Hula Hula-Hoop PAS - [Video]

PAS - kian 'memanaskan' badannya yg kian 'lemah' bro ! maklumlah, urat saraf badan tua macam tu kena laa bro! setiap hari ada saja 'senaman' berbagai di tunjukkan kpd rakyat, ada kuak lentang, hula hoop, tai chi dan serba mak nenek lagi ! maksud dari ini semua adalah ketidaktentuan arah pimpinan PAS membuat kenyataan, saling bercanggah, tidak konsisten dalam tuturkata dan kalam yg terbit dari mulut2 de so called 'ulama' nya ! Kah Kah Kah

Tuan Ibrahim kata nak panggil Husam mengadap ( PAS panggil Husam menghadap ) manakala Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed pula macam halau Husam dari Pas bro? lalu Husam pun kata Ketua DUP Pusat macam samseng (malaysiakini ) dan Tok Sidang pula dok nafi kata tak ada kerjasama? ( Kerajaan perpaduan tidak akan berulang, kata Hadi ) Tok Sidang kata, Husam jangan putar belit? dia tak lahir ke denia lagi? Kah Kah Kah

Husam buat tuduhan bukan pasai kerjasama bro ! tapi Husam kata wujudnya cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Pas-Umno di Selangor [ Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan ] kena paham molek bro antara kerjasama dan Kerajaan Perpaduan? Nampak macam sama? tapi berbeza jauh bro ! pasai tu agaknya, Husam disuruh sumpah dan Tok Sidang menolak untuk bersumpah bro? (Hadi cabar Husam bersumpah) untuk buktikan pembentukan kerajaan Pas-Umno? Tok Sidang pula tidak laa boleh terus mengunci mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam (Dakwaan Husam: Hadi tidak boleh kunci mulut )Musa..jadi Tok Sidang kenalah menjawab balik, sampai bila nak kunci mulut? Kah Kah Kah

Manakala Husam pula bro, disuruh sumpah? Tok Sidang tak ndak sumpah bro ? Dah Husam mau sangat bersumpah? biaq dia sumpah! (  bersumpah talak isteri  ) Permainan hula-hoop Pas kian menarik bro ? memusing memusau... akhir sekali 'hoop'nya akan jatuh sendiri meloghoih (melunsur) ke bawah bro, sekalipun Tok Sidang cuba nafikan ( Tidak ada kerajaan perpaduan di Selangor – Abdul Hadi)! cuba pakat 'bersumpah' ? baru ngammmmmm bro...Kah Kah Kah





SATURDAY, 14 NOVEMBER 2015
Ketua Dewan Ulamak PAS Macam Samseng




malaysiakini 
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.
"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.



"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.
"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.
"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.
"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"


"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu..Sumber - malaysiakini 


********

Cantik jawaban Husam bro ! baru bertemu ruas? kah kah kah
sikit2 tegur, suruh keluaq Pas, awat dia ingat Pas tu harta meghedak dia sendiri kot? Padan dah Husam kata pun lagu tu, memang prangai depa nie macam tu, cuma level tu yg bezakan sikit ? Kah Kah Kah


**********************


Hula Hoop terbaru PASS


Bajet 2016 - 
Hanya 3 MP PAS Undi Tolak Bajet


Ahli Parlimen PAS dilihat tidak sepakat dalam membuat keputusan apabila tiga daripada 14 ahli Parlimen parti itu menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) di peringkat dasar. 

Tiga ahli Parlimen tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Putih Datuk Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mahfuz berkata, beliau menolak Bajet 2016 kerana tidak mahu ia membebankan rakyat.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat. Rakan-rakan lain mereka tidak mengundi menyokong bajet, sama sahaja.




PAS melihat kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 23 Oktober lalu mampu mensejahterakan rakyat, namun terdapat beberapa perkara yang tidak mematuhi prinsip syariat Islam, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 yang bertemakan "mensejahtera kehidupan rakyat" itu lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan.Baca lagi di TMI ( Hadi dakwa Bajet 2016 mampu sejahtera rakyat, walau tak patuh syariat )


Hula Hoop Pi mai Pi mai Tang Tu


Terbaru bro !
depa ajak minum petang (Ahli Parlimen Pas tolak bajet diajak minum petang) pula, tanya tanya apasal itu hari tak sokong Tok Sidang punya 'plan'?

Tiga ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 pada sesi pengundian belah bagi di Parlimen semalam akan diajak minum petang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengajak ahli Parlimen itu adalah bagi mendapatkan penjelasan, mengapa mereka bertindak demikian.
“Kita belum fikirkan lagi tindakan disiplin. Saya tidak rasa begitu. Jangan nampak ia satu perkara yang serius. Kita pergi minum kopi, panggil mereka minum petang tanya apa jadi semalam,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen pada Selasa.

Langkah yang diambil oleh tiga ahli Parlimen Pas itu sekaligus mengingkari arahan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lepas.

*******

Beranikah SU Pas nak ambik tindakan kat 3 orang yg tak sokong Tok Sidang tolak bajet 2016 tu? tu pasai dia habaq isu tu kecik saja? Pi mai pi mai dok tang tu laa bro ! macam gelang hula hoop ! gelek punya gelek pusing-pusing ! last bila berhenti, meloroih ke bawah ! antara 3 orang tu, Mahfuz AP Pokok Sena tu paling senior, besa jadi PJ Pas Kedah sebelum kena teng sikit hari dulu ni, Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat lagi bro, yg tanya dia tu, tok sah laa doyan dgn de so called jawatan SU tu bro ! Tok Sidang pun depa tak layan? tapi tak apa bro Tok Sidang pun kabornya dah gumbira sangat2 kerana bajet 2016 tu telah pun diluluskan itu ! Kah Kah Kah



Masuk pilihanraya nak jadi penasihat? Ceramah Saifuddin Nasution bersama Husam Musa di Kelantan 5 Nov 2015


Ulasan 
( Hadi dakwa Bajet 2016 mampu sejahtera rakyat, walau tak patuh syariat )

Pas terus bermain 'hula hoop' bro ! goyang kiri, goyang kanan, pusing-pusing, dua2 hoop nanti meloghoih (jatuh) ke bawah..yg sokong bajet 2016 telah laa..yg tolak? tunggu habuan laa kot nanti? Kah Kah Kah

Adakah hangpa yg waras kepala hotak masih mahu bekerjasama dengan PAS....? Masih mau buka peluang kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan...? Masih mahu berstrategi dan berbahagi kerusi dengan PAS dalam PRU-14...? Masih percaya pembangkang perlukan PAS untuk tumbangkan UMNO....? dah tak ada apa dengan Pas bro ! orang Kedah kata, haram depa tak pandang kat hangpa bro, kat Pakatan harapan tu? bukan 'bangsa' jenis kena pujuk ! biaq melingkup pi kat depa ! kah kah kah

Tang nie pun hangpa dah nampak, kalo dah tau tak patuhi syariat? hang dok pi seghondoi sokong bajet tu pasai apa? Lihat pautan (www.themalaysianinsider.com ) antara patuhi syariat dengan patuhi UBN? mana satu 'stand' sebagai seorang muslim dan tersohor? sama2 PAS pun bercelaghu? Habis, yg sokong tu laa ikut syariat? Bila kata tak patuhi syariat? dan ramai pulak MP Pas pi sokong juga? apa makna tu? Tak kan buta syariat kot? tak patut sangat? So n so dalam bab nie, kira boleh ejas ler ? gitu ke? Aku mampu ucap 'Inna lillah wa Inna ilaihi rajiunn' dan ' لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق ' [tidak ada ketaatan pada mana2 makhluk yg maksiat (derhaka) kpd Allah] rujuk tafsir ayat 31: At-Taubah ( تفسير الآية 31 ، لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق. ) 

Manusia hendaklah sentiasa bersama al-Quran dan As-Sunnah, tidak ada ikhtiar lain baginya untuk berdolak dalik bro !(kalau dah jelas ia bertentangan dgn Syariat) - [ الإنسان مع القرآن الكريم أو ما ثبت في السنة الشريفة لا اختيار له ] jadi kalau dah tau ia bertentangan dgn syariat? kenapa masih sokong? Bacalah tafsir ayat 31 dari Surah At-Taubah itu, kpd siapa mereka memberi dokongan?

Elok sangat PAS-Umno bernikah buang dari menyakitkan hati akar umbi  bro, mcm kata LGE [ Lebih baik Pas dan BN bernikah – Guan Eng ] senang citer ! pasai tu LGE kata, [ Salleh Man setia bersama saya – Guan Eng] Kah kah Kah

Untuk Amanah, elok sangat Pas dibiar 'memadu kasih' semaunya dengan Umno BN - Oleh sebab Parti Amanah Negara adalah pengganti tempat Parti Islam Semalaysia dalam PH, maka Parti Amanah Negara wajib menarik seramai mungkin ahli dan penyokong bawahan Parti Islam Semalaysia yang sudah tawar hati dengan Pas itu tetapi masih takut untuk menyertai Parti Amanah Negara supaya berani menyokong dan menjadi ahli parti ini ! Kalau tidak, buat apa Parti Amanah Negara ditubuhkan kalau tidak bertujuan menggantikan tempat Parti Islam Semalaysia dalam gagasan PH ???Jangan pandang 'Amanah' tak ada matalah !...


Maaf, aku tak dapat terima sebarang alasan untuk terus memberi muka kepada PAS....hangpa PASTI akan dikhianati.... Sila gigit elok2 apa yg aku kata nie bro ! 



Siapa yg hula hoop?

Apa pilihan anda

Kalo anda baca tajuk ini dari laporan mStar ( Tiada Usaha Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Umno - Abdul Hadi ) nampaknya Tok Sidang cuba pelari isu sikit bro ! hanya menyangkal bro ! sebijik perangai Umnuuu? kah kah kah

Iornisnya bro, Tok Sidang bawa cerita berlakunya 'cantuman' Pas-Umno tahun2 '70an dulu, masa tu kata Tok Sidang, Husam pun belum beranak lagi? Kah kah Kah
Apa dok bawa citer tu? yg Husam maksudkan ialah cadangan pembentukan kerajaan perpaduang di Selangor? selepas PRU 2013 yg lepas bro ! yg pi mengadap Pk Lah tu? apasal pusing pi jauh sangat? baca yg ini bro ( greenboc.blogspot.com ) kah Kah Kah


Umno pula dok tak dok pi tuding jari dalam kemelut Husam-Hadi bro? ini semua kononnya 'angkara' Rafizi ? [ Krisis Hadi-Husam angkara Rafizi-Shahrir Samad ] betoi ke bro?, yang Shahrir Samad tumpang semangkuk nie, apasal? pi laa tanya adik sendiri, Khalid Samad, lagi tau pasai nie bro, kerana dia sendiri terlibat langsung 'menggagalkan' agenda perpaduang dari hula hoop Pas dulunya selepas Pru 13? Tak pepasai 'Rafizi' kena teng? SS sebut, kemelut Husam-Hadi nie berpunca dari 'Kajang Move' ? Baiklah, kalo kata 'K.Move' sebagai puncanya? kena tau juga laa, sapa yg melingkupkan K.Move tu? bukankah Pas juga ada 'sahamnya' di sana? cuba baca ( www.malaysiakini.com ) Pas dikatakan menetang kuat Kajang Move ini bro ! sebenarnya aku dah malas nak ulas benda nie bro ! dah jadi pengetahuan umum..


Tambah haru-biru apabila Pas sebagai rakan gabungan tidak menunjukkan kata sepakat dan muafakat bersama PKR dan DAP walaupun mengakui kerusi Menteri Besar itu adalah milik PKR..pasai tu bila TS Khalid Ibrahim tersingkir, Pas kembali seghondoi PKR w.pun sebelumnya dia laa yg kata DS Wan Azizah tak layak jadi MB Selangor? Di sinilah munculnya peranan 'barua' dan 'broker' tu bro? Dua orang inilah (Saari Sungib aka Pak Abu dan Hasnul Baharuddin) yang meng gagalkan 'hula hoop' Pas untuk 'agenda perpaduang' tu? Pasal tu laa Tok Sidang bara sangat bro? Kah Kah Kah


******************

Sisipan Sempoi


Tuduhan Husam: Kalau Abdul Hadi nafi pun…



Kalau sekadar menafikan...Najib dan Jamil Yapiem pun nafikan depa songlap duit rakyat...
         Dato Husam sanggup sumpah tertakliq isterinya jika dakwaan          kerjasama Umno Pas tidak benar..Hadi sanggup ke?
         P/S: Walaun bangang dok diam2..orang suruh nafikan bukan           tabur fitnah..
         [artikel berkaitan: Pas akan panggil Husam]




SAMPAI BILA NAK TUTUP MULUT?

Jawab bro Jawab !
Tak kan nak terus terusan 'diam'? itu maknanya tanda 'setuju'?
Jangan pula dok pi rawit benda tak kena mengena dengan maudhu' nie bro ! atau 'out of topic' ? Dah jadi 'penasihat'? tentu boleh jawab maa ! Kacang jer tu bro ! Kah Kah Kah

Hula-Hoop diteruskan


PAS LAWAN UMNO HARI2 - TITM
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang mengatakan bahawa Pas akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak berpijak di bumi yang nyata.
NOTA TAPAK KAKI:
MACAM MANA NAK LAWAN UMNO BN SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA MENJADI PENASIHAT KEPADA REGIM UMNO BN?
BILA DAH JADI PENASIHAT MESTILAH KENA BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN...
PS: KALAU DAH BEKERJASAMA..BUKAN PEMBANGKANG NAMANYA...ITU PEMBANGANG!!..Salman Karimi

******* 
Kah Kah Kah tuduhan tak berasas?Apa nie titm? sikit2 main hula-hoop sudah laa sampai jadi 'penasihat' pun, tak berasas lagikah? nak tunggu sampai tara mana lagi ? nak tunggu jadi 'perkakas'?
Kah Kah Kah nak lawan umnuuu tiap2 hari? geligeleman aku dengaq bro? yg bajet hangpa pi sokong tu? mende bro ? lepas tu tok sidang seronok n gumbira pula bila dah diluluskan?
Kah Kah Kah

One Sided Hula-Hoop ?


NOTA TAPAK KAKI:
KALAU DAH TOLAK BAJET 2016 NAJIB PUN MENYUSAHKAN RAKYAT..BAGAIMANA PULA DENGAN MENUKAR KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN...SUDAH TENTU AKAN MENYUSAHKAN RAKYAT JUGA KAN TITM?
BEGINILAH OTAK LEBAI PEMBANGKANG MELAYU YG MESRA UMNO SEOLAH OLAH KALAU TUMBANGNYA KERAJAAN MELAYU UMNO MAKA ORANG MELAYU AKAN TERPINGGIR DAN AKAN DIBANGSATKAN DITANAHAIR SENDIRI..OTAK KARAT BIRU JE..
PS: ADA KE ORANG PKR, DAP ATAU AMANAH YGSETUJU DENGAN KENYATAAN TITM NI...
JANGAN KATA TAK ADA..Salman Karimi

********** 

Bro n sis ! 
Does Hula Hooping Both Directions Matter?
Developed muscles on one side of the body and not so much muscle on the other side can cause all kinds of alignment problems. Stay in balance as much as possible! Even if, you suck at your second current. Plus like dinamyte said hooping in both currents is also an excellent brain exercise!..Kah Kah Kah
Kalo main, kalo goyang sebelah jer ? muscle bengkak sebelah jer ? lari alignment bro ! badan herot kemetot ? otak pun senget jadinya bro, kurang senaman? Kah Kah Kah

 Chak !! Hula-Hoop Vitamin 'C' !



AZMIN NAFI DITAWAR MASUK PAS.
Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau dijemput menyertai PAS untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor, lapor Sinar Harian semalam lepas.
Timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor itu berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali.
NOTA TAPAK KAKI:
DALAM MESYUARAT AGONG PAS PADA 25/8/2014, HANIFA PERNAH BERTANYA PADA HADI BETUL KE DIA BERJUMPA DENGAN AZMIN DAN MENGAJAK AZMIN SERTA BEBERAPA ADUN PKR MENYERTAI PAS?
HADI JAWAB YA..KALAU MEREKA BOLEH CURI ORANG KITA..KENAPA KITA TAK BOLEH CURI ORANG DIA?
PS: KINI TERPULANG PADA RAKYAT UNTUKMENILAIKAN SIAPA YANG BETUL2 PERJUANGKANNASIB RAKYAT DAN SIAPA YG MENGUTAMAKANAGENDA PERIBADI..Salman Karimi

*******

Hula hoop kena teruskan bro, kalo tidak agenda nanti gagal? memang gagal pun ! pasai kurang vitamin c bro ! bila gagal? better get some than never bro ! so n so, if you can't beat them, join them ? baru ada Vitamin C ? baru boleh tegangkan urat sendi yg dah kendoq tu bro? baru boleh 'CHAK' ? Orang kedah kata 'cak' tu 'mentekedarah' bro ! Orang Tionghua kalau dia kata 'cak bey liau' tu mafhumnya, 'makan tak habis' bro !Kah Kah kah



Hula-Hoop itu suatu 'permainan' bro !


NOTA TAPAK KAKI:
KASIHAN LAK AKU NENGOK DSWA DIPERMAINKAN OLEH PAK LEBAI2 PENGKHIANAT RAKYAT...
KETAHUILAH DSWA..PAS TU HADI..HADI TU PAS..JADI SEMUA KATA2 HADI MERUPAKAN FATWA DARI LANGIT RUSILA DAN JANGAN SESEKALI PERCAYA AKAN KATA2 DARI KETUA WHIP, TIM PRESIDEN WAIMA KETUA DEWAN ULAMAK SEKALIPUN...
PS: TUKARLAH PAKATAN HARAPAN DI SELANGOR
BAGI MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT..Salman Karimi 


De Best Hula Hoop from...
Kali ni ambo setuju dgn chegu bard. Yg menentang kjaan nk bawa judi bsepak piala dunia dulu pun Dap. Hadi kaki ponteng parlimen tak tau apa....kahkahkah...
Org sibuk isu 1MDB...GST...tolak bajet...duit dlm akaun najib Rm 2.6 Bilion....duit YPEIM....
Hadi merepek benda yg umno sendiri lakukan....woiiii...pi nasihat umno la...demo penasihat umno kan?.. Usin Teleng
Kah Kah Kah


Apa meghega dok merepet nie ? Dap yg bukan Islam, depa tu boleh pederaih dua benda tu? apa masalah dia nie bro? alih isu apasal? Koi semak laa dengan Tok Sidang nie? 
Kata jadi penasihat? yang kawal lesen dua benda yg dia sebut tu, DAP ke? Kah Kah Kah..Bila pula Dap halalkan arak dan judi nie kat orang2 Islam? Bila? habaq mai sat ! 
Aloo bro? jangan laa 'swing' isu bro ! yg penting laa nie, anta kena jawab cabaran sumpah ( bersumpah talak isteri  ) Husam terhadap anta tu, Husam dah ready any time bro ! Jawab dulu cabaran Husam. Jangan merepek buat kenyataan semberono?. Nak jadi penasihat umno pun jangan la nak junjung umnuu sampai sanggup malukan diri sendiri..Kah Kah Kah

Fenomena Husam
UMNgOk TUMBANG..UG TERSEMBAM..HUSAM SELAMATKAN KELANTAN..
AAaaaa dah kena dahhh..Pengkhianat..Samseng..Cantik dah tuuu.!Memang Match..Memang Padan..Gambaran Tepat..
UMNgOk TUMBANG..UG TERSEMBAM..HUSAM SELAMATKAN KELANTAN..Ketawa Mat


Hula-Hoop mantop


Nie laaa orang panggil seghondoi 
Hasil usaha 'seghondoi' yg berbaloi ?
Kah kah Kah
      Mantop gitue ! 





Adakah Wan Azizah Anggap Presiden Pas Penipu Besaq? 
Sebenarnya siapa yg cakap benar ? Ini laa hula hula hoop Pas bro ! Kah Kah Kah
Baca di ( toknek.com )


Kah Kah KahSempoi Mat ! teruskan kata2 hikmat tu bro !


apa nie bro??Inilah usaha awal 'Penasihat' bro ! 
Jangan marah depa ! depa memang suka ber multaqa - berfastaqim n bla bla..depa memang suka jumpa2, buat gamat gitue, bahasa arab laa katakan yg selalu depa guna..kot2 anak buah pakat boleh jadi tok arab belaka? 
Hangpa yg bukan alumni al-azhar ! jangan dok pi menyempey dok pi terhegeh sama bro ! depa ingat sume puak azhar di malaysia nie depa punya ke? 
Kah Kah Kah

Khulasah



1. Pas nie sebenarnya nak kemana bro? celaru sungguh laa nie bro! Pas dibina begitu lama untuk jadi seperti sekarang ini? sebelum tok sidang yg ada sekarang, Pas melayari bahteranya begitu selesa di bawah almarhum Ust Fadhil Nor..diterima oleh semua bangsa dengan baik sekali hingga merampas empat lima negeri dan hampir2 menyahkan UBN bro !

2. Tetapi dalam masa yg singkat saja, bawah tok sidang yg dok ada laa nie, banyak sangat hula hoopnya bro ! Pas makin hampir berkecai, runtuh dan berselerak dlm masa tak sampai sepenggal pun selepas Pru 13 lepas. Tida satu konsistensiantara pimpinannya yg dikatakan didominasi oleh ulama Pascai bro ! memang hancai bro ! 

3. Pas nie sapa punya bro? ulama paschai punya ke? milik sapa? Tok Sidang punya ke? atawa semua yg jadi ahli? atau yg rajin2 dok bodek hj hadi sebagai tok sidang? apa cakap dia semua tak dan (tak sempat) nak pikir ? terus setuju sokmo? Kah Kah Kah

4. Terlalu sangat buat kenyataan sampai tak ketahuan bijik buah, masing2 nak tunjuk 'smart' nak tunjuk 'ceghodik', pandai bertutur? macam mamat termeloh tu? last sekali, orang gelak berguling2 bro ! macam tu nak yakin lagi kat puak kalamanyaq nie? Kah Kah Kah

5. Berita terbaru misalnya, ( Putus hubungan dengan Salleh Man ) di mana Pas Kawasan Permatang Pauh misalnya, hari ini mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man ? Putus macamana tu? Pas Pusat tak kata apa lagi pun, w.pun Pas Pusat tak iktiraf kerajaan PH P.Pinang, apasal depa nie kelamkabut? Pasai sokong lagu nie pun? dah main hula hoop ke? kah kah kah - betullah cara pikior puak nie dah surut ke belakang? 'mind set' pun betul? pasai dah terikat dgn hula hoop tok sidang agaknya? nak raikan beza fikrah pun tak berapa senta ? w.pun gitu bro, Salleh tetap bersama Pas ( ‘Saya tetap bersama Pas’ – Salleh Man )..Kah Kah Kah

6. Bila semua anggukan sampai tersengguk terhadap semua kenyataan tok sidang, terpenjaralah akal yg sihat dan murni itu untuk mencanai suatu dinamika fikrah dalam Pas? maka integriti dan dignity manusia Paschai dalam Pas sudah meghudum sakan..sudah tidak ada lagi keluwesan dan bebas fikir manusia dan ahlinya? pembelengguan ini tentunya membahayakan pelayaran bahtera Pas untuk teruskan agenda merea yg sudah pupus agenda tu bro ! Agenda mereka sekarang ini bermain hula hoop bersama Umnuuu BN bro ! depa pelan2 kayuh beskal buruk bersama Umnuuu ! sampai rakap ikat tali rapia pun? dok kayuh situ laaa...kah kah kah

7. Selagi mentaliti begini, bersarang dan berakaq membelit minda sebahagian ahli Pas? yg sepatutnya waras bebas membuat, mencongak politik yg lebih mampu bersaing? maka mereka akan alami satu kekhilafan dan akan alami kerugian yg begitu besar kerana sudah tidak ada bagi mereka meraikan perbedaan fikrah bro!



akhirkalam

Amanah dan Tai Chi


Tai-Chi nie senaman berat bro ! gerak dia lembut lembai bro, nampak macam lambat? tapi cukup berkesan, tai chi nie lebih kpd ' Physical Therapy ' bro - Biaq lambat orang nampak, tetapi cepat dalam gerak bro ! 
Amanah diibarat macam senaman tai chi bro ! gerak Amanah nie tangkas, tuntas dan membekas...tak sampai dua tiga purnama selepas diluluskan, ia menyebabkan saingan terdekatnya menjadi 'trauma', sakit kepala dan sesak nafas bro ! sapa lagi kalo bukan PAS ? Kah KahKalo hangpa tengok filem Jet Li ! 'last fight' tu yang penting ! punah ranah 'musuh' dikerojakannya? [ klik Video - jt li's tai chi master last fight ] tengok video tu bro ! seronokkkk! last fight nie penting untuk Amanah bro! Biaq lumat 'musuh' dikerojakan, tak kira laa UBN ke, atawa Pas ke? Kah Kah Kah
Amanah kena buat 'serangan' kat Pas, londeh apa yg patut londeh kpd ahli tentang kebobrokan Pas bro, pimpinannya tu laa bro ! banyak sangat dok main hula-hoopnya ! kalo Husam pun londeh benda yang tak betoi? baru pakat depa cempegha, sampai bercakap pun dah berkalang kalih hang aku..biaq Amanah steady dengan permainan 'tai chi'nya bro ! teruskan !
Amanah kena bagitau apa kebaikan dan istemewanya menyertai Amanah nie? kita tau ramai kulit hijau dah ranum macam harum manis, oren kat dalam...cuma kena 'petik' sikit' lagi biaq dia rasa kebaikan itu bro ! setakat laa nie Amanah dilihat beristiqamah antara pimpinan besarnya, cuma jangan dok pelawa kerap sangat Pas tu..lagi elok dia jadi 'sumbang sumbing' sendiri, dia pun dah kata, tak mau kat PH bro? biaq laa dia melingkup.
yang orang ramai, ahli Pas dan atas pagar nak dengar 'whats de behind screen' dlm Pas tu macam satu pendedahan dan dakwaan oleh Husam Musa di kedai Mulong tu bro..yg di belakang layaq tu laa ramai dok tunggu nak dengar bro...sure punya musim cuti sekolah laa nie, cukup cantik sembang sikit sebanyak pasai Amanah dan pasai Pas di rumah2 kenduri kahwin tu bro? sambil pekena nasi, segala bubur, kueh muih tu? Ini laa gerak tai chi bro ! slow2 kayuh, slow2 huloq 'borang' bro! Kah Kah Kah
Tai Chi adalah senaman orang cerdik bro ! macam Amanah yg seluloi menggerakkan badan dan sendi depa pi rata negeri sekarang ini
Kata Abe Awang Malaya"Sesungguhnya kecerdikan dan kebodohan seseorang bukanlah diukur dengan neraca peperiksaan, samada berapa A yang awak dapat atau berapa CGPA awak.... Bukan...!Tetapi kecerdikan dan kebodohan yang hakiki ialah samada awak sokong Amanah dan Pakatan, atau masih sokong PAS dan UMNO, itu saja."..Abe Awang Malaya




Kah Kah Kah



Comments

  1. Rakyat akan berkecuali dari mengundi PAS di PRU akan datang sebagaimana berkecualinya PAS dalam menolak Budget 2016 Najib yang berteraskan "kezaliman keatas rakyat melaui GST demi penyelamatkan Kerajaan BN yang dok seleweng dan salahguna duit rakyat". Sokongan rakyat kepada Najib sudah turun kepada tahap 32 % maka sudah sepatutnya PAS faham bahawa rakyat majoritinya sudah menolak Najib sebagai PM mahupun Menteri kewangan. Maka apabila PAS sudah tidak lagi duduk bersama dengan majoriti rakyat dalam menolak Najib maka rakyat berhak untuk menolak PAS secara total dan umat Islam juga mempunyai dalil untuk menolak PAS sebagai parti Islam. Meluluskan Budget yang bergantung kepada cukai GST bermakna bahawa PAS sudah meninggalkan hukum2 dan nilai2 Islam serta bersekongkol dengan golongan yang berlaku zalim kepada rakyat. PAS sudah bertukar kepada PUS (Parti Ulamak2 SukaDunia).

    ReplyDelete
    Replies

    1. LANGIT dan Bumi...Teguh Ber Diri
      MALAIKAT pun Turut...Menjunjung Tinggi
      Menjunjung Se Mutlak7..."KBNARAN" Yg Hakiki
      Itulah Amanah-NYA...Semenjak Azali
      Menjadi AMANAH...Nabi Dan WALI
      The Absolute ORDER...The Highest Integrity
      SELFLESS...Tak Wujud Mementing kan Diri..


      Apakah "MOTIF"...Nabi2 Di Utus?
      Kalau Bukan...Membuktikan "KBNNARAN"
      Mem Bongkar Ke Zaliman...FITNAH Yg Rakus
      Menerangi Kegelapan...Bejat "KEKELIRUAN"


      Apakah "MOTIF"...Wahyu Di Turun?
      Bukan kah "KBNARAN"...Yg Wajib Di Julang??
      Se Mutlak7 "KBNARAN"...Yg Turun Temurun
      So, SYIRIK dan Murtad pon...Jelas & TERANG






      SYIRIK Itu..."HARTA" Di Dada
      MURTAD Itu...Tunggang TERBALIK
      AMANAH Yg Suci...Diputar di Hina
      FITNAH Penyamun...Di Make-Up "CANTIK?"






      Wahai Sahabat...AMANAH yg Sejati
      CAHAYA AL-Quran...Mudah & TERANG
      SYIRIK dan Murtad...Bukan lah "ILUSI"
      Terang & Nyata...Jelas Ter "PAMPANG"
      Menyembah Patung..."Old-School" yg BASI
      Duit & "HARTA" lah...Dada Ber Goncang!!?


      "Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL"...ALLAH Ber Firman
      SYIRIK itu..."HARTA" Ber Takhta
      ESOS Balak...Projek di "UMPAN"
      Termakan "UMPAN"...Buruk Padah Nya
      Se Hina-Hina "Abdi"...Yg Mengikut Arahan
      W.pon Ter Paksa...FITNAH Ber Dusta





      Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
      Sujud Dakap Lah..."KBNARAN" Yg Hakiki
      LANGIT dan Bumi...Kan Mnjd Teman
      MALAIKAT pun Turut...Setia Menemani
      Seluruh "ZAT" Yg'SATU...Pun Memberi Sanjungan
      Kelak Kau kan "TERBANG"...Ke Makam yg Terpuji

      Delete






    2. Yahudi Madinah...Yg Ahlul-KITAB
      Nabi Mengajak...Untuk Ber DEBAT
      Agar TERANG..."Sandiwara" yg GELAP
      Demi "KBNARAN"...Cahaya MUKJIZAT


      Si Ahlul-KITAB...Takut Ya! Amat
      Kerana "KBNARAN"...Menyuloh TERANG
      Sanggup Ber "JANJI"...Tetapi KHIANAT
      Akhirnya Ter USIR...Tertunggang LANGGANG





      Diminta Ber DEBAT...Tiada Keberanian
      Diajak "MUBAHALAH"...Kecut Ya! Amat
      Spesis yg "SAMA"...Berjubah Ber SORBAN
      Seperti Ahlul-KITAB...Yg Sesat & MURTAD









      Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
      Sejarah Ahlul-KITAB...Jd kan lah Panduan
      Yg Mengaji "KITAB"...Dan Mengejar HABUAN
      Adalah "Kaldai"...Yg Menjadi TUNGGANGAN



      Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
      Cari dan CINTAI lah..."KBNARAN" Hakiki
      Yg HARUM Semerbak...Mekar dan MEWANGI
      Semakin Kau Damba...PUAS Tak Terperi




















      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?