Mimpi Besar PAS, sedia jadi pemerintah untuk rakyat? [VIDEO]

Pas sedia jadi pemerintah untuk rakyat. Begitulah tajuk ( Pas sedia jadi pemerintah untuk rakyat) di sebuah laman portal Free Malaysia Today ) semalam ! menarik juga tajuk ini bro ! Kah Kah Kah

Ketua Penerangan DUP Pusat agaknya 'bermimpi' bro ? ada hati nak jadi payung pemerintah kpd rakyat? Payung sendiri pun bercerabiaq ( macam kain perca) jadinya? kononnya UBN diselubungi krisis yg menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat? Maka Pas nak ambil alih laa kononnya, begitu? Kah Kah Kah

Inilah antara mimpi besar Pas bro ! rumah tangga sendiri yg berserabut, haghu bighu, bercelaghu, dia tak sedar, tak nampak? Dia nampak kain orang yg dia berkawan rapat tu ropanya terkoyak rabak? Kah Kah Kah

Tok Sidang Pas sendiri pun dah tiada keyakinan dari ahli untuk teruskan 'game' dlm PAS bro ! macam mana hangpa boleh tak yakin dgn Umno BN nie? Tok Sidang beriya-iya dok pulun nak padu padu? hangpa pulak pi potong stim? Ahli tersohor Pas sendiri dah kata, Tok Sidang hangpa sendiri dah tak ada matlamat? Presiden Pas tidak lagi punyai matlamat?) Kah Kah Kah

Ni laa orang kata, mengata dulang paku serpih, nak kata kat Umno? Pas yang terlebih krosot mosot ! pasai tu agaknya Pas tawar diri nak jadi 'Penasihat' ? Nak nasihat apa tu? Kah Kah Kah

klik untuk videonya - P.Ramlee - Nasib Doremi - Kedai Kopi



UG - Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam 
Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi. Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu..adalah benar bro..lihat video di bawah (wajib dengar) - lihat Sumber nya bro



Bukti kerjasama PAS-UMNO seperti di dedahkan Husam
dan disahkan oleh bekas pemimpin Pas, Khalid Samad.

Semakin Hj Hadi membuat kenyataan, semakin terdedah tembelang dan temberang ulamak dunia itu. Dalam politik mesti berlaku jujur kerana ramai players yang mahir membaca strategi. Dipaparkan pula yang terbaru, susulan ucapan Datuk Husam, Khalid Samad menambah hujah. PANAS..!..Ibrahim Mat Isa



Saifuddin Nasution Apa akan jadi kalau parlimen tolak Bajet 2016Ini yang Pas tak paham nie bro ! bila dia berkecuali, bermakna...lihat video bagi hadham bro !


*********
Pas 
sedia jadi pemerintah untuk rakyat

Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara

Khairuddin Aman

PETALING JAYA:Pas bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat selepas parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) diselubungi krisis hingga menyebabkan kemerosotan keyakinan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sudah tiba masanya Pas memberikan idea-idea pengurusan dan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip Islam kepada kerajaan pusat agar rakyat sentiasa menikmati hak sebagai warganegara.

“Ketika UMNO BN berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan ketelusan seperti 1MDB, skandal derma politik RM 2.6 bilion, kenaikan kos hidup disebabkan percukaian GST, kejatuhan mata wang ringgit, kemerosotan hasil negara, belanjawan defisit, hutang negara yang memuncak, hutang isi rumah yang tinggi, susut nilai pendapatan maka Pas telah sangat bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto` PAS GANTI UMNO’,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, dengan berasaskan prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu, apa yang dimahukan pasti akan dipermudahkan.

Ujarnya, Pas akan terus konsisten menyuruh kerajaan melakukan perkara-perkara baik untuk rakyat dan menegur serta mencegah kerajaan melakukan sebarang bentuk kezaliman dan kemungkaran.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas mengalu-alukan kemasukan ahli UMNO secara beramai-ramai selepas parti orang Melayu itu diselubungi krisis yang semakin parah.

Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara..
Free Malaysia Today 


*********


Kah Kah Kah, memulas perut bro baca mimpi, baca angan2 besar Pas bro ! Nak perintah rakyat kononnnnnn? Kah Kah KahAda hati kata kat Umno berdepan dgn pelbagai krisis?Oppsss ! betoi juga bro ! Laa nie depa jadi 'Panasihat'? Biaq laa depa bagi nasihat pulak? mana tau kot2 terbuka hati Umno nak pakai nasihat tu?Depa kata, Pas pakai prinsip amar makruf nahi mungkar sejak lama dulu, jadi, dgn prinsip yg depa pegang tu, depa dah bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto` PAS GANTI UMNO’! Kah kah Kah 
Tapi dulu pun depa pernah pakai ayat, 'jangan cenderung kpd pembuat zalim, nanti disambar api neraka ! Nie yg payah Pas sekarang nie, kalo ikut kaedah mamat atas tu ! berapa banyak premis judi yg berhasil ditutup? berapa banyak kilang arak berjaya ditutup? berapa banyak indek rasuah dah turun? Adakah amalan 'riba' dapat dilupuskan? Pada hal Pas dah berjuang cukup lama? Yang nie kira buka buku baru laa bro? sambil jadi penasihat..sambil jalankan AMNM? Amar makruf dan nahi mungkar yg lama tu dah berapa persen berjaya? atau tak masuk senarai lagi?
Berangan sungguh puak Paschai nie bro ! kena tipu ngan Umno hidup2? dok tak sedaq situ laa...sedap depa kata, " Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara ".
Serabut dalam Pas pun tak boleh nak setel, Sejak tahun 1951..sejarah memaparkan ramai pemimpin Pas terkorban menentang Umno bro ! Umno tu pragmatis, ikut cara omputeh yg menjadi 'kemegahan' Umno sendiri. Kalo ada parti yg ikut faham pragmatis? mereka ini jarang ada prinsip yg kukuh dan kental terhadap bangsa dan agama bro ! kalo tidak 'PEKEMBAR' atau nama melayu bagi UMNO..orang melayu dah lama senang bro ! Laa nie amacam? Tok sah banding laa ngan S'pura ! dengan Thailand pun, kita jauh ke belakang..pitih kita pun 'sakit' banding dgn Thai (tengok video Ghb Mediatv di bawah) Pragmatism selalunya mengamalkan 'matlamat menghalalkan cara' bro ! itulah yang Pas mau sangat padu padu dgn Umno tu? akhir sekali, Pas akan kering kesit kurus bro ! Mau ingat sejarah hitam bersama Umno dulu bro !Ahli dan pemimpin Pas laa nie tak ada prinsip bro, tak tahan uji. kalau tahan uji? tak laa semudah itu nak berselingkuh dengan Umno? 
Sebelum Hadi sebagai Tok Sidang Pas, semua pemimpin utama sebelumnya, cukup tahan uji bro ! mereka sedia menderita susah walau pun tinggal seposen dalam kocek ( Isteri UFN, Kak Jah biasa meniaga kain untuk menampung sara hidup semasa UFN dipecat dari UTM dahulu) beliau lebih rela demikian dari menjual prinsip vs musuh dalam politik ! Ingat pengorbanan Nik Aziz w.pun ada ahli keluarga sendiri tak tahan dgn mehnah kebendaan seperti ini bro !? Berapa ramai yang tahan 'ujian' seperti ini? semua dok harap kat Umno? Sangat sedikit yg lepas ujian ini bro ! Inilah 'waqi' atawa satu realiti yg ada dlm kepimpinan Pas bro, walau pun tak semua, tapi sidikit benar yg tahan ujian begini ! 

Itu sebab bila berangan besar macam ini, Mat Sabu tanya "itukah cara kita berkawan?" tengok Ghb Mediatv di bawah..takut cara berkawan itu, menggadaikan prinsip kita, lagi pun bukan Pas saja dok buat AMNM bro ! Semua yang sadar terutama Amanah, PKR dan DAP melaksanakan ini dan tetap akan laksanakan kiranya mereka beristiqamah dengan berada di luar Umno !







ADUN Salor itu menjelaskan pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu tetapi untuk menghentikan sandiwara

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sanggup menanggung sebarang risiko berhubung kenyataannya mengenai PAS pernah bekerjasama dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Katanya, pemimpin parti Islam itu menjawab menjawab dakwaanya itu sama ada ‘ya’ atau tidak dan bukannya lari daripada isu berkenaan.
“Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerja sama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.
“Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan. Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?,” katanya di Facebooknya Pada Sabtu...Free Malaysia Today 

****
Pendedahan Husam kalo diteliti, bukanlah nak aibkan sesiapa bro ! tujuan dia barangkali bagi menghentikan 'cerekarama' Pas yang kian tersasul, kian melaluk, kian serabut - kerana 'sandiwara' Tok Sidang dan segala Paschai di belakang tabir itu, menjengkilkan akar umbi dan ahli2 yang ada kesadaran seperti Husam ini ! 'adegan' demi  'adegan' dipertontonkan kepada ahli dan orang ramai ! cukup menjengkilkan bro ! Sandiwara bersama Umno ini patut dihentikan! itu yang boleh disimpul dari kenyataan Husam ini bro, yg telah menunaikan tanggung jawabnya! Habis, apa hal segala paschai dok kelamkabut ? Jawab 'YA' atawa 'TIDAK' seperti diminta Husam tu ! habis perkara. Tok sah dok kona lipat, kona baring nak kelepiaq buang? Kah Kah Kah


********

Presiden Pas 
tidak lagi punyai matlamat?

Husam dan Mohamad Sabu berpaling arah terhadap kepimpinan parti kerana merasa terdapat konspirasi antara ahli UMNO dengan kerjasama ahli..Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak lagi mempunyai matlamat.

Perkara itu dinyatakan oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa apabila merasakan beliau tidak lagi tertahan dengan cara kerja yang dilakukan oleh Ab dul Hadi.
Memetik laporan dari sebuah laman portal, Husam menerusi ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kelantan baru-baru ini meluahkan rasanya itu kepada orang ramai yang datang dalam ceramah berkenaan.
“Kaki sebelah duduk dalam Pakatan Rakyat, yang kaki lagi satu duduk dalam UMNO. Itulah tuan guru kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kalau nak bekerjasama pun, beritahulah, biar jelas. Panggil muktamar dan kawasan dan maklumkan kepada semua ahli bahawa Pas kini sudah bekerjsama dengan UMNO,” katanya..More ››..Free Malaysia Today



Pandangan facebooker

Zek Alkhindi Arrawi
Kenapa Hadi memilih pemimpin Dap sebagai sasaran untuk menjayakan rencana nya putus hubungan dengan dap tetapi kekal besama Pkr.
Sebab parti Dap majoriti nya non muslim atau di panggil (kafir) olih ahli pas yang taksubkan hadi.
Supaya mudah sembunyi di belakang isu hudud, dan dapat gunakan ayat Quran dan Hadith untuk kuatkan lagi apa saja isu yang dia akan bangkitkan.
Masih mahu kekal bersama Pkr sebab ramai orang melayu/ islam menyokong Pkr dan Anwar Ibrahim..Pkr hanya lah kuda tunggangan dalam mencapai niat/ hajat mendapat undi.
Itu semua sebelum rahsia nya terbongkar dalam kemelut selangor.
Hadi Agen Umno.


Abe Awang Malaya

Dalam mesyuarat JKK PAS Pusat pada 25/8/2014, AJK PAS bertanya kepada Haji Hadi selaku Presiden PAS, adakah benar dia memujuk Azmin masuk PAS dan meminta Azmin membawa 2 orang lagi Adun PKR supaya melompak bersamanya.... sebagai balasannya, PAS akan menyokong Azmin jadi MB Selangor...?
Haji Hadi menjawab, ya...! Kalau dia boleh curi Adun kita, kenapa kita tak boleh curi Adun dia...? *Dia yang dimaksudkan itu merujuk kepada Anwar dan PKR.
Komen saya.... Curi Adun kepala bapak mung...! Shaari Sungip dan Hasnul bukan keluar PAS, bukan masuk PKR pun...!! cuma tandatangan SD sokong Wan Azizah jadi MB saja..... Bodo benar ke Adun PAS sampai kena curi di parti lain...? Mu ingat dua orang tu budak sekolah rendah ke sampai tak boleh buat keputusan sendiri...?
Kedua, mazhab mana yang ajar kalau orang curi barang kita maka kita dibenarkan curi barang orang juga...??? Ulamak menatang apa yang bercakap bodoh sangat tu...!
Macam ni punya bangang ada hati nak sembang pasal nak laksanakan hudud....? Dah kalau curi, bakpe tak kerat tangan PKR...?



nak jadi menteri dah penuh kuota, nak jadi "menteri penuh" kompom dah penuh punye, cuma jawatan sebelah APCO je masih kosong, jadi tuang penasihat pun ok lah, janji walaun x perasan sgt... ki3x
kesimpulannya.... x perlulah masuk AMNU untuk jadi AMNU, cukuplah sekadar proses gencatan senjata, asalkan AMNU terus bermaharajalela...
pengalaman admin sendiri, ada walaun (sahabat tempat kerja) mengaku redha melayu AMNU terus perintah negara... maksudnya walaun redha dgn GST, redha dgn kenaikan tol, redha dgn kenaikan harga minyak dan redha dgn kenaikan harga barang asalkan melayu yg perintah... yg penting bukan cina DAP katanya... berat nanang... hi3x



Sisipan Sempoi 


Kemelut Selangor inilah yg dinafikan oleh Pas bro ! setakat nafi saja laa..akhirnya Husam dijadikan 'mangsa' bagi tutup mulut 'laser' nya yg mempersoal dan 'menyerang' Tok Sidang Pas tu bro..Fmt melaporkan, kelantangan Husam tu akan dirujuk ke PAS Pusat? Kah Kah Kah [ Kelantangan Husam akan dirujuk ke Pas Pusat ] Bukan depa nak 'teliti dan periksa' kenyataan Husam, dek kerana 'kemian hantu' Tok Sidang yang aromanya kian merebak busuk dan hangit se antero malaya, maka Husam dijadikan sasaran baru mereka bro ! Kah Kah Kah


Mamat nie cuba nafi dan tolak yg kerjasama Pas-Umno tu tidak ada bro ? Lepas tu suruh Husam luahkan perkara itu ikut saluran betul bro? Yang Husam bangkitkan dalam DUN Kelantan dulu pasai balak tu, bukan saluran yg betul ke ? Dah jawab ke belum bro? Mamat nie laaa yg banyak sungguh cakap 'menegakan' Tok Sidang bro ! baca (Kelantangan Husam akan dirujuk ke Pas Pusat) Kah Kah Kah

Video wajib tengok bro !Ucapan Wan Rahim,Pengerusi Amanah Neg. KelantanUcapan Aziz Bari, Salahuddin Ayub dan Mat Sabu !!!!!
Ghb Mediatv 
  Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan
  AMANAH Siap Sedia Ganti PAS Di Kelantan
Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu. Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang...more »
Baca juga - Amanah sedia ganti PAS di Kelantan, kata Mat Sabu


Nak Nafi juga bro !





UMNO Selangor tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Selangor.
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Katanya, beliau tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Noh berkata, dakwaan itu tidak logik kerajaan jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran.
Jumlah ADUN UMNO dan Pas tidak cukup untuk membentuk kerajaan perpaduan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 29 ADUN untuk mendapat majoriti..More ››


**********


Bila Husam cakap perkara yang betul mengenai Hj Hadi, ada pula yang marah bro ! main nafi nafi saja, tengok laa video Khalid Samad kat atas tu...
Sekarang dah jelas, pasai apa Noh Omar nie beriya sangat pertahan Tok Sidang bro? Kalo Umnuuu sendiri keluaq dari lubuk diam dia? terus sokong Tok Sidang, maklum laa? semakin dekat 'impiana' tu? Kah Kah Kah


Laluan : PUKULAN DATUK HUSAM MUSA
MUSUH PAS ADALAH HJ HADI BUKAN DAP
PAS AKAN KETINGGALAN DALAN ARENA POLITIK MALAYSIA ANGKARA HJ HADI.
DAP DAN PARTI KEADILAN RAKYAT PERNAH MEMBAWA BERSAMA PAS HAMPIR MENGGUASAI MALAYSIA.
Tidak dinafikan sewaktu Pas dipinpin oleh ustaz fadzil noor PAS diterima perbagai kaum PAS FOR ALL.
KINI PAS FOR UMNO?











Comments

  1. Hidup Ber MIMPI...Bagaikan "ILUSI"
    Ibarat MINDA...Yg Lesu dan MATI
    IQ Si Tolol...Ber Fikir Tak RETI
    WALAQ Mem Buta...Padah Pun TERJADI


    BUNUH Mem Bunuh...Di Mana PUNCA Nya?
    Bunuh lah MINDA...MINDA Lah Punca
    MINDA "Ter BUNUH"...WALAQ pon Mem Buta
    Siku Dan LUTUT pun...Ber Mahraja LELA


    MINDA Dan Akal...Menjadi TEMA
    BACA dan BACA Lah...Wahyu Yg"ESA
    BACA Lah ERTI...Selami Lah "MAKNA"
    Bukan Meng HAFAL...Tajwid SARAF Nya


    Meng HAFAL Tajwid...Nahu SARAF Nya
    Umpama BURUNG...Hai Si Kakak TUA
    Hakikat SYIRIK...Dan MURTAD yg Nyata
    Menjadi "ILUSI"...Tak NAMPAK Di Mata!?






    SYIRIK Itu..."HARTA" Di Dada
    MURTAD Itu...Tunggang TERBALIK
    AMANAH Yg Suci...Di "KELIRU" Di Auta
    Ponteng U-TURN...FITNAH Yg Jijik









    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    SUCI Kan Lah Jiwa...Hidupkan "MINDA" Mu
    "MINDA" Yg Hidup...Men Cari KEBNARAN
    "MINDA" Yg Suci...Men CINTAI Yg"SATU


    "MINDA" Yg Suci...CINTA kan Yg"SATU
    AMANAH Yg"SATU...Kan Ber Takhta Di DADA
    HARTA dan Kuasa...Tak Dapat MENIPU
    LURUS dan Kudus...Terang Ber CAHAYA


    Bila LURUS...Terang Ber CAHAYA
    Tiada Yg BENGKOK...U-Turn TERBALIK
    Tiada SONGLAP...Fitnah Pen DUSTA
    AKIDAH Yg SUCI...AKHLAK pon Cantik



    AKIDAH Yg"SATU....AKHLAK Yg Cantek
    Menyaksikan INDAH Nya...Alam SEMESTA
    Saling Mem BERI...Yg Ter Indah Ter BAIK
    LANGIT dan Bumi...Ber Padu CINTA


    LANGIT dan Bumi....Me Madu CINTA
    Saling Mem BERI...Saling Me Muja
    Oh! Indah Nya Pem-BERIan...Yg Maha"ESA
    TERUS Mem-BERI...Walau Tak Di MINTA


    Hamba Yg'ESA...Hamba yg Mem-BERI
    Bukan Nya BIADAP...Men Curi Me Nyonglap
    Kaseh Mem-BERI...Mengalir Tak HENTI
    Mem BERI Me-NYATU...Erat Dan AKRAB


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?