Harum Manis Masak Di Kedah & De Return of Yusni Mat Piah

‘Harum manis’ pertama gugur 19 November
WARTAWAN SINAR HARIAN

 Dr Ismail Salleh
ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah.

Harum Manis - Hijau Di luar, Oren kat dalam

“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.
“Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.
Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena.

Mengulas lanjut perkara itu, Ismail mengesahkan terdapat beberapa pemimpin besar dalam Pas Kawasan juga akan terlibat.
“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya.
Pas Kedah sebelum ini tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya ‘harum manis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli pas.

Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor turut mencabar Amanah untuk menunjukkan bukti jika benar terdapat ‘harum manis’ dalam parti Islam itu.

Pada perkembangan lain, Ismail turut menegaskan bahawa Amanah Kedah belum berbincang mengenai hasrat untuk bertanding di kawasan Pas.
“Kita berada dalam satu pakatan. Apa-apa keputusan akan dibincangkan dahulu dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
“Lawan kita hanyalah BN. Bermakna hanya ada dua penjuru iaitu satu oleh Pakatan Harapan dan satu lagi oleh BN,” katanya.
Tambahnya, mana-mana parti lain yang tercicir daripada itu adalah dianggap melakukan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

“Kami dalam Pakatan Harapan hanya akan lawan BN, yang lain kami tidak kacau. Tapi kalau dia (Pas) masuk, dia lah yang akan buat tiga penjuru.
“Tentang spesifik Dun dan Parlimen itu bukan dalam bayangan kita lagi sebab masih di peringkat awal untuk tambah bilangan ahli,” katanya...sinarharian.


                               *********


De Return of YMP



Foto ihsan - www.freemalaysiatoday
Kenapa hanya 300? Pecatlah semua – Pas Pulau Pinang
November 19, 2015
Pas mempunyai semua rekod JKKK di Pulau Pinang dan sedia memberikan rekod itu jika diperlukan kerajaan negeri.
Mohd-Yusni-Mat-Piah 
 Pas Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecat kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Pas di negeri itu.
Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, Pas sudah bersedia berdepan dengan tindakan itu malah mempertikaikan mengapa hanya 300 JKKK sahaja yang dipecat.
“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli Pas negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan,” katanya kepada FMT...

“Seteruk-teruk Pas dizalimi kerajaan UMNO/BN ketika ditendang keluar dari Kerajaan Campuran 1973/1974, Pas tetap berupaya bangkit semula membina kekuatan sehingga keahlian Pas mencecah hampir 1.4 juta orang pada hari ini di seluruh negara,” jelasnya.
Selain itu, Yusni berkata, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu lebih telus dan berintegriti dalam mentadbir negeri.
“Kenyataan yang tidak benar seperti itu khususnya dari Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP memecat 300 ahli JKKK Pas dari Kawasan Parlimen Kepala Batas yang enggan menyokong Pakatan Harapan...Free Malaysia Today


Yang sepatutnya, Kerajaan Negeri PH PP perabih buang puak walaaunn dan Pascahai yg selalu menentang segala hasrat yang baik dalam majukan negeri, baru hanya 300 dibuang dipecat dan masih berbaki 1000 lebih lagi..
YMP ! terimalah kenyataan bro ! teruskan kerjasama dengan Umnuuu Pulau Pinang, di waktu sisa-sisa yg masih berbaki lagi, moga ada manfaat untuk 'jamaah' dan Paschai sakalian. Kan itu lebih afdhal? Kah Kah Kah

*********

YMP kembali bro ! kembali menghangatkan 'pentas' PH di P.Pg dan terus tuju soklan kat LGE, "Kenapa hanya 300? Pecatlah semua" – Pas Pulau Pinang - Kah Kah kah
YMP ni laa dulunya mau boikot PRU Ptg Pauh bro ! termakan dgn momokan Tok Sidang depa..masa tu Pas masih ada Mat Sabu dan semua pimpinan pro nya yg sekarang memimpin Parti Amanah bro !
Sudah laa mau boikot Pru yg babitkan calonnya DS Wan Azizah Ismail kononnya PKR menolak Hudud? Kah Kah Kah

Dengan muka tak malu dan memang pun Pas P.Pg paling tidak bermaruah bro, setelah depa putuskan hubungan dengan DAP dan Amanah ditubuhkan ! Depa Pas terus terusan menyerondoi PKR nak buat kawan? kah kah kah - Perut hempedai Pas busuk sekali bro ! bila dah solo dan dah tak ada lagi yg depa rasa 'suit' nak buat kawan? terhegeh2 habaq 'Pkr kawan kami' kami akan perkemaskan PR dengan PKR ! w.pun nyawa PR dah lama 'kena cabut' ! Kah Kah Kah


Dlm perkara yg 'menguntungkan' ahli Pas, tidak pula depa nak putuskan hubungan dgn Dap bro ! ini semua 'fulus maniac' bro ! itu pasal laa YMP tanya soklan, pasai apa hanya 300 saja JKKK kena pecat? awat tak boh perabih? kah kah kah

Kalo kita kata soklan tu bangang? nanti ada yg marah pulak? kah kah kah

Biaq aku jawab bro, yg lain tu sokong PH Pulau Pinang. kalo sokong? baru senang buat kerja, yg tak mau sokong ? menyemak laa kalo simpan pun, jadi kita kata kat depa, "Na Na Na Na Hey Hey Hey Goodbye " Jadi yg 'baki' sokong Pakatan harapan di Pulau Pinang tu adakah jenis dan spesis 'harum manis' di P.Pinang bro ! Nampak ijau kat luar, tapi dah ranum oren kat dalam ! Sehari dua lagi, gugur laa bro..cuma depa malu2, segan2 gitue ! Kah Kah Kah


Lepas tu YMP berkata, (
Pas Pulau Pinang tidak lemah dengan tindakanDAP") bro ! ( "Pas tidak terkilan atau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri memecat 300 ahli JKKK daripada kalangan ahli parti itu", dan kata dia seterusnya, "Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang (BPPP) akan tetap berfungsi seperti sebelum ini bagi menyumbang khidmat bakti kepada rakyat.")..More ››

Cuba renung sikit, PAS hanya ada 1 (satu) ADUN saja di P.Pg dari jumlah keseluruhan 40 ADUN yang dipertandingkan, iaitu di N11 Permatang Pasir yg dimenangi oleh Salleh Man Mat Aji bro !.... 

Dengan berbekalkan 1 ADUN ini, DAP memberikan PAS 1083 jawatan bro ? Mana nak pi cari macam tu? Masa BN dulu-dulu tu, ada BN bagi apa2 jawatan? Ada? Kah Kah Kah - awat hangpa tak keriau, tak melawan? Laa nie hangpa dah jadi 'Penasihat' di Pusat pula tu? ada dia BN bagi apa2 ? tanya saja bro? tak kan tanya pun tak boleh?
Jadi, tok sahlah dok riuh kat LGE tu? dah lama hangpa rasa 'sedap' dok pulun sorang sikit bro? baru 300 JKKK kena pecat bro, tu pasai yang selebihnya? berlambak hak lagi boleh dok 'tumpang' tui sikit sikit bro? yang hat lebih nie laa, hijau kat luar, oren kat dalam ? Kah Kah Kah

YMP nie sapa tak kenal dia bro? ingat pukulan Sg Aceh dulu, depalah yg 'khianati' PKR rakan PR di P.Pinang bila pertandingan 3 penjuru di sana, last sekali Umnuu yg dapat labanya..Dok sembang deras apa bro (Pas Pulau Pinang tidak lemah dengan tindakanDAP), konon tidak terkilan, tidak terkejut dgn pemecatan 300 ahli tu? Pirahhhhhhh ! kah kah kah

P. Pinang adalah kerajaan Pakatan Harapan bro ! Sebelum nie, Pas bukan main gamat lagi dok kutuk, dok maki hamun Pakatan Harapan tu, dalam dok maki, dok sumpit tu? mana muka hangpa bila dok tenyeh DAP dan PH ? Masa yg sama hangpa pakat dok pegang jawatan tu? Bermaruahkah segala Paschai yg tak sokong PH tu? Bila Pas yg riuh dok habaq putus, putus, putus hubungan dgn DAP masa Muktamar 61 lagi? Hangpa pulak dok kata DAP yg memutuskan hubungan itu? Sikit kamjat ke puak Paschai nih? Kah Kah Kah



Di bawah Tok Sidang laa nie, Pas memang dilihat sudah hilang maruahnya sebagai sebuah wadah yg berjuang atas nama Islam, rakan2 keliling semua cuba pakat jauhkan diri dari Pas bro ! hingga Husam Musa yg masih jadi ahli Pas tu pun dah tidak lagi sanggup melihat telatah Pas yg kian 'memuncak' dapatkan 'ihsan dan simpati' Umno..Wala' mereka sekarang adalah kpd Umno? Simpati Umno ditagih, minta diulit, minta dipandang walaupun ada sebahagian orang Umno dah naik semak dgn perangai Pas ni, sampai ada yg kata, tak payahlah kita kerjasama? pasai kita membawa dasar yg berbeza? Tu pun setengah walaaun dan Paschai tak faham lagi? Kah Kah Kah

Pas kemundian mengatakanPas kini pembangkang di Dun P.Pinang )Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota JKKK daripada PAS dipecat di negeri itu. hanya jadi pembangkang bro ! Tak habaq pun orang tau bro ! sejak bila Pas jadi 'kerajaan bersama' PH di P.Pinang? dengan 1 ADUN saja, bangkangan diterima bro? Pasai tu LGE kata yang Pas dah bankrap ideaGuan Eng: Pas sudah bankrap idea ) Pas disifatkan sebagai bankrap idea untuk mengkritik DAP sehingga menggunakan serangan peribadi seperti dilakukan Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Kah Kah Kah

Inilah agaknya debat Husam-Mustafa pun dihalang bro? PAS larang debat walau Mustafa-Husam bersedia ) bukan apa, kot banyak lagi 'pekung busuk' yg tersembur nanti, tak sempat cari 'ubat' nak makan nak sapu badan tu ? jenuh Tok Sidang nak tepis nak kelepiaq ? Kah Kah Kah

Sementara itu, kabornyaAMANAH sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang ) Bukan nak payah pun !kata omputeh, 'one down one to go another town another show ' patah tumbuh hilang berganti...yang ganti tu pula lagi 'kemas' dari yg dah melongsoq tu bro? Kata Ahmad Nisfu, 'padan muka Abd Wahab dan Abdul Wahib' Kah Kah Kah




DUKACITA ?
Kasiannnnnnnnn bro !


Bukacita? atau Dukacita? Kah Kah KahApasal mau dukacita bro ! sendiri bikin, sendiri ambik laa !Cakap pun tak senta? Pakatan Rakyat dah 'RIP' bro! dah kojol dahmemang laa dulu hasil kerojasama dap. pkr dan Pas (PR)..tapi kerjasama baru? hangpa tak mau, hangpa camdek lagi? PP sekarang adalah Kerajaan Pakatan harapan bukan PR lagi? ada faham? Jadi, yg sokong aje laa yg depa 'maintain' macam Salleh Man tu dan yang lain? Memang wajar apa? depa PH tarik balik segala jawatan yg diberi tu? So What ? Apa masalah PAS ? Fulus ke? aku tanya saja, tak kan tanya pun jadi salah? Kah kah Kah


Harum Manis di Kedah
Foto2 menarik Pelancaran 
AMANAH Pokok Sena semalam

Semua foto dengan ihsan dari fb 













Semua foto dari Fb WBK - Warga Baling Kedah


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengatakan beliau dianggap Harum Manis kerana masih ahli PAS walaupun pro Amanah.
Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.
"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.
"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan..The Malaysian Insider


*******

Aku pernah menulis pasai ini bro! Dulu Mahfuz Omar nie pernah menolak untuk sertai Amanah bro ! lihat dan klik mankaq.blogspot.com , itu masa lalu, sekarang beliau pun dah mengaku jadi 'Harum Manis' , sikit hari lagi ranum, gugur laa bro !

Pandai Amanah menanam Harum Manis yg memang menjadi kegemaran ramai, berebut depa bro, berpusu-pusu serbu kaunter 'jualan' harum manis di meja pendaftaran bila dibuka? cuma ada yang malu2 kucing takut kawan 'si petai' busuk nampak? Kah kah Kah. Peduli apa depa bro ! depa hari2 buat sambal petai, mulut tak pernah cuci pula tu, habis busuk mengaum saentero Malaya bro ! Kah Kah Kah

Kumpulan HM (Harum Manis) dalam kalangan ahli dan akar umbi Pas sekarang ini menggetarkan nadi dan jantung segala pimpinan Pascai bro ! Bila tiba musim, bila dah ranum nanti, mereka akan tahu sendiri betapa Amanah yang jadi pilihan mereka? Pokok Sena sebagai contoh terbaru bro ! jangan buat main dengan senario ini, menggegarkan saentero Malaya bro ! Amanah akan gegarkan dari Perlis sampai ke Sabah, Sarawak bro !

Sekarang, puak2 Pascai dah pakat kena angin senggugut, tambah2 Husam Musa menghangatkan bicara ! sampai depa salah abah bro ! lari ke sana lari ke sini, segala yg dibuat, ditutur dah tak menjadi bro! Kah Kah Kah - kasiannnnnn, sendiri buat sendiri tanggung laa. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat seperti lama dulu, hampir mustahil bro ! kecuali yang terlalu bangang dan bengong atawa tak tahu apa2 tentang 'sepak terajang' pimpinan atasan Pascai bro ! Bagi mereka yg peka dan sadar perhitungan untuk melawan sasaran sebenar? mereka tidak akan lagi bersama PAS ever & 4 ever bro ! 

Akhlak Pascai kian meghudum hari demi hari, kecuali mereka yg punya persamaan akhlak dengan segala Pascai akan terus memberi taat setia buta bin tuli bro, iaitu segala walaunn yg tidak memeriksa 'kebijaksanaan' diri mereka sendiri ! baru sekarang Pas melalui 'de so called' ostad dan 'ulamak' nya serta lebai2 di kampung dan pinggir bandar sudah mula berjinak dengan 'usrah mingguan' mereka? yang mana dulunya terhenti begitu lama selepas era Ustaz Fadhil Nor, dan kini bukan main lagi berjinak dengan 'usrah' mereka bro ! mau tanya sikit kenapa? melalui usrah sebegini, mereka boleh dan cuba menanam kembali keyakinan untuk bersama Pas setelah hampir2 meneggelamkan sang nakhodanya, krew2nya, awak2nya, bersama kapal yg dulunya dilihat begitu gah dan sekarang habis pakat gelabah ? Kah kah Kah



PAS dan Bubur Asyuranya (BA)?

Nie tandanya pendek umur? 
Dah tak tau nak cakap apa? Buboq asyura! Buboq asyura laa
Orang makan BA tu masa panas2 bro, baru sodap ! kalau dah
sejuk dan lama sikit, dia mula nak berair bro ? Macam Pas laa
kalo banyak dok bercakap macam nie memang jadi bubur asyura sungguh laa...apa punya bangang buat ibarat macam nie? kah Kah 

lihat - Pas ibarat bubur Asyura, ada kekuatan tersendiri
kononnya ada kekuatan sendiri? Ya ada bro ! habih pakat lembik macam bubur asyura tu? segala kacang, pisang, jagung, n sereba mak nenek lagi hangpa pakat gaul sekali? Ngan Umno pun hangpa gaul sekali. cantekkkkk bro ! last sekali, sapa pun tak kebuloq nak makan? pasai cepat berayaq tu laa budak umoq 13 tahun pun depa nak pederaih daftar jadi ahli? (Pas lancar gerakan jadi ahli umur 13 tahun) apa laa budak2 umur begitu tau? SPM pun belum ada lagi, setengah tu baru belajar nak kenal najis? Mughallazah ke, Mutawwasithah ke? Mukhaffafah ke? Mandi Hadas pun tak tau lagi pasai belum masuk 'boder' lagi? Agaknya inilah yg akan jadi bubur asyura tu bro ? Kah Kah Kah

Terbaru dari HM 
(Husam Musa Harum Manis)



Sapa tau apa maksud "JONG KAKA" ..??jong kaka maksud tukang angkat hidang..kalo loghat kedah pulak panggil bentara la ya..atau mentara..last sekali dapat tuala 'good morning' bila habih keroja ? lepas lap peluh, lempaq buang bro ! Cantik tamsil HM tu bro ! kah kah kah




Amanah yakin Pas berubah?


Mamat nie memang selalu bidas Amanah bro ! tak senang sungguh dia ngan Amanah? ada saja labun dia, begitu laa, begini laa. mulut tatap cirit bro ! Kah Kah kah
Kena tau sikit bro, Amanah ditubuhkan akibat daripada rasa kecewa dan hilang keyakinan sebahagian daripada  pemimpin dan penyokong Pas ke atas sikap pemimpin itu sendiri terutama berhubung hala tuju perjuangan Pas dan hubungannya dengan parti-parti politik lain terutama Umno 
Pun begitu, Amanah tetap menyerukan Pas, agar turut berubah dengan segala tingkahlaku pimpinan atasannya? pimpinan utamanya terutama Tok Sidang dan segala Paschai yg yg pro-ulama yg menyokong Umno? cuma mereka yang sedar kini berada dalam bentuk dan ibarat buah mempelam jenama Harum Manis yg menghampiri musim gugurnya sahaja yang dilihat mula menampakan perubahan !

Yang nampak mula berubah?

Adun Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan Pas negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
(Perjelas pendirian sokong Pakatan Harapan 
Salleh Man nie, aku cukup kenai bro Dia nie kool, senang ajak sembang n borak..pada aku laa hati Salleh nie dah jadi oren, cuma kulit masih hijau ! kah kah kah. Pas Ptg Pauh dah boh putus kasih ngan Salleh nie (Putus hubungan dengan Salleh Man ) apa punya turrr Pas Ptg Pauh nie, dah laa dia tunggal di P.Pinang, tentu laa dia setuju dgn PH yang semua tu kawan2 dia dulu nie, laa nie mula dah jinak sikit..sabar sikit ari saja lagi..gugur laa harum manis tu? P.Pinang tak gugurkan Salleh bro ( K'jaan PP tak pecat Salleh Man kerana setia pada Pakatan Harapan ) Kesetiaan Salleh ada hun dia? itu pasal laa lain2 Paschai macam YMP dok merangat tu? 'That's why' dia kembali hangatkan 'pentas' ini ? kah kah kah
Lihat video bro - klik Guan Eng: Salleh Man Tidak Akan Dipecat


Yang nampak tak boleh berubah?


Nak berubah macamana?Kalau alasan Tok Sidang pun buat busuk mulut saja bro !!!Sia-sia laa kalo jadi 'punaisehat' kalo tak boleh habaq kat Umnuu sendiri bagi 'stop' buang dua benda yg merosakan Islam dan orangnya? Kena jawab laa soalan balas DAP tu bro ! Tu laa, kalo banyak sangat dok main hula hula hoop? kan sendiri yang kantoi ! Tu pun walaunnn pakat syeronokkkkkk lagi? Kah Kah Kah

Mana Punaisehat?



sila ke sini -  http://m.malaysiakini.com/news/319755


Hadi tak bantah...??kerajaan negeri terengganu dilaporkan telah meminda dan mewartakan undang-undang negeri yang membolehkan umno terengganu mengambil alih tanah rizab melayu?.
Mana Punaisehat? atawa 'Punai' yang sehat tu akan kena 'sembelih'? bro, Umnuu akan menggulai sakan ler ! sodap punai nie bro ! Kah kah kah


Nostalgia Haru

Gambar hitam putih perhimpunan rakyat pada september 1977 yg tidak berpuashati terhadap tadbir urus kerajaan kelantan dan parti pas.
Gambar warna pula perhimpunan rakyat november 2015 malam tadi yg tidak berpuashati terhadap tadbir urus kerajaan kelantan dan parti pas.
Perhimpunan rakyat tahun 1977 dan mlm tadi tahun 2015 berlangsung di tempat sama iaitu berhampiran SUK lama.
Sebagai orang lama yg mengikuti arus politik kelantan kehadiran ambo di dalam dewan suara muda dan di jalan doktor malam tadi telah membangkitkan nostalgia dan kenangan sewaktu ambo masih muda.(Berasa muda metar metar)
Apa yang dapat ambo rumuskan ialah TIADA SEBAB RAKYAT NAK UNDI PAS dlm pru 14 kecuali golongan yang telan beh.
Rakyat yg berpegang kpd fakta akan tolak Pas dlm pru 14. 
Setakat ini dahulu ulasan ambo. Nak lebih kita berjumpa di mana mana kedai kopi pagi ni dalam program "Kawe belanja demo bayar".
Terima kasih. ....
*****

Ini pun boleh jadi 'harum manis' gak bro ! kan Kelantan ramai masuk Amanah? tertinggi di Malaysia bro. mau tanya laa pasai apa? tidak lain tidak bukan pasai Kelantan dah salah urus, salah tadbir bro? Husam banyak bangkitkan pasai ini? sehari dua lagi..harum manis tu gugur laa...Kah Kah Kah

Nostalgia Celaru


Cuma nak tunggu jawaban dari dua yang di maksudkan oleh 
Rahmat Wel ini bro ! Kalo 'ya' katakan 'ya' ! kalo tidak, katakan 'tidak' ? tapi tunjuklah bukti mana yang patut? lama sangat dah tu bro? Kah Kah Kah

Cirit- Cirit bawa Sakit

Dikaborkan, Umno tak penah bincang pun utk sokong hudud PAS, kata Jamil Khir kelmarin. *Puak pAS kena tipu lagi. Orang bodoh je kna tipu sampai 2 kali dgn orang yg sama - Keris Mas Sejati
kah kah kah - cuba labun tengok nak tanding semua kerusi UBN pulak ? Kan Umno tak beri muka kat PAS pasai Hudud? Bincang pun tidak, tak pernah pula tu, kata Jamil Khir? Ada berani? Dok kata tak bagi muka sangat kat Amanah dan DAP? sekali Amanah dan DAP pun nanti akan tanding semua kerusi Pas di Kelate dan Ganu, dan lain negeri? Baru nak teriak balik guri kot? Kah Kah Kah

akhirkalam



Comments



  1. Jalan yg LURUS...Jalan yg LURUS
    Bukan U-Turn...Tunggang TERBALIK
    IMAM yg LURUS...IMAM yg KUDUS
    Bukan nya "IMAM"...Yg Murtad & SYIRIK


    Murtad itu...Tunggang TERBALIK
    SYIRIK itu...."HARTA" Memper-Kuda
    AMANAH-yg-LURUS...Di "Lacur" Jijik
    Ponteng FITNAH...Songlap Berleluasa


    "IMAM" yg Syirik..."IMAM" yg Murtad
    HARTA Ber "Kuasa"...Si Tolol Di Jerat
    Tunggang TERBALIK,,,"KELIRU" dan Sesat
    Ibarat GELAP...Di Hutan yg BANAT!!!


    Ibarat GELAP...Di Hutan yg Banat
    Di Patuk Ular...Ber Kali-kali
    Dendam Kesumat...Tenat SAKARAT
    Ke Dasar "Jahannam"...Menghumbankan Diri









    Jalan Yg LURUS...IMAM yg Kudus
    Tak Perlu kan JUBAH...MA...PhD
    Tak Perlukan"Penghafal"...SORBAN yg Bagusss
    Yg Di Perlukan Audit..."HISAB" yg Teliti
    "HISAB" Di Hati...Memancar Halusss
    Menghapuskan FITNAH...Penyamun Pen CURI



    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    SAKSIkan lah "ROH"...Langit dan Bumi
    "ROH" Ber Khidmat...Yg Sentiasa Mem-BERI
    "ROH" yg Suci...Tak Akan Men CURI



    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    SAKSIkan lah Langit...Dan Matahari
    SAKSIkan lah Bumi...Dan Tumbuh2an
    SAKSIkan lah Nyawa...Dan "NAFAS' Mu yg Di BERI
    Semua Nya "Mem-BERI"...Di-BERI kan TUHAN
    AMANAH Mem-BERI...AMANAH-yg-SUCI
    Itulah AKIDAH...Sbnar7-KEIMANAN
    Jgn Sesekali FITNAH...Songlap Men-CURI
    Saling Mem-BERI...AMANAH-Nya-TUHAN



    ReplyDelete
  2. menang satu kerusi sudah sombong di pp berlagak macam pegang negeri
    pas dak tak boleh berpakat
    pakatan rakyat---menjadi pakatan dengan pkr
    pakatan dengan barisan --pakatan dengan amno saja

    pas kembali 20 tahun kebelakang-kena ingat pas parti politik bukan parti dakwah

    kalu parti dakwah kena dakwah dap bukan tibai dap--

    kalau parti politik kena menambah kawan--berkawan dengan musuh seperti menelan ludah hijau berkahak

    haji hadi undur lah zaman dinasour dah berlalu

    ReplyDelete
  3. kah kah kah zaman dinasour dah berlalau
    cantik ayat tu bro anon !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?