Agenda Sempit Pas - Agenda politik pun tak faham?

Tuan Ibrahim tak faham realiti politik di Selangor’



Khalid melihat PAS lebih mementingkan agenda sempit yang diperjuangkan parti Islam itu daripada tunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor. 

KUALA LUMPUR, 11 November:
“Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak memahami realiti politik di Selangor,” kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang menolak cadangan untuk kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Menurut Khalid, Tuan Ibrahim gagal memahami realiti, di mana Kerajaan Negeri Selangor telah diamanahkan rakyat kepada PKR, DAP, PAS dan Amanah.
Jelasnya, PAS adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan sudah pasti mereka perlu bekerjasama dengan parti lain di negeri berkenaan.

“Saya bagi contoh mudah yang mana majlis rewang pun memerlukan kerjasama orang kampung untuk jayakan kenduri, apatah lagi sebuah kerajaan.

“Disebabkan itu, Amanah mencadangkan PAS mengadakan perjanjian bersama untuk bekerjasama dengan PH, bukannya Amanah atau DAP secara sendirian di Selangor.

“Jadi, sekiranya PAS tidak boleh nak bekerjasama, macam mana pentadbiran kerajaan nak berjalan dengan lancar dan takkan Menteri Besar kena adakan mesyuarat berbeza dengan Exco DAP dan juga PAS, atas sebab tidak boleh bekerjasama,” katanya kepada The Rakyat Post, pada Selasa.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu turut menasihatkan Tuan Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS mendengar pandangan PAS Selangor.

Ujarnya, mereka perlu mengetahui apa yang hendak disampaikan Exco PAS yang berada dalam kerajaan negeri.
“Saya lihat kenyataan yang dibuat itu bersifat nasional, sedangkan cadangan yang saya buat itu hanya di negeri Selangor.

“Saya minta maaf, kerana saya lihat PAS lebih mementingkan agenda sempit yang diperjuangkan itu daripada tunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor,” tegasnya..The Rakyat Post




Baca keyataan Khlid Samad iniCADANGAN AMANAH BERHUBUNG STATUS KERAJAAN SELANGOR ]

********

Tak sangka pula yer, orang #2 Pas pun tak berapa hadam pasai politik kerojasama bro ? Waqi' dan realiti semasa pun, Paschai tak telaah habis? kalo baca buku tak habis? masuk periksa (baca pilihanraya) 'sure' gagal punya bro ! Kah Kah Kah

Tu pun ada hati nak jadi 'penasihat' ? Tau tau, Penasihat pula kena nasihat? kah kah kah
Ia ler, Khalid Samad kata, Kerajaan Selangor bukan mahu k/sama Pas saja tetapi parti lain jugamereka perlu bagi kerjasama bro ! untuk k/sama di Selangor saja, tu yg Amanah cadangkan PAS kena adakan perjanjian bersama untuk berk/sama dgn PH, bukan dengan Amanah atawa DAP. Tak kan yg nie pun tau paham tak tau beza? Itu pasal lah Khalid kata, takkan Azmin sebagai MB kena mesyuarat berasingan atara Pas dgn lain2 komponen dlm Kerajaan Selangor tu? dgn Exco Pas sekali, lepas tu dgn DAP dan Amanah?Leceh laa mcm nie bro ! Di sinilah realiti yg depa Pas tak boleh nak hadam tu bro !  Kah Kah Kah



Nak elak camna bro !
Semangat Pas laa nie kena 'bersama' Umnuuu
Hilang Umnuu, Lenyaplah Pas? kan gitu bro ??

Kah Kah Kah 

Sempit Semput Akal


Pantang tegur sikit, mula laa Paschai terganggu saraf bro, Patutnya de so called DUP Pusat, panggil Husam dengar hujahnya kenapa bercakap pertikai Tok Sidang? Kalo 'ya' ? panggil laa Tok Sidang tu pula, minta penjelasan, pasai apa dia beriya sangat nak padu padu ngan Umno? atawa hangpa segala Paschai setuju bebenor dgn Tok Sidang punya 'agenda' ?? Baca di Mkini bro Dewan Ulama tunjuk jalan keluar pada Husam ) 
Kah Kah Kah..tunjuk jalan keluar? Woitt ! tu bukan tunjuk jalan keluar bro ! tu Ha Alif Lau (HALAU) namanya ! Kah Kah Kah.. apa laa punya olamak ! akai sempit semput macam nie ? tunggu 13 Nov ini ( Husam keluar PAS atau tidak, jawapan 13 Nov ) Husam nak jelas pendiriannya bro, nak keluar atau nak istiqamah dengan Pas ? Ulama2 'kacang soya' yang dok ada nie tak ada kerja lain, kalo kritik sikit, walaupun yg membina, terus saja semput ! bukan nak bawa damai, dengar dulu apa justifikasinya ! betoi baguih punya Pak Yet kat Tok Sidang ? Kah Kah Kah

Tak Paham Agenda


Nie laa orang panggil ketegaq buih bro ! Pas tu dah semakin semput nak reput? sebab Pas pun pembangkang? maka rakan2 PH ajak duduk fikir bersama macam mana nak hadapi Umno terutamanya bro ! Pas dah tak boleh bawa berunding dah, sejak habaq nak jadi penasihat Umno BN, bukan main sombong lagi segala Paschainya bro! Maklumlah, penasihat ? selepas ini kalau Pakatan Harapan celen Pas di kelantan, Terengganu dan Selangor umpamanya ? jangan baru nak ketaq janggut ! baru nak ajak berkawan? masa tu dah 'too late' bro ! tapi macam kata GB, kami pun bukan hingin sangat dengan Pas, dgn perangai Pas laa nie bro ! Kah Kah Kah




Takut Agenda Sendiri Lebur?


Ai ! tak senang dgn WAWI? Tapi kat Selangor tu, Pas dok senang lenang dengan PKR? tak apa pulak? Wan Azizah tak kata apa pun ! Ini macam tidak baguslah ! Jangan sempitkan akai tu bro ! Bukan PH tak ajak hangpa dok semeja? tapi hangpa tolak kerjasama Pas-PH bro ! Ketaq lutut ke bro ! dah hangpa tak mau kaco Umnu? biaq laaa PH buat keroja tu..pasai hangpa dah nak ganti Umno ? Takut sendiri punya agenda lebur ke? Kah Kah Kah


Sempit Sekulit Bawang 




"Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dah cakap tidak ada Pakatan Harapan di Selangor. PAS kekal dengan pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH.

"Hubungan kita dengan PKR sahaja, tak lebih dari itu. Kita (PAS) sebahagian daripada kerajaan Selangor dan tidak ada masalah apa," katanya ketika dihubungi..
Diminta mengulas berhubung langkah Azmin yang mahu berbincang pimpinan AMANAH Khamis ini, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata pihaknya mengambil pendirian tunggu dan lihat. www.malaysiakini.com


*********

Kulit bawang nie bro, terlampau nipis sangat? M. Amar dok pikiaq depa PAS sahaja kut yg ada hubungan dgn PKR di Selangor? Awat DAP dengan Amanah atawa PH sendiri tak ada kut? Masing2 ada 'saham' politik di Selangor bro ! Jangan nanti pecah terburai bila mai Pru 14 nanti? baru nak mengeliat nak berlunjur? Ini lah akal dan agenda sekulit bawang bro ? Mat sabu pula kata, PAS Jangan Salahkan Orang Lain Jika Kamu Tewas Di Kelantan ( greenboc )Kah Kah Kah


.Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan tetapi kini sebaliknya berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015
PAS Kelantan menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak boleh dipercayai dan berbohong mengenai perjuangan mereka, lapor Sinar Harian.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.
"Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS..FMT - Amanah berbohong di Kelantan, kata timbalan menteri besar

******

Pasai apa Amanah nak bohong bro !? Tak ada bohong laa..yang bohong tu Pas Kelantan? ayat inikah kata yg Amanah tu bohong? "Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS" ?

Ini pulak apanya bro? ['Tak boleh elak kemungkinan kerajaan Umno-PAS'] kan ke betul tu?

Mana ada bohong bro? depa Amanah nak jatuhkan Pas di Kelantan tu, pasai Pas daah jadi 'kuda tenzi' kat Umno.? Kalo lagu tu, Pas Kelantan tu ? Umno laa..cuma tak boh nama jer bro ! Pas Pusat pun dah nak jadi Penasihat kat Umno bukan? kira dok dalam sangkaq Umno laa...tu pasai Amanah nak masuk celen kat Kelate tu, pasai Pas dah tak boleh nak harap untuk lawan Umno tu..tak bohong laaa...kah kah kah..Mamat nie kuat sungguh bercakap, kalo sehari tak bertutur, demam agaknya, cakap laa bagi standat sikit bro ! kah kah kah


Tuduhan ke atas 
pimpinan Pas satu dosa


Pas tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia perlu mengikut saluran dan disiplin parti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli yang beristiqamah tidak akan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan imej parti.
“Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dikatakan mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.. More ››

+++++++++

Nie apa hal pulak bro ! nak komen pimpinan pun dah payah bebenor? kena ikut disiplin dan saluran parti? jenuh beratoq laa isi borang baru boleh 'submit' komen komentar? Lagi laa akai sempit semput bro ! Kah Kah kah

Awat yang gabra nie bro? Lihat imej di bawah, Husam tegur sikit Tok Sidang, tegur sikit pasai pengurusan 'balak' kat klate? dah terima ugutan?Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak ] apa nie? Dulu, kereta Dr.Mohd Hatta Ramli dibakar. Selepas itu Dr.Dzulkefli Ahmad pula telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh..tu tak kira lagi apa yg 'kena' kat Mat sabu sendiri masa Muktamar di Johor? juga apa yg kena kat Dr Hatta Ramli ? yang ini tak 'berdosa' ke? Husam dan keluarga terima ugutan sampai nak bunuh2 nie? tak dosa ke? Kah Kah Kah
klik pautanwww.malaysiakini.com
Lihat www.sinarharian.com.my
Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh 

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh. 
Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu. 
“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH). 

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu..www.malaysiakini.com 


*********


Islam ajaq ke macam nie, akhlak apa nie? ugut ugut, torih tayar dan rosakan harta persendirian ini? sapa suruh? kerja syaithan nie bro, bukan keroja manusia, Inilah agenda sempit semput mereka yg berkelakuan seperti 'binatang buas' ini bro? layak kah mereka diberi ruang dan peluang untuk mentadbir negara? Sejarah Khulafa Rasyidin, umpamanya Umar A-Khattab bila ditegur secara berdepan, beliau Umar mengucapkan syukur kerana adanya warga beliau seperti itu..tapi 'ulama' Paschai tak boleh nak tegur ke? satu dosa ke kalo pimpinan yg 'rosak' ditegur? Bila pulak depa nie 'maksum'? Kah Kah Kah


Tiada punya agenda?


MELAKA - Hasrat Presiden Amanah, Mohamad Sabu untuk menggantikan Pas dalam mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 hanyalah sekadar 'cakap-cakap kosong'.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek menyifatkan mustahil untuk Amanah yang belum berusia setahun mampu mentadbir sebuah negeri.

“Saya belum jumpa sepanjang sejarah parti politik berusia setahun jagung bercakap nak tawan negeri dalam masa sepenggal kewujudannya, kecuali indah khabar dari rupa..SH [ Mat Sabu hanya 'cakap-cakap kosong' ]


*******


Kah Kah kah- pemimpin kecil seperti ini, aku tak heran bro ! sebelum nie, tak kenal pun mamat nie? tau tau timbul dan terus perlekeh Mat Sabu dan Amanah. Kononnya MS cakap kosong nak ganti Pas tadbir Kelantan !

Kita tengok laa nanti bro ! sapa nak teriak balik pintu atau balik guri? Pas ke atawa Amanah? kosong ke berisi ke? kita tunggu ler ! Laa nie keahlian Amanah di Kelate tu paling ramai antara negeri2 kat Malaysia bro ! pasai nie kut, hangpa cepat2 kilas kata cakap kosong? Hangpa yg kena angin senggugut tak mau ceritaa? Kah Kah Kah


Kalo sepanjang sejarah hang belum jumpa parti politik berusia setahun jagung bercakap nak tawan negeri dalam masa sepenggal kewujudannya? kali ini hang akan jumpa laa...Pas dah 'out-class' bro, seropa macam permainan 'wayang kulit' saja lagaknya ? ramai sangat 'tok dalang' dan 'tok sidang' dok pegang kulitnya? tu yg pakat jadi tak ketahuan hala tu ! Kah Kah Kah




KARISMA DATUK HUSAM MUSA 
"Saifuddin sebut tadi, Datuk Seri Anwar cadangkan kalau dia jadi PM, ambo akan jadi TPM. Malam ni ambo baru tahu"
Ambo berjuang tidak kerana PM, tidak kerana TPM. Ambo bagitahu Tok Guru "Selagi tok guru berjalan dengan betul, ambo bawak kasut Tok Guru sampai bila-bila pun tiada masalah"... 

Khulasah

1. Pastikan selepas ini ahli, penyokong, pengundi dan pemimpin PAS peringkat bawahan hanya dibarisi golongan2 yg bisu, pekak dan tuli sahaja dan yg paling penting..tak mampu pikior jauh..

2. Umno 'minta nyawa' dari PAS, PAS pun 'minta nyawa' dari UMNO...dua dua dah nazak bro ! jadi bila padu padu? kut nampak gagah sikit ?

3. Agenda Pas sekarang ini, agenda sempit bro ! hanya 'serang' Amanah dan PH saja..kenyataan Tok Sidang lebih cenderung kpd bersetuju sangat dengan Umno..w.pun ada pimpinan lain tak suka Tok Sidang berbuat demikian? tapi bukan depa nak dengaq pimpinan bawahan ! Kah Kah Kah

4. Agenda sempit Pas ini menjauhkan dari kebenaran dalam waqi' semasa bro ! Sikap 'taksub' sesetengah ahli menjadikan Pas semakin dijauhi ramai..ini sebenarnya ditakuti oleh Pas, tetapi mereka masih bernafsu pertahankan 'sesuatu' fatamorgana yg kian sirna bro ! Sekalipun Pas sebuah parti Islam? tetapi gaya, tingkah dan lagak pimpinan tidak menjurus kpd tuntutan Islam..akhlak sebagai mahkota Islam tidak ditunjukkan.

5. Kalo agenda politik semudah ABC dan Alif Ba Ta pun tidak difahami oleh pimpinan tertingginya Pas? macam mana mereka berangan untuk memerintah bro !? Kah Kah Kah




Kah Kah Kah






Comments


  1. INSAN Mulia...IDEA Nya Bernas
    Kaseh & SAYANG...Tiada Batasan
    Fikiran nya Molek...Cekap dan Kemas
    Mendakap AMANAH...Se Mutlak7-KBNARAN





    Songlap Penipu...AKAL nya Cetek
    Berputar Belit...FITNAH Merapu
    Ponteng U-Turn...Tunggang TERBALIK
    Terang Bersuloh...Tak Tau MALU




    Sekilas Pandang...Bayang di AIR
    FITNAH PilKuda...Terang & NYATA
    Kalau Dah FITNAH...Mainan di BIBIR
    Lambang "Sibghah"...Pe Nyonglap Pen DUSTA


    Sekilas Pandang...Siku & LUTUT
    Broka & BARUA...Sape kah GERANGAN?
    PONTENG Dan U-Turn...Si-IQ Kontot
    Merengus GELABAH...Bak Budak HINGUSAN


    Apalah Di Harap...Si Kaki PONTENG
    Si Putar BELIT...Fitnah Merapu
    Apalah Di Harap...Si Lebai SAMSENG
    Memaki Meng HALAU...Songlap Menipu









    Insan MULIA...AMANAH Budiman
    Sujud Mendakap...Se Mutlak7-KBNARAN
    Se LURUS7 Teguh...Menegakkan Ke ADILAN
    Yg Ber Takhta Hanyalah...Ke Agungan-TUHAN
    Hadir Menjelma ...Se INDAH7 Ke Insafan
    Sbg Abdi-NYA...Yg Menjadi Tauladan



    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Pasrah lah Sprt...LANGIT dan Bumi
    Integrity TRANSPARENCY @ Taqwa Ke IMANAN
    Ber Cahaya Ber SERI...Di Sanubari
    Maha7-INDAH...Maha7-Agung-NYA..MU Oh! TUHAN
    NAFAS dan Nyawa Ku...."Percuma" KAU Beri


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?