Nik Aziz iktiraf Mat Sabu - [VIDEO]

Nik Aziz iktiraf Mat Sabu

Empat tahun lalu, Almarhum TGNA pernah berbicara tentang Mat Sabu atau Mohammad Sabu ini..anda sendiri dengar sedutan video yg dimuatkan di bawah..

Sekarang ini kumpulan yg mengaku pro ulama meningkatkan 'serangan' mereka terhadap kumpulan lain yg dilihat tidak dilihat menyokong kepimpinan Presiden sedia ada menjelang muktamar yg tidak berapa hari lagi, ini termasuk Mat Sabu bro? mereka begitu aktif sekali memainkan 'role' mereka, agar Hj Hadi terus kekal di persada kepimpinan sehinggakan Ustaz Ahmad Awang pun mereka kata bukan2..UAA sendiri kesal dengan semua ini bro ! Beliau kesal bila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya. 

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti. 

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama. 

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak." 

 "Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi...Ahmad: Serang peribadi bukti habis modal

Kekalkan Mat Sabu bro ! Jangan 'bunuh' watak ini..telah teruji dan tidak hempuk bila direbus...orang kedah kata, "rebuih tak hempuk"...jangan jadikan Pas bagai instusi 'pondok' semata..mau ingat ulama salaf yg mahir segala bidang dan persoalan..jujur dalam amalan...Mat Sabu mahir 'agama' dan menguasai kemahiran muamalah merentasi emosi..







Jun 4, 2011
ucapan nik aziz ketika majlis ceramah perdana memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi pas yang baru

Sedutan ucapan Nik Aziz...

Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan kerana

My Card palsu.

Bukan undi orang Bangladesh,

Bukan undi orang Burma,

Bukan undi orang Pakistan,

Undi dari orang Pas.

Dia menang!!!!

Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.

Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.

2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.

Dia tunduk kepada Umno kah?

Dia sujud pada Umno kah?

Tidak!!!

Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik (dari universiti) Azhar hok jadi Pemuda Umno,

Mana baik? 

sedutan 2 - ucapan Nik Aziz...

Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.

Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.

Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.

Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu. 



UMNO Tidur Tak Lena Kerana Mat Sabu, Kata Nik Aziz

Sejarah Perpecahan Pas

1. Kewujudan page adu domba elharaki
2. Serangan dr zuhdi terhadap dap.
3. Kewujudan fb tok usin sb
4. Pimpinan mengambil sikap lepas tangan dgn sikap kurang ajar presiden. Kurang ajar presiden bermula dgn ucapan penangguhan semasa muktamar d batu pahat dan statmen " ikut suka saya nak hadir tak hadir mesyuarat".
5. Pimpinan buat buat marah dgn tok usin sb
6. Pimpinan guna utusan dan tv3 utk serang dap, pkr dan mat sabu.
7. Pimpinan membiarkan pejabat agung berkempen.
8. Pimpinan membiarkan poster dikeluar oleh dewan ulama dgn meletakkan calon calon dlm dua kem.
9. Presiden mengeluar kenyataan serkap jarang mengatakan ahli boleh pilih pemimpin yg ditunjuk oleh dap- sama spt kes pilkuda tak sebut nama ttp kesannya sgt jahat.
Ini fakta sejarah yg akan dirakam semula dlm tesis calon calon phd sepuluh tahun akan datang..Cap Kapalayar Limaribukawan




Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan untuk melemahkan parti, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob (gambar, kiri).

Inilah suara tidak matang Pas kelantan - kenapa tidak sentuh kalangan sendiri agar bersatu saf dgn kepimpinan semua peringkat ? Nasihat serupa ini bukan meningkatkan prestasi diri sendiri..Pas Kelantan pun nanti boleh ranap bro !



                          Mutiara Kata UAA                       

"Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.
"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan. 
"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.
"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah.
"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.
"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara. 





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?