Penyokong PAS demo anti-PKR di Pulau Pinang Dah Banyak Lemak ! {VIDEO]

Hari ini, Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama buat pasai lagi bro ! ingat kot dah selesai dah dgn kes Yusni Mat Piah yg 'surrender' menarik balik  dan akur dgn arahan PAS Pusat bagi membantu PKR di Ptg Pauh? Rupanya belum selesai lagi bro ! ada beberapa kerat kalamanyaq anggota PAS Caw. Bagan masih meneruskan dan mendesak AMK mohon maaf ? Berapa banyak maaf daaa mau minta ? Hangpa sapa yang dok jadi kalamanyaq nie? Penyokong PAS demo anti-PKR di PP...Kah Kah Kah

Orang dok sibuk kat KL, kat Dataran Merdeka membantah GST, PAS, PKR dan DAP di satu pentas ! dua tiga kerat puak PAS ni bertukar jadi cacamarba dok buat onar di Ptg. Pauh ! apa punya turr !

Memang cukup pelik dgn segelintir akaq umbi Pas di Ptg Pauh yg berhimpun bantah vs PKR pada 1 May lepas solat Jumaat di Mesjid Batu, Ptg Pauh...pasai masa khutbah Jumaat hari ini, Ust. Sobri Arshad (bukan geng UG naa) sewaktu membaca khutbah kat Mesjid Batu di Kg Pertama, Ptg Pauh tu menyarankan semua jemaah agar mengundi PKR..
Beliau menasihatkan para jemaah tentang dakwaan keborosan kerajaan Persekutuan dan beban yang ditanggung rakyat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya merayu semua penyokong PKR, PAS, Umno pada 7 Mei nanti keluar untuk mengundi PKR," kata Subri yang juga bekas calon PAS Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-12.
Menyentuh mengenai saranannya itu, khatib berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah untuk memberi peringatan sedemikian.
Katanya, Islam tidak pernah mengasingkan antara politik dan agama.
"Itulah tanggungjawab saya sebagai dai (pendakwah).
"Kalau ada orang pertikaikan boleh ke berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama," katanya di dalam khutbah pertama dalam solat Jumaat hari ini..Mkini Khatib di Permatang Pauh rayu undi PKR


~ Pas Bagan nie waras ke?
~ ada lagi kamjat yg tak puas hati dgn kerjasama Pas-Pkr di      P.Pinang?
~ kelmarin tu saja depa buat cerekarama kot? maklumlah?        cerita boleh saja dikarang n diolah bro ? lama tak tengok        wayang pacak?

Kah Kah Kah




Penyokong PAS demo anti-PKR di Pulau PinangPublished on 01 May 2015 Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.
Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mendakwa masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata belum reda.
Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud..kinitv





Ucapan PAS, PKR, DAP bidas GSTPublished on 01 May 2015Orang ramai yang berkumpul di bangunan KLCC mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang membidas cukai GST.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya masuk sekolah semula kerana tidak faham GST..kinitv



Bantah GSTSimbolik penyokong himpunan bantah GST menunjukkan kertas bantah GST di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian 


Sementara itu bro, Persatuan  Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) turut membantu meraih sokongan pengundi atas pagar memberikan sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail. Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ia dilakukan untuk mendapat sokongan pengundi khususnya peniaga, persatuan dan blogger dalam PRK Permatang Pauh. Menurutnya, ini adalah kali pertama Pasma mewujudkan bilik gerakan untuk pilihan raya sejak penubuhannya tahun lalu. "Lebih 200 sukarelawan Pasma digerakkan untuk membantu jentera pilihan raya PR mendekati pengundi, berceramah, mengedar risalah dan menerangkan isu yang menjadi modal calon PKR.


Phahrolrazi menerima borang keahlian dari penyokong Pasma.baca lagi Pasma bantu raih sokongan calon PKR





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video