Skip to main content

'Old Timer' Otai Reformasi, PAS makin di pinggirkan !

Saari Sungip yg mesra dipanggil Pak Abu mencipta kejutan baru bro! beliau yg popular dengan keberaniannya bersama YB Hasnul Baharudin dituduh sebagai pengkhianat kerana menyokong Wan Azizah untuk mempertahankan Selangor dari terlepas kpd Umno sedikit masa lalu dan seterusnya digantung keahlian?...

Kini Pak Abu, mengambil inisiatif baru menubuhkan apa yg dinamakan Pemantau Pakatan Rakyat sebagai satu wadah bagi memantau PR supaya sentiasa istiqamah iaitu tidak berpaling tadah, tidak mengkhianati rakyat dan tetap pendirian dalam perjuangan mereka.


Baguih Pak Abu ! 

Pengalaman mengajar kita erti kesetiaan, erti kawan, erti akhlak dan semboyan, bukan 'ulama' mercun yang bunyi tak ketahuan, tak kenal parit, longkang dan jalan ?? Kah kah kah 

Kalau dalam AMANAH sendiri sudah ada ARiF, yang merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat..maka kehadiran wadah dari Otai2 Reformasi ini, diharap mengukuhkan lagi wadah sedemikian....


Otai Reformasi 
pemantau Pakatan Rakyat


otaireformasi
Pengerusi Kumpulan Otai Reformasi 1998, Saari Sungip (lima kanan) melaungkan perkataan reformasi di luar Masjid Jamek bersama ahli yang lain. Foto TRP/ Noraizura

KUALA LUMPUR, 5 September:

Kumpulan Otai Reformasi 1998 menganggap diri mereka sebegai pemantau Pakatan Rakyat selepas berlakunya perpecahan dalam parti itu.
Pengerusinya, Saari Sungip berkata, kumpulan tersebut dibentuk bagi memastikan satu pakatan alternatif mesti dikukuhkan.
Menurutnya, suasana dalam Pakatan Rakyat sudah berubah apabila Pas memutuskan hubungan dengan DAP, namun menganggap ianya adalah keputusan kolektif.
“Kumpulan ini ditubuhkan dengan hasrat untuk memastikan sekiranya Pas masih tidak menunjukkan pandangan yang jelas terhadap Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja termasuk Gerakan Harapan Baru untuk menyertai kami.
“Kami akan menyokong mereka yang berada di landasan yang betul iaitu mahu menjatuhkan Umno dan sekaligus memantau Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditemui di luar Masjid Jamek di sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Hulu Kelang berkata, kini ahli kumpulan tersebut disertai 300 orang dan menjangkan keahlian seramai 1,000 orang hujung tahun ini.
Menurutnya, satu kongres akan ditubuhkan sebelum kumpulan tersebut menjadi satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) nanti.
Kira-kira 100 ahli Otai Reformasi hadir di Masjid Jamek bagi menunaikan solat hajat supaya istiqamah iaitu tidak berpaling tadah, tidak mengkhianati rakyat dan tetap pendirian dalam perjuangan mereka.
Saari berkata, solat hajat tersebut signifikan kepada 17 tahun selepas berlakunya reformasi membabitkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan pada tahun 1998...therakyatpost

ADUN PAS YB Hasnul yang menjawab tuduhan beliau dianggap sebagai pengkhianat oleh sesetengah individu..


respon terbaru puak OR !


Jurucakap Otai Reformasi, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir Himpunan Maruah Melayu berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan 'darah' dalam motonya iaitu 'Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2015..

"Sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Otai Reformasi" (singkatan untuk old-timer atau orang lama) hari ini menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap satu demonstrasi dinamakan Himpunan Maruah Melayu yang dijadual berlangsung 16 September dan 10 Oktober depan.


baca terus - Otai’ reformasi gesa pihak berkuasa halang Himpunan Maruah Melayu

walau macamana pun, polis sudah tidak bernarkan 'perhimpunan' ini bro ! Alhamdulillah !

Khulasah


'rasism' atau fikrah perkauman cukup bahaya bro ! jadi, tindakan polis menyekat dan tidak membenarkan demo seumpama ini! boleh diberi pujian bro !
Pun begitu beberapa NGO Islam telah nyatakan kerisauan mereka, di mana 15 kumpulan Islam dan ahli akademik hari ini tampil mengingatkan bahawa ancaman “Baju Merah” belum benar-benar berlalu walaupun polis telah melarang perhimpunan 16 September ini.  

“Segala panggilan ke arah hasutan persengketaan antara kaum perlu ditangani dengan pantas,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.  “Kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi untuk bertindak secara profesional bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di suasana negara yang tidak menentu ini.  
Antara bergabung dalam kenyataan bersama itu, kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1 Muslim Professionals Forum (MPF), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Islamic Renaissance Front (IRF)..[Baca berita asal]



Yang Masuk keluar

1.MAJLIS PENGISIAN DAN PENYERAHAN "BORANG OREN" 
Peringkat Negeri Melaka

satu majlis penyertaan dan penyerahan borang keahlian parti baharu secara beramai-ramai akan diadakan di Century Mahkota Hotel, Melaka pada 12 September ini jam 9.00 pagi. Setakat ini lebih dari 400 orang dilaporkan telah bersetuju berbuat demikian pada hari berkenaan. Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Pengerusi Parti AMANAH Pusat, Tn Hj Mohamad Sabu dan beberapa orang pemimpin yang lain

2. Dipinggirkan


Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan
isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas
prestasi Pas kian merosot...Pas merosot teruk

3. Ramai2 letak jawatan dalam PAS




Perletakan Jawatan & Kemasukan Ke Parti Amanah Negara (AMANAH) 


Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak kerja di masa hadapan, kami seperti penama di bawah bersetuju untuk meletakkan jawatan daripada saf kepimpinan PAS kawasan Segamat Sekijang Labis dan memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara - AMANAH)

PAS Kawasan Segamat 


AJK Kawasan: 11 orang 

AJK Cawangan: 11 orang

2. PAS Kawasan Labis. 


AJK Kawasan: 6 orang 

AJK Cawangan: 9 orang 

3. PAS Kawasan Sekijang 


AJK Kawasan: 3 orang 

AJK Cawangan: 7 orang

4. PAS Selangor Luumpuh !


Pushpa Nagiah Vengdesa yang sebelum ini merupakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menunjukkan borang keahlian baru selepas menyertai Parti Amanah Negara.





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.


Comments

  1. Bro....saje nak tanye sikit.....apakah perbezaan antara kumpulan kafir tolak hudud dengan kumpulan muslim tolak hudud? Kump kafir ni paling tinggi jawatannya KM manakala kumpulan muslim ni pulak paling tinggi jawatannya PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudud tu makna sempadan bro !
      cnth -
      Puasa ramadhan ada sempadannya..dlm bulan ramadhan saja..itu sempadannya...
      yg nie pun ramai yg fail !
      kalo tinggal dgn sengaja atau sbb sakit atau musafir...kena bayar dan ganti semula !
      kalo tidak..kena bayar fidyah kalo dah lupus...itu pun sempadan juga bro !
      tu pun ramai yg fail...
      yg tuan tanya nie...hudud berkaitan jenayah dlm Islam...
      bagi siapa yg terajui negara dan bebanan hudud ini jadi antara taggungjwbnya !
      itu pun setelah negara dlm aman dan rakyat faham dgn baik maqasid dan tujuan hudud tadi untuk dilaksana !

      Pas hanya jadikan Hudud ini sbagai agenda tersediri..kalo dia yg berkwan rapat dgn Umnuu pun dia tak mampu ubah persepsi
      sebahagian besar depa bro ? fahamlah sendiri kenapa?

      puak kuffar memang laa depa tolak - understood !



      Delete
    2. Tu la....saya faham sememangnya natijah non muslim akan tolak hudud ni. Tu normal, mana ada org suka up agama org lain. Tapi yang tak normal adalah yg islam tolak hudud, especially yg berjawatan tertinggi. Selamber je tolak. Lebih tak normal bila dok hegeh2 nak mintak hudud dari org islam yg xnak hudud, tapi belakon macam nak hudud.

      Kalau compare dgn munafik zaman Nabi, depa tu idaklah berterang-terangan tolak Nabi....depa tibai belakang2 ja. Lagipun munafik tu xda jawatan dalam pemerintahan Nabi. Ada kelainan dgn yg dihadapi hari ni.

      Tengok usaha TGNA bersungguh nak karamkan umno sedangkan ahli umno tu muslim. Mari geng2 la ni....bila xdak TGNA kemain lagi sembur geng sendiri. Belakang suda pakat2 dgn harapan xkena patuk. Skali dia libas....tu dia, bukan patuk ja kena, belit abis woooo.

      Delete
  2. LANGIT dan Bumi...Saling meNYATU
    BUMI "Dahaga"...Di Sirami HUJAN
    Adam dan Hawa...Azali yg"SATU
    JAMBATAN-Kaseh...Kita SATU kan

    JAMBATAN-Kaseh...Ikatan-AMANAH
    CINTA nan KUDUS..Kita SATU kan
    SYSTEM yg TELUS..Mudah & INDAH
    "AUDIT-Hisab"...Menara KEJAYAAN


    ISLAM itu...Bahasa QURAN
    Bahasa MUDAHnya...Menyerah PASRAH
    Se pasrah7"MENYERAH...Kpd TUHAN
    TIADA..U-Turn..PONTENG..dan FITNAH


    ISLAM itu...Bahasa ARAB
    Bahasa MUDAH nya...Menyerah PASRAH
    Tunggang TERBALIK...Fitnah dan SONGLAP
    Hancur 'MURTAD'...Di Laknati ALLAH


    ISLAM itu...Menyerah PASRAH
    Se pasrah7"MENYERAH...Kpd ALLAH
    MENYERAH Kpd...yg'Maha7"INDAH
    Men Jelma lah BUDI..Se Kudus7"AMANAH"


    LANGIT dan Bumi...Menyerah PASRAH
    System-UNIVERSE...Ber SATU PADU
    ISLAM-Inclusive...Di Dakapan ALLAH
    Indah ber TASBIH...Ke Hadrat Yg"SATU


    LANGIT dan Bumi..Ber TASBIH Riang
    Ber SATU Me MUJI...Ke Agungan TUHAN
    "AUDIT-Hisab"...AMANAH di JULANG
    Ber GEMERLAPAN...Cahaya KEINDAHAN







    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video