Adakah ini sayap MH370 yang 'hilang' setahun lalu ?
Sudah setahun lebih kehilangan pesawat MH370, tiba2 kita dikejutkan dengan satu laporan penemuan sayap jenis Boeing 737 oleh seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu lalu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP
.
Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai.
“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” seorang saksi dipetik berkata kepada AFP.
Sebahagian sayap pesawat berkemungkinan jenis Boeing 737 seperti jenis yang digunakan penerbangan MH370 di temui di Pulau Reunion, yang terletak di Laut Hindi - Foto twitter Aviati
PULAU REUNION, 30 Julai:
Seorang pakar penerbangan percaya beliau menemui bangkai pesawat MAS, penerbangan MH370, yang hilang pada Mac, tahun lalu.
Bekas juruterbang tentera Xavier Tytelman, yang kini pakar dalam keselamatan penerbangan, dihubungi pagi Rabu oleh seorang penduduk di Pulau Reunion di Laut Hindi.
Penduduk berkenaan menghantar beberapa foto bangkai kapal terbang, di mana dipercayai milik pesawat yang hilang.
“Saya telah meneliti beratus-ratus foto dan berbincang dengan rakan sekerja,” kata Xavier kepada The Telegraph.
“Kami bersetuju ia mungkin sayap Boeing 777 – jenis pesawat yang sama yang digunakan untuk penerbangan MH370.
“Polis di Reunion sedang meneliti bangkai itu dan berkata ia kelihatan telah berada di dalam air kira-kira setahun lamanya, tempoh yang sama sejak kehilangan MH370.
“Kami tidak dapat memastikannya tetapi berkemungkinan inilah pesawat yang dicari,” katanya.
Rajah menunjukkan bahagian sayap yang terdampar di Pulau Reunion. – Foto twitter Aircraft Retweet
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Mac tahun lalu.
Xavier berkata mereka tidak tahu berapa lama dapat memastikan perkara itu tetapi ia satu perkembangan yang menarik.
Katanya lagi terdapat banyak perbincangan mengenai kod yang ditemui di bangkai berkenaan iaitu BB670.
“Ia bukan nombor plat sebuah pesawat ataupun nombor siri di enjin,” tulisnya.
“Tetapi sekiranya sayap berkenaan milik MH370, ia akan dapat dikenalpasti melalui nombor berkenaan. Mungkin dalam masa beberapa hari saja kita akan mendapat jawapan sebenar.”
Pasukan mencari Malaysia dan Australia masih meneruskan pencarian pesawat yang hilang di Laut Hindi sehingga kini.
Anggota Polis Pulau Reunion memeriksa sebahagian sayap pesawat yang ditemui di pantai St Andre. – Foto Daily Star
sumber - The Rakyat Post
kemaskini terbaru
#MH370 : Polis Tempatan Sahkan Terjumpa
Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan
Seorang jurnalis dari Journal de Journal de L’île de la Réunion berkata, pihak polis tempatan di Pulau Reunion mengesahkan laporan penemuan beg pakaian yang telah rosak teruk di Saint-Andre, kawasan berdekatan dimana serpihan sayap yang dikatakan menyerupai bahagian MH370 dijumpai.
Walaubagaimanapun, penyiasat kini perlu menilai sama ada terdapat sebarang kemungkinan penemuan itu mempunyai kaitan dengan penemuan serpihan terbabit.
Dalam perkembangan lain, pusat berita tempatan, L’info à La Réunion, telah menemuramah individu pertama yang ternampak serpihan itu ketika bekerja di pantai di Saint-Andre di pulau itu pada Rabu.
Sementara itu bro,
MH370: Pasukan Pakar Bertolak Ke Paris Malam Ini
KUALA LUMPUR – Empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.,BERNAMA
MH370
Mungkin Sudah Sampai Madagascar?
SYDNEY – Penemuan serpihan sayap pengemudi pesawat dipercayai kemungkinan besar milik MH370 di pulau Reunion agak mengejutkan pasukan penyiasat Australia, lapor akhbar tempatan, The Sydney Morning Herald.
Sambil menyifatkan berita itu memeranjatkan mereka, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan namun mendakwa, penemuan tersebut konsisten dengan kajian biro itu sendiri.
Ini kerana berdasarkan kajian pemodelan lautan dilakukan oleh biro berkenaan, beberapa serpihan daripada pesawat MAS tersebut dijangka hanyut ke pulau peranginan milik pemerintah Perancis di tengah Lautan Hindi itu.
“Malah, kajian semula ATSB tahun lalu pernah meramalkan kebarangkalian sebahagian besar bangkai pesawat MH370 itu akan terdampar jauh sehingga ke Madagascar, pulau terbesar di benua Afrika,” jelas Dolan lagi.
Mengikut pemodelan biro tersebut, arus suhu sejuk yang berputar dari selatan Lautan Hindi dekat pusaran Antartika akan berpusing melengkung ke barat laut perairan Australia dekat selatan pulau Jawa, Indonesia..sambung baca di MYNEWSHUB - MH370 Mungkin Sudah Sampai Madagascar?
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.