PAS dan 'Nasik Campur Nasik Impit'nya !

Nasik himpit atau impit biasanya orang tidak makan begitu saja bro ! mesti kena ada 'GU' nya...Gu tu maksudnya ada campurannya bro! baru terangkat ! Biasanya orang GU dgn rendang ke? atau masak 'soto' berkuah lodeh bersama dengan ayam ke, daging ke atau sambal bilis bro ! 

Kalo pekena sate? mesti ada nasi impitnya dgn timun bersama kuah kacang..baru menibai sungguh..tak pernah orang makan nasi impit mantah macam tu saja bro! kecuali dah 'terpaksa' ! macam Pas yg terpaksa berhempas pulas 'bersendirian' sekarang ini, untuk meyakinkan semua orang dan ahli sendiri? Tu pun ramai tak yakin, ramai yang blah macam Kamarudin Jaafar tu?


Sekarang Pas kena membayar 'harga yg mahal' akibat 'kesilapan' sendiri yg sampai sekarang tidak mengakuinya? Mereka terus 'berdrama', 'bersilat' siang malam bgi memacu kembali 'keyakinan' terhadap mereka?


Maka, bunyilah Paschainya, PAS perlu kekal dalam gabungan? Dulu bukan main lagi, pimpinan Paschai berkali2 berkata, Pas sudah biasa bersendirian dan mampu bersendirian ! Sekarang? belum cukup haul lagi dah cari 'asnaf' ke ? dah nak berkawan balik? apa punya turrrr macam nie?


Kiasan macam nie aku rasa jelas, bukan macam kiasan 'salak babi dalam bukit' tu? Kah Kah Kah - Kiasan tu dah laa 'menghina' ? tu pulak ramai yg tak faham? pasai kiasan tu tak pernah dibuat orang? ada ke babi duduk dalam bukit ? atas bukit, bawah bukit ada laa bro ! Tasybih tu tak 'tharafai' [ طرفي التشبيه  ] langsung bro !, ertinya tidak menepati syarat, jenis dan rukun bagi sesuatu analogi dalam ilmu balaghah !..sila lihat (التشبيه أركانه وأنواعه  ) 

تعريفه: التشبيه هو التقريب بين شيئين لوجود صفة مشتركة
أو أكثر بينهما و تكون هذه الصفة أقوي في الثانية
takrifnya - sesuatu 'tasybih', atau analogi tu hendaklah cukup hampir antara keduanya (yg hendak diumpamakan) untuk mewujudkan suatu sifat yg boleh disepakati atau lebih hampir lagi antara keduanya tadi ! dan jadilah sifat ini lebih kuat pada kata 'kedua'nya..(sekadar contoh, hitam macam arang) kata kedua adalah arang ! memang arang cukup hitam bro ! jadi perbidalan sifat hitam kepada arang memang cukup hampir sekali tasybihnya atau perbandingan itu.

Sekarang nie Pas macam nasik impit bro ! pasai tu dia nak cari GUnya atau campurannya, maka berseloka lah Ketua Pemudanya minta simpati supaya PAS kekal dalam gabungan dan pakatan pembangkang, konon untuk perkukuhkan lagi pembangkang di negara ini? Baru ada akai sehari dua nie..dulunya bukan main lagi mengata itu ini kpd rakan2 mereka yg ikhlas memperjuang PAS tanpa minta apa2 balasan, apa perkataan yg tidak terpacul dari mulut PasChai yg cirit dan birit tu..sampai lunyai dibuatnya ! Jebon meniti di bibir, setan di sebut dalam multaqa, nyamuk, serigala, anjing selalu sangat mainan bibir Tok Sidang, sekarang babi pulak ! tolol, barua, pil kuda dan serba macam lagi? bertahan dua tahun saja kpd PAN sekarang ini...


Laa nie awat? sapa yg bertahan dan sapa yang menahan? sebab itu ramai menerobos keluar mencari wadah baru seperti Amanah dan PKR serta DAP, berpusu2 orang meninggalkan PAS kerana di dalamnya hanya tinggal Paschai yang dah tak tau nak buat apa-apaan ? harap lawa saja lebih ? Kah Kah Kah









Pasai apa perlu kekal dalam gabungan? dok teringin nak join gabungan baru ke? 
Terpikat ke? Kah Kah Kah
Dulu kata boleh 'stand' sendiri?
dok wirid sokmo..semua Paschai dok wirid lagu tu?
Tok Sidang kata tak mau sesekali bergabung ! Umno dah ada !
dah lebih dari cukup rasanya dgn Umno tu? Walaaunn semua peringkat tak mau gabung laa ngan PR 2.0...awat yg hang dok kalut?
Aloo bro Beduh ! kalo pun Pas ada matlamat yg sama (untuk turunkan Umno?) kalo ada laaa? tak bermakna hangpa nak masuk sekali dgn gabungan baru tu ! dok laa sendiri maa...tak payah menyibuk nak bergabung dgn PR 2.0 laa...hangpa boleh buat sendiri apa? 
Lagi pun depa dah serik dah dgn kelaku dan perangai hangpa yg cacamerba tu...lagi pun DAP ada dalam tu? tak malu ke dok merayu2 macam nie? 

Hangpa lebih banyak menyusahkan semua orang ! tak tahu ke? dari soal pembahagian kerusi, tikam kawan dan tak ada sikap hormati antara sesama parti gabungan...

Laa nie pun hangpa punya pun dah jadi parti nyamuk ! maksudnya, dok nak isap darah kengkawan tak berenti2...isap sama2 hangpa sudahlah
Jadi, elok tak payah laa...dan Pas patutnya ditolak dari Gabungan 2.0 ini. Amacam?


Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh
Kan dah kena selagu? 
Kata dah kuat sangat? subur, tunas baru keluar meghecik laa sebagainya..kah kah kah
Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka..The Malaysian Insider 

Kacewa AbduH Keciwa


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 September, 2015
Selain isu di ats, NA juga menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sekutu politik mereka PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar..The Malaysian Insider 




HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu
sebahagian  besarnya adalah para pelajar sekolah!
Raut wajah pun nampak kaciwa ? Tak payah kacewa laa bro ! Kan ke 'tunas baru' bercambah2 selepas musim kemarau nie ? 'Hujan lebat' menumbuhkan pohon baru? Kian subur pula tu? macam atas tu ? memang betul apa tunas baru?


Nik Abduh ! Apasal nak kecewa? nak terkejut? KJ walaupun dulunya dalam PAS, tetapi beliau adalah orang 'kuat' Anwar Ibrahim ! 
Penyertaan Kamarudin ke dalam PKR mengejutkan banyak pihak kerana beliau sebelum ini dilihat aktif dengan pertemuan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Bahkan pertemuan pertama Gerakan Harapan Baru dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur. "Kita perlu memperkasakan Pakatan dan saya akan menyokong Amanah juga," katanya merujuk kepada Amanah yang sedang dibentuk melalui pengambilalihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia..


Khalid Samad 

tidak layak kritik Hadi

Kah Kah Kah ! Ini namanya 'bodekstail' bro !
Apasal tak layak? Pasai Khalid tak pakai segheban? Tak pakai Jubah? yg kritik Khalid pun tak layak juga bro ! Hang dgn Khalid pun jauh benor sumbangsih dalam PAS ! Kalo Tok Sidang seorang MP, Khalid pun MP juga bro ! Dalam Parlimen, Khalid laa yang selalu bangun bela PAS ! nak harap Paschai? Sorry laa bro ! kat FB boleh laa ! tanya pasai mutu pengadilan bolasepak? itu saja yg termampu? Kah Kah Kah

Khalid selalu hadir sesi pembahasan di P'limen! sendiri boleh tengok apa yg khalid bahas, bernas dan susah untuk diratahkan oleh puak UBN..tetapi !

aku ulang bro ! siapakah org yg suka ponteng parlimen dan sering tidak hadir dlm mesyuarat? siapakah lebih bermaruah? Tok Sidang Pas atawa Khalid...Raikanlah sikit perbezaan ! yg melenting pasai apa? Khalid hanya minta Tok Sidang ubah sikap yang haghu bighu tu, kalo rasa nak 'makan' 'nasik campur' nak berimpit bersama dgn Pakatan Baru ni? ken ubahlah sikap tu, itu saja bro ! yg hang dok melebih pasai apa? nak bodek? Kah Kah Kah 

Link 

Masih Menaruh Harapan ?


DAP mungkin boleh terima Pas jika..Sinar Harian
baca lagi DAP mungkin boleh terima Pas jika...

Nik Abduh berkata di Johor Bahru yg peluang Pas untuk menyertai PR‎ 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu.
Menurut beliau, DAP tidak mustahil mengubah keputusan (tidak mahu penyertaan Pas dalam Pakatan) jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani krisis dihadapi..."Dalam politik, musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, yang menentukan ialah perbincangan.

"Bagaimanapun, setakat ini kita tidak menerima permintaan (dari DAP) berhubung perkara itu," kata beliau dalam sidang media mengenai pelantikan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Johor Bahru, di Ibu Pejabat parti itu, hari ini.


***
aku teringat lagu Zaiton Sameon bro ! menaruh harapan.
Pas melalui beberapa paschai berjawatan kian hari kian dok menari 'hula hoop' bro ! sambil menari dok syok sendiri, moga ada yg syok nak 'menari' sama dgn dia? dia tak sedar, goyang dia pun sumbang! ramai nak termuntah ! apakah susuk mcm nie dpt 'lampu hijau' dari atasannya untuk tolong promosi menu baru nak buat 'nasik impit nasik campur'? Hendak berkawan balik dgn DAP yg depa sendiri putuskan hubungan secara 'muktamad' dulunya? Mudahnya pelupe?Kah Kah Kah

Bincang apanya bro ! dah rasa goyah sangat ke? ramai dah pindah randah dari rumah lama depa? lagu tu laa manusia, orang akan pegang dgn janji kita, sekali kita 'mungkir' ? sepuluh kali orang tak akan sudi nak berkawan balik ! bukankah DAP tu tentang Hudud? elok pi laa ajak Umnuuu tu? depa kan ke 'ikhlas' bro ?! tak payah laa nak buat nasik campur nasik impit dgn PR 2.0 ! takut nanti nasik campur yg ada perencah Pas nie, tak laku kalo nak 'jual' ? ramai takut nak beli bro! nanti lempaq buang macam tu saja..buatlah nasik campur sendiri dan nasik impit dengan Umno tu, mungkin resepi dia lebih baguih, lebih sedap lagi banding dgn resepi PR 2.0 ?..Kah Kah Kah


Kiasan Buang Masa


Kiasan ‘babi’ oleh Abdul Hadi yang sebenarnya membuang masa

PANDANGAN: Sepanjang minggu lalu, ada dua perkara yang menjadi viral di media sosial saya. Perkara pertama adalah twit dari seorang kawan dan perkara kedua adalah petikan ucapan seorang presiden...Baca 'pandangan sisi' yang menarik oleh Alyaa Alhadjri di Theantdaily  atau klik link di kanan foto di atas..

***
Kisahnya bro ! selepas Hadi berucap merasmikan Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang katanya dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan acuan Islam yang sebenar.

"Kongres ini mendidik kita bertukar-tukar fikiran. Walaupun kita golongan yang lemah, orang kata kita umpama anjing menyalak bukit. "Tapi anjing tak salak bukit, anjing salak babi di bukit itu. Ini yang sebenarnya, kita 'menyalak'  kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua," ujar beliau.

Menurut beliau, segala masalah juga boleh diselesaikan dengan kembali kepada ALLAH...agendadaily

Khulasah

Sapa pun yang Hadi 'refer' sebagai 'babi' bro !
hakikatnya, dia telah 'merendahkan' statusnya sebagai seorang 'ulama' ! kerana ia bertentangan sangat dengan kalam yang indah yang yang patut keluar dari mulut orang semacamnya, lagi pun dia adalah 'kepala' dan 'Tok Sidang' sebuah parti Islam...

Orang akan hormat de so called 'ulama' kiranya bahasa yg terpacul keluar itu sarat dengan hikmah dan mauizoh hasanah atau nasihat2 yang indah, bukan bahasa celupar, kesat dan berbau 'penghinaan' dan Islam menuntut kita berhadapan 'lawan' dgn seruan penuh bijaksana dan nasihat indah ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة     yang dituntut ! kalau nak bermujadalah, atawa berwacana atau berdailog, Islam mengajar secara yang baik dan indah bro..lihat ayat 125 An-Nahl (  وجادلهم بالتي هي أحسن ) itu yang diajar Islam ! 

Pemerhati juga berkata bahawa ketika berhadapan kritikan - sama ada dari dalam parti sendiri atau bekas parti komponen Pakatan Rakyat, ‘salakan beliau biasanya lebih teruk daripada gigitan’..kah kah kah

Sebelum ini pun bro, beliau pernah menggunakan perkataan “anjing” dan “serigala” ketika menyifatkan seteru politiknya, dipercayai ditujukan kepada beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Dalam kebanyakan kes, penggunaan kata-kata seperti itu hanya menunjukkan karakter mereka yang membuat penghinaan itu sendiri, kerana penerimanya kemungkinan besar tidak merasa terhina. Atau dalam kes ini,  mereka tidak sedar pun yang mereka sedang dihina.

Dan pada akhirnya, ‘salakan’ seumpama ini yang telah menjadi mercu tanda kepimpinan Abdul Hadi dan kumpulan ulama’ konservatif dalam PAS yg terlalu 'desperate' dgn perkembangan semasa terutama lonjakan penerimaan ramai terhadap AMANAH bila ramai dan meneghu dari akar umbi dan beberapa pimpinan PAS menyertainya ! Sakit kepala Tok Sidang ! tu yang keluar kalam yg tidak dapat ditapis2 lagi.

Pemimpin dan penyokong Pas dilihat amat cenderung untuk membuat kenyataan yang celupar dan tidak berasas, disulami dengan anekdot tentang seteru mereka. Ia jelas tidak mencerminkan keterampilan mereka sebagai orang yang warak, berilmu tinggi sepeti didakwa dakwi?

Apatah lagi ‘salakan’ mereka biasanya tidak menghasilkan apa-apa. Sama seperti  apa yang dikatakan sebagai ‘kerjasama’ hudud dengan Umno. Setakat ini isu itu hanya menyebabkan mereka terus terpinggir dan hilang sokongan..
Maka jadilah kiasan seumpama itu hanya sia2 dan tak ada makna apa2 ! 

Apa yang tersirat ialah kepimpinan Hadi sangat lemah kerana gagal menyatukan 2 pihak yang berbeda pendapat dlm PAS !!! Presiden yang berkaliber ialah Presiden yang boleh menjadi pendamai dan menyatukan semua pihak dalam parti, bukan kerja dok 'tenyeh' orang tak berhenti2 ? 

Kaliber kah Hadi? 
Presiden yang berkaliber tentunya seorang Presiden yang boleh mengetuai dalam gabungan parti-parti Pakatan Rakyat dan sentiasa hadir dalam mesyuarat untuk membuat keputusan dasar yang penting dan jelas tanpa membuat U-turn !!..tetapi beliau 'gagal' berperanan di mata rakyat dan ahli PAS sendiri? Jadi segala 'usaha' selama ini 'terbatal' dek kerana sikap sebgini bro ! itu khulasah dan 'solusinya' ramai mengeluh dengan tingkah sumbang ini bro ! kegagalan semua ini berpunca kerana tidak ada 'kejelasan' dalam praktik organizasi besar seperti Pas..kerana 'merasa' besarnya organizasi..banyak yang 'terlepas'? cakap lepas, tindakan lepas, akhlak pun lepas, akhirnya semua impian melePAS...Kah Kah Kah


Foto ihsan FB 
Foto hanya hiasan saja
Melihat hobby seseorang? kita akan tahu apakah yang jadikan seseorang itu berperangai begini dan begitu? Pakcik di atas tu, hobby dan kesukaannya ialah 'membedil' segala musuh yang akan memakan binatang peliharaan dan juga tanam2an yang diushakannya. Mungkin 'serigala' atau 'kera' atau tupai atau 'anjing' dan 'babi' akan dibedilnya untuk pastikan binatang ternaknya terjamin selamat !
Biasanya orang yang 'keras hati' sahaja yang akan membedil segala 'musuh' kepada tanaman dan ternakkan yg diusaha, pakcik atas tu mungkin hanya menakut2kan 'musuh' nya sahaja..dgn melepaskan bedilan ke udara? bunyinya pun sudah lebih dari mencukupi? musuh akan lari sekejap dan akan datang semula bila pakcik alpa bro! Kah Kah Kah 

www.montcairo.com
Serulah kepada Jalan Rabb kamu (Jalan Islam)dengan penuh HIKMAH (Bijaksana) Dan dengan Nasihat yang cantik(baik) Dan berMujadalahlah (Berbahas/Dialog) dengan mereka dengan cara yang PALING BAIK atau yang terbaik.
AlQuran - An-Nahl - ayat 125



Comments


  1. Yahudi BANGSA...Yg 'Prasan' EKSKLUSIF
    'PRASAN' Special...Umat Ter BAIK
    LANGIT dan Bumi...Saling INKLUSIF
    Me NYATU Ber TASBIH...Indah dan CANTIK


    Yahudi BANGSA...Yg 'Prasan' ISTIMEWA
    'Prasan' MULIA...Ber'KITAB' kan TUHAN
    Khianat FITNAH...Klepet HARTA
    TAMAK Haloba...Suka Ber MUSUHAN



    Nabi Muhammad...Pesuruh ALLAH
    Cahaya RAHMAT nya...Ke Seluruh MAYA
    INKLUSIF-Me'NYATU...Pasrah MENYERAH
    NOBAT dan Pangkat...Tiada HARGA nya!


    NOBAT dan Pangkat...Tiada Ber MAKNA
    Kecuali "TAQWA"...Di Sanu BARI
    "TAQWA" Tak Perlu...Nobat dan GLAMOR
    ALLAH Memandang...Ke Lubok HATI


    ALLAH Memandang...Ke Lubok HATI
    HATI yg AMANAH...INKLUSIF Pe NyAYANG
    Inklusif-Pe'NYAYANG...Kaseh AZALI
    Ber KONGSI Rahmat"NYA..Mercu GEMILANG


    Ber Kongsi Rahmat"NYA...Mercu GEMILANG
    SUKA Mem BERI...Bukan Men CURI
    Mem Beri SINAR...Kaseh dan SAYANG
    Mem Beri HARTA...Khidmat & BAKTI



    SUKA Mem BERI...Bukan Men CURI
    Tak Wujud FITNAH...Songlap yg'CURANG
    Ber Kaseh SAYANG...Saling Mem BERI
    "AHAD"-Inklusif...Rahmat PENYAYANG

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]