Kenyataan yang ditunggu-tunggu

Kenyataan terbaru Hj. Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan Amanah (PAN) cukup menyenangkan ramai pencinta Amanah, berita seperti ini  amat ditunggu-tunggu ! cuma depa kata, jangan sedikit hari lagi, proses 'u-turn' kembali berjerebu semula ! Kah Kah Kah


PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat’, kata Hadi



PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.

PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.


Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.




Malaysiakini (BM Version)
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan pihak yang melakukan khianat - dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Malah Abdul Hadi juga menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh...Malaysiakini

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.
"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.


DS Wan Azizah
pun berikan sokongan kpd Amanah

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Dengan penegasan Hadi, terdapat kemungkinan PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai Amanah, PKR dan DAP.

Bijjak Bijak 



Beberapa pemimpin pembangkang kini sedang berusaha membawa masuk PAS ke dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang. – 18 September, 2015.

sumber - www.themalaysianinsider.com

PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat’, kata Hadi



***************

Sisipan maknawi


Cerdik sikit dari Tk Sidang !



Boleh harap laa..Tok Sidang dah Teghap ?




Tapi skrg terhegeh hegeh jumpa pkr...



Sejarah yg ditulis dgn tinta emas pemerintahan tuanguru di terengganu selama satu penggal tak nak sebut kah?


Kredit foto - al-Husseyn
Markas Pas Kg Kuchai yg akan diambil alih oleh Parti AMANAH Negara Kg Kuchai telah cuba dibakar oleh Walaun @ pengkhianat pd malam tadi (17/9/15 @ 4.00pg).  Nasib baik hanya pintu depan saja yg terbakar kerana api kebakaran itu telah dipadamkan oleh 2 anggota Polis yang kebetulan melintasi kawasan itu kerana melakukan rodaan harian mereka..al-Husseyn 

Lembaran baru politik negara
perkembangan terkini politik semasa.
          Parti balak kian sengsara.

          Dahulu halau kini kesan sedang dirasa.



Kami bukan khianati pas tetapi pas yg khianati kami wahai ustaz halim, kami dituduh dgn pelbagai tuduhan yg tidak dibuktikan, kami dikalahkan dgn taktik kotor spt yg dijelaskan oleh dr hata ketika ucapan penangguhan muktamar, kami dihalau dan dipersila tinggalkan pas dan bila kami keluar kenapa kami dituduh khianat pula? Patutnya kamu bersyukur bila kami tiada dlm pas.



Siapa pernah baca buku ini? 
Terbitan tahun 2002 mencerita keangkuhan mb terengganu               waktu itu.


"Kita lawan semua" itu yg best tu.
Masa jadi mb teganu betulka dia amanah? Klu betul kenapa rakyat tolak?
Masa jadi mb betul ka tak ambil peluang?
Org teganu tahu kroni siapa yg kaya raya masa dia jadi mb.

Nak kencing pun agak agak lah bro


Walaupun kena buli pas tetap akan masuk pakatan rakyat 2.0.



Keyakinan ramai terhadap susuk2 seperti ini sudahhilang dari pentas pemikiran rakyat ! Rakyat tidak lagi yakin dgn 'kemampuan' mereka, keterampilanmereka pun selalu sangat sumbang ! Seropa cakapdalam ayaq? orang di atas tak dengar langsung ?Kah Kah Kah

Khulasah

***
PAS sekarang kelupur sakan bro ! dalam sesi tinjauan terbaru,  jika PAS setuju menyertai Pakatan 2.0, dalam keadaan pimpinan PAS masih tidak berubah orientasi dan metodologi perjuangan politiknya, ia akan menjadikan Pakatan 2.0 satu lagi kegagalan? lagi parah dibuatnya..lagi teruk mahu selesaikannya..jangan pisang berbuah sekali lagi..

Elok dah Hadi Awang tolak kerjasama dgn Amanah dan sifatkan mereka sebagai 'pengkhianat'..sangat menyenangkan hati rakyat ! cuma jangan 'u-turn' sudah laaa...kah kah kah
***
Siapa sebenarnya 'pengkhianat'? 
Sedap sungguh Hadi labelkan 'Amanah' sebagai pengkhianat? 
Apa yang khianat? Siapa yang khianat? macamana depa khianat?

Ramai mengatakan, PAS sendiri adalah 'pengkhianat'? Khianati amanah rakyat dengan 'bersekongkol' dengan Umno siang malam, cerita UG adalah cerita benar bro ! Inilah 'pengkhianatan' sebenar Pas terhadap rakyat yang mahukan PR 1.0 (yang dah hancuzz) untuk betul2 hadapi Umno BN agar mara ke Putrajaya. 

Bila Pas buat kelaku dgn 'menyertai' Umno, bila semua tindakan pemimpin Umno dalam berbagai 'isu' yang merugikan rakyat? disokong oleh pimpinan besar Pas dengan berbagai 'helah' bermadah ! Ini yang menjengkilkan rakyat dan tentunya kumpulan yg dituduh oleh Hadi sebagai 'pengkhianat'? pulang kpdnya balik! 

Mereka Pas tidak mengaku ada kerjasama 'erat' dgn Umno, tetapi 'longgar' sebenarnya, sebaliknya terus2an 'menikam' rakan2 PR untuk menutup 'sumbang mahram' Pas dgn Umno tadi ? Mereka 'menikam' PKR umpamanya dalam kes tiga penjuru di Kota Damansara dan di Sg. Aceh yang untungkan Umno dan merugikan kerjasama yg depa namakan 'tahaluf siyasi' itu? Bukankah ini 'khianat' namanya? kemundian depa cuba 'ejas' perbuatan tidak bertanggung jawab ini, begitu begini hanya sebagai meluluskan rancangan Tok Sidang sebenarnya ? 

PAS pernah menggugat Kerajaan PR di Selangor dan nyaris-nyaris melingkupkannya kalaulah tidak kerana adanya dua Adun PAS yang berani merosakan agenda Hj Hadi itu.... Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan: 

1) Dun Kota Damansara (Selangor) 
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang) 
3) Dun Panti (Johor) 
4) Dun Kota Putra (Trengganu) 
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
7) Parlimen Labuan. 

Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya boleh kepada Umno/BN! Jadi hangpa jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas. Adakah Hj Hadi sudah bertaubat dan minta maaf diatas kelanjuran tesebut? Tak ada bro ! Nahi bro ! orang saja kena taubat? puak progresif saja kena taubat ? atau dihapuskan? depa sendiri? de so called 'pious' grup ! payah sikit bro ! So n So ! apasal mau label sama itu progresif 'Khianat'? ! 

Di PRK Ptg Pauh yg lepas umpamanya..ada Hadi cuba 'menyekat' Yusni Mat Piah yg begitu ghairah mahukan pemboikotan terhadap Prk itu? Ada? Nahi bro ! tetapi puak nie bukan ada malu, bila mereka sendiri putuskan hubungan 'muktamad' dgn DAP  susulan di muktamar 61 lepas dan merasakan diri 'keseorangan' ! maka segala Paschai pun bertempik menyatakan 'sokongan' kpd PKR semula, terutama di Selangor ! Apa yg mereka tidak kata kpd Anwar, apa yg mereka tidak kata kat Wan Azizah? tanya bro Saif (Saifuddin Nasution) ! semua jawaban ada padanya, macam cerita di Terengganu itu (Saifuddin Dedahkan Haji Hadi Aib dan Hinakan Anwar ...) dan Mustapa Ali yang ketika itu Setiausaha Agung PAS Pusat mengesahkan pertemuan tersebut

Heran kita dgn perangai Paschai yg sekarang masih 'terhegeh-hegeh' 'bersandar' dgn Pkr untuk cuba 'mengheret' parti itu, kalau bolehnya jangan Pkr 'bersetuju' dgn PR 2.0 yang ada Amanah (Pengkhianat/di mata Tok Sidang) dan DAP ( musuh ketat PAS), itu andaian kita bro ! dan begitulah yang zahirnya..
Namun kalo muka dah tak malu ? depa tetap berkeras nak jalin hubungan dan kerjasama? dengan PKR ? kerjasama apa pun tak tau laa...dulu maki, sumpit, seranah PKR? sekarang beriya2 nak bersama? krosot laa dgn PAS nie...baca ini bro - 

PAS tidak terlibat Pakatan 2.0 tetapi kekal dengan PKR, kata pemimpin


***
Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tentu akur bahawa satu lagi komponen penting dan berpengaruh Pakatan 2.0 iaitu DAP  tentu tidak akan selesa berganding bahu dengan PAS lagi. 

Malah sayap pemuda DAP (DAPSY) awal-awal lagi menentang syor Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar PAS dipelawa dan dipujuk menyertai Pakatan 2.0 yang hendak dibentuk. 

PAN juga tentu insaf bahawa kehadiran PAS dalam muafakat Pakatan 2.0 hanya akan mengkerdilkan sumbangannya dalam barisan politik itu. 

Seperti  kata seorang sahabat, "Wala'un terkanjal dan terkedu..... Mereka baru tahu, rupa-rupanya ramai yang tak setuju PAS masuk pakatan pembangkang baru..... Mereka ingat selama ni orang main-main je kutuk PAS, rupanya memang tak suka sungguh...... Bahkan ramai yang tolak PAS sebab menyampah tengok telatah wala'un..... Itu yang buat wala'un terpele'ok, selama ni mereka ingat nak jadi hero mempertahankan PAS, rupa-rupa makin ramai yang lari bila nampak hero.


***
Aku rasa kalo PAS masuk juga dlm PR 2.0 yg di dalamnya ada Amanah, PKR dan DAP ! tidak akan menguntungkan mana mana parti dalam PR 2.0 itu nanti, hanya kerana PAS lebih suka tampil dgn 'one man show' bro ! jenis tak gheti berkawan ! dan cakap2 tak 
menang PRU pun tak apa? asalkan?? 

Depa Pas tak kisah nak menang ke nak kalah bila ikut cakap depa nie? Ini namanya 'Haghu Politik' ! orang waras tak akan cakap macam tu? Jadi, kalo dah depa Pas dah tak kisah menang ke kalah? macam mana nak pakat sama dalam satu rumah dengan yang mahukan kemenangan dalam PRU nanti ! tak kah 'sighu' namanya ini ? itu yg ramai pimpinan PAS dok wirid kata, depa tak kisah menang atau kalah? Otak depa nie 'senta' ke? 

Habis tu? mau lagi depa bersama? aku tengok ada sorang jer dlm PKR yg mau sangat ke PAS masuk jadi memba sekutu dalam PR 2.0 ini ! dia sorang saja bro ! sedangkan yang lain dah tak kebuloq dengan keberadaan PAS dalam PR 2.0 nie ? lagi pun PAS bukanlah 'aset' semahal mana pun bagi PR 2.0 ! depa selalu 'jual' borong, jual murah jer harga dan nilai 'perkongsian' bersama' ! makumlah dah rasa jadi parti lama...abang laa katakan ! tapi abang nie 'melampau' banyak bro ! cakap adik langsung depa tak pakai ! Kah Kah Kah

Satu lagi bro kalo Pas sudah berkerja sama dengan umno -manalah masuk akal berkerja sama dgn Amanah pulak..Biar Pas sendirian hadapi cabaran dan biar pas bertanding d pru 14 tanpa pakatan. Pas teramat kuat dan semua tempat yg dia bertanding biar hilang wang pertaruhan. Selamat maju jaya

akhirkalam- Pengkhianat bagi Hadi, tidak semestinya bagi rakyat. Bagi rakyat pula, Hadi yang 'khianat' kerana enggan berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dahulu. Hadilah 'elemen' besar PR hancur berserakan, sebab itu dibawah kepimpinan dia, PAS jadi semakin mundur dan bertukar jadi NGO (Pasma)..Rakyat amat mengalukan kenyataan Tok Sidang ini bro ! kenyataan menolak kerjasama dgn Amanah ! ertinya menolak kerjasama dgn PR 2.0 ! harap kenyataan sebegini kekal dalam citra PAS ? agar mudah memba-memba PR 2.0 bergerak tanpa apa2 'gangguan' lagi dari PAS.


Comments

  1. Aku tak berapa paham satu benda pasai PASchai, terutamanya TGHH,

    Dah geng progresif dikalahkan dlm Muktamar, depa dok hentam lagi tak sudah2. Blh admin terang skit, awat TGHH ni dok firasyaat sangat dgn progresif?

    ReplyDelete
  2. brader M.Safian

    memang susah nak firasat rang bro !
    tapi secara lahiriah? kita nampak bila ada benih kesombongan diri !
    payah orang itu nak mengalah !
    cakap meghapu pun dia rasa dah hebat sangat !
    pada hal orang menyampah habis...

    pasal progresif nie...
    pasai depa semua tu tak dengaq cakap Tok Sidang saja?
    dan tok sidang tak mampu nak patahkan hujah mereka?
    lain laa dgn walaunnn...depa sume tikam turut saja apa kata Tok Sidang !

    kah kah kah


    ReplyDelete



  3. Billa Si PONTENG...Mem Beri AMANAT
    Bila Pem FITNAH...Men TAFSIR Khianat
    Bila Pe Nyonglap...Meng Imam kan SOLAT
    Alamat GELAP...Sesat dan MURTAD


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa Mudah nya...Tunggang TERBALIK
    SESAT itu....Buta Yang GELAP
    Hancur MUSNAH...Haprak dan JELEK


    Semua BENCI...Dengan Pem FITNAH
    Benci Si PONTENG.....Pen CURI Balak
    Semua BENCI.....Songlap RASUAH
    Siku LUTOT....TOLOL yg Walaq


    Semua KASEH....Kepada AMANAH
    "AUDIT-Hisab"...Telus dan TEMBUS
    Sujud AMANAH...Kepada ALLAH
    Tak Wujud FITNAH...Songlap yg RAKUS


    FITNAH Ponteng...Songlap & RAKUS
    Akibat SYIRIK...Murtad di HATI
    ALLAH Me Mandang...Hati yg KUDUS
    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI


    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI
    Cinta kan UMMAH...Amanah ALLAH
    SeJujur7AMANAH...Mem Beri Ber BAKTI
    Meng Hapus FITNAH...Songlap & RASUAH


    Meng Hapus FITNAH...Snglap & RASUAH
    Se Kudus7AMANAH...Ber Takhta di HATI
    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA...Sampai ke MATI


    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA..Mem Bawa ke MATI
    Agung nya Ke "KASEH"..Pasrah Me NYERAH
    Menyerah PASRAH...Kepada "ILAHI"..





    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]