tersebut :
Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am
Comments
Post a Comment