Ledakan 'Bom' Husam - TITM dicadang ambil alih kepimpinan ?



Kalo kita telaah sikit apa yg Husam luahkan dalam kenyataan terbarunya, agar TITM ambil alih kepimpinan utama PAS bro, Husam mengharapakan pimpinan baru tu dapat membawa perubahaaan kepada PAS? Sekaligus ia memberi isyarat supaya Tok Sidang utama sekarang ini mengundurkan diri (dgn terhormat) untuk berikan laluan ini.

Pun begitu Tok Sidang yg lain yg dah 'season' tu pun patut ikut jejak sekali dgn Tok Sidang Utama PAS tu bro, bersama dengan para olamak paschai yg bikin malu sama PAS seperti yg berlaku dalam soal jawab di Parlimen baru2 ini ? pasainya kalo ikut kata Husam, depa nie langsung tak membawa apa2 perubahan besar bagi PAS lagi, hanya tunjuk gah di 'Fastaqim' yg lalu? tetapi sebenarnya para olamak Pascai langsung tak ada 'istiqamah' walaupun berbangga dengan program 'Fastaqim' tu bro ! Kah Kah Kah  

Pendedahan yang dibuat oleh Husam Musa menyebabkan puak Pascai dalam dilema.Nak pecat Husam Musa drpd parti membuka jalan ke arah pengukuhan Parti Amanah Negara.Membiarkan Husam Musa berbuat begitu secara berterusan mendedahkan tembelang geng PASCAI ini semakin haghu bighu bercelaghu bro..Ledakan 'bom' dari Husam ini membuatkan ramai Pascai terus kelamkabut ribut kencang sehari dua ini..kita tunggu apa lagi nak keluaq dari Pascai nanti ? Kah Kah Kah

Husam dalam satu kenyataan hari ini berkata, perjuangannya dalam Pas tetap seperti dahulu..( Husam: Saya atau Pas yang berubah?Tambah Husam, kenyataan itu beliau  dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.
"Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah Pas Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
"Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu.





Husam cadang Tuan Ibrahim ambil 
alih kepimpinan, hentikan kekeliruan PAS
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA




Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015.
Masanya kini tiba untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, kata seorang bekas naib presiden parti.

Katanya, Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat".

Ini susulan beberapa kenyataan bercanggah dibuat kepimpinan parti mengenai pendirian pihaknya dalam pelbagai isu - daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kerjasama dengan Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa - yang membuatkan akar umbi parti keliru.

Bagi menyelesaikan keadaan itu pada kadar segara, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih pucuk kepimpinan PAS.

"Saya menerima pandangan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz supaya pemimpin-pemimpin PAS tertentu berundur dan berehat dan memberikan laluan kepada pemimpin lain.

"Saya sebagai ahli PAS beranggapan, pandangan itu munasabah," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ketika ditemui The Malaysian Insider di rumahnya baru-baru ini.

Hassan, seorang penceramah agama terkenal, sebelum ini mencadangkan agar sesetengah pucuk pimpinan PAS berundur.

Hassan sebelum ini berkata kepada Sinar Harian, PAS semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan ia kekal relevan, PAS memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti.

"Ulama akan fikir dengan cara dia tetapi dari sudut hendak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu," kata Hassan.

Beliau juga menyarankan kepimpinan PAS sedia ada berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan, terutamanya golongan muda dan profesional, dalam parti.

Bagi Husam, antara masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah, pucuk pimpinannya tidak berterus terang dan tiada sefahaman.

"Jika (kumpulan yang) ikut presiden, mereka hendak kerjasama dengan Umno dan Perkasa. (Tetapi) Parti belum buat keputusan (muktamad)," katanya.

Beliau juga merujuk pertemuan antara PAS dan Perkasa bulan lepas, di mana Hadi dilihat dipeluk presiden badan pejuang hak Melayu itu, Datuk Ibrahim Ali.

"Bila presiden PAS dipeluk presiden Perkasa, PAS Selangor terus keluar kenyataan tolak Perkasa. Kalau perkara ini dibawa berbincang di peringkat PAS Pusat, tentu ia tidak berlaku.

"Ia menunjukkan, PAS belum ada konsensus, dan kenyataan-kenyataan politik mana-mana pihak, termasuk presiden, hanya ungkapan spontan yang tidak ditelaah, dikaji dan dihalusi. Ini yang menyusahkan PAS," katanya.

Hadi dan Ibrahim dilaporkan memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan Melayu.

Husam berkata, yang menyebabkan PAS dilihat huru-hara dan bercempera serta ahlinya keliru adalah kerana kenyataan politik pemimpin yang tidak dikaji dengan teliti dan tidak diputuskan PAS Pusat secara muktamad.

"Ini saja sudah cukup untuk runtuhkan PAS, bukan saja di Kelantan, bahkan di seluruh negara," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Begitu juga dalam kes 1MDB, beliau berkata, kenyataan pemimpin PAS yang mempertahankan 1MDB tidak dapat diterima akal oleh rakyat yang waras, apatah lagi oleh Islam.

"Islam tidak mungkin berkompromi dengan penyelewengan sebesar itu atas apa pertimbangan politik sekalipun," katanya.

Apabila pemimpin PAS membuat kenyataan yang disifatkannya sebagai "buang tabiat", penjelasan pula tidak dibuat kepada akar umbi, ia akan menyusahkan semua pihak, katanya.

"Saya di Kubang Kerian tidak terima penjelasan, apakah maksud PAS boleh kerjasama dengan Umno? 

"Apa maksud kenyataan Datuk Ahmad Yaakob (menteri besar Kelantan) yang PAS boleh kerjasama dengan Umno untuk masalah tertentu.


"Kalau rumah banjir, itu bukan kerjasama parti, itu kerjasama kerajaan negeri dan pusat. Ini kekeliruan yang berlaku. Kekeliruan sebegini sudah cukup menghuru-harakan PAS," kata Husam yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian, Kelantan. – 7 November, 2015.



Apa Sebenarnya Husam Mahu?

Baca lagi di Laman Web Rasmi PAS Pusat
Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang UMNO pun bertepuk tangan.

Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah masalah yang telah berlaku.
Dia menyerang Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang cuma mewarisi dari pentadbiran sebelumnya masalah masalah yang Husam sedang bangkitkan. Dato' Ahmad Yaakob dan pasukannya pula yang kena berhempas pulas menyelesaikan masalah satu persatu..Klik tajuk atas untuk baca seluruhnya.


*****
Sapa mamat nie bro? hangpa baca komen Abe Awang Malaya lagi baguih, pasai dia nie pun sama tranung dengan  AAM tu, rupanya mamat nie pun 'ostad' juga bro! patut pun 'sinting lengan' 'lawan' Husam sikit..Kah Kah Kah. 

Ahmad Amzad Hashim ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat..... Kalau nak dikira, tinggi jugalah jawatannya tu.... Tapi biasalah, mana ada orang cerdik yang tinggal dalam kepimpinan PAS sekarang...? Orang setara ni pun boleh pegang jawatan tinggi di peringkat pusat.
Orang setara ni nak kondem Husam Musa....? Artikel yang dia tulis pun hanya setaraf karangan budak sekolah menengah tingkatan 3 saja.... Saya nak jawab pun rasa malu, terlalu kebudak-budakan.
Amzad hanya persoalkan tindakan Husam mengemukakan soalan dalam DUN Kelantan, bukan nak jawab isi pertanyaan Husam itu..... Dia kata Husam serang Ahmad Yaakob, Adun UMNO tepuk tangan..... Betul ke...? Yang Norzula Mat Diah memaki hamun Husam, Adun PAS pakat gelak, kenapa Amzad tak sebut...?
Tidak diketahui apa tajuk yang Amzad nak cerita sebenarnya.... Tiba-tiba di perenggan tengah, artikel Amzad bertukar tajuk dengan memuji Haji Hadi pulak.... Kononnya Haji Hadi pernah pergi ke Singapura dan Jepun.... apa benda...? Apa kena-mengena dengan soalan Husam dalam Dun Kelantan...?
Ish, malas lah aku nak ulas pasal kebodohan ustaz bewok ni.... Cuma nak kabo ke Amzad, kalau setara mu, nak banding dengan Husam, ibarat anak kucing kurap dengan bapak rimau.... tak padan langsung...!

Jangan wat malu orang Tranung lah Mezad wehh..... Sudah-sudahlah tu.... Dah naik tuli telinga aku dengar Tranung kena kutuk di orang luar disebabkan kebodohan Haji Hadi..Abe Awang Malaya

Sokongan untuk Husam

Suhaizan Kayat dan Khalid Samad
sokong dakwaan Husam..Betullah tu ?


KUALA LUMPUR – Suhaizan Kayat menjadi individu kedua selepas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad yang bersetuju dengan kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuba untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Suhaizan yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Pas itu mengesahkan perkara tersebut menerusi akaun Facebooknya hari ini..baca lagi di 

Menurutnya, apa yang dikatakan oleh Husam itu benar dan ramai yang menjadi saksi mengenai isu berkenaan.
“Betullah apa Dato Husam sebut tu. Ramai yang jadi saksinya.
“Melainkan semua dah hilang kelayakan jadi saksi kerana kononnya kini adalah ‘Pengkhianat’,” katanya merujuk kepada kebanyakan pemimpin Pas terdahulu yang bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah)..teruskan di The Rakyat Post


*******

Bro ! Kahid Samad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengiyakan dakwaan Husam tersebut ‘ada kebenarannya’.
Jadi menurut Khalid, apa yang dikatakan Husam bahawa Abdul Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa ADUN PKR untuk menyertai Pas, bagi mencukupkan bilangan untuk menubuhkan kerajaan negeri, sememangnya berlaku.
Bila ditanya nak tubuh kerajaan dengan siapa, Hadi diam tidak menjawab bro !. Pas hanya ada 15 kerusi, campur Azmin dan tiga lagi Adun PKR tetap tidak cukup untuk membentuk kerajaan..maksudnya tu adalah dengan Umno laa?

Husam pula bro, sanggup menanggung risiko atas kenyataannya mengenai kerjasama Pas membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor, beliau sedar pendedahannya itu akan mengundang risiko kepada dirinya namun sanggup menghadapinya kerana apa yang disebutnya itu adalah benar.

Yang Patut Berundur dan Berehat?


manjongmari
Mustafa Ali
Mustafa Ali, yang sepatutnya dah pencen dari politik, pencen yang dok dapat sekarang tak kan tak cukup lagi, peranan anda sebelum ini sewaktu mengeluarkan kenyataan yang cukup berbisa sebelum 16 Sept yang lalu tidak pernah dilupakan oleh semua penyokong pakatan Rakyat....

Cuma aku cukup hairan, kenapa nak dimarahi akhbar atau media UMNO yang menyiarkan berita sebegitu, dah tau dah akhbar pro UMNO ni umpama anjing yang dok menyalak, pi layannya lagi, maka makin kuatlah lagi ia menyalak,


Sebagai ahli politik otai, sepatutnya tak boleh kejadian seumpama sedemikian boleh berlaku, susah sangatka bila wartawan media pro UMNO mengeluarkan soalan-soalan maut dengan memberi jawapan "MINTA MAAF, SAYA NO KOMEN"..manjongmari



malaysiakini.com
Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan akhbar itu juga menyebut, Haron berkata parti Islam itu tidak akan membantah sekiranya penubuhan pakatan pembangkang yang baru menjadi kenyataan.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.


"Kalau mereka hendak menubuhkan parti politik baru, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya seperti dilapor akhbar mingguan itu..malaysiakini.com




wrlr.blogspot
"U-turn" Memanjang nampak gayanya. Menuduh GHB haru-biru sekarang tohmahan itu kembali kepada PAS sendiri. Haru biru PAS kini, Lansung tiada istiqamah. 

Mula-mula Presiden PAS menyatakan kita jangan tertipu dengan menyertai demonstrasi jalanan. 
Setelah tinggal bersendirian kerana bermosi sangat memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan disamping memusnahkan Pakatan Rakyat, kini, laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kini PAS hendak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun PAS belum lagi menerima sebarang jemputan untuk menyertainya. 

Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya..."Beristiqamah Sehingga Kemenangan" .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan. 
PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi. 

Inilah akibatnya apabila ulama PAS asyik menyerang kumpulan progresif dengan makian dan cacian seperti JEBON, BARUA, BROKER, TOLOL dan sebagainya. 




shahbudindotcom
walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata  boleh terpedaya dengan "lakonan"  Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ  itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi..shahbudindotcom


Ini pun kena berehat nie..banyak sangat labunnya..kata hukama, banyak cakap banyak salahnya, banyak salah banyak dosanya, banyak dosa sikit malunya, yg hilang malunya..mati hatinya !! Kah kah kah





Khulasah

Pas makin bercelaru, haghu bighu, tak menentu kalam Tok Sidang dgn anak buah berkalang tunggang langgang ! Memang dah sampai masa laa macam kata Husam seperti di atas.

Semua yg dipaparkan di atas tu, patut ambik pencen saja bro ? Kah Kah Kah 

TITM belum layak lagi untuk ambik tugas utama ganti Tok Sidang, tapi dah tak der orang lain yg nampak boleh pi ke tengah? akar seruntun pun boleh laa juga dah kalo tak ada rotan bro ! pahit pun pahit laa akaq seruntun tu, kurang2 elak kencing manisssss! pasai yg dok ada tu habis kena 'penyakit' tiga serangkai bro ! kah kah kah


Jadi,masanya telah tiba untuk Hadi Letak Jawatan
Masanya kini tiba untuk Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, 
Haji Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat"..Begitulah khulasah yg boleh diambil dari penegasan Husam Musa, yg juga bekasa Naib Presiden PAS beberapa kita dulunya.





Comments


  1. Pemimpin itu...Penunjuk JALAN
    Pemimpin itu...Obor CAHAYA
    Ada "pemimpin"...Yg Memakan "UMPAN"
    Ibarat 'HARUAN'...Memakan ANAK nya


    Pemimpin SANJUNGAN....Seperti Nabi
    Cahaya Menerangi...Alam SEMESTA
    Bukan nya HARTA...Dan Nobat Di CARI
    Mem BEBAS kan Ummat....Di ZALIM Derita


    Pemimpin Yg ZALIM...Pemimpin BAJINGAN
    Tipu KELIRU....FITNAH Me Nyonglap
    Ber Topengkan Jubah...Ber Topengkan SORBAN
    Buntu dan""KELIRU""..."""Ber Tambah""" GELAP





    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Jadi lah Pemimpin....BUDI Sanjungan
    Si AIR Terjun....Yg INDAH Menakjubkan
    Tak Henti Men CURAH...Tak Minta HABUAN..

    Tak Minta HABUAN....Tak Mengharap SANJUNGAN
    Lambang "CINTA"....Kaseh ABADI
    Alangkah AGUNG-Nya....Kaseh-MU Oh! TUHAN
    Tidak Ku ""Te RASA"" pon....Menabur kan BAKTI..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?