Husam - Rakyat kian susah, kita pula naik gaji [VIDEO]

Pas sekarang sudah semakin terpinggir bro gara2 buatan sendiri, kalam berbelit, u-turn sana sini, ikut suka dia saja, sekali tak sekali kang eksiden ? 

Inilah padahnya PAS bila nak tunjuk 'pandai' terlampau 'over', akhirnya makan diri bro ! Dato Haji Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikan gaji MB dan ADUNnya, adalah kerana masalah rakyat tidak lagi jadi keutamaan pemimpin politik Pas yang meletakan Islam sebagai mercu perjuangannya? Jadi, rakyat kian susah dan pimpinan utama dalam kerajaan (kelantan) mengasak untuk naikan gaji depa. Fulusmania betoi laa puak nie? Kah Kah Kah

coming soon ulasannya bro !
Sheikh Al Quradaghi dan Al Qaradhawi dpt gambaran salah tentang AMANAH. krn ingat AMANAH ni parti syiah dan dibiayai oleh iran.
Pesoalannya sapa yg bagi info tu agak nya??

Husam Sindir Kerajaan Kelantan Naik Gaji MB, ADUN




SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ‘kagum’ dengan keberanian kerajaan Kelantan berhubung langkah negeri itu meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Husam yang juga merupakan Adun Salor itu berkata, ‘kekaguman’ itu bertitik tolak daripada keadaan ekonomi semasa kini.

“Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.


AHMAD YAKOB berucap ketika membentangkan belanjawan negeri pada sidang DUN Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bahru semalam.Kosmo

“Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini , kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji,” katanya dalam satu kenyatan medianya hari ini,



Semalam Persidangan Dun Kelantan meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Keputusan itu menyaksikan anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.



Mengulas lanjut Husam berkata apa yang lebih memeranjatkannya adalah tindakan dua Adun BN yang menuntut elaun yang lebih tinggi.

“Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu  dinaikkan lebih tinggi lagi! Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan ‘reverse’ memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timb dan juga MB. Sama-sama naik.


Sidang DUN Kelantan

“Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan. Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK)  akan terasa hati,” katanya.

Katanya, disebabkan kenaikan itu, bagaimana pula dengan nasib mangsa banjir pada Disember tahun lalu..

Celah sikit !
Derih Ahmad dok Ejas ?
Nak peringat Husam ???
Kah Kah Kah



Hang ingat Husam tu sapa bro ? bukan macam hangpa Paschai baru yg makin gelabah nak rebah ! kah kah kah - Husam tu dah jadi wakil rakyat lama dah bro ! hang pun tak tau dok tang mana lagi masa tu? Husam jadi wakil rakyat sejak 1999 lagi bro !
Kalo hang kata gaji wakil rakyat tu hak rakyat? awat tak salor terus dlm akaun pusat khidmat rakyat ADUN atawa Parlimen wakil rakyat berkenaan? Pasai apa masuk akaun sendiri? ada berani buka akaun berasingan? Hang jangan dok ejas laa bro ! Kah Kah Kah
Hang jadi wakil rakyat pun, belum cukup sepenggal lagi bro ! amboi amboi ! sejak jadi Naib Presiden PAS nie, dah pandai tempelak, sindir orang bro? Husam tu dah 2 penggal jadi Naib Presiden bro ! Paschai la yg 'singkir' masa muktamar lepas pakai 'chai nan sekeping' !Baca yg nie sikit brooHusam soal Idris: Gaji naik YB buka pintu?
 Kah Kah Kah

“Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan). Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

“Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang  kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru? Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

“Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki,” katanya.

Dalam pada itu, katanya laporan bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.


“Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan,” katanya. – Sinar
Via www.suara.tv

Lihat juga FB Dato Haji Husam Musa


Jangan pinggir kebajikan rakyat - Husam Musa
Published on Nov 6, 2015Husam turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mendahulukan soal kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan.
Beliau berpandangan, wujud keperluan lain yang lebih mendesak, termasuk pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir..Astro Awani 


Husam - ‘Hadi cuba bentuk 
k’jaan bersama Umno di Selangor’

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Walaupun ADUN Salor yang masih kekal bersama PAS itu tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, namun dipercayai beliau merujuk semasa pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilucutkan kuasa tahun lalu..Video kat bawah tu

Husam Musa: Abdul hadi ada niat kerjasama dengan BN
Published on Nov 6, 2015
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah ada niat membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional.
Hasrat itu mahu dilaksanakan dengan mengajak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor.
Perkara berkenaan didedahkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa..
Astro Awani 


"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno.

"Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," katanya dalam loghat Kelantan.

Husam berkata demikian dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas. Video ucapan beliau juga dimuat naik pagi ini di Facebook..(Dato Haji Husam Musa)

Husam juga mendedahkan cadangan kerjasama itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baru Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden AMANAH.

Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja gagal selepas ditolak akar umbi PAS.

Sekarang, menurutnya, Hadi melontarkan pula idea baru kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.

"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam...www.malaysiakini.com


*******
Sejak sekian kalinya, Husam Musa mula mempertikai Tok Sidang utamanya bro ! semua ini adalah kerana tubuh badan Pas dah berbau UMNO terlampau sangat, macam kata Husam, kalo tak betoi yg dia Tok Sidang tu ajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno.? kalo tak betul? sila nafi kata Husam !

Semua tu, kita dah perati lama bro ! hubungan 2 hala Pas-Umno nie, bukan baru bro, sebelum kepergian TGNA lagi, bila Nik Aziz tiada, apa lagi, riuh rendahlah 'sang rajuna tapa' dengan 'megat alang sengketa' serta 'pateh karma wijaya' berpesta membuka 'kota singapura' kpd majapahit bro !? maka lahirlah 'PASCHAI' dek sekeping 'CHAI' untuk nyahkan 'penentang2 tegar' Umno dalam PAS, yg sekarang membuka 'rumah baru' dgn nama AMANAH..manakala Husam Musa yg juga 'musuh tegar Umno' terus bersama PAS, sekalipun terpaksa berhadapan dengan segala kuncu 'Pateh Karma Wijaya' dalam PAS tu? Kah Kah Kah


Sementara itu bro - 


Drama Pas + Umno nie rupanya tidak berapa diketahui oleh MB Selangor? dan Azmin Ali juga berkata tidak mahu campur isu itu kerana ia adalah "politik parti lain" "Saya tak tahu... Saya tidak tahu-menahu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS merancang untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor.
Ditanya lagi mengenai kenyataan Husam itu, timbalan presiden PKR itu berkata:

“Kena tanya Datuk Husamlah. Saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam," katanya. www.malaysiakini.com 

MB tak tahu usaha kerajaan Umno-PAS di S'gor


*******

Tak tahu? Kah Kah Kah
Tak mau campoq ? isu parti lain? Kah Kah Kah
Sempoi jawapan Azmin nie bro !
yang dok bercampoq siang malam dgn Pas di Selangor tu? Tak tahu?Sampai PAS tak mau berenggang dengan PKR w.pun PKR tu laa yg dimomokan oleh PAS dulunya, sekular laa, tolak hudud laa, tak layak laa n many more la? Laa nie sume tu tolak tepi kot? Dah tak tahan masa senang kot? Umno dulu tak tahan masa susah jer? Kah Kah Kah


PAS tetap lawan Umno, kata Tuan Ibrahim

PAS tetap akan menentang Umno walaupun ada tuduhan yang mendakwa sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, PAS tetap memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam dan atas dasar itu, parti itu akan berusaha menyingkirkan Umno.

“Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi.

“Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelusuk pentadbiran negara.
“Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, menerusi kaedah berpolitik dalam Islam, PAS akan menyertai pilihan raya dan juga membantah melalui demonstrasi, menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah samada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri.

“Ketika perang, kita berperang dengan beradab - tempat ibadah, wanita dan kanak-kanak tetap dijaga.
“Pada waktu kita tidak berperang, kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak, menasihat, berdemonstrasi dan juga berhujah,” katanya.- baca lanjut di www.malaysiakini.com


********

Huh ! bukan main berkias lagi #2 dlm Pas nie bro? Mana satu betul daaa ! Husam dakwa Tok Sidang Pas yg mengaku mau sangat ngan Umno sampai nak bentuk kerajaan di Selangor..cer baca
("Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno.

"Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Husam dalam loghat Kelantan.) Kah Kah Kah
Aku pun naik pelik dgn TITM nie bro ! beriya-iya menafikan benda2 macam nie ? Kalo dah tersandung tu? mengaku saja laa, jangan dok buat cerita lain dari Tok Sidang ! orang percaya kat tok sidang lagi dari #2 nie bro ! percaya yg depa mau sungguh nak ehem ehem dgn Umno..tu yg Husam pun dah tak tahan agaknya dengan kelaku tok sidang Pas tu, hingga dia pun dedah yg Tok Sidang sendiri mau bentuk k’jaan bersama Umno di Selangor tu [ klik www.malaysiakini.com ] dan [ Husam dakwa Hadi akui mahu bentuk k’jaan S'gor bersama Umno ]

Nasib baik laa tak jadi bentuk bro, pasai ada barua dan broker yg pi sokong Wan Azizah hari tu, kalo tidak? Yabedu bedu ! ayam tak patuk, itik nanti seghudu bro ! Kah Kah Kah..so n so, tak payahlah hang dok menafikan perkara tu bro!tak sapa nak percaya kat hang, buat keras urat tengkok saja? tak pasai darah naik ke kepala sendiri ! Kah Kah kah



GIMANA IMEJ PAS KINI – PUNCANYA DARI MANA ?




PAS KINI SEDANG MENGGELUPOQ ! APA AKAN JADI DENGAN PARTI YANG UNGGUL INI ? PAS MENGHADAPI  ZAMAN GETIR SEPANJANG MENENTANG UMNO SEJAK TAHUN 1951. REKOD MENUNJUKKAN RAMAI PEMIMPIN PAS YANG TERKORBAN SEMASA BERJUANG MENENTANG UMNO.PARTI  YANG TERLALU JINAK  DAN MESRA DENGAN PENJAJAH INGGERIS. 
PARTI YANG IKUT KEADAAN PRAGMATIS, TIADA PRINSIP KUKUH TERHADAP BANGSA DAN AGAMA. PARTI YANG MENGAMALKAN MATLAMAT HALALKAN CARA. ANTARA YANG TERKORBAN MENJADI MANGSA PERJUANGAN  IALAH ZULKIFLI MUHAMMAD, DR BURHANUDDIN , ABDUL SAMAD GOL AHMAD MIANJI DLL.

AHLI POLITIK YANG BERPRINSIP   TAHAN  UJI DAN SEDIA MENDERITA MASA SUSAH.BAGAIMANA PUN  SEDIKIT YANG LULUS  UJIAN SEMASA SENANG. INILAH REALITI YANG DIHADAPI PAS MASA KINI.

PEMIMPIN UMNO TAK TAHAN UJIAN MASA SUSAH KERANA MATLMAT MEREKA JAWATAN DAN HARTA. 
BAGAIMANA DENGAN PAS?
MEREKA SEDIA BERSUSAH PAYAH KE HULU KE HILIR MENERUSKAN API PERJUANGAN PAS BERPULUH TAHUN SEJAK PARTI ITU DITENDANG KELUAR DARIPADA BN PADA TAHUN 1977. 

BERLAKU SETELAH UMNO KUAT SEMULA SELEPAS TERBENTUKNYA BN YANG MENJADI KENYATAAN DENGAN IKUT SERTANYA PAS DALAM KERAJAAN. REALITINYA RAMAI PEMIMPIN PAS KINI YANG SELESA APBILA BERJINAK JINAK DENGAN UMNO DAN  TAK TAHAN BILA DIUJI DENGAN SENANG. MEREKA TERGIUR DENGAN UMPANAN UMNO DENGAN KEMEWAHAN AGER BERSAMA SAMA DENGAN PARTI YANG MENGGELOQ KELEMASAN DENGAN ASAKAN SETIAP PENJURU DARIPADA MUSUH POLITIK SAINGANNYA PAKATAN RAKYAT DAN KINI PAKATAN HARAPAN :

HUJAN LEBAT KUYUP DAN BASAH

SENANG  BERENANG DI AIR TENANG

UMNO TAK TAHAN MASA SUSAH

PAS TAK TAHAN MASA SENANG

MasdarDaulah Rakyat



Terkini 

MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang..mkini




*******
Kalo Terengganu pertimbang lantik Tok Sidang tu, baguih laa bro ! tapi kena baca Umno yg pertimbang tu....Kah Kah Kah

Orang luar tak tahu rahsia sebenar bakpe MB Terengganu sayang sangat ke Haji Hadi........ Bahkan Razif pernah bagitahu kepada semua Adun BN di Terengganu supaya jangan serang PAS, kerana PAS bukan lagi musuh UMNO.
Nak tahu sebabnya....?
Sebenarnya kerajaan BN Terengganu telah bergoyang sejak Razif dilantik jadi MB tahun lepas lagi.... Kedudukan kerajaan sangat tidak stabil dan telah hilang majoriti..... Ahmad Said bersama dengan 6 orang Adun BN telah bersedia untuk keluar parti, kalau PAS betul-betul mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negeri..... Dengar khabar, Sultan Terengganu pun telah maklum tentang perkara ini.
Tetapi Haji Hadi tidak mahu, Satiful Bahari pun takmboh...... Saya syak ada rundingan di belakang tabir di mana Hadi memberi jaminan kepada Razif bahawa PAS tidak akan bawa usul undi tidak percaya kepada MB.... Sebab itu Razif pesan jangan hentam PAS....Abe Awang Malaya 



Niat Hadi Bersama 
Umno Dikecam PAS Selangor

'Saya tak tahu dan tak akan setuju bersama Umno'
PAS Selangor tidak tahu menahu berhubung dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu.
Bagaimanapun, kata pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad, sekiranya benar wujudnya "konspirasi" ke arah kerajaan perpaduan, pihaknya tidak akan bersetuju.

“Tetapi selalunya kalau berlaku konspirasi nak wujudkan kerajaan perpaduan, memang kita tak tahu dan memang kita pun tidak bersetuju kalau berlaku kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya...Malaysiakini - ('Saya tak tahu dan tak akan setuju bersama Umno')

*******
Kalo Azmin tak tau patut laa?, pasai lain lubuk bro ! tapi dia nie pun tak tau jugak? Setuju tak setuju ke? kalo Tok Sidang mau juga?Apa yg boleh bro buat? Mat Sabu, Khalid Samad, Hatta, Dr Dzul, Hasnul, Saari Sungib aka Pak Abu tu semua terpelanting keluaq tu? pasai dok bertegang urat tak mau ke Umnuuu nie laa bro ! kalo hang sempoi sangat? cuba 'try' pi laa galang tengok 'hasrat terpendam' lama depa nie?Kah Kah Kah

Iskandar Samad dan Dr Shamsuri bercakap macam orang bodoh...... Haji Hadi sendiri mengaku dalam Mesyuarat JKKP lah bengong...!!!!
Orang yang pertama dedahkan perkara ini ialah Azmin Ali..... Kamu menafikan pendedahan Husam bermakna kamu menganggap Azmin berbohong....!!! - Abe Awang Malaya

Amanah 
tuduh Pas tidak ‘amanah’

Dakwaan itu dibuat ekoran pendirian berkecuali parti Islam itu berhubung undi tidak percaya terhadap Bajet 2016....PETALING JAYA : Parti Amanah Negara (Amanah) menuduh Pas telah menghampakan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.Dakwaan itu dibuat ekoran pendirian berkecuali parti Islam itu berhubung undi tidak percaya terhadap Bajet 2016.Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, rakyat tidak menghantar wakil mereka ke Parlimen untuk membisu dalam isu penting.“Bersuaralah setuju atau tidak dalam pengundian Bajet 2016 pada 16 November ini untuk memelihara maruah dan membuat pendirian.“Seorang wakil rakyat yg menjalankan tangunggjawab kepada rakyat. Mereka yang berkecuali dalam isu ini gagal menjalankan tangungjawab kepada agama dan rakyat dalam menghalang penyelewengan dan kezaliman yang berterusan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat...FMT......... More ››

*********

Begitulah 'saikologi undur' mainan PAS bro ! Bila nak tolak kata sendiri (PAS) tu tak amanah dengan perjuangannya yg kebuloq nak bersama Umno? yg sejak sekian lama bertujai ngan Umno kerana dasar yg macam bumi ngan langit tu, alih2 kata pi laa kat Amanah, tidak Amanah..kot2 ahli tersangkut? kah kah kah


Husam Berubah Sejak Tak Lagi 
Jadi Orang Penting, Kata Pemimpin PAS

SHAH ALAM – Pas menyifatkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mula berubah sikap sejak tidak lagi menjadi ‘orang penting’ dalam parti ditambah pula selepas tewas dalam pemilihan lalu. Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebelum ini Husam tidak pernah menjadi penyerang parti namun kini lantang mengkritik. “Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan Pas Kelantan? Pernah dia berbuat demikian sebelum ini? “Sejak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan. “Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga-lagakannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas).
“Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar. Sejak itu Husam berubah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini Husam dilihat menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat ditambah masih ada beberapa tunggakan yang belum dilunaskan. Terbaharu, Husam mendedahkan pula kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor..baca lagi di www.suara.tv

*********

Kah Kah Kah Pas panas punggung bro ! sejak Husam dok hantam Paschai sari dua nie, depa kelupoq sakan bro ! depa sebut ayat, 'kononnya' Hj Hadi kata mau rancang k/sama dengan Umno? kan Husam dah kata kat atas tu, sila nafi kalo tak betul? apa yg loghat sangat ? memang segala walaunnn dah 'sieze mental' bro..otak terkepung ! Kah Kah Kah

 akhirkalam


              Dua situasi ceramah,kedua2nya anjuran Pas, tp satu tu             yg Pas harumanis...
          Hehehe - Kameel Abuya






Comments


  1. Hebat-hebat nya...Yg Menjadi PENASEHAT
    Penasehat LIWAT...Penasehat PILKUDA
    Siku dan LUTOT...Si TOLOL Ter Kinjat
    FITNAH Merapu...Lumayan "UPAH"nya


    Dulu Kat Trengganu...Sepenggal dah LINGKUP
    Bagi Kat Kedah...Pon BUNGKUS Jugak
    PONTENG Putar....Si Lebai yg KORUP
    Penasehat yg HAPRAK...Dah Buat LAWAK?


    Hutang Y.I.K....Ber Juta Ber TIMBUN
    Hutan GONDOL....Balak di REMBAT
    Penasehat TOLOL...Penasehat yg "JAKUN?"
    Si Siku dan LUTOT...Otak Ter SUMBAT






    Semoga Sahabat...Yg AMANAH Budiman
    Di Terangi CAHAYA....MUHASABAH Diri
    "NASEHATI" Lah Diri Mu...Setelus7-Ke TELUSAN
    "NASEHATI" Lah Diri Mu...Dgn Seteguh7-INTEGRITY


    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Langit dan BUMI....Menjadi SAKSI
    Hela NAFAS Mu..."Talian"-Nya TUHAN
    Ke Mana Kau Pergi...Sentiasa Di AWASI


    Kemana pon Kau Pergi....Pasti di AWASI
    PASRAH kan lah....Diri Sepenuh HATI
    PASRAH lah Ke DAKAPAN....KASEH Abadi
    Kelak Kau TEMUI....Indah Nya 'Syurgawi'..





    Kelak Kau Temui...Indah Nya 'Syurgawi'
    Terlalu INDAH nya....Tiada Ber TEPI..
    Maha7-INDAH Nya....Tidak Ter PERI..
    HARTA Dan Kuasa...Pon "sirna" di HATI....???????











    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]