Menitis air mata membaca luahan rasa ini !

Bila aku baca rintihan anak perempuan Dr. Hatta Ramli ini, air mata aku secara tak sedar merembes, meleleh keluar bro !

Mana tidaknya, hanya kerana Pas menjadikan 'bai'ah talak tiga' sebagai sesuatu yg 'hodoh' yang 'mencagar' sesebuah rumah tangga muslim dan muslimah yang dibina sekian lama, semata2 untuk menghadang ahlinya yg menang sebagai calon keluar dan lompat dari so called parti Islam itu !

Manakala Hadi selaku Presiden pula lebih suka anak buah sendiri terikat dgn 'bai'ah' semacam itu dan pernah berkata, sengaja biarkan mereka bercerai barai? aku macm tak percaya kalam semacam ini boleh keluar dari mulut seorang manusia yg dikatakan 'ulama' ? Ulama kah mereka sebenarnya, ulama chop apa yg suka melihat rumahtangga orang berantakan? hanya kerana 'politik sempit dan jijik seperti ini?

Macam kata Fathul Bari Mat Jahya dari Umno (tang nie boleh berkira sikit laa dgn puak ulama Umno nie)..dia kata 'Bai'ah' Pas nie tidak menepati bai'ah yg pernah dilakukan oleh Rasul s.a.w, pasai 'bai'ah' ciptaan Pas nie bersifat 'asabiah' dan 'berkepentingan', lihat ( mountdweller.blogspot.com )

Sepatutnya hadi jadi 'pendamai' dan cari jalan keluar terbaik, agama bukan untuk disulitkan, perdamaian dan jalan keluar adalah terbaik! bukankah Islam itu agama rahmat? bertindaklah sebagai 'sulh' itu yang utama. Memang Pas suka mencari 'permusuhan' lah! Malang.

Saya dah bayar kafarah batalkan talak 3 – Mohd Hatta...www.malaysiagazette.com


Bai’ah Pas hanya merendahkan Islam..malaysianreview.com


LUAHAN RASA ANAK YB AHLI PARLIMEN KUALA KRAI: THE INCREDIBLE FAMILY - ATIKAH DR HATTA RAMLI




Sudah lebih 30 tahun mak dan ayah membina sebuah baitul muslim dengan baik. We grow together as a strong family unit, and until now we are still strong.

2015 has been a hard year for us, especially to Ayah. But never once, Mak who has been the strongest supporter of Ayah ever doubt of his fights. Dengan kasih sayang dan doa, Mak dan Ayah tidak pernah goyah. Apabila Mak diuji dengan penyakit, Ayah lah yang menjadi peneman setia di hospital, walaupun ketika itu disibukkan dengan pilihanraya dan sebagainya. I never imagine anyone else could do the same as they done it for each other.

Jadi apa yang berlaku akhir2 ini, bukan sahaja mengganggu hal peribadi mak dan ayah, tetapi dalam diam, emosi anak-anak. Namun Alhamdulillah, kami 7 beradik, 4 menantu memilih untuk terus memberi sokongan moral dan kasih sayang yang terbaik untuk Mak dan Ayah.

Maka saya memohon, pihak yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan keluarga kami agar menghentikan sebarang spekulasi dan tohmahan dengan SERTA MERTA. Berhenti mengganggu dengan kenyataan-kenyataan yang negatif khususnya untuk menimbulkan spekulasi dan pandangan buruk kepada keluarga kami terhadap isu ini.

Hentikan sebarang kenyataan kerana keputusan bukan terletak kepada anda. Hentikan dari menjadi pemutus kata dan pengatur hidup kami. Jangan ada lagi kenyataan terutama media massa yang memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat. Berlaku adil lah kepada kami.

Islam pastinya memiliki jalan keluar yang terbaik berkenaan isu ini, pasti ada selain jalan yang dibenci Allah, sebaliknya bukannya bersungguh-sungguh mahukan jalan yang Allah benci tanpa mengkaji sebarang jalan penyelesaian terbaik. Bukankah sunnahnya mencari yang mendamaikan dan manfaat lebih baik?

Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian.

Mohon hentikan, usah diganggu lagi isu ini, fokus kepada isu negara dan rakyat yang lebih besar. Saya yakin juga fokus ayah saya dalam perjuangannya untuk rakyat tidak pernah beralih.

Hentikan, sebaliknya doakan yang baik2 sahaja. Itulah tugas seorang saudara muslim kepada muslimnya yang sepatutnya, bukan bersungguh-sungguh mengharapkan kehancuran. Periksalah iman kalian jika ada terdetik mengharapkan keluarga kami musnah.

Terima kasih kepada sahabat2 perjuangan keluarga kami, ahli keluarga yang tidak putus mendoakan demi kebaikan dan sokongan yang padu. Ini ujian kita semua, insyaAllah hanya kepadaNya kita memohon bantuan dan hidayah... itulah pesan Mak.

As for my family, keep our head high and stay calm. Kita tetap utuh dibawah lindungan-Nya. Semoga kita semua dapat berkumpul di dalam syurgaNya. Fi amanillah!

Selamat menghabiskan Al-Kahfi hari ni.

Jumuah Mubarakah!
Jumaat, 4 Sept 2015
Johor Bahru, Johor.


Atikah Mohd Hatta 


***********************
Sisipan Maknawi






ISU BAI'AH TALAK TIGA: AHLI-AHLI #PARTIAMANAHNEGARA DIMINTA BERSABAR, RUJUK ULAMAK MUKTABAR


Saya selaku Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) meminta semua ahli, khususnya mereka yang berasal daripada PAS dan kini menyertai parti Amanah, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu bai'ah ini. Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada See More


Bai'ah dan sumpah PAS bagi mengelakkan calon keluar atau lompat ..www.ismaweb.net


Malangnya ada lafaz telah ditokok tambah dengan talak 3 isteri seperti...Morewww.tranungkite.net...


Hodohnya politik mencagar rumahtangga - Dr Asri



Beberapa pemimpin PAS dengan tidak segan-silu seolah-olah turut bergembira dan mengumumkan rumah tangga bekas ahli mereka sudah runtuh sedang mahkamah syariah belum membuat apa-apa keputusan..Jadi..matlamat Pas dan Tok Sidang Pas adalah meruntuhkan rumah tangga orang ke bro? aku tanya saja ! awat? tanya tu salah ke? 
Bila tok sidang bagi alasan tak pi Bersih 4 baru nie, aku menyampah nak dengaq alasan rekaan depa tu..langsung ak tak mau dengaq !
Kalo akhlak olamak donia mcm nie !Tok Sidang suka tengok anak buah bercerai berai !?suka tengok ahli dilaknat ! hanya sanya kerana sumpah baiah ciptaan PAS sendiri? sikit punya dol ke? Hati perut hempedal busuk pekung tu ? diterima ke amal ibadah mereka?


Siapa 'KHIANAT' Siapa? 
Profesional Dalam PAS dahulu.....
Masih 'Menghantui' orang2 PAS..




Kami bukan khianati pas tetapi pas yg khianati kami wahai ustaz halim, kami dituduh dgn pelbagai tuduhan yg tidak dibuktikan, kami dikalahkan dgn taktik kotor spt yg                          dijelaskan oleh dr hata ketika ucapan penangguhan muktamar, kami dihalau dan dipersila tinggalkan pas dan bila kami keluar kenapa kami dituduh khianat pula? Patutnya kamu bersyukur bila kami tiada dlm pas.
Sebenarnya apa lagi yg ustaz halim mahu? Mahu balak ka ustaz halim?


Pasai tu mereka PAS cukup tidak senang dengan Dr. Hatta Ramli dan kawan profesional seiringan dgn beliau ! dah habis PAS tapis dan halau, PAS dok menghetuih marah, dok mengata tak habis2 lagi sejak sebelum muktamar 'siku dan lutut' dulu sampai laa nie? 

Hangpa juga yg cari pasai? dah rasa teruk ke? mcm kata pepatah arab yg terkenal ( Ø¶Ø±Ø¨Ù†ÙŠ وبكى، شتمني واشتكى ) - [hang yang pukul aku, hang yang menangis, hang yg ejek aku, hang yg pi dok melolong menangis] - Ini adalah tara PAS bro ! Pas yg dok 'pukul' profesional, Pas sendiri pi dok melolong teriak mengangis (patutnya profesional atawa Amanah yg menangis, nie tidak? depa puak Pas yg dok menagis laa nie). 

PAS yg selalu ejek profesional (seperti yg berlaku dkt Dr. Hatta Ramli), Pas sendiri yg dok pi mengadu kat segala orang, segala media? Apa yg tak kena dgn hangpa nie sumua Paschai oiii? Kah Kah Kah


Akhirkalam

Sekadar Perbandingan !


Kiri ceramah parti Amanah, 
kanan ceramah parti Islam. 
          Jarak lokasi 2.6 km.
          Parti umno tak buat ceramah sibuk dok bilang pitih tak             selesai lagi.




Comments


  1. Pompang POMPANG..Menyebut DASAR
    Konon DASAR nya..ISLAM dan QURAN
    Tup-tup FITNAH..PONTENG dan ONAR
    GELAP me NYONGLAP..Bersama SETAN


    Klentong HUDUD...AUTA pilKUDA
    Begitu kah DASAR...Islam & QURAN??
    Songlap PONTENG...Fitnah MELATA
    Begitukah WARAK..BerTopengkan SORBAN!??


    Perlu kah di TEMPIK...ALLAHU'AKHBAR?
    Bukan kah ALLAH ..Men Dengar ke KALBU??
    Ber Fikir..TAFAKKUR...Resmi si PINTAR
    Si PINTAR Tak "Makan"..Fitnah MERAPU


    Biarkan si WALAQ..Ber Tempik-TEMPIK
    SONSANG "Berbelit"...Bai'ah & HUDUD
    Akibat Me NYONLAP...Hujjah MEREPEK
    Siku dan LUTOT..Hanyut ke LAUT


    Insan yg PINTAR..Bijak AMANAH
    Walau Ke MANA...Menabur BAKTI
    NIAT Di HATI...Bersama ALLAH
    Bersama ALLAH...Hidup & MATI


    NIAT di HATI...Bersama ALLAH
    Tanpa "PARTI" pon...TAK jadi SOAL
    "PARTI" hanya lah...Tujuan SIASAH
    Sbnr7"JAMAAH...JAMAAH UNIVERSAL


    JAMAAH Nabi2...JAMAAH UNIVERSAL
    UNIVERSE-Integrity to d Absolute'ORDER
    SeKudus7'AMANAH...AMANAH yg TOTAL
    Se Mutlak7"ALLAH...Ber TAKHTA di JIWA..


    JAMAAH-Hakiki...UNIVERSE-Azali
    LANGIT dan Bumi...Sujud & PASRAH
    Ber TASBIH Bersama...Nabi dan WALI
    SeKudus7'AMANAH...Didakapan ALLAH


    JAMAAH itu...Ber"SATU Meng"ABDI
    Ber"SATU Men JUNJUNG...Amanah ALLAH
    LANGIT dan Bumi...Nabi & WALI
    Kudus Me "NYATU"...Menyerah PASRAH


    PASRAH Me NYATU...Siang dan MALAM
    Ber"SATU Men'JUNJUNG.. Amanah ALLAH
    JAMAAH--Azali...JAMAAH--ISLAM
    Begitulah SUCI nya...Definasi...JAMAAH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]