Rakyat Susah Hati Sekarang Bro ! [VIDEO]
Hidup tertekan dengan kenaikan harga barang , boleh mengundang kestabilan ekonomi yang tidak seimbang dan masalah sosial yang serius..
GST Malaysia 6% : 9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Bergelut dan Bekerja Keras Dengan Lonjakan Kos Sara Hidup Hari Ini!
Jikalau disemak melalui laporan berita TV3, TV1 dan akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian semuanya yang indah-indah belaka sahaja. Kerajaan berjaya mengaut dan memenuhkan kantung mereka sejumlah berbilion-bilion ringgit daripada rakyat Malaysia, GST antara terbaik di dunia, GST mampu turunkan harga barang.
Walaubagaimanapun hakikat yang ditunjukkan baru-baru melalui kajian yang dilakukan oleh Jobstreet mendedahkan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan pelaksanaan GST Malaysia.
Baca Sini: 20% Majikan Malaysia (Peruncitan, Hospitaliti, Pembuatan) Cadang Buang Pekerja Gara-gara GST?
Nampaknya selepas GST mula memasuki bulan ketiga pelaksanaan, ia terus menjadi ingauan negeri bagi kalangan majikan dan peniaga SME, peniaga kecil di Malaysia. Ini diakui sendiri oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Masakan tidak, satu demi satu pekerja diberhentikan dek kerana tidak mahu bertahan dengan kos operasi yang melonjak tinggi selepas sahaja GST dilaksanakan.
Berita Semasa difahamkan ada syarikat yang pendapatan mereka kurang daripada RM500,000 telah ditolak permohonan mereka berdaftar dengan GST atas sebab-sebab yang tidak diketahui dengan jelas. Mengapa jadi begini?
P/S : Rakyat Malaysia dilihat semakin berhati-hati ketika berbelanja pada hari ini. Berita kenaikan harga minyak bukan lagi tekanan hebat kepada rakyat Malaysia tetapi pelaksanaan GST yang dikenakan kepada penguna bagi kebanyakan uruniaga dan perbelanjaan, itulah yang menyebabkan perbelanjaan boleh guna mereka semakin menipis. Apa kata anda pula.
Kesan GST Malaysia 6% : Senarai Hasil Kajian Jobstreet?
9 daripada 10 orang rakyat Malaysia sedang bergelut dan bekerja keras untuk berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup dek kerana GST
90% daripada 1,454 pekerja yang merupakan responden Jobstreet tidak mampu menampung perbelanjaan harian sejak GST Malaysia dilaksanakan
47% mula bawa bekal, menggunakan pantri dengan lebih kerap, dan berkongsi kereta bagi menampung perbelanjaan mereka
56% bergerak makan tengahari bersama-sama rakan-rakan mereka40% memerlukan kenaikan gaji naik sejumlah antara 10% hingga 20%
36% pula perlu menerima kenaikan gaji naik antara 20% hingga 50% untuk berhadapan dengan kesan cukai GST Malaysia63% mendesak untuk menerima elaun petrol
Gambar Hiasan |
LALUAN HARAM PILIHAN PATI MENJELANG AIDILFITRI
JOHOR BAHRU, 11 Julai: Ketika Ramadan kian menghampiri penghujungnya dalam kalendar Islam, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kepulangan beramai-ramai pendatang tanpa izin (Pati) Indonesia ke tanahair mereka bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sejak sekian lama, Johor sudah biasa..BACA ARTIKEL PENUH
Adakah ini antara sebab rakyat susah hati bro?
pasai terpaksa bersaing dgn pendatang asing yg dah merata dan besar jumlahnya di negara kita?
Persoalannya sekarang ini apa tindakan kerajaan Malaysia untuk terus membantu golongan dan kumpulan yang sering tertindas dek kerana pelaksanaan GST?
sumber - Berita Semasa
Sekarang, tiada siapa yang benar-benar peduli tentang membina negara
Apa yang telah berlaku kepada imej penyayang, pemurah rakyat Malaysia? Dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam negara ianya sekarang kelihatan seperti tiada lagi rasa sayang dan prihatin kepada mereka yang di garis terbawah masyarakat.
Inilah sebab kenapa jika sesiapa yang benar-benar prihatin tentang seluruh pelosok negara ini untuk mendengar masalah, aduan dan rungutan rakyatnya, terdapat perasaan bahawa kerajaan telah gagal untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan seluruh populasi.
Hidup telah menjadi sukar, bosan untuk terus hidup dan wawasan pemimpin negara ini untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi telah dilihat oleh segmen rendah dan masyarakat miskin sebagai angan-angan semata dan aspirasi yang tidak dapat digapai.
Jika golongan elit dalam negara ini tidak lagi peduli mengenai beban yang ditanggung rakyat ianya kerana mereka hidup begitu selesa dan mewah dan juga menjauhgkan diri mereka daripada keluh kesah orang miskin dan hidup melarat, yang tidak dapat membuat sebarang korupsi..Theantdaily
Yang Menteri pula bro..
selalu menyongsong arus rakyat?
Terdapat seorang menteri di Putrajaya yang mengambil jalan mudah dari penyelesaian masalah - tiada aduan bermaksud rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga!
“Kami tidak menerima sebarang aduan. Orang ramai tidak membuat aduan, yang bermakna sokongan,” ujar menteri tersebut. Dia tidak layak disebut namanya kerana alasan yang diberikan begitu dangkal.
Tolonglah, rakyat mana di dunia ini yang menyokong kenaikan harga?
Apa yang menjadikan rakyat Malaysia berbeza? Kerana kita terlalu cintakan kerajaan? Kerana negara ditadbir oleh pemimpin bijaksana lalu rakyat Malaysia meraikan GST dilaksanakan?
Terdapat 1001 sebab mengapa rakyat tidak membuat aduan apabila terpaksa membayar lebih bagi minyak dan barangan keperluan, tetapi besar kemungkinan mereka sudah putus asa dengan kerajaan.
Kerajaan tidak mendengar. Ia gemar membuat tindakan sembrono. Kerajaan ini menaikkan harga barangan secara senyap-senyap.
Berapa kali harga petrol dinaikkan apabila rakyat sedang tidur atau sibuk mengemas rumah atau berehat selepas penat bekerja?..oleh Jimmy Adit - Baca lanjut -Rakyat sokong kenaikan harga? Menteri ini tentu gila!
Membaca kenyataan seorang menteri yg kata kenaikan harga bererti rakyat menyokongnya? pasai tiada aduan terhadap kenaikan itu?
Betul ke bro ! Menteri nie tak buka facebook ke? tak baca kat blog ke? Instagram ke, kat tweeter ke..semua tu bukan sungutan? bukan rungutan? bukan semacam aduan rakyat? meluahkan rasa jengkel dan amarah mereka? nak macam mana lagi? mereka rakyat sekarang ini bukan lagi nak pergi buat aduan rasmi bro ! banyak 'hanky panky' nya..kena isi borang itu borang ini? waste ur time man !..meh aku nak tunjuk ! nak habaq yg rakyat tak berdiam diri ! Rakyat susah hati sebenarnya.
mau baca sini bro -
Bro ! Hidup boleh tertekan dengan kenaikan harga barang , boleh mengundang kestabilan ekonomi yang tidak seimbang dan masalah sosial yang serius..rakyat dah cukup susahati sekarang.
Ini 'paper' utama BN sendiri yg bagi tau ! harga barang dok naik hari2! tak baca ke? bukan sungutan bukan keluhan rakyat ke? Kah Kah Kah ! sumber -
Rungutan Peniaga Kecil
Anda dengar lah sendiri
Najib Razak kata..
GST tidak bebankan rakyat..
GST Bantu Jamin Masa Depan Malaysia..
Ahmad Maslan kata..
Orang kaya sahaja kena GST..
GST Akan Sebabkan Harga Barang Turun..
HAKIKATNYA...
Dengarlah sendiri.. Keluhan Peniaga Kecil Terhadap GST
sumber - Suara Rakyat
Kalo bekas pemimpin macam Mahathir Mohamad pun
bercakap tentang GST ! Rungutanlah Tu? Mahathir pun
depa tak dengaq dah bro! Kah Kah Kah
Comments
Post a Comment