Bila PAS Kalut, Macam2 Dok Mengarut


Bukan Gelombang anti Amno saja bro ! gelombang meluat kat Pas pun sama asbab juga untuk menang Pru nanti...Kah Kah Kah

Pas laa nie dah kalut, dah malut, macam kelulut, pantang tengok rambut saja? terus terpa hurong keliling? tau-tau kawan tenyeh buang, Pas dok hurong Amno, Amno biaq pi laa sat, tengok boleh buat minyak kelulut ke tidak? Laa nie minyak kelulut ada arga maa ! Kah Kah Kah

Kalut sungguh Pas sekarang bro? semua nak cakap. nak ejas, nak cover - anak dara sunti la, buboq asyura laa, tak telus laa dan segheba mak nenek lagi ada kat depa..aku ingat boleh buat novel laa pasai Pas n Pascai nie? tidak pun masuk slot cerekarama pun baguih gak? kah kah kah

Nak harap depa bicara soal kerakusan, penindasan, keborosan pihak sana tu? tak dengaaq bijik buah langsung bro ! rumah ganti mangsa banjir ke? salah urus salah tadbir perbadanan tertentu ke? kursus perkahwinan termahal ke? Nahi bro? Nahi. Nak muntah adalah kalo dengaq puak Pascai dok labun..memang tidak ada misi dan visi bro.. bercempegha, kalut, mengarut !

Cuba layan link ini bro ( http://m.www.astroawani.com/…/nik-aziz-tidak-benarkan-pas-b…) siapa yang khianat? aku tanya saja.


Kalut 1

Husam mahu 'kocak' 
solidariti Pas - Zuhdi..


Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
"Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini..SH 

********


Pas 'solid' ke bro? atawa saja Pascai dan walaaunn saja syok sendiri?
Kalo Pas kukuh? Kenapa Husam Musa seorang saja yang bentang beberapa perkara yg menjadi 'rahsia' besar dlm Pas tu, pakat cirit birit habis segala pimpinan besar Pas, itu belum berdepan dgn Husam lagi secara anak jantan? dah pakat atur meja, tunggu, w.pun tau Husam sekarang berada kat China? 

Kalo solid? kat Pokok Sena saja sengatan awal harum manis dah berbuah ranum dan gugur beratus biji ? (392) masuk Amanah ! Solid? Inilah namanya kalut melalut, sendiri nak bagi sedap hati, nampak hijau saja, tapi oren dok ada kat dalam masih banyak bro ! Kah Kah Kah


Kalut 2

Pas lancar gerakan 
jadi ahli umur 13 tahun


Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.
“Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.
“Ia juga akan menggambarkan betapa hebatnya perjuangan Islam di negara ini,” katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran gerakan menjadi ahli di awal usia di sini, kelmarin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, gerakan menjadi ahli di usia muda dilancarkan buat pertama kalinya di negeri ini sempena Sambutan 60 Tahun Kerajaan Pas Kelantan di sini, malam tadi..SH (www.sinarharian)

************

Nie namanya kalut dan terdesak bro ! Tersedak aku tengok Pas nak tambah ahli sampai peturun had umoq kpd 13 tahun, PAS Turunkan Had Umur Kepada 13 Tahun? Awat sampai jadi lagu nie? kata bro atas tu, Pas solid molid? solid apanya kalo umoq tak baligh lagi pun hangpa dah nak pederaih? 
Bagilah budak2 tu mengaji dulu bro ! SPM pun pun tak ketahuan hala lagi, akai pun belum masak nak pikiaq pasai siasah bro !Kah kah Kah

Kalut 3

Pas akui 
ubah pendekatan dengan Umno


Idris ketika memberi ucapan dalam ceramah Sambutan 60 tahun
Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, Kota Bharu.
Pas akui parti itu menggunakan pendekatan berbeza ketika berdepan dengan Umno, berbeza dengan amalan yang dipraktikkan sebelum ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun terdapat pimpinan Pas mengadakan pertemuan dengan Umno, ia bukan bermaksud Pas akan menjalinkan hubungan politik dengan parti itu.
“Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalu jumpa orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh,”

“Pas ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK Pas pusat, Lajnah politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan Pas minum kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah Sambutan 60 tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di sini malam tadi.
Isu kerjasama Pas-Umno kini kembali hangat diperkatakan apabila bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan pimpinan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU-12).

Dakwa Husam, tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan..SH

*********

'Mat Deris' nie dok kalut ejas pasai hubungan kalut malut depa dengan Umno Umnuu bro ! Pascai bawah-bawahan laa nie cuba dok ejas hala tuju sumbang sumbing hubungan 2 hala Pas-Umno? Ini bukan hubungan biasa bro ! dah sampai tahap jadi 'penasihat' lagi? Aku sebenarnya malas nak layan Pascai macam nie bro ! lebih bunyi dari suara...kah kah kah

Cerita hubungan nie sudah lali bro ! apa yg Umnuu buat tidak ada yang tak betul? depa pakai tikam turut saja? kalo tidak pasai apa dok tak dok Tok Sidang kata (Hadi: Ada orang cemburu hubungan Pas-Umno) Tok Sidang sendiri akui bro? Habaq pula ada orang cemburu? Tak ada sapa nak cemburu aihhhh ! dah buloq sangat nak dakap Umno? Pi laa dakap lepaskan rindu dendam awak tu? tak payahlah dok kalut ejas ejas bro ! dengan Perkasa (Free Malaysia Today) yang orang menyampah tu pun Pas dok merenyeh bro ! Nak kata apa lagi? Kalut sungguh dok salin kawan ? pasai dah orang lain tak mahu dekati Pas lagi kerana dasarlah, dasar Pas yg murni dulunya di'perkosa' semahunya oleh Pascai sekarang bro ! Akhlak 'ulama' sudah hilang dalam Pas, cakap pun sudah tidak boleh diyakini dipercayai? Orang kian jauhkan diri, tu yg depa kalut bro..
Foto www.nasionalis.my


Inikah pendekatan tu bro? kalo lagu nie..tak ada apa kita nak cemburu? buang stim bro ! Teruskan, no hal punya..kah kah kah 






Kalut 4
DAP menang 

hasil kerjasama dengan Pas



Pemecatan 300 anggota Pas daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku kerana kemenangan DAP di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 adalah hasil gerak kerja bersama Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu Pas bertindak menjadi pembangkang di Pulau Pinang.  
"Dari segi pentadbiran...kita lihat ini satu tindakan yang agresif yang dibuat oleh DAP.
"Pas melahirkan rasa dukacita dengan tragedi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.


Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan pemecatan itu..SH

*********

Orang #2 Pas nie dok ungkit bro ! kalo jenis ungkit tu? Kalut laa tu bro ! awat dok kalut ungkit tu bro? Pas menang pun satu 'seat' saja di Penang tu bro, patutnya boleh gabuih banyak lagi laa kalo kata hasil gerak kerja bersama Pas? macam Kelate juga laa...Pas 'dominate' kat sana? Tapi kali ni belum tau lagi bro? jaga laa elok2 kelate tu? Takut yg diharap tertiarap, yg dikilik habis pakat carik ? Tak payah ungkit laa...buat krosot segala Pascai yg kena 'fire' tu, lebih elok cari jalan macamna nak menang kat Sg. Aceh pulak? Kat Sg. Aceh tu bukan tolong PR pun, tapi tolong Umnuuu bro ! kalo tidak? macamana Umno boleh menang Pru 13 lalu? tu ke kata hasil gerak kerja bersama Pas? Kah Kah Kah


Kalut 5
Dialog 
Husam-Mustafa: 'Bola' di kaki Khalid

Mengakui "terkilan tetapi akur" terhadap arahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta bekas ahli parlimen parti itu, Khalid Samad, "membuat pencerahan" berhubung isu kerajaan perpaduan dibangkitkan Datuk Husam Musa baru-baru ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan beliau, Mustafa yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PAS mendakwa dia terpanggil untuk berdebat dengan Husam ekoran "fitnah dan pendustaan" dilemparkan terhadap parti berkenaan.

"Oleh kerana saya tahu, malah terlibat dengan peristiwa yang menjadi rujukan tentang pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, maka saya berkewajiban untuk membuat penjelasan dan meletakkannya pada perspektif yang betul.
"Oleh itu, saya mohon Khalid Samad, jika beliau sanggup dan bersedia untuk membuat pencerahan tentang peristiwa ini," katanya.
malaysiakini.com -

*************


Buang stim betul laa bro ! Pasai 'bola' ada kat kaki Khalid Samad, depa Pas cepat2 larang debat nie? Main2 ke bro? Memang hangpa kalut? kalo jadi debat tu? Hangpa nak letak muka tang mana? Apasal nak kata 'fitnah' pulak? Cer biarkan debat tu berlangsung, tau laa sapa kazab sapa siddiqque? sapa bohong sapa cakap benar? nanti banyak lagi terbongkang, tersemburrr ? cer baca bawah tu...Kah Kah Kah



Kalut 6 
Terus istiqamah 
bersama Pas walaupun diuji


Biarpun diuji pelbagai cabaran, namun Pas Kelantan mengharapkan penyokong dan kepimpinan yang ada dapat bertenang, di samping terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sepanjang tempoh 60 tahun Pas di Kelantan, pelbagai perkara dihadapi dan ia ujian untuk menjadi lebih matang, sekali gus memastikan parti Islam itu terus berkubu di negeri ini.
“Kita telah melalui ujian demi ujian, selepas Muktamar baru-baru ini, beberapa orang tidak terpilih keluar meninggalkan Pas dan bentuk parti baharu. Kita tidak rasa tergugat.

“Kita mesti tenang, kita kena bersabar kerana ia baru sahaja bercambah sebagai benih dan belum diletakkan di suatu tempat untuk membesar. Kita perlu berikhtiar untuk meneruskan tanggungjawab yang kita pangku hari ini. Ini bukan pilihan tetapi kewajiban,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan di Medan Ilmu yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi yang juga pengarah program serta barisan kepimpinan Pas negeri.
Ahmad berkata, sambutan itu sangat penting khususnya di Kelantan untuk mengenang jasa pejuang yang bertungkus-lumus membentuk pentadbiran berlandaskan Islam..sinarharian.com.

*******


Istiqamah tu bagus bro ! istiqamah yang betul laa, tetapi Pas dah tidak lagi istiqamah seperti dulu bro ! cuma boleh anjur 'fastaqim' saja ! Kah Kah KahDulu ahli Pas kenal Thaghut, penzalim, dan sebagainya? sekarang dah lunak lentok sampai tersenggok nampaknya bila bersama Umno, bersama Perkasa? tak kan lupa ke bro ? Kalimah 'thaghutt' pun dah tak kedengaran bro ! agaknya dah semua 'beriman' dan menolak thoghutt? 
Bila depa sambut usia siasah depa yg masuk 60 tahun nie, depa suruh ahli istiqamah? suruh ahli bertenang dan terus istiqamah walau pun kena uji tak berenti?baguih laa kalo dah tau kena uji selalu? tapi depa tak mengaji segala 'ujian' nie bro ! depa mengaji separuh kitab saja?  'musuh' sebenar dalam segala kekalutan ini sudah tidak dikenali lagi? Kah kah kah




Kalut 7
Kalut Menjadi-jadi


Rakan parti Amanah, DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
"Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.

"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," 
dakwanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini..Bloglist Malaysia

********

Awat kalut macam kelulut saja bro ? pantang nampak rambut, kira nak hurung saja? Cer baca yang nie pula?  

DAP tuntut penjelasan Putrajaya kerana kenyataan TPPA bercanggah Obama



Laporan TMI di atas jelas LGE (DAP) bukanlah semacam Pas bro ! kenyataan LGE lebih fokus bro ! fokus terhadap kebimbangan bahawa kenaikan kos perubatan dlm sektor farmaseutikal yg akan bebankan rakyat setelah lawatan Pakcik Obama yg mengaku harga ubat akan meningkat jika TPPA ditandatangan dan disahkan ? Pas hanya cakap secara umum saja bro ! cer hangpa baca:
Isu TPPA : Awas ! Jika Kerajaan Khianati Rakyat.) kalo baca laa, tak ada apa yg 'significant' pun dlm menjelaskan isu TPPA tu bro ! MP Termerloh yg bagi 'warning' nie bro ! konon depa laa yg buat kenyataan awal menyanggah TPPA? Kalo baca rungutan Ketua Penerangan PAS Pusat tu, tak ada apa yang boleh dibuat 'azimat' untuk membela rakyat, dia memetik pun dari laporan Utusan bro ! lepas tu terus bagi 'warning' ? kat sapa tu? kah Kah Kah



Kalut 8
Kalut Temonyeh


PAS Pulau Pinang arah 1,083 ahli JKKK letak jawatan

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof berkata surat arahan meletakkan jawatan dan menamatkan perkhidmatan sebagai ahli JKKK akan diedarkan dalam tempoh terdekat dan semua ahli terlibat diminta untuk mematuhi arahan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.

Badan Perhubungan PAS negeri Pulau Pinang hari ini mengarahkan semua 1,083 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari parti itu di negeri ini meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta..www.themalaysianinsider.com


**********


Bolehkah 'harum manis' yang berbaki tu nak dengar kata PJ Pas P.Pinang nie bro? Apa sangat 'kuasa' PJ Negeri tu? Depa tu dah temonyeh bro ! Tara Salleh Man tu pun 'sokong' Pakatan Harapan kerajaan negeri P.Pg...hangpa nie semua sapa sangat? Awat? LGE 'manipulate' apanya? kalo hangpa pakat keluaq? ingat kerajaaaan negeri boleh senget ke? Amanah akan sedia tunggu ambik kouta JKKK tu bro? Merajuk ke? Kah Kah Kah


Kalut 9
Umno tumpang kalut sama



Rakan sekutu dh campur tangan, lps ni sapa usik PAS siap le....

*********

Ini baru betul kerojasama bro ! Cubit paha kiri, paha kanan rasa sakit sakit sama? Kah Kah Kah
Habih tu puak pascai dok nafi apa kata tak ada kerojasama ngan kawe sekoleh nie? Apa hak Umno dok campoq urusan rumahtangga orang lain? Apa hak Umno BN suruh Salleh Man keluaq Pas? Ini sudah lebih bro ! Jaga laa UBN tu bagi elok molek..mana tau Amanah 'pukul' pulak nanti? Dok tumpang kalut pasai apa? Kah kah Kah


Kalut 10
Buat-Buat Kalut


Ini semua angkara bro2 yg isap vape, penin abis pak lebai....

********

Kah Kah Kah..
"kami tau sapa rapat dgn BN" kata Tok Sidang.
Orang yang terdesak adalah orang yang buat hubungan kadang tu dalam terang, kadang tu dalam gelap bro..mcm penyakit angau bro ! tengok bumbung rumah pun dah cukup..hilanglah angau tu !!

Pas dah kalut sangat nak hadapi Pru nanti, ada kata hubungan dgn Umno hanya bida'ah saja? tapi yang nie? tak kan bid'ah lagi? cuba tekan link nie ( www.mynewshub.cc )@ [Kerjasama dengan UMNO hari ini, tuntutan syarak – PAS] - tuntutan syarak pula dah? mudah sungguh hangpa petua patwa patwi bro Pascai? - " Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah. Menurut beliau "..selanjutnya...

DAP ke yang terdesak? atawa PAS ke yang sengkak? sengkak melalak tamak? tamak pengaruh yg kian meghosot? sampai ayat lama dulu dah dilupakan, dah diejas oleh 'budak kecil' Ganu yg baru dapat jadi KP Pas Kuala T'ganu? Kah Kah Kah 


Bila pendekatan berubah-ubah ? mudah orang buat andaian bro? orang boleh kata, " If you can't beat them, join them, If you have to give up fighting some group because you can't win, band together with them"...habis cerita dan setel hangpa punya masalah? Kah Kah kah

Pas sendiri yang terdesak tak mau bilang? lepas tu dok kata orang pula terdesak? mana pi ayat yang jadi wirid hangpa dulu nie? ayat ini bukan ayat syarie ke? ayat dari Surah Hud 113 ( وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ ﴾ [سورة هود: 113) baca lagi, klik [تفسير آية : { ولا تركنوا إلى الذين ظلموا .. } ] - Mereka yg cenderung kpd kumpulan yg melakukan 'kezaliman' ke atas rakyat? tak kira laa sapa pun? baik mereka itu Muslim atau pun Bukan Muslim..mereka tidak lagi mendapat perlindungan Allah, kemundian mereka itu tidak lagi akan dibantu ! 


Aku buat posting semula, klu2 Ir Ahmad Hakimi & kwn2 UMNOnya terlepas pandang gambar ni dulu..


akhirkalam


Parti Amanah Negara sebagai pengganti tempat PAS dalam Pakatan Harapan mesti menarik seramai mungkin ahli PAS untuk menyertai Amanah yang mana Pas kini semakin bercelaru, kalut, melalut dan kian mengarut yang mana sekejap jadi pembangkang di satu negeri padahal dalam masa yang sama jadi kerajaan di negeri yang lain pula..Ada ke akai? Kah Kah Kah


hizb.net - Al-Baqarah : 42


articles.islamweb.net



Comments

  1. Admin dok komen pasai Tok Sidang sajaaa...kesian kat Din Ayamas, sapa pun tak layan dia. Husam pon tak layan, akhbar pun tak layan, blogger pun tak layan. Komen la pasai Din Ayamas plak, dah lama dia dok stim nak berdebat tu.

    - Mat Safian (tepatjam10.blogspot.my)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait bro pian,
      nanti wa buat satu entri sepsial pasai ayam didik nie...
      laa tengah dok buat reban !

      kah kah kah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?