PAS makin gelabah, serakah dan tak tentu arah..Kah Kah Kah - [VIDEO]

Pas sedang meniti zaman kemuncupnya sekarang bro ! sedang berjuang bermati2an, sedang meranapkan impian jamaah, sedang berkokok berderai2...bukan takat ekoq saja berlemoih taik ? kepala pun penuh najis? Makin gelabah tak tentu arah Pas nie bro ! Makin serakah pun ada, macam celen nak bertanding kawasan DAP? Sekali DAP habaq balik nak celen Pas di 8 DUN Selangor pada PRU 14 nanti, mola depa PAS menari ronggeng tak kena tempo? Baru tarkajuit? Baru ada akai ! kah kah kah

Orang buat gelak main saja bro dgn perangai Tok Sidang dan segala tantara walaunn nya ! macam2 kalam dok keluaq mai, ada hati nak nasihat Umno? 
PAS bersedia menasihati kerajaan BN Kah Kah Kah

Dia ingat Umno tu apanya? bukan makan nasihat punya...sapa puak Pas nak bagi nasihat nie? BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin

Bijik mata mana yg nak bagi nasihat toh? kot boleh penat saja kot? yang kecik (PAS) nak nasihat yg besaq(Umno) ? hangpa buat lawak laa...depa Umno tu jarang sangat dengaq nasihat, bro ! takat dengaq tu? dia dengaq pi laa sat (sekejap), lepas tu dok macam dia laa...Tara orang kanan dia sendiri bagi nasihat ( TS Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal) pun dia 'teng' macam tu saja? Hangpa nak pi 'nasihat' ? bagi Umno, sapa nasihat pun, dah tak ada afdhalnya bro ! Che Det tu sikit anak ke dok bagi nasihat? Ada dia dengaq? Kah Kah Kah




Debat Kejatuhan PAS Kedah


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.
Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.
“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.
“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Gayong bersambut bro !


SURAT TERBUKA UTK DATO W ABD MUTTALIB EMBONG & ZAHARUDIN MOHAMED (MENANTU PRESIDEN PAS)

Ekoran surat terbuka saya bertarikh 29 Oktober, 2015, YB Datuk Husam Musa & YB Datuk Ir Pakhrulrafzi telah pun memberikn respon dengan menyatakan persetujuan utk majlis wacana/forum ni.

Dipohon tuan berdua memberikan respon segera dalam tempoh 3 hari bermula hari ini. Kegagalan tuan berdua memberikn respon dalam waktu yang ditetapkan bermakna tuan menolak wacana/forum ini.

Berikut disertakan semula surat terbuka saya bertarikh 29 Oktober, 2015.

Tq, wassalam.

OTHMAN ISMAIL
Ketua Penerangan PasMa Terengganu/
Ketua PasMa K.Trg/Pengerusi DESAK Trg/Pengerusi Kelab Penyokong PH Trg....See More


********
Zaharudin Muhamad a.k.a Din Ayam dan Wan Mutalib Embong masih belum menjawab pelawaan untuk menyertai majlis dialog - Post-mortem sebab-sebab kejatuhan kerajaan PAS di Kedah dan Terengganu serta isu balak di Kelantan', bertempat di Kuala Terengganu...... Husam Musa dan Pharolrazi telah menyatakan kesetujuaannya untuk hadir.
Penganjur majlis wacana ini, Rahmat Wel @ Cikgu Man a.k.a Man Laju, sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari Wan Mutalib dan Din Ayam.


Buku bertemu ruas bro !kita tengok laa, buku ke nak 'tercabut' ?atau ruas ke yang nak 'terseliuh'??? sapa nak gelabah? sapa nak serakah, sapa tak tentu aarah? Dah mau sangat. jawablah ajakan tu?
Kah Kah Kah


'Kemaluang' yang 'hilang'


Hangpa baca dah ler..aku no komen bro !

Kah Kah Kah



PAS berunding dengan 

parti lain untuk PRU14 

– Takiyuddin

KUALA LUMPUR: PAS terus mencetuskan spekulasi apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan parti itu sedang berunding dengan parti lain dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14, PRU14 akan datang.

Malah, Takiyuddin juga enggan mengumumkan parti yang sedang dirunding sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang.
“Tidak semestinya kita tidak ada rakan kongsi. Kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu yang akan sertai kita. Itu terbuka untuk spekulasi.

******
Umno dah tolak kerjasama seperti kata DS Nazri Aziz..lihat(www.astroawani.com ) - DS Nazri kata, Kerjasama dengan PAS tidak beri manfaat kepada UMNO . Kah Kah Kah
Agaknya, pasai nie depa Pas nak cari rakan baru bro !?Kalo sapa kenai PAS dengan betul sekarang nie? payah laa sikit depa nak kawtim dengan PAS nie bro !
Kasiannn, Kasiannn, Kasiannn ! Bila selalu sangat cakap tak serupa bikin? 'Home Alone' laa PAS tu bro !
Kah Kah Kah

Ini baru betul punya 
'kencing' ? PAS makin gelabah !



"Maaf PAS.. Haluan Kita Berbeza.." Akhirnya Sah PAS Dikencing..

Nazri: Kita ikut haluan masing-masing, PAS

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz secara jelas menolak kerjasama antara Umno dengan PAS.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata ini kerana bagi mengelak berlakunya perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu dalam pilihan raya akan umum (PRU) akan datang.

"Saya ingat tak payahlah (kerjasama), kita ikut haluan masing-masing.
"Kalau datang pilihan raya nanti berebut kerusi, kerusi yang Umno bertanding dia nak tanding. Dah kena rebut kerusi, gaduh pula," katanya kepada pemberita selepas meraikan pembukaan Festival Filem Eropah di ibu negara sebentar tadi.


*****Yang buloq sangat nak 'dakap' UBN tu Pas n Paschai bro?Umno relek saja..tu namanya 'terhegeh-hegeh' hidung tak mancung tara mana pun? orang dah tak sudi, dia Pas dok gagah juga ajak !dok sorong 'pipi' dia suruh Umno 'sayang'? Kah Kah Kah Kah kah..yg nak buat kawan macam Amanah !, dia tolak ! dia mau juga dengan yang dah tua, yg dah renta mcm Umno tu? 
Orang lain tengok Umno, tengok Perkasa, tengok BN dah tumpul selera ! yg tu juga dia 'syok' nak berkawan, nak 'bersatu'? kerjasama konon? Kerojasama apa? Cakap DS Nazri Aziz tu, tak kan puak Paschai dana segala Tok Sidang tak paham lagi? Nak habaq tara mana lagi? Kasiann PAS bro ! Nak patah balik masuk Pakatan Harapan dah rasa tebal muka sangat ! Ayaq lioq dok 'sumpit' PH pun tak kering lagi? nanti orang kata, jilat ludah sendiri pulak ! baiklah 'try' juga seghondoi Umno? Mana tau kot2 depa berubah hati? Tu gamaknya dok cuba nak jadi "Penasehat' tu ? Kah Kah Kah Kah



Setelah 'Dikencing' UMNO, 
PAS Salahkan AMANAH Pulak
PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri


PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya.

"Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.
"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.

Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.
"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.
"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.
Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.


"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.

******
Waahh ! bara betul bro kita nie ? Kah Kah KahAmanah pun hangpa pi kaco buat apa PAS tu ??Biaq laa kat depa..depa 'rindu' terlampau ngan Umnuu tu? kan depa dah habaq. depa nak berkerjasama dgn UBN pada PRU nak mai nie..itu sangat jelas bro ! macam kata abang DIN, SU baru PAS tu?Cuma aku nak bagi tau sikit, jangan marah aaaa Abang Din !Ikut kata Nazri Aziz, dia tak mau kerojasama dengan PAS ! kata dia, haluan Pas-Umno berbeza ! yang dok pulun sangat nak kerojasama tu, Paschai jer ! kan dah kena 'kencin' tu? Dok tak sedaaq situ ler..yg pi dok salah Amanah tu? kok mana pula bro?
Kah Kah Kah





Kenyataan pemimpin- pemimpin tertinggi Pas sering bercanggah dan mengelirukan yang menimbulkan persoalan apakah pendirian sebenar parti itu.
Abdul-Hadi-Awang,khalid-samad

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.
Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR... More ››


******
Bila Pas sama Pas pun dah tak sekata dalam mengeluarkan 'kenyataan'?
Inilah yg jadinya bro ! Dah tak tentu arah masing2 dalam Pas tu !
Habis pakat gelabah, pakat serakah, melalut ke laut jadinya ! 
Agaknya sampai ke tidak depa nie ke destinasi?

Kah Kah Kah


PRU14 - PAS Gelabah 
Bila DAP Nyatakan Hasrat 
Tandingi 8 Dun PAS Di Selangor



SHAH ALAM – Pas hari ini menyifatkan DAP seolah-olah tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri dalam Pakatan Harapan hingga tetap memutuskan untuk ‘kacau’ kawasan yang pernah ditandingi Pas dalam pilihan raya lalu. 

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan DAP yang dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu sebagai sangat angkuh. 


Kah Kah KahMau tak berpeluh Pas bro ?tu laa..jangan dok celen sama DAP !sekali dia 'kona' balik, dia sambut buah kilas PAS tu?gelabah habis Paschai beb !Pas tok sah laa anggap DAP 'pengacau'? Apa hak Pas nak halang ? tak ada peraturan bro !sekali dah hangpa Pas buat 'musuh' kat DAP, kat Amanah?depa akan masuk laa tempat mana pun depa mau dan percaya boleh menang! pasai apa nak kata depa DAP tu angkuh pula ??


Apa macam bros?Biasa laa  !Maunya basah seluaq nie ?Kah Kah Kah



SUNDAY, 1 NOVEMBER 2015
PAS Makin Angkuh 
- Hadi Kata PAS Akan 
Berkecuali Tolak Bajet 2016

Hadi: PAS berkecuali cadangan tolak Bajet 2016




PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.



“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.


PAS tak setuju GST, 
tapi tak tolak Bajet 2016, kata Nik Abduh

PAS tidak bersetuju dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun parti itu tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana terdapat beberapa perkara di dalamnya yang mempunyai kebaikan untuk rakyat, kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS itu turut bersetuju, Bajet 2016  dibentangkan perdana menteri pada 23 Oktober lalu dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak.

Namun, kata ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini, bajet berkenaan juga menjaga kebajikan rakyat.

"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama adalah, jaga parti mereka, termasuk Najib. Saya bersetuju, bajet jaga Najib, tetapi ia juga menjaga rakyat Malaysia..TMI


PAS tak setuju GST, tapi tak tolak Bajet 2016, kata Nik Abduh


“Bajet ini memang asalnya dibuat untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jadi kita berkecualilah,” katanya. 

Nik Abduh bagaimanapun berkata wakil PAS akan terlibat membahaskan belanjawan itu. Beliau juga bersetuju dengan pandangan pembangkang lain bahawa belanjawan itu menguntungkan Najib dan kerajaan BN. 

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu. 


Hadi dilapor berkata PAS tidak “tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak” kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat 


Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambutpembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu.
- mkini
*****
Hanpa tengok Video dari cerdik pandai macam Rafizi ini, 
Kemundian banding balik dengan apa yg pernah? PAS tanya 
sebelum ini? Pasai tu bila ada soalan 'berkaitan' isu tertentu? 
jadi kelamkabut habiss....Tu sebab berkecuali agaknya?cuma habaq tak setuju GST? nak bahas ? kah kah kah



Perbahasan Belanjawan 2016 : Rafizi bongkar 3 isu penting
Published on Oct 27, 20151. GST - Kerajaan perah RM19 sehari dari rakyat setiap keluarga, kenaikan BR1M 14 sen sehari.2. Syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail dapat kontrak bina Hospital Uitm sebanyak RM 8.2 billion, sedangkan kos sebenar RM599 juta.3. PM ‘sorok’ kos belanja jet RM40.8 juta..TV Selangor 


Pas ingatkan Najib masih ada 41 hari


PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikannya untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tamat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat mengharapkan Perdana Menteri tidak menggunakan debat antara Tony Pua dan Arul Kanda untuk mengatakan masalah 1MDB telah selesai..NewMalaysianPost (Pas ingatkan Najib masih ada 41 hari)

*******Tak payah dok peringat laa !PM dah ramai penasihat bro !Paham sunggh ke 1MDB tu?Cari laa isu lain !isu elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker di Kelantanketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata..itu lebih afdhal ! cakap pasai 'keutamaan'? hangpa laa jhora !kena batang hidung seniri ? tau pula kalih isu?
Kah Kah Kah

PAS sedia 
hantar pasukan khas nasihat UMNO



Pas sedia jadi penasihat BN

KUALA LUMPUR: Pas bersedia untuk menjadi penasihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bersedia untuk mengubah dasar pentadbirannya. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan parti Islam itu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara. “Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan. “Kita bukan gilakan..selanjutnya...

Sementara itu bro !
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tidak ada sebab BN akur nasihat PAS sedangkan nasihat Majlis Raja-raja Melayu juga seolah-olah dipinggirkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS? TMI ( BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin )

********
Seronok juga jadi penasehat nie bro ? 
Guru kecik nak nasehat Guru Besau ?
Agak2 guru besau mau dengaq nasehat guru kecik ke bro?
Nie laa yg Pas tengah dok mengarut nie? 
Dia Pas nie dah mola perasan kata Umno dah syok habih kat dia?
mola laa 'lantik' diri nak jadi Punaisehat? 
'Apco' jadi penasihat dah brapa lama bro ? ada dia 'apco' nie dok habaq kata dia jadi penasihat ?ada dia hebah satu malaya? Ada?

Kah Kah Kah



Respons Blogger dan Netizen !

Bukan takat Pak Bakaq aka  Penarik Beca  je yg nak tau aku pon nak tau gak jawapan nihh..
p/s: aku pun tak edit gak 
Hehehe


Kah Kah Kah



Orang cari 'Kuasa'
Pas pula tak mahu kuasa?
Sikit punya sighu ke?

Tak mahu kuasa? Mengarut laa puak nie bro ! Kalo dah mahu kuasa? apasal dok pertahan kelate sampai tunggang terbalik?nak kuasa guano? kat Ganu pun sepenggal jer beb ! orang dah percaya nak bagi kuasa?tu yg menghoyan sampai laa nie tu ? Tapi bila ada sikit kuasa macam kat Selagor tu? Siap bagi 'warning' kat DAP, jangan ganggu kawasan PAS di sana? Sejak bila ada nas yg kata tak boleh ganggu nih?Bila DAP habaq nak masuk celen tempat tu? mula laa ketaq janggut? bercakap pun memusing memusau jadinya ?
Kah Kah Kah
Seorang presiden sesebuah parti pun, kerana ada kuasa yg diberi dipilih oleh ahli, maka dia pun 'bertenggeklah' dengan kuasa itu bro ? Tu yang semua anak buah taat dan patuh tu, pasai kuasa tu laa...Wahid Satay kata, "kerana kuasa laa kita jadi mulia" Kah Kah Kah 

Wahid Satay dan Zainal Abidin - Mabok Kuasa.Di petik dari filem Chelorong Cheloreng. Sebuah filem terbitan dari Cathay Keris, Singapura, 1962. Arahan S Romai Noor.


Cantekkkkkk !

You are most welcome bro !
Dipersilakan !
Kita tengok sapa nak lap ayaq mata nanti ?
Kah Kah Kah


Inilah cakap orang yang tengah kena penyakit tak sudah bro !
Kelupurrrrr tak berenti ! Dah galabah, dah serakah tak tentu arah tak kesudah !
Mana satu kalam nak pakai?
Tok Sidang kata tak mustahil PAS bergerak sendiri? pasai dia ada pengalaman bro ! lihat (..www.themalaysianinsider.com )

Lepas tu mai anak buah dok habaq nak cari nak ushar memba baru? 

Sapa lagi kalo bukan PKR ? Dulu masa dalam PR yg dah 'arwah' tu, apa yg PAS tak kata kat PKR? Tok Sidang pun besa hamput bro Anwar, Anwar dihinanya ? 
Baca Tembelang Hadi Terdedah ?
Laa nie dok pulun sakan nak buat buat memba? lihat..

DAP boleh kata apa sahaja, PAS tetap dalam kerajaan Selangor

Kalo dah jenis tak malu tu? apa pun depa pulun buat bro ! maklumlah, dah tinggal sorang, dah kongkang ? Kah Kah Kah


************


Sisipan Sempoi

INI YANG AKU SALUTE DENGAN PARTI DAP JIKA DIBANDINGKAN PARTI LEBAI PENGKHIANAT...
DAH LER KERUSI PADA AMANAH TAK DIBERI..DIMAKI DIKUTUK LAGI ADA LER..MALU LER WOIII PADA ORANG KAPIR..

PS: BERANGAN NAK JADI PENASIHAT...KEWANGAN 
ASING DENGAN PENDATANG ASING PUN TAK 
BOLEH NAK BEZA..KAH KAH KAH —


Hangpa tengok pecahan di lajur tu elok2 bro !Pas n Paschai kata nak celen DAP tu bro?Tup tup DAP pun nak celen PAS...Meghoyan baran habis Paschai bro ? Kah Kah Kah
8 kerusi yg kini di miliki PAS di Selangor mengandungi 40% undi Cina..Sah selepas ini PAS akan ghuyup, punah ranah, mati tak bernisan di Selangor....Hehehe..Kameel Abuya


PAS: JANGAN MARAH KAMI MASUK KAWASAN DAP.

Berikutan kenyataan Tony Pua bahawa Dap akan menang jika saingan tiga penjuru antara PAS, DAP dan Barisan Nasional (BN) berlaku di lapan kerusi DUN pada PRU14 nanti, Adun Meru Dr Rani Osman menyifatkan ianya bukan suatu ancaman yg besar sebalik mengingatkan Dap jangan memulakan dan marah sekiranya Pas akan bertanding dikawasan Dap pula.

NOTA TAPAK KAKI:

KENAPA PULA PAS MENUDUH DAP YANG MEMULAKAN ISU TERSEBUT SEDANGKAN PAS YANG TERLEBIH DAHULU MENGATAKAN AKAN MELETAKKAN CALON DHPP BERTANDING DISEMUA KAWASAN DAP..
APAKAH DR RANI DAN PAS LUPA?

PS: INILAH SIKAP LEBAI YANG KONONNYA PEJUANG 
DASAR ISLAM..SALAH ORANG LAIN NAMPAK 
SALAH DIRI SENDIRI BUAT2 TAK NAMPAK..



PAS DAN PKR PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT.

PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan membuat penyusunan semula kekuatan bersama PKR disamping beberapa buah parti diSemenanjung dan di Sabah serta Sarawak.

NOTA TAPAK KAKI:

SUDAH2 LER PKR..CUKUPLAH APA YANG BERLAKU SEBELUM INI UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN. 

RAKYAT SUDAH TIDAK SANGGUP LAGI MENERIMA SEBARANG PENGHINAAN DAN PENGKHIANATAN TERHADAP DSAI DAN DSWA LAGI DIMASA HADAPAN APATAH LAGI DARI PUAK YANG PERNAH MELAKUKAN SEBELUM INI..

PS: PESANAN ORANG TUA2 DAHULU:--

JUMPA BEWOK DENGAN PUAK TU..KETUK PUAK 
TU DULU 18 KALI BARU KETUK BEWOK.. 



Owhh..patut ler




Hangpa baca bagi mudah hadam sikit !
Lanjutan di sini
baca komen al-Husseyn (Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta
Bajet Kelate apa macam tahun nie? 



Khulasah

1. Pas dah tak mau kuasa bro? dah lama sangat depa dok wirid, laa ada tugas baru pula? Jadi Penasihat kat BN ? Kah Kah Kah
Hebat bro ! Hebat. 
Penasihat ke? Punaisehat? atawa Punahsehat? 
Sapa puak Umnuu yg nak dengaq nasihat PAS nie? 
Nak nasehat hapenya? Nak kerojasama pun dah ada yg 
melecehkan ? DS Nazri Aziz secara jelas menolak kerjasama antara Umno dengan PAS..tak kan Paschai tak paham lagi kot? nak habaq sampai tara mana lagi ? Haluan berbeza kata Menteri Pelncongan tu bro ! takut pulak nanti berebut kerusi? boleh hancoq kerusi tu? Kah Kah Kah..jadi, elok Nazri bagi tau awai2.

2. Tok Sidang Pas dok harap sungguh Umno ubah dasar perjuangan 'Lord Riednya' bro? Otak Paschai laa nie nampak macam tak senta laa bro ! Kalo Umno mau? dah lama depa buat ? Dah tak ada apa dah dengan Pas nie bro ! Cuba baca luahan Husam musa Pas kena baiki diri, disiplin kalau nak kuat .. "Kalau Pas hendak kuat, dia (Pas) kena baiki diri dan disiplin. Balik kepada al-Quran dan Sunnah sebagai mizan (timbangan) mana baik buruknya. Mungkin saya berakhir sebagai orang biasa, saya tidak kisah. Ini mungkin penggal terakhir saya. Saya tidak kisah, kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan. Siapa sahaja yang membawa gagasan itu saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa dan tidak ada apa-apa. " DHM  

Jadi, bila HM kata mcm nie, PAS dilihat memang dah tidak ada disiplin diri bro ! Tu gamaknya nak jadi Punaisehat kat Umno tu? kah kah kah..depa lebih harap Umno tukar perjuangan, bukan dari perjuangan sendiri melalui Islam yg dibawa PAS !?
Rasanya bro? Umno sikit pun tak tertarik dengan cara bawaan 'Islam' cara PAS bawah Tok Sidang laa nie? Mana ada puak Umno yg keluar atau dipecat Umno pilih PAS? Md Taib bekas MB S'langor dulu tu pun masuk Pas sekejap jer ! lepas tu dia pun ke laut, Saifuddin Abdullah pilih PKR dan Kamaruddin Jaafar pun pilih PKR! semua nie kerana PAS dah tak ada umppphhh lagi bro ! Kah Kah Kah


3. Umno pula bro, cukup riang ria sekarang ini, dalam dok habaq tak mau kerojasama pun, Pas dok terhegeh2 lagi, teringin sungguh depa kat Umno? sampai habaq nak jadi penasihat saja, dah tak mau bangkang bajet 2016, pasai ada sikit kebaikan kat rakyat? kalo bantah pun dalam diam saja macam Pasir  Mas tu? Elok sangat laa Pas laa nie pencen buang dari politik ? dah tak tentu arah jadinya, koi mengarut. Kah Kah Kah


4. Ini pasai nasihat lagi bro !

yang kecik tu PAS, yg besaq tu Umno !
Ingat senang yg besaq tu nak dengaq, nak tunduk patuh segala nasihat dari PAS? Hangpa PAS nie sapa?
Depa Umno, berlambak hak segala pakar segala bidang dok jadi penasihat depa ? Tau2 mai Pas nak tunjuk lawa nak bagi nasehat? Kah Kah Kah
Awatnya PAS? hangpa nak ganti 'APCO' ke? Tara Che Det, Tara Zeti, Tara Muhyiddin Yasin tu pun? ada depa dengaq? ada depa ambik pot? 
Berapa banyak orang PAS yg hadam GST, hadam 1MDB, hadam tentang institusi kewangan yang berlambak tu? nak nasihat pasai ringgit merudum? hadam ke PAS pasai ringgit n USD nie bro? hadam ke pasai TPPA? Dulu tak apa laa..ramai profesional dok tolong 'cover' kelompongan yg olamak Paschai tak hadam ? laa nie depa semua dah hijrah pi Amanah ! tinggallah saki baki yg hamPas ! lain isu orang cakap, lain pula dia pi tanya ? Tu yg Umno tak terliur kat PAS tu? Nak suruh depa dengaq nasihat? Gila sangat laa kalo Umnuuu nak dengaq? Kah Kah Kah

5. Nak Harap Tok Sidang, nak harap Tok Moh Pas, nak harap segala macam TITM, Tantawi, Pasir Mas, Mokhtar Senik, Nak harap Nor Azli bercakap dan bagi nasihat pasai 1MDB, pasai TPPA, pasai kejatuhan nilai ringgit? Tanya soklan pun kelamkabut dan kalabulmalami? Nak harap? pakai tertiarap ler jawabnya? Kah kah Kah

Biasakah hangpa dengaq Tok Sidang utama PAS dok bagi buah fikir yg 'standard' dan bernas pasai benda2 atas tu di Parlimen ke? di media2 utama ke? di You Tube ke atawa mana2 saluran TV ? Ada? Nahi bro ! Nahi. ? Habih apa yg ada? Yang ada tu jadi pak yet kat Umno? hantam Pakatan Harapan, tenyeh DAP dan seumpamanya ! itu ada laa...Kah Kah Kah

akhirkalam


Umnuu suke sangat bah !Kah Kah Kah



Jap jap tengah pikir...
Kah Kah Kah


Suatu cerita garapan terkini !





Tamsil ibarat nie tak ada kena mengena dengan pelakonnya samada hidup atau yg dah meninggal..kalo ada yg pernah terjadi, anggap saja itu memang satu kebetulan bro ! Kah Kah Kah

Simpan aje laa 
alasan awak tu !


Tak payah dok jelas laaawat tak habaq, kami dah sebati ngan Umnuuuu?tak payah dok susah nak karang cerita pasai tu, pasai nie?kalo dah jadi pak yet Umnuuu? nak undi tolak apa lagi bro !tikam turut udah ler macam tok sidaang mau tu? cakap biaq teghanggggggg ! jangan dok belit kuat sangat ?
Kah Kah Kah

Tak Paham 
Tanggungjawab !


Tanggungjawab Moral pun Pas tak paham bro !Pasai tu depa tak penting 'kuasa' ! saja seronok berpolitik jer ?depa lebih suka jadi punaisehat?lepas tu bolehlah UBN buat rendang masak asam !!makan ramai2 ! Kah Kah Kah



Kah Kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$