Ucapan OREN dari Khalid Samad dan Drama Debat 1MDB - [VIDEO]

Antara isu menarik sekarang ini ialah debat Tony Pua lawan Arul Kanda pasai 1MDB yg di jadual malam esok 5 Nov. 2015 bro ! Hangpa jangan pi mana, kalo jadi? pi mengadap tee vee ke atawa tengok on9 di internet, radio PEDAS ada bro ! kalo nak harap media dan saluran TV Perdana? pakai payah laa sikit, pasai menterinya dah putuskan tak akan ada siarannya sekali pun Tony Pua diganti bro !( Tiada debat 1MBD walaupun Pua diganti, kata Salleh)Kah Kah Kah

Turut dimuatkan kali ini, ialah ucapan isu2 semasa oleh Khalid Samad dari AMANAH bro ! Beliau mengupas perkara2 yg berlaku di Parlimen berhubung pergantungan LKS selama 6 bulan dari menghadiri Parlimen ! serta kupasan mengenai perbahasan bajet 2016 . Ucapan Khalid Samad kali ini dikira antara yang terbaik kupasannya..layan video tu bro sampai habis bro !



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak menegaskan tawaran debat terbuka untuk disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia hanya terhad kepada Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua sahaja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 4 November, 2015.




Khalid Samad: Inilah Kezaliman Oleh Orang Yang Ada Kuasa Yang Majoriti
Published on Oct 27, 2015Kupasan isu semasa bersama pemimpin Pakatan Harapan, Taman Berkeley, Klang 25/10/2015 - mediarakyat 

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda di RTM. 
Soalan Bocor Untuk Bos 1MDB?



Adakah esok 5 Nov. 2015 jadi realiti bro ! Debat Tony Pua vs Arul Kanda ? Harap2 jadi laa nooo? pasai rakyat dok tengah ketagih nak tau citer sebenar dari Arul Kanda nie bro !
Tony Pua pula hari ini mendedahkan sepuluh soalan bocor untuk dijawab Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pada rancangan temu bual kelak.

******



Debat bukan budaya kita. Itu antara ungkapan yang biasa terngiang-ngiang di telinga rakyat Malaysia melalui mulut pemimpin politik. itu dahulu walaupun ada banyak perbincangan dan forum terbuka yang membincangkan isu semasa di Malaysia termasuklah anjuran Sinar Harian dan Karangkraf melalui forum popularnya Wacana Sinar.

Itupun rakyat Malaysia tidak dapat tonton secara live di kaca televisyen.

Nah, kali ini budaya yang dahulunya dilihat ganjil daripada pemimpin konvensional mungkin akan berlaku sedikit perubahan budaya di Malaysia apabila besar kemungkinan rakyat Malaysia akan menyaksikan satu debat melibatkan isu semasa di Malaysia yang paling tegang dan panas dekad ini iaitu membabitkan isu 1MDB.

Berdasarkan butiran kemungkinan Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda dijadualkan :

Hari : Jumaat
Masa : 9 malam hingga 10 malam
Saluran Siaran Langsung debat 1MDB : RTM
Tarikh : 6 November 2015
Pendebat : Arul Kanda Kandasamy VS Tony Pua
Pengendali acara : Malay Mail
Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda : 

Antara Soalan Bocor?


P/S : Rakyat Malaysia mahu lihat dan saksikan debat 1MDB hanya kerana mahu  jawapan disebalik persoalan yang tergantung, bukan jatuh hukum. Bukannya mahkamah. Rakyat yang akan dapat kesimpulan awal selepas tengok gerak geri dan telatah kedua-dua belah pihak berbalas hujah.


1. Mengapakah Bank Negara Malaysia menarik balik kelulusan untuk 1MDB memindah lebih US$1.8 bilion ke luar negara? Adakah kerana dana itu dipindah ke akaun yang tiada kaitan dengan projek usahasama 1MDB dan Petrosaudi International Limited (Petrosaudi) seperti yang didedah dalam minit mesyuarat lembaga pengarah? Adakah akaun itu dimiliki Good Star Limited dan siapa sebenarnya menguasai syarikat itu?

2. Benarkah 1MDB melabur US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus daripada 1MDB-Petrosaudi sedangkan Petrosaudi hanya perlu melabur haknya untuk rizab minyak di Laut Caspian di Argentina? Benarkah hak untuk rizab minyak itu dibatal Petrosaudi sekitar dua bulan selepas menandatangani perjanjian usahasama, sekaligus Petrosaudi memastikan kepentingan 60 peratus tanpa melabur apa-apa?

3. Benarkah 1MDB tergesa-gesa menandatangani perjanjian usahasama dengan Petrosaudi tanpa mendapat kelulusan lembaga pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat lembaga berkenaan?

4. Kenyataan 1MDB bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan US$1.4 bilion dijadikan deposit kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat IPIC untuk jaminan dalam isu bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Bagaimanapun, penyata kewangan IPIC pada Disember 2013 dan 2014 yang diaudit Ernst & Young tidak menyatakan syarat untuk jaminan berkenaan. Laporan imbangan IPIC juga tidak menyebut deposit itu diterima atau sebaliknya. Mengapa 1MDB tidak mempersoal IPIC berkaitan deposit itu?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada US$1.22 bilion sebagai penebusan daripada dana pelaburan Cayman Islands dan US$975 dipinjam daripada Deutsche Bank yang menyebabkan penamatan pilihan 1MDB kepada Aabar Investments (Aabar) sebagai sebahagian syarat tambahan untuk IPIC menjamin bon 1MDB bernilai US$3.5 billion? Apakah jumlah sebenar yang dibayar kepada Aabar atau IPIC? Mengapa penyata kewangan IPIC pada Disember 2014 menunjukkan 1MDB berhutang US$481 juta untuk penamatan itu? Sebagai tambahan, jika US$993 juta itu ditebus daripada Cayman Islands tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke manakah perginya wang itu?

6. Penyata kewangan 1MDB, jawapan parlimen dan kenyataan media menyebut 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada Mac 2013 untuk melabur secara 50:50 dengan Aabar. Persoalannya, bagaimana US$1.5 bilion dari pinjaman itu digunakan untuk hal lain seperti yang ditunjukkan Audit pada Mac 2014, apatah lagi usahasama itu belum dimulakan?

7. Arul ada menyatakan, berpandu kepada minit mesyuarat yang dibocor, baki pelaburan Cayman Islands yang berjumlah US$1.108 bilion sudah ditebus sepenuhnya dan disimpan di BSI Bank Singapore. Bagaimanapun, Arul menyatakan ia bukan dalam bentuk tunai sebaliknya unit dana (fund units) bernilai US$940 juta. Mengapa ia masih dalam bentuk sama, bukan tunai atau aset seperti harta dan saham? Jika ia masih bentuk sama,
adakah ia bermakna dana itu tidak pernah ditebus?

8. Arul ada membuat pengumuman mengenai ‘pertukaran hutang untuk aset’ (debt for asset-swap) dengan IPIC yang dianggar bernilai RM16 bilion daripada hutang 1MDB sebagai tukaran kepada aset 1MDB. IPIC sudah mendahulukan US$1 bilion dalam persetujuan itu. Bagaimanakah 1MDB dapat menunjukkan aset yang dipindah ke IPIC pada 30 Jun 2016? Kementerian Kewangan pula menyifatkan pertukaran itu merugikan. Adakah
ia kerana 1MDB gagal menunjukkan aset itu hingga mendorong kementerian membayar pampasan kepada IPIC?

9. Arul juga mengisytihar pelupusan anak syarikat, Edra Energy yang membolehkan hutang RM16 hingga RM18 juta dihapus. Bagaimanapun, jumlah hutang keseluruhan 1MDB dianggar RM36 bilion, berbanding bon US$3.5 bilion, pinjaman RM5.7 bilion dan lebih RM8 bilion pinjaman sedia ada. Jadi, pengurangan hutang kepada RM18 bilion melalui pelupusan itu masih menjadikan 1MDB memiliki hutang tertunggak. Bagaimana penjualan
anak syarikat itu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB sedangkan tiada aset dimiliki untuk membayar baki hutang RM18 bilion?

10. Adakah tindakan Kerajaan Persekutuan surat sokongan pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk membuat pinjaman US$150 juta untuk 1MDB membayar pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd yang dianggar bernilai RM300 juta. Jika benar, berapakah baki pinjaman yang tinggal?


Selain soalan itu,  Pua berkata, Ahli Parlimen Kulai dan Serdang, Teo Nie Ching dan Dr Ong Kian Ming mewakili beliau dalam menentukan semua urusan termasuk format dan perincian lain bagi rancangan temu bual berkenaan.


P/S : Rakyat Malaysia mahu lihat dan saksikan debat 1MDB hanya kerana mahu  jawapan disebalik persoalan yang tergantung, bukan jatuh hukum. Bukannya mahkamah. Rakyat yang akan dapat kesimpulan awal selepas tengok gerak geri dan telatah kedua-dua belah pihak berbalas hujah.


sumberBerita Semasa ,  |RoketKini



**************

Sementara itu bro !

Pakatan Harapan minta debat 1MDB diteruskan 

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) ingin meneruskan debat 1MDB walaupun Radio Televisyen Malaysia (RTM) membatalkan tawaran untuk menjadi penyiarnya.
Ketua Sekretariatn PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya mempunyai perancangan lain sekiranya stesyen televisyen milik kerajaan itu enggan berbuat demikian.
“Tidak timbul masalah…Ia tak semestinya disiarkan oleh RTM, kita sudah ada perancangan lain,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.
Saifuddin memaklumkan pihaknya akan mengumumkan calon pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang akan dibuat esok...More ››..Free Malaysia Today


Tony Pua diganti
Jangan salah faham, perlu tau pasainya bro !




Ramai tuduh Tony Pua yg timbulkan isu debat ini, takut untuk berhadapan dengan Arul Kanda? takut kalah? baca kenyataan Lim Guan Eng dulu bro ! jangan dok buat sighu haru biru ! Kah Kah Kah...hangpa tau laa seniri, sapa dok canang tu? Kah Kah Kah

KUALA LUMPUR: DAP akan meletakkan calon lain bagi menggantikan Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.
Keputusan itu dibuat bagi memastikan parti itu tidak kehilangan wakilnya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata calon baru itu akan ditentukan selepas sekretariat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan bermesyuarat.
“Sekiranya Tony mahu meneruskan perbahasan ini, saya fikir kerajaan pusat tidak akan membenarkannya… malah, kedudukan beliau sebagai ahli PAC juga akan terancam.
“Ini adalah keputusan DAP kerana beliau mewakili kami sebagai ahli PAC. Tanpa beliau, kami akan kekurangan ahli PAC. Kami tidak benarkan perkara sedemikian berlaku,” katanya di Lobi Parlimen.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yakin calon pengganti Tony sudah bersedia untuk mengadapi sesi debat dengan Arul nanti.
“Oleh kerana sudah ada calon, tiada masalah jika perbahasan ini diteruskan pada hari Jumaat.
“Pembahas ganti juga seorang yang hebat,” katanya..Free Malaysia Today


********

Haa ! dah tau pasainya bro ! baguih laa kalo dah tau, so n so...orang yg nak ganti TP nie pun bukan kecik anak bro! Sapa tu ? pelan2 ushar bro ! Sapa pun kita dah tak kira bro ! janji segala krosot mosot pasai 1MDB ini, sikit sebanyak boleh dirungkai ! 

Perkara ini berikutan arahan dari PAC arah Tony Pua berhenti buat kenyataan 1MDB
Jadi hangpa jelas kot pasai nie bro !

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengarahkan Tony Pua supaya tidak lagi membuat kenyataan mengenai 1MDB kerana syarikat pelaburan milik negara itu sedang disiasat.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin berkata, arahan itu sejajar dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Saya harap dia (Tony) patuh pada arahan yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat..FMT

Itu laa pasainya bro, dari kehilangan keahlian dlm PAC? better laa cari pengganti..setel.,, cuma nak habaq sikit bro ! banyak sangat drama yang melibatkan ramai pelakon utama dan tambahan bila Umno turut 'bersilat' sama untuk cuba 'gagalkan' debat ini bro ! Tony Puah laa yg jadi sasarannya?

Takut? takut hapenya? kalo kebenaran didambakan dalam isu ini? Takut dengan kebenaran? Susah laa macam nie bro ! sampai bila mau setel ? Kah Kah Kah




Comments

  1. "AL-HAQ-Min-RABBI-Kum"...Wahyu Yg"ESA
    KEBENARAN Itu...Dari TUHAN Muu..
    Tuntut lah KEBENARAN...Di Mana pon JUA
    Kelak Kau KENAL...Penipu Yang PALSU


    KEBENARAN tu Pahit...Untuk Di DEKATI
    KEBENARAN tu Perit...Untuk Di BUKTI
    Pem FITNAH Yg Ponteng...Kan "Kecut" Di HATI
    Pen CURI Ter Bayang...Bagai kan Nak MATI!?

    Pen CURI Sanggup...Mem Buat FITNAH
    Pe NYONGLAP Suka...U-Turn & PONTENG
    Pen CURI Penyonglap....Penyamun RASUAH
    Onar & FITNAH lah...Yg di Jadikan BENTENG


    ONAR dan Fitnah...Menjadi BENTENG
    Penyonglap Pen CURI...Menolak KEBENARAN
    Hujjah Me "NGARUT"...Mengong & MERENG
    Sebagai "KARMA"...Di Laknati TUHAN




    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    SUJUD dan Cari lah....Hakikat KEBENARAN
    Sbnr7-KEBENARAN itu...Jadi kan lah Ke CINTAAN
    RELA kan lah Diri Mu...Ke Dakapan TUHAN

    Sbnr7-KEBENARAN....Di Dalam DAKAPAN Mu
    Kelak Diri Mu...Di Dakapan TUHAN
    Langit dan BUMI...Ber Sama MERINDU
    Malaikat pon turut...Setia Ber TEMAN




    Alang kah INDAH nya...Sbnr7-KEBENARAN
    Hakikat CINTA...Kaseh dan SAYANG
    Mentari Me MANCAR...Bintang dan Rang BULAN
    Seruan Kaseh-NYA...Tak Puas Ku PANDANG..












    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?