Mahathir Punca Keharubiruan Politik Negara



Mahathir Punca  Keharubiruan Politik Negara  : Kekhuatiran Masa Depan  Malaysia
Disesuaikan daripada tulisan Asal Dan Slater  Prof Sains Politik Universiti Chicago
Terjemahan bebas oleh Mohd Salleh Yahaya
Setidaknya pergelutan  PM  Malaysia Najib Razak untuk mengekalkan tampuk kuasa benar dalam satu hal . Kekacauan saat ini dalam kancah  politik Malaysia adalah pembuatan seorang musuh terbesar yang sebenar , Mahathir Mohamad .Beliau memimpin Malaysia negara Asia Tenggara dengan tangan besi pada 1981-2003. Apa  yang Najib gagal untuk mengerti adalah bahwa Mahathir tidak memberi penyelesaian dengan mengkritik kepimpinan Najib . Percaturan beliaulah  yang   membuka  jalan Najib maju  ke puncak  kuasa. Memerintah dengan cara yang ia lakukan selama puluhan tahun sebagai PM  . 
Mahathir mungkin percaya bahwa ia dapat mengakhiri krisis ini dengan meruntun Najib ke bawah. Namun sejarah harus menilai sosok Mahathir sebagai perancang semua penyingkiran nasional yang panjang.Termasuk  krisis terbaru  yang  memuncak kini  .
Nyata kemelut ini berjaya memastikan, cap jari Najib  wujud pada  seluruh keadaan huru-hara semasa. Punca krisis telah tersembul dengan  keruntuhan syarikat anadidik belaan   pelaburan Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini telah menyebabkan pasaran saham Malaysia dan mata wang  ringgit merudum, merosot dan menyusut nilai seterusnya. Semua ini telah berlaku di tengah-tengah dakwaan episod yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri disalurkan dana  AS $ 700 juta ke dalam akaun bank peribadinya.
Penyebab ke arah kehancuran Malaysia bermula daripada Mahathir, bukan Najib. Hendaklah disedari   bahawa Mahathir meningkat ke pentas kuasa dalam keadaan diberkati.Terima kuasa dengan lancar daripada pemimpin sebelumnya . Ekonomi Malaysia telah berkembang secara sihat selama beberapa dekad. Syukur kepada pengurusan ekonomi yang telus – berhemat dan  pasukan birokrasi yang sangat berktrampilan . Tadbir Urus dan kutipan cukai sangat  berkesan. 

Manakala   hutang negara sedikit. Kekayaan sumber asli, termasuk minyak, telah diruskan secara profesional .
Satu dekad berlalu dengan pengagihan semula  hasil ekonomi kepada  majoriti bangsa Melayu di negara ini.Langkah itu  telah memulihkan kestabilan sosial selepas rusuhan kaum pada 1969. Pelaburan asing melimpah masuk  dengan banyak seperti cendawan tumbuh   selepas hujan. Mahathir mewarisi salah satu pemerintahan yang paling padu di dunia (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO) dan gabungan (Barisan Nasional atau BN) . Rejim itu memang autoritarian, tetapi tidaklah  keras sangat menindas jika dibandingkan dengan pemeritahan  authoritarian yang lain. Pendek kata, Mahathir memegang kekuasaan di pihak yang utuhkuat  apabila menjadi PMpada tahun 1981.

Kemudian datang bebanan hutang. Taksub dengan kepercayaan untuk mengikut jejak langkah  menjuarai kepimpinan teknologi di Asia, Mahathir mula meminjam banyak hutang untuk  membiayai Projek Pandang Ke Timur, program  perindustrian berat yang beliau diterajui untuk negara. Penswastaan ​​adalah sebahagian daripada pakej pertumbuhan. Yang nyata menjadi  penerima manfaat adalah kroni perniagaan. Mereka yang kesetiaannya lebih diutamakan  berbanding dengan  bakat dan kebolehan. Apabila ekonomi global mengalami kelembapan pada pertengahan tahun 1980-an, berlaku  kemerosotan dan pengeringan kazanah negara. UMNO berpecah, sebahagian besarnya hasil   tindak balas terhadap  gaya kuku besi, senjata  politik Mahathir.
                            
Dua rakan karib  dianggap saingan dan musuh  terdekat Mahathir yang paling berbakat, Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.Mereka disingkir  dari UMNO.Sungguh pun  mereka punyai hubungan peribadi,sentimen yang mendalam kepada parti. Mereka menjarakkan  diri kerana Mahathir hendak memerintah dengan sendiri. Tidak berhenti di situ Mahathir bertindak balas dengan melancarkan operasi polis. Tindakan  atas alasan untuk mengatasi ketegangan kaum yang direkanya sendiri. Beliau bertindak memenjarakan dan menakutkan memusuh politiknya.Sekali gus mengukuhkan kawalan kuasa secara autokratik.
            TUN_MAHATHIR a                                                  
Oleh karena itu di akhir 1980-an, semua petanda  menunjukkan bahawa krisis Malaysia di saat  kepemimpinan Najib simptonnya sudah jelas terbayang sejak di  zaman Mahathir lagi. Rejim semakin represif.  Jawatan Perdana Menteri   menjadi syurga kesewenangan untuk bersifat autokratik. Ketegangan etnik  politik  telah dipertajamkan semula  untuk manipulasi pengukuhan kuasa. Ekonomi alami kemerosotan akibat  banyak  berhutang. UMNO tega  mengorbankan  beberapa pemimpin yang paling kuat dan berkemampuan . Ini adalah awal daripada   kemerosotan pencapaian  nasional dan kesedihan kepada Malaysia. Berlaku  di bawah  kepemimpinan  Mahathir yang tamak. Yang  membolot kuasa  dalam genggaman  tangannya sendiri.
Cepat-maju dalam satu dekad. Selepas itu timbul sindrom yang tercetus menerusi politik authoritarian.Ia berulang dalam bentuk  yang lebih mengerikan. Krisis Kewangan Asia tahun 1997-98  menghukum Malaysia untuk membayar  hutang dalam mata wang dolar. Akibatnya Eknomi terencat,  tidak berlanjutan.  Puncanya ialah  hutang  yang  terkumpul dan  bertapuk  sejak   zaman  Mahathir.  Beliau mewajarkan pendiriannya bahawa ini penting  untuk pertumbuhan  dan pulangan yang  sangat tinggi di kemudian hari.
mahathir B
Sifat Mahathir yang nyata ialah selalu menyalahkan semua orang kecuali dirinya sendiri. Ia cuci tangan terhadap berbagai kecelakaan dan petaka yang menimpa negara . Ia memecat dan memenjarakan timbalannya yang  populer dan berbakat,  Anwar Ibrahim. Pemimpin yang dengan penuh keberanian menyatakan bahwa Malaysia memerlukan reformasi lebih ke depan  untuk mengembalikan negara ke persada keadaan ekonomiyang stabil.
Mahathir tidak mampu menarik Malaysia keluar daripada  krisis dengan membuat reformasi ekonomi atau penyesuaian. Di atasinya dengan semakin banyak berhutang dan semakin banyak  belanja boros. Hal ini dimungkinkan karena Malaysia masih kukuh dalam kedudukan  fiskal . Hasil pembangunan ekonomi yang mapan . Kekayaan  yang terhimpun  selama setengah abad, setelah masa kolonial Inggeris. Mahathir bangga dengan  mendakwa   bahwa pelaksanaan kawalan modal telah menyelamatkan perekonomian negara selama ini.
Pelarian modal keluar negara pada dasarnya mematikan kawalan modal saat ia diimplimentasikan. Mahathir terperangkap untuk mengatasi kemelut politik yang dibinanya dan gagal dalam pemulihan ekonomi. Beliau memomokkan kerusuhan anti-China di negara tetangga Indonesia.Dijadikannya bahan kempen yang kemudian dimanipulasi untuk mempastikan sekali gus menggertak pengundi kaum  Cina  tetap mengundi BN dalam PRU  1999.

Justeru Malaysia telah mengalami kemerososotan  bahkan sebelum menjelang pergantian milenium. Malaysia bergerak melintasi  cerun penurunan yang jelas terjadi  dalam krisis saat ini. Seperti Mahathir, Najib memegang kendali kuasa mutlak  atas ekonomi.Beliau mulai meminjam dan memburu sumber hutang secara leluasa , terutama 1MDB. Seperti Mahathir, Najib melaksanakan penindasan di bawah undang-undang keamanan kuno untuk melindungi posisinya sendiri. Dilakukan  di tengah meningkatnya kritik dari masyarakat sivil dan dari dalam UMNO.

Seperti Mahathir, Najib secara  sembarangan memainkan sentimen perkauman dan agama apabila kedudukan kuasa politiknya semakin  melemah. Beliau menyempurnakan cara gaya siasah Mahathir . Bahkan mengulangi gaya Mahathir apabila  memecat timbalannya, Muyyiddin Yassin, yang berani mempersoalkan kewibawaan Najib di  media dalam menanggapi skandal 1MDB. Singkatnya  Mahathir tidak layak untuk menyalahkan sesiapa  pun melainkan    dirinya sendiri .  Dialah punca yang menuntun Najib dan mendorong Malaysia lebih jauh terbenam ke dalam tanah.

Siapakah yang layak memimpin Malaysia ? Teruskan Najib memimpin negara.  Beri peluang kepada pengganti lain yang masuk akal.Banyak yang muncul kini.  Soalnya mampukah  mereka memimpin Malaysia keluar daripada  dekad  kemerosotan  yang panjang . Di sinilah letaknya semua kerja jahat hasil warisan terburuk Mahathir  . Sehingga tidak ada seorang pun daripada golongannya  yang layak .  Termasuk kebejatan  tindakan memecat tiga orang tokoh  politik paling berwibawa sehingga terkeluar daripada  UMNO semasa beliau menjadi PM  mereka.  Mahathir memastikan  hanya pemimpin ala kadar dan tidak membahayakan kedudukannya  akan tetap bertahan dalam lembaga  parti politik terkuat di Malaysia .

Namun ada syarat bagi Malaysia  keluar  daripada  krisis ini. Ada langkah  yang  membuka jalan  kepada ekonomi yang sihat. Ada jalan untuk menghindarkan negara daripada terus terperosok ke jurang  yang dalam. Malaysia tidak boleh lari daripada reformasi politik dan ekonomi.  Pertama Malaysia menuntut perubahan menerusi  Gerakan Reformasi seperti yang dimulai dari akhir 1990-an. Ia  akhirnya  perlu diterima. Baik   oleh generasi baru dalam kepemimpinan  UMNO , atau dengan oposisi politik yang ditekan tapi masih bersungguh dan teguh pendirian demi  selamatkan Malaysia . Ia wajib dilaksanakan sebagai pra syarat perubahan.
Dan Slater adalah profesor ilmu politik di Universitas Chicago
copy & paste sepenuhnya dari sini Daulah Rakyat

lihat - 

MALAYSIA MESS MAHATHIR MADE

http://www.eastasiaforum.org/2015/07/29/malaysias-mess-is-mahathir-made/


P/S : Pandangan penulis artikel di atas tidak mewakili pandangan blog ini bro ! - admin




Comments


  1. Mari kita mencari MAKNA
    Mencari ERTI...DEFINASI hakiki
    ISLAM itu semudah BICARA
    Bicara HATI yg IKHLAS dan SUCI



    Apakah dia yg SYIRIK itu?
    Bgmn pula MURTAD yg hina??
    SYIRIK berMAKNA lebih drp SATU
    Yg Tunggang TERBALIK...MURTAD namanya!


    Sekudus7'PASRAH.. ALLAH yg'SATU
    Tunggang TERBALIK...takkan terJADI
    Ibarat JANJI...yg telah diSETUJU
    Hanya yg MURTAD...sggup meNODAI


    Tunggang TERBALIK....MURTAD namanya
    Dilaknat ALLAH...dan Alam SEMESTA
    SYSTEM-Islam.. INDAH-sempurna
    Kerana siMURTAD...HODOH lah ia


    SYSTEM-Islam...INDAH-sempurna
    MUDAH-Lapang...berBONDONG yg datang
    Tunggang TERBALIK...HODOH jd nya
    Anggkara MURTAD..si hidung BELANG



    Tunnggang TERBALIK...akidah MURTAD
    FITNAH dijaja...berputar BELIT
    ALLAH meLAKNAT...tolol yg'SESAT
    Hidup yg "SAKIT"...semakin terHIMPIT


    MURTAD itu...tunggang TERBALIK
    HARTA-kuasa...IBLIS berTAKHTA
    Iblis berTAKHTA...trjd lah SYIRIK
    SYIRIK mendustai..yg"SATU"yg'ESA


    Menyembah pokok..menyembah PATUNG
    Fahaman USANG...Lobai HAFALAN
    HARTA-Kuasa...NOBAT mengGUNUNG
    Itulah SYIRIK yg mnJAHANNAMkan


    Dgn HARTA...KUASA dibeli
    INTEGRITY-yg'SATU...tak WUJUD lagi
    IBLIS bertakhta SYIRIK trjd
    Yg'SATU diper'OLOK ...NAFSU yg keji



    Apb SYIRIK terang sekali
    ORDER yg'SATU..tak WUJUD lagi
    Putar PONTENG...FITNAH mengKHIANATI
    Tunggang LANGGANG...siMURTAD dianggap suci


    Legasi FIRAUN dan "Ahlul'KITAB???"
    Lambang SYIRIK...MURTAD yg hina
    HARTA-kuasa...ZALIM pelahap
    "HAKIKAT" mrk...bejat seBEJAT7nya


    System SEMESTA sempurna INDAH nya
    LURUS-berBAKTI...ORDER yg'SATU
    Tak wujud SYIRIK...MURTAD yg hina
    LANGIT dan Bumi...saling meNYATU


    LANGIT dan Bumi saling meNYATU
    MENYANYI lagu TASBIH gumbira
    KASEH dan Sayang kita berSATU
    INTEGRITY-Taqwa to d highest'ORDER..








    ReplyDelete
  2. Apasal Blogger ni rujuk orang Kafir laknat, kenapa tak rujuk Dr Zakir Naik atau Yusof Al-Qardawi atau ulasan oleh Allahyarham Ahmad Deedat mengenai Kebijaksanaa Tun Mahathir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]