Harap Husam, Ahmad tolak pencalonan ? - PAS Terengganu

Kata orang tua2..Daun Serai Daun Tauhu..Belum Try Belum Tahu !!! Pasai apa dok tak dok si PJ Pas T'ganu pi dok bercakap minta Ahmad Awang dan Husam Musa jangan masuk celen bertanding dlm muktamar june ini melawan Hadi untuk kerusi presiden ? 

Belum apa2, belum dengar Husam atau Ahmad Awang sambut gayong nak bertanding? Mamat PJ nie dah mula palu gendang minta depa berdua kalo boleh tolak buang pencalonan itu? Dia dah rasa rimas dan dah mula kelupurr? Awatnya bro? bagi laa nampak lelaki sikit...Kah Kah Kah

Woittt ! Dah ketaq lutuit ke? mamat PJ Ganu nie paham sangat ke dgn pertandingan 3 penjuru nie (Triple Treat Match) ? kalo hang dah rasa Hadi tu kuat pasai angka pencalonan dia cukup hebat, apasal nak gentar? apasal nak gusar? lawan dulu bro ! kalo Hadi menang dlm perlawanan ini..barulah nampak Hadi tu kuat? Tapi kalo 'tonggek' kpd salah seorang pencabar ini atau kedua mereka? Baru laa boleh pikior balik sapa yang hebat? Lawan dululah bro..Kah Kah Kah.






Harap Husam, Ahmad tolak pencalonan
 WARTAWAN SINAR HARIAN8 Mei 2015



KUALA TERENGGANU - [KEMASKINI] Pas Terengganu mengharapkan tiada sebarang pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan kepimpinan presiden sedia ada sebagai terbaik dan berharap dua calon lain yang layak bertanding di peringkat jawatan presiden iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang menolak pencalonan berkenaan.

Beliau berharap kedua-dua mereka bijak mengambil keputusan memandangkan Abdul Hadi ketika ini sudah jauh mendahului dengan angka pencalonan begitu besar berbanding Husam dan Ahmad.



“Melalui pencalonan itu sebenarnya kita sudah dapat lihat isyarat yang diberi oleh perwakilan peringkat kawasan, tetapi terserah kepada empunya diri untuk bertanding atau tidak. Harapan kita supaya tiada pertandingan.

“Kita harap mereka tengok pencalonan dan nilai (jumlah) pencalonan yang diberi. Ia sudah cukup memberi isyarat daripada perwakilan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian Rabu lalu,  tiga daripada empat nama dicalonkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan layak bertanding bagi jawatan Presiden Pas.



Antara nama melepasi had kelayakan bertanding adalah Husam dan Ahmad.

Dalam kenyataan terbaharu, Ahmad memberitahu bahawa beliau mahu tunggu surat rasmi dikeluarkan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, di Terengganu, semua perwakilan di lapan kawasan mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden.


Sindiran Berbisa dari Ustz Ahmad Awang..
Agaknya siapa yang dimaksudkan?

Menurutnya, keadaan itu bukan hanya berlaku di negeri ini tetapi juga sebahagian besar kawasan di negeri lain kerana gabungan kedua-duanya cukup menggambarkan bahawa Pas benar-benar menyokong dan mendukung kepimpinan ulama.

“Saya rasa kepimpinan ulama diberi isyarat jelas untuk jadi teras kepada kepimpinan selari dengan prinsip perjuangan Pas,” katanya.

SumberSinar Harian


**************




KENYATAAN RASMI
OLEH HJ MOHAMAD BIN SABU

BismillahirRahmanirRahim.

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke 61 akan datang.
Insyaa Allah, saya akan terus membantu Presiden dan Parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO's serta para pelajar.

Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.

Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insyaa Allah, kita akan meraih hasilannya.

Haji Mohamad Bin Sabu






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video